Kerana terdesak perlukan duit, Jianna setuju untuk menyertai satu permainan; iaitu bermalam di sebuah rumah kosong. Namun setibanya Jianna di sana, permainan yang disangka mudah bertukar menjadi situasi 'antara hidup dan mati'.
Mampukah Jianna bertahan sehingga pagi tanpa membunuh dan dibunuh?
Bermalam di sebuah rumah kosong satu malam, menang RM 100,000 💢
Jadi saya rasa saya dah boleh agak pattern permulaan cerita yang berkaitan dengan survival game ini macam mana. Mesti kena ada orang yang terdesak, tempat mewah yang sunyi & wang yang besar dipertaruhkan. Sama seperti Jia ❗️3 bulan dibuang kerja & hutang sewa rumah makin bertambah. Jadi Jia mengambil peluang yang ada depan mata untuk dapatkan wang dengan cepat.
Setibanya di sana, sudah semestinya bukan hanya dia saja yang join permainan ini. Ada lagi 4 orang ( 3 lelaki & 2 perempuan termasuk Jia ). Jia disambut oleh seorang makcik yang bengis. Jap jap. Makcik tu siapa sebenarnya? Terus kekal misteri. Dia balaci dekat rumah tu atau dia mastermind?.
Mereka yang ada di dalam rumah ini mula berinteraksi sesama sendiri. Ada yang motif join memang nak duit & ada yang for FUN! Hm. Sehinggalah tibanya makan malam. Mereka diberikan makan malam sebelum permainan bermula.
Tepat pukul 12 malam permainan akan bermula. Siapa kekal hidup sehingga siren terakhir dibunyikan pada jam 6 pagi, dialah pemenangnya❗️ Jadi antara mereka berlima hanya 1 saja yang perlu kekal hidup. Apa akan terjadi seterusnya?
First, orang yang create permainan macamni semuanya orang gila psiko. Mengambil kesempatan atas kesempitan orang yang memerlukan. Cerita ni mengingatkan saya dengan banyak cerita yang sedia ada. Tapi cerita ini masih ada originalitynya walaupun dah boleh agak lepas ini jadi apa dan apa. Syarat nak survive itu nampak mudah tapi bagaimana caranya tu yang susah. Orang yang asalnya baik pun sekelip mata boleh jadi setan perangainya. Especially salah seorang dari mereka. Belum apa-apa dah jadi gila. Ada watak yang menjadi pelindung, so so, ada yang pasif & ada yang gila macam yang saya cakap tadi.
Second, endingnya memang 💢. Saya rasa mungkin penulis nak panjangkan cerita ni. Sebab tu endingnya sebegitu rupa. Jadi, sila tulis sekarang haha sebab tak sabar nak tahu apa yang akan jadi seterusnya.
Walaupun mereka ini diberikan peluang untuk memilih senjata masing-masing. Tapi kalau tak reti guna takda faedah juga. Tapi saya perasan . Orang yang buat game itu sengaja letakkan senjata di merata tempat. Mudah capai la kot kan?.
Tapi begitulah kehidupan. Nak sesuatu yang tak masuk akal macam RM 100,000 dalam sekelip mata macamtu harus ada sesuatu yang dipertaruhkan.
RM100,000.00.. Itulah yg Jia akan dpt sekiranya dia menyertai satu game di mana dia perlu tidur satu malam disebuah rumah yg disediakan oleh penganjur. Walaupun agak meragukan, tp krn wang Jia sanggup. Semuanya krn terdesak, Jia telah kehilangan pekerjaan sejak tiga bulan lepas. Jia nekad krn memerlukan duit utk menyara hidup.
“When the clock strikes midnight, only one person will survive.”
Seram-sejuk bila mendengar syarat-peraturan game itu sebelum detik 12.00 malam. Jia tidak keseorangan, terdapat peserta lain iaitu Camila, Rami, Nate dan Zane. Memang tiada jalan keluar setelah masuk ke rumah itu. Permainan harus diteruskan sehingga jam 6.00 pagi.
Bila permainan bermula, nampaklah diri sebenar masing-masing. Semuanya demi RM100,000.00 di samping mahu selamatkan diri sendiri. Sampai ada yg naik gila nak membunuh krn tidak mahu dibunuh. Siapa yg mampu bertahan sehingga ke penamat? Adakah dgn membunuh, akan dapat selamatkan diri dari dibunuh?
