Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dari Lembah Cita-Cita: Pedoman Perjuangan Anak Muda

Rate this book
“Hanya kedua-dua itulah, iaitu ilmu dan budi, yang dapat membangkitkan manusia dan membentuk perikemanusiaan” – Buya Hamka

Buku ini seakan himpunan amanat Buya Hamka kepada anak muda agar terus bercita-cita tinggi dan memimpin perubahan bangsa.

Tentang usaha, harapan, gagasan, dan disiplin yang anak muda perlukan untuk mengubah keadaan yang mereka tidak suka pada hari ini menjadi lebih baik.

Zaman anak muda akan tiba, tetapi bersiapkah kita?

Baca buku ini, dan ketahuilah jawapannya.

94 pages, Paperback

First published January 1, 1946

24 people are currently reading
228 people want to read

About the author

Hamka

112 books1,088 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
99 (46%)
4 stars
87 (40%)
3 stars
25 (11%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 50 reviews
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews18 followers
September 16, 2023
Memasuki umur pertengahan 20-an, banyak perkara yang terlintas di fikiran serta hampir terpadamnya cita-cita yang seperti api lilin dihujung pembakaran batang lilin yang semakin pendek. Memiliki ijazah serasa tidak cukup tanpa semangat dan jati diri jika difikir-fikirkan kembali.

Memilih buku ini, dibaca sewaktu bulan kemerdekaan memang ada signifikannya. Hamka menceritakan bagaimana beliau boleh memilih untuk menulis naskah Dari Lembah Cita-Cita ini, yang mulanya beliau didatangi anak muda yang bertanyakan kepadanya tentang hal cita-cita dan impian serta bagaimana ingin dilaksanakan perihal itu.

Hamka memulakan bab terawal tentang Zaman Jahiliah, yang berkisarkan tentang zaman kegelapan dan zaman terjadinya kebodohan sehingga segalanya menjadi ikut-ikutan, kemudian bab seterusnya berkisarkan Tauhid, yang bagi saya sangat terkait rapat dengan bab Zaman Jahiliah.

Tauhid, menyembah Tuhan yang satu sebenarnya membebaskan diri daripada terus terpasung dalam jiwa kebodohan sehingga turunnya perintah Ibadah (dalam bab seterusnya) dan diteruskan dengan bab Iman. Pembalasan, Iman dan Negara, Cita-cita, Mencapai cita-cita, Khutbah Socrates , Pendirian dan Perjuangan, Tidakkah Tuan Takut? serta akhir sekali, Menyesali Zaman Lalu.

Jika diselami bab Iman dan Negara, hakikat bahawa ingin membina negara yang maju tanpa ditindas bangsa sendiri serta orang luar perlu berjalan bersama dengan jiwa-jiwa yang beriman. Begitu juga, ingin mencapai sebuah cita-cita yang terlalu ingin setiap jiwa-jiwa mengecapinya, perlu jua berjalan bersama iman yang benar.

Tulisan Hamka sebenarnya ingin menggalakkan pemuda pada zamannya berfikir sejenak bagaimana ingin mencapai cita-cita (tidak kisah dalam bentuk apa sekalipun), dan sejujurnya untuk mencapai cita-cita dalam jiwa muda itu bermula dengan diri mereka sendiri. Mentauhidkan Allah, mencintai Rasul dan beriman dan mengamalkan rukun Islam.

Jujurnya ada beberapa tulisan Hamka dalam buku ini buatkan air mata menitis, seperti memujuk-mujuk jiwa untuk bersabar kerana diri ini masih muda dan banyak lagi yang perlu ditempuh. Sabar.

Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin muhasabah diri kembali, kerana jawapannya terletak pada diri sendiri. Bukan dalam buku ini, bukan juga dari orang lain.

Yang membelenggu itu ialah kebodohan, akal yang tumpul dan taklid, menurut saja kepada nenek moyang, menerima kata turun-temurun.
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
Read
October 10, 2024
Beberapa hari lepas, aku cuba membaca buku ini tetapi tidak berjaya menghabiskan bacaan. Baru beberapa helai, bacaan terhenti. Hari ini, aku memulakan bacaan kembali. Nampaknya bacaan lancar selama beberapa jam, dan dapat menghabiskannya.

