Jump to ratings and reviews
Rate this book

Daun-daun Berguguran

Rate this book

152 pages

First published January 1, 1962

2 people are currently reading
45 people want to read

About the author

A. Samad Said

72 books427 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (35%)
4 stars
6 (42%)
3 stars
3 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Rokhyiah Rahman.
27 reviews6 followers
January 19, 2009
Buku ini adalah himpunan cerpen dan sajak yang ditulis oleh A. Samad Said dan isteri beliau Salmi Manja, yang pernah tersiar dalam surat khabar dan majalah tempatan sekitar tahun 1956-1961. Tak sengaja ternampak buku yang dah agak usang ni terperosok di celah-celah buku lain di library UPM. Rupanya gaya penulisan Pak Samad sejak dulu-dulu sama juga sampai sekarang. Beliau akan mengulang semula perkara yang diceritakan di awal cerpen pada penghujung cerpen. Membaca karya-karya yang ditulis beberapa tahun sekitar kemerdekaan negara memberi satu gambaran kesusahan dan penderitaan rakyat ketika itu yang tak pernah aku fikirkan atau gambarkan sebelum ini. Syukurlah, negara dah byk berubah sejak itu, walaupun barangkali masih ada lagi yang terbelenggu dengan masalah yang sama hingga kini, hidup dalam kemelaratan dan keterpaksaan (desperation and helplessness?) hingga terpaksa menjual maruah diri.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
July 31, 2019
Koleksi cerpen dan sajak oleh oleh Sasterawan negara A.Samad Said dan pasangannya Salmi Manja.Koleksi ini telah disiarkan di akhbar dan majalah sekitar tahun 1956-1961.

Cerpen yang oleh Pak Samad sangat merakamkan suasana awal era kemerdekaan.Bagaimana bangsa kita yang masih bayi selepas dilahirkan semula pada tahun 1957.Jelas terpampang,selain kebanggaan kita sebagai bangsa yang merdeka,sebahagian rakyat kita melalui fasa gelap kesan digasak oleh bom dan mortar.Hampir sama seperti dalam novel 'Salina' mahu digambarkan rosakkan masyarakat dan hidup melarat kesan dari perang dunia.Contoh:

1.Ke daerah lebih kerdil:Rakyat terpaksa berpindah-randah demi pembangunan yang ghairah mencakar langit.

2.Sebuah bangunan tiga tingkat:Rasuah dan golongan berkuasa memperbodoh golongan bawahan.

3.MP gudu-gudu:Jenayah golongan politikus.Ketahian yang nampak murni di luar.

4.Tamrin Gil:Kegilaan masyarakat pada kasta fizikal dan mental.

5.Malam merangkak ke hujungnya:Isu kanak-kanak yang kurang diberi perhatian hal mereka.

Jelas Pak samad mahu mendidik masyarakat ketika itu khususnya untuk bergerak menjadi bangsa dan negara yang lebih baik.Ini juga diluahkan melalui sajak-sajaknya seperti marhaenville,bening senja dan lain-lain.

Manakala cerpen oleh Salmi Manja pula menekankan isu kewanitaan dan masyarakat.

1.Budak-Budak:Isu para ibu dan kejiranan.Masyarakat yang suka menilai dan menghukum.

2.Hatinya Kusut:Isu wanita janda dan tanggapan masyarakat.

Sajak-sajak oleh Salmi Manja pula ditulis pelbagi tema seperti tanah air,ketuhanan dan kebanyakkannya perihal kewanitaan.

Buku ini buat kali pertamanya saya membaca karya Salmi Manja.Salmi Manja pada suatu masa tidak lagi berkarya menurut pak Samad.Ini dirakamkan oleh Pak Samad di dalam tulisan "mengapa Salmi Manja berhenti menulis?" (disusun di dalam buku beliau "Ilham di tepi tasik")

Saya tersenyum melihat fizikal buku ini
seolah memberitahu ia dimakan ketuaan.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Himpunan cerpen dan sajak.

Sebahagian besar cerpen Pak Samad sudah pernah saya baca sebelum ini.
Dan semuanya masih sangat menarik.
Latar seputar zaman selepas merdeka, derita dan kesusahan rakyat.
Sajak sajaknya juga sarat dengan kisah.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.