Kisah ini adalah ttg survival game. Permainan yg melibatkan antara hidup dan mati, permainan maut. Yg mana setiap individu perlu pentingkan diri sendiri agar terus dpt bertahan. Pandai org yg create game ni, dia pilih individu yg terdesak mahukan duit, mereka itu yg dipilih utk sertai game ini. Bayangkan kalau tidak terdesakkan Wang, pasti takkan terdetik utk menyertai game yg sgt meragukan ni. Takkan mudah org nak bagi ganjaran yg lumayan tanpa mengorbankan sesuatu? Nyawa yg menjadi pertaruhan.
Walaupun kisah ini pendek tp padat. Sangat mendebarkan. Satu lg karya yg best dihidangkan oleh penulis. Karyanya tak pernah menghampakan.
lebih kepada satu permainan, yang agak mengerikan. awalnya bunyi macam senang. bermalam di rumah usang untuk satu malam dan hadiahnya 100 ribu.
tapi, ingat senang-senang nak bagi seratus ribu macam tu aje? mesti ada permintaan gila yang perlu ditunaikan, kan?
haa... antara jianna, nate, camila, rami dan zane. hanya seorang yang perlu hidup untuk dapat seratus ribu itu atau tiada siapa. haa...
yang pasti, nampak dekat sini sebenarnya psiko minda pemain. disebabkan ayat itu, dalam kepala masing-masing pasak untuk hidup dan tak peduli yang lain. tapi bagi rami dan jia, mereka tak perlu jadi segila itu.
siapa yang singkat fikiran sebab tertekan? siapa yang mampu bertahan?
desakan untuk hidup. manusia akan lakukan apa sahaja dan mengenepikan kewarasan yang sepatutnya ada.
Gila! Semasa Jia dpt surat tawaran utk menyertai game itu pun ramai yg boleh jangka apa yg akan berlaku sebenarnya. Tetapi saya harap dan terus berharap perkara yg saya fikirkan itu tidak akan berlaku.
Damn! Sebal dgn sikap Zane. Terlalu tamak. Sanggup mencari Jia, Nate, Rami dan Camilla utk menang dlm game tersebut. Tapi apa yg mereka dpt selain kisah hidup yg sia²?
Bagaimana pula dgn Jia? Walau dia terlepas keluar dari rumah tersebut, namun masih ada lg sisi dendam yg belum terlunas dgn team game yg mengarut itu. Endingnya?? Ohhh sangat geram dgn penulis dgn ending sebegitu. Hope ada sambungan lagi. Tgh geram ni!!!!!!
Aku suka lah ebook ni! Tapi rasa macam tak puas. I need more and I need sambungan untuk cerita ni. Please author, panjangkan lah ebook ni jadi novel. Best tau! Rasa thriller tu sampai teruk. To be honest, ni cerita kedua daripada penulis yang aku baca. Dan apa aku boleh cakap cerita kali ni memang betul-betul menarik minat aku.
Cerita pendek tapi cukup padat dengan tujuan dia dengan 'When the clock strikes midnight'... Tertunai dengan lara hati, gelap jiwanya. The ending is something I'm expected, teknik yg digunakan. Kalau penulis nak panjangkan jadi sebuah novel pun ok, tambahkan rencah thrillnya.
Making the best night of your life, Midnight Game Team.
Something fishy Main game satu malam dan kalau menang dapat RM 100,000?
Siapa sini yang suka tgk film/drama tentang survival. Pasti seronok baca buku ni. Kisahnya simple dan tak banyak twist. Nak buku yang santai-santai? This one is for you.
When The Clock Strikes Midnight by Ayumi Syafiqah. .
bagi aku, cerita sebegini sebenarnya predictable. .
It's a survival game. .
Kepada korang semua, kalau dapat tawaran too good to be true gini, tolonglah jangan accept. Tak logik kan. Siapa nak bagi duit free RM100000 gitu je. .
Baca di cereka. First time baca tulisan author. Best sangat cerita ni! Tapi takpuas baca sebab pendek sangat. Kalau jadikan sebuah novel bertambah best la nak baca! Hehe tahniah author🥳 btw ni first time tau saya rajin tulis komen di goodreads🤭 congrats skali lagi!! 🌟🌟🌟🌟🌟