Dua orang pemuda datang kepada HAMKA dan bertanya sebab bangsa Arab berpecah belah dan hidup dalam gelap gelita.

Buku ini memuatkan 13 artikel yang merupakan jawapan kepada pemuda tersebut. Buku yang perlu anak-anak muda baca sebagai pesanan untuk diri. Bermula dengan Rukun Islam, Rukun Iman dan cita-cita yang perlu anak muda ada.

"Hidup yang sunyi daripada perjuangan, sangatlah murah harganya, hatta oleh yang punya kehidupan itu sendiri. Tidak dapat diingkari bahawa perjuangan itulah yang membentuk orang jadi manusia dalam alam yang luas ini. Perjuangannya adalah sendi dari kemuliannya." -m/s 70.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
April 19, 2022
Bacaan ringkas tentang HAMKA dan perjuangannya dalam melahirkan generasi pemuda-pemudi yang memerdekakan bangsa dan agama. Diselitkan firman-firman Allah di dalam Al-Quran dan sirah Nabi serta para sahabat dalam perjuangan menegakkan Islam supaya pembaca boleh menyelusuri erti hakikat diri, iman, Islam, cita-cita dan kehidupan.
Profile Image for ainisreading.
86 reviews11 followers
April 19, 2022
Cita-cita adalah buah pandangan yang timbul sesudah melihat barang yang nyata walau bagaimanapun sukarnya, demi manfaat diri sendiri serta masyarakat.

Bukanlah HAMKA jika bukunya dibaca tanpa meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca. Bukanlah mahakarya sekiranya tidak sarat dengan pengajaran, pedoman dan nasihat terkandung di dalamnya.

Dari Lembah Cita-cita ialah sebuah buku tentang pedoman perjuangan anak muda. Dua orang pemuda telah datang bertanya kepada HAMKA tentang sebab-musabab dan rahsia disebalik bangsa Arab yang berpecah belah dan hidup dalam gelap gelita jahiliah itu dan dalam masa yang singkat iaitu 23 tahun, Nabi SAW telah berjaya menjadikan Arab sebuah bangsa yang besar dan kuat. Semangat yang bergelora dan perhatian yang penuh kepada kebangkitan bangsa dan tanah air, kepada kemerdekan negara, kedua pemuda ini telah meminta HAMKA mengupas soal ini agar dapat menjadi pedoman buat mereka.

Kata HAMKA, kemunduran negara tidak akan terjadi kalau tidak ada kemunduran budi dan kekusutan jiwa. Bangsa yang hendak tegak haruslah mempunyai pendirian. Kalau pendirian tidak ada, pendirian itu haruslah dibelenggu mengikat leher mereka.

HAMKA memulakan kupasan dengan isu tauhid. Tauhid ialah pokok yang pertama daripada kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua yang bertujuan melepaskan jiwa manusia daripada perhambaan, akal yang terkunci, fikiran yang tumpul dan taklid buta yang membunuh fikiran.

Kedua ialah ibadah. Solat yang menjadi tali penghubung antara manusia dengan Allah SWT. Solat berjemaah yang dapat membentuk masyarakat. Zakat yang menyatukan antara si kaya dan si miskin. Puasa yang menjadi alat kemerdekaan jiwa. Haji yang membentuk persaudaraan sejati antara seluruh manusia yang percaya kepada Allah SWT. Ibadah haji yang dapat memupuk rasa kemerdekaan bangsa-bangsa dan menghidupkan “Lembaga Bangsa-Bangsa yang Memeluk Agama Islam.” Rukun Islam adalah mendidik “jiwa merdeka”, mendidik persatuan bangsa-bangsa, membina keadilan dan kemenangan dalam naungan Allah Yang Maha Esa.

Setelah rukun Islam, HAMKA mengaitkan pula isu berkenaan iman dan hari pembalasan di mana kepercayaan kepada hari pembalasan adalah kawalan yang paling berpengaruh untuk hidup.

