Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Better Half

Rate this book
“Tya kena fikir habis-habis. Ini soal hidup Tya yang Tya pertaruhkan.” - TARIQ
“Tya tak kisah. Kalau ada yang sudi...” - TYA
“Saya sudi.” - AZHAD

Siapa sangka di hari pernikahannya, pengantin lelaki tidak munculkan diri. Lantas Tya Warda membuat keputusan gila demi maruah keluarga. Namun hubungan suci itu hanya di atas kertas, bukan seperti selayaknya pasangan suami isteri yang lain.

Sehinggalah Azhad ditimpa musibah, tiba-tiba dia berubah sikap kerana memorinya terhad setakat 5 tahun sebelumnya. Azhad mencurigai Tya.

“I tak pernah percayakan perkahwinan. Kenapa I perlu berkahwin dengan you pula?” - AZHAD
“Ikut suka youlah nak percaya atau tidak. I cuma beritahu perkara yang sebenar.” - TYA

Perlahan-lahan, kemesraan antara mereka mulai terjalin. Namun semua itu tidak kekal lama. Sedikit demi sedikit, kebenaran siapa sebenarnya Azhad mulai tersingkap.
Terpengaruh dengan hasutan, Tya memilih untuk meninggalkan Azhad. Sehinggalah mereka kembali bertemu tanpa sengaja, hati Tya kembali lunak. Malangnya kisah lampau Azhad mula menghantui rumah tangga mereka.

“Sergei Genovese. Itu nama you, kan?” - TYA
“Itu kisah hitam I, Tya. I dah berubah, dan I tak nak ingat semua tu.” - AZHAD

Apa kisah sebenar di sebalik nama ‘Sergei Genovese’? Dapatkah Tya Warda terus bertahan dengan ujian hebat dan tentangan dari keluarga mafia Rusia itu?

448 pages, Paperback

First published July 1, 2022

1 person is currently reading
22 people want to read

About the author

Mum Linz

20 books68 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (15%)
4 stars
3 (11%)
3 stars
14 (53%)
2 stars
5 (19%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,044 reviews199 followers
July 19, 2022
Azhad offer diri bila pengantin asal untuk Tya tidak muncul.

Baru je kahwin, Azhad kemalangan sebab poyo sangat bawa kereta laju² (minat katanya) lalu accident.

Azhad hilang ingatan. Sepanjang hilang ingatan Tya berbaik² dengan Azhad. Azhad pun sangat mesra.

Kedatangan Qaid buat Tya keliru. Qaid kata azhad puncanya.

Tya menghilangkan diri selama 3 tahun. Mereka berjumpa semula. Rindunya Tya pada suaminya dan bersetuju pulang ke Malaysia.

But before nak pulang tu, mereka kena ambush. Oh anak mafia berpengaruh rupanya Azhad.

Jadilah scene culik, scene tembak menembak..

Selepas tu korang bacalah sendiri sebab F tak boleh masuklah kisah ini. But F akui jalan cerita dia tidaklah membosankan. Silap sendiri sebab tak prefer sangat mafia² ini. F ni lebih cenderung suka kisah fairy-tale yang biasa².

Maaf ya ✌️
Profile Image for Bay.
263 reviews4 followers
May 19, 2025
Sorry author. Plot agak tak logik sikit. Mudahnya Azhad lepas dari cengkaman mafia. Patut ada tambahan sikit Azhad buat apa utk escape dari mafia world. Watak Tya pun okay je cuma takde nampak the character growth
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
August 21, 2022
Good attempt dari penulis for taking up a romantic mafia genre..

Honestly saya slalu ade high expectations kalao baca crite mafia² ni.. Jadi kesimpulannye, saya rasa penulis patut buat lebih research dari more experienced intl authors kalao ingin menulis mengenai selok belok mafia.

Storyline nye dah ok.. Watak bapak hero pon ok sebab nampak jahatnye kat situ.. So hopefully penulis bole perbaiki lagi if the intention is to write another mafia story
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
August 31, 2022
3.5 ⭐

Kisah anak ketua mafia yang sangat berpengaruh di Russia iaitu Sergei atau nama islamnya Azhad.

Light reading, tidak memeningkan kepala dan semuanya straight to the point. Mudah difahami. Ringkas.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
September 29, 2022
Kurang berkenan.

Awal² macam dah menarik.
Tya kena tinggal dengan tunang di hari pernikahan, Azhad offer diri untuk cover malu. Okay, rasa sweet dah, menarik nak baca seterusnya. Tapi, lepas dah kahwin, masing² dok bilik asing² pastu Azhad kemalangan sampai hilang ingatan. Boleh terima lagi. Tapi lepas tu, si Tya pura² rapat dengan Azhad, ingat boleh baik² dah Azhad hilang ingatan, tiba² muncul si bekas tunang Tya, Qaid. Qaid baru hasut Tya sikit, Tya dah angkat kaki tinggal Azhad sampai 3 tahun. Apakah? Terus rasa turn off nak baca. Lepas tu dapat tau si Azhad ni mafia pulak. Yang bestnya, ketua mafia paling ditakuti kononnya, senang plak kena bunuh. Haish. Tak tau nak kata apa. Entah, rasa cerita ni macam kelam kabut je storyline dia. Kurang berkenan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.