Akhir sekali, HAMKA berpesan untuk menegakkan pendirian dalam hidup ini kerana sesungguhnya kehidupan ini ialah pendirian dan perjuangan. Apa yang dapat dipelajari dari naskhah ini ialah tentang sekukuh mana kita menjadikan Islam sebagai pedoman kepada penggerak hidup kita dan sebesar mana cita-cita yang tertegak dalam perjuangan kehidupan di dunia dan akhirat.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
September 9, 2019
Secara keseluruhannya, HAMKA mengingatkan pemuda bahawa sebelum perjuangan dan cita-cita, mestilah dalam jiwa kita terkandung iman...
Profile Image for Septi.
13 reviews20 followers
February 14, 2017
Sebelum mati bukannya hidup? Mengapa kita mesti mengingati kematian saja, padahal kita yakin bahwa sekarang kita hidup? Bukankah sebelum melalui pintu mati, kita mesti menjalani hidup?
-
.
-
Bukan Allah yang tidak ada, sebagaimana sangkaan orang yang berputus asa. Allah tetap mengintai ikhtiar hamba-Nya melepaskan dirinya dari krisis itu.
-
.
-
Kemunduran negara tidak akan terjadi kalau tidak ada kemunduran budi dan kekusutan jiwa. Bangsa yang hendak tegak haruslah mempunyai pendirian.
-
.
-
Prof. Dr. Hamka
Dari lembah cita - cita

#hamka #bukubagus #darilembahcitacita #pembangunjiwa #pemuda #bookshop #book
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Indriana .
36 reviews
March 3, 2023
Buku karya Buya Hamka yang tak hanya berbicara tentang meraih cita di dunia tapi juga perjuangan jiwa untuk sampai meraih cita kehidupan setelah kematian. Quote yang menarik:
"Manusia hidup di dunia berjuang mencapai arti hidup yang sebenarnya, berenang di dalam lautan hayat, dipukul oleh ombak dan gelombang, sebentar timbul, sebentar tenggelam. Maka Allah yang Rahman dan Rahim tidak membiarkan hamba-Nya tersesat dan tenggelam".
Profile Image for Ku Nurasyiqin.
51 reviews16 followers
July 10, 2016
Buku yang pendek, tapi sangat penting untuk membugar semangat kepemudaan. Sampai maksud dan dalam maknanya. It gives us meaning and reason of existence.
Profile Image for Aulia Rahmah.
1 review
September 19, 2021
Buku ringkas namun padat nan bergizi ini mengawali pengalaman bacaku terhadap karya Hamka.Benar saja,setelah selesai membacanya rasa penasaranku terpantik untuk membaca karya Hamka lainnya.petuah-petuah Hamka tentang kehidupan mulai dari iman,ibadah hingga cita cita membuatku kembali merenungi seperti apa aku memaknai semua itu selama ini.aku sangat merekomendasikan buku ini dibaca untuk kalangan pemuda.Kututup dengan nasehat Hamka kepada pemuda yang sedang berjuang mencapai cita cita nya
"Jangan lekas mengeluh atau putus asa jika melihat kejahatan.Mana orang tahu memilih kebajikan.Kalau tidak ada kejahatan,di mana akan dapat dibuktikan bahwa setan itu ada.Kewajiban kita ialah berlomba menegakkan keadilan,disamping setan mempropagandakan kejahatannya,menegakkan budi di tengah-tengah kesesatan manusia,dan menghidupkan cahaya Allah di dalam jiwa kita masing-masing.
Itulah ia perjuangan.itulah ia hidup,"wal aqibatu lil muttaqiin"."Kemenangan akhir akan diberikan Allah bagi orang yang bertakwa kepada-Nya.
Profile Image for Syairah Hassan.
3 reviews
November 20, 2015
"Tetapi pemuda berkata; sebelum mati bukankah hidup? Mengapa kita mesti mengingati mati saja padahal kita yakin bahawa sekarang kita hidup? Bukankah sebelum melalui pintu mati, kita mesti menjalani hidup?".

"Lautan hidup itu amatlah dalamnya, kalau hanya dengan kail yang sejengkal saja, tidaklah lautan itu akan dapat diduga."
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
January 7, 2025
Hidup di dunia, hanya sekali. Hanya sejenak berbanding kehidupan abadi. Tiada gunanya menyesali kehidupan yang sulit di dunia, melainkan faham, redha dan penuh percaya, bahawa kesulitan dan jerih derita dan air mata itu merupakan penyediaan tanah yang subur, guna untuk bercucuk tanam. Hasilnya dituai selepas mati, menuju akhirat, Infiniti.
Profile Image for nadinosaurus.
273 reviews5 followers
February 22, 2025
Dua orang pemuda dari Kulliyatul Muballighin, salah satunya bernama Zainul Yasni, meminta kursus atau kajian khas pemuda kepada HAMKA. Atas izinnya, materi-materi tersebut kemudian dibukukan serta diedarkan guna menjadi penyemangat bagi pemuda Islam dalam menguatkan makna kemerdekaan dalam diri mereka. Ditulis pada tahun 1946, saat revolusi sedang bergemuruh.

"Sebelum mati bukannya hidup? Mengapa kita mesti mengingati kematian saja, padahal kita yakin bahwa sekarang kita hidup? Bukankah sebelum melalui pintu mati, kita mesti menjalani hidup?"

Jejak sejarah yang tipis namun penuh gelora! Merenungi tauhid keimanan, cita-cita, kehidupan, dan arti perjuangan dengan sesekali menyelami kisah para Nabi serta sahabat maupun penggerak perjuangan di masa setelahnya, serta memaknai kembali kalam-kalam Allah Ta'ala.

"Semua berusaha memperbaiki batinnya, memperbaiki niatnya dalam mengerjakan pekerjaan. Memang hal itu tidak mudah karena sekeras seruan akal, sekeras itu pula seruan nafsu. Sekeras tuntutan malaikat, sekeras itu pula bisikan setan. Namun, Allah Mahaadil dan Penyayang."
Profile Image for Amiruddin MR.
70 reviews7 followers
October 24, 2019
Membaca edisi Pustaka Melayu Baru Kuala Lumpur cetakan pertama 1968.
3 reviews
May 26, 2024
Masa kali pertama membaca buku ini fikiran tertangkap pada ayat ini : “𝑃𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎 𝑖𝑡𝑢 𝑠𝑒𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑔𝑖𝑙𝑎𝑎𝑛”.

Isi keseluruhan buku tidak berapa ingat, tapi ayat ini tersemat di ingatan. Ada dibincangkan Hamka tentang ayat ini dalam membincangkan 𝘀𝗼𝗮𝗹 ‘𝗸𝗲𝗴𝗶𝗹𝗮𝗮𝗻’ 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. Satu persatu sosok pemuda dihadirkan dan dibincangkan bagaimana mereka dengan semangat yang bergelora dan perhatian yang penuh untuk membangunkan nusa dan bangsa.

Sengaja memilih kembali judul yang sama untuk 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗷𝗶𝘄𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮 kali ini, untuk lebih menghayati cita-cita yang pernah dipasakkan dalam diri.

Dalam fasa pandemik yang 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗶𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗶, pasti 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗶𝘀𝗮𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗴𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗴𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 yang baru sahaja ingin mengintai-intai 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 yang ada di luar sana, pastinya yang dimahukan adalah yang seiring dengan cita-citanya !

𝑪𝒊𝒕𝒂-𝒄𝒊𝒕𝒂.

𝗖𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 adalah 𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗺𝗯𝘂𝗹 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮𝗽𝘂𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮, 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁. Setiap orang pasti mempunyai cita-cita, proses menuntut ilmu juga sedikit sebanyak mencorakkan cita-cita yang diinginkan setiap orang sesuai mengikut kemahiran dan kepakaran bidang masing-masing.

Kita berikhtiar, tetapi 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗶𝗸𝗵𝘁𝗶𝗮𝗿 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗴𝗵𝗮𝗶𝗯 yang tidak diketahui, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Harapan kita agar segala apa yang dicita-citakan selaras dengan kehendak Ilahi.

𝐵𝑢𝑘𝑎𝑛𝑘𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑖𝑛𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎𝑦𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑤𝑎𝑡𝑖 𝑓𝑎𝑠𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑜𝑙𝑎𝑘𝑎𝑛/𝑟𝑒𝑗𝑒𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑖𝑘ℎ𝑡𝑖𝑎𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎 ?

𝐷𝑖 𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑒𝑚𝑢 𝑘𝑒𝑟𝑢𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑛𝑖𝑎𝑔𝑎?

𝑆𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑗𝑎𝑡𝑢ℎ 𝑘𝑒 𝑏𝑎𝑤𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑛𝑗𝑎𝑡?

𝗞𝗲𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴.

𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽.

𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴.

𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗻𝗴𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗶𝘁𝘂. 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗻𝗴𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘇𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗷𝗮𝘁𝗶.

Adakalanya mereka 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮. Terpaksa mengorbankankan waktu tidurnya, mengorbankan masa bersama yang tersayang, mengorbankan sejumlah harta benda, mengorbankan kehendak dan keselesaan dirinya semata mata untuk mencapai segala apa yang dicitakan.

Begitulah akal mencerna betapa dalamnya erti ‘𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮’ yang diulas di dalam buku ini, kemas diulas 𝗽𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘂𝗵𝗶𝗱𝗻𝘆𝗮, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝗿𝘂𝗸𝘂𝗻 𝗶𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗶𝗺𝗮.
11 reviews
January 18, 2023
[Dari Lembah Cita-cita]

Alhamdulillah tamat buku pertama tahun ini.

Buku nipis yang ringkas tapi cukup untuk muhasabah kembali diri kita sebagai hamba. Bagi saya, buku ini amat-amat perlu dibaca terutamanya kepada para pemuda-pemudi yang tengah mula terumbang-ambing mencari arah hidup.

Hamka memulakan bukunya dengan seruan memikirkan tentang alam. Alam yang kita diami. Kerana dari alam kita mengetahui bahawa ia tidak terjadi dan bergerak dengan sendirinya. Ada suatu kuasa di sebaliknya yang mengatur semua ini.

Disitu baru hadirnya erti hidup.

Jelas dengan erti hidup ini, barulah diajarkan kaifiat solat dan rukun-rukun setelahnya. Rukun Islam yang lima. Yang saling berkait antara Tuhan, hamba, masyarakat dan alam.

Selesai dengan urusan individu masing-masing, barulah boleh sanggup untuk membina negara. Bagaimana iman memainkan peranan dalam membina negara.

Kesedaran pada membebaskan negara itulah tanda pemuda itu berani bercita-cita. Kata Hamka,

"Batin yang hidup, yang berani bukan saja berani mati, yang terutama ialah berani hidup, yang bercita-cita dan berani berjuang mencapai dan mempertahankan cita-cita itu."

Hamka kemudian menutup buku beliau dengan menyentuh soal penyesalan yang sering dilakukan oleh ramai orang.

"Sungguh, kita selalu menyadari zaman yang kita tinggalkan. Di waktu remaja, disadari zaman semasih kecil. Setelah jadi ayah, teringat semasa jadi anak. Setelah jadi nenek, teringat semasa jadi anak dan jadi cucu.

Hendak dipanggil, hendak diulang sudah tidak bisa lagi. Sebab, umur adalah laksana perjalanan di lebuh besar, dan zaman remaja, muda, tua ungkuh laksana tonggak-tonggak penunjukan pal yang ber- deret berjarak-jarak di tepi jalan."

Andainya waktu boleh diundurkan kembali...

#Hamka
#MalaysiaMembaca
Profile Image for Khalid Hidayat.
46 reviews19 followers
March 16, 2024
Buku ringkas yang disusun mulanya pada tahun 1946 ini nyatanya masih relevan bagi kalangan pembaca kini, terutama kalangan pemuda yang berjuang mewujudkan cita-cita yang dimiliki. Turut pula dalam buku ini Hamka mengajak pembaca guna merenungi akan hakikat diri, iman, Islam, serta kehidupan yang sedang dilalui ini. Amat ringkas, tapi sungguh kaya akan perbendaharaan hikmah.

"Hidup yang sunyi dari perjuangan sangat murah harganya. Tak dapat diingkari, perjuangan itulah yang membentuk orang menjadi manusia (yang sejati) dalam alam yang luas ini. Bisa dibilang, perjuangannya adalah sendi dari kemuliaannya." (Hamka)
Profile Image for Nik Mohamed  Kamarudin.
16 reviews242 followers
May 22, 2012
Satu buku motivasi yang amat bermanfaat untuk kita semua khusus nya mahasiswa dalam menempuh onak duri mencari ilmu d atas bumi Allah..
Profile Image for Najwa Fahima Shukri.
4 reviews1 follower
May 26, 2024
Masa kali pertama membaca buku ini fikiran tertangkap pada ayat ini : “𝑃𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎 𝑖𝑡𝑢 𝑠𝑒𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑔𝑖𝑙𝑎𝑎𝑛”.

Isi keseluruhan buku tidak berapa ingat, tapi ayat ini tersemat di ingatan. Ada dibincangkan Hamka tentang ayat ini dalam membincangkan 𝘀𝗼𝗮𝗹 ‘𝗸𝗲𝗴𝗶𝗹𝗮𝗮𝗻’ 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. Satu persatu sosok pemuda dihadirkan dan dibincangkan bagaimana mereka dengan semangat yang bergelora dan perhatian yang penuh untuk membangunkan nusa dan bangsa.

Sengaja memilih kembali judul yang sama untuk 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗷𝗶𝘄𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮 kali ini, untuk lebih menghayati cita-cita yang pernah dipasakkan dalam diri.

Dalam fasa pandemik yang 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗶𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗶, pasti 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗶𝘀𝗮𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗴𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗴𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 yang baru sahaja ingin mengintai-intai 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 yang ada di luar sana, pastinya yang dimahukan adalah yang seiring dengan cita-citanya !

𝑪𝒊𝒕𝒂-𝒄𝒊𝒕𝒂.

𝗖𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 adalah 𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗺𝗯𝘂𝗹 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮𝗽𝘂𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮, 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁. Setiap orang pasti mempunyai cita-cita, proses menuntut ilmu juga sedikit sebanyak mencorakkan cita-cita yang diinginkan setiap orang sesuai mengikut kemahiran dan kepakaran bidang masing-masing.

Kita berikhtiar, tetapi 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗶𝗸𝗵𝘁𝗶𝗮𝗿 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗴𝗵𝗮𝗶𝗯 yang tidak diketahui, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Harapan kita agar segala apa yang dicita-citakan selaras dengan kehendak Ilahi.

𝐵𝑢𝑘𝑎𝑛𝑘𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑖𝑛𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎𝑦𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑤𝑎𝑡𝑖 𝑓𝑎𝑠𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑜𝑙𝑎𝑘𝑎𝑛/𝑟𝑒𝑗𝑒𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑖𝑘ℎ𝑡𝑖𝑎𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎 ?

𝐷𝑖 𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑒𝑚𝑢 𝑘𝑒𝑟𝑢𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑛𝑖𝑎𝑔𝑎?

𝑆𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑗𝑎𝑡𝑢ℎ 𝑘𝑒 𝑏𝑎𝑤𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑛𝑗𝑎𝑡?

𝗞𝗲𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴.

𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽.

𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴.

𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗻𝗴𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗶𝘁𝘂. 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗻𝗴𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘇𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗷𝗮𝘁𝗶.

Adakalanya mereka 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮. Terpaksa mengorbankankan waktu tidurnya, mengorbankan masa bersama yang tersayang, mengorbankan sejumlah harta benda, mengorbankan kehendak dan keselesaan dirinya semata mata untuk mencapai segala apa yang dicitakan.

Begitulah akal mencerna betapa dalamnya erti ‘𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮’ yang diulas di dalam buku ini, kemas diulas 𝗽𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘂𝗵𝗶𝗱𝗻𝘆𝗮, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝗿𝘂𝗸𝘂𝗻 𝗶𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗶𝗺𝗮.
11 reviews
March 10, 2021
Buya Hamka, seorang pahlawan nasional yang semasa hidupnya didedikasikan untuk bangsa dan agamanya. Beliau adalah sosok yang dulu betul-betul terlibat aktif dalam perjuangan melawan penjajah. Seorang mujahid, da'i sekaligus sastrawan yang melahirkan karya yang hingga hari ini masih dibaca oleh begitu banyak orang.

Kalimat tauhid adalah kunci. Dalam buku Dari Lembah Cita-Cita ini, ada cerita tentang ketabahan dalam menerima penderitaan. Tabah dalam memikul segala tanggungjawab. Bersedia hidup untuk menyembah-Nya di dunia dan bersedia juga mati untuk itu.

Inspirasinya adalah para Sahabat yang teguh dengan keyakinannya. Dengan hati yang sekhusyu-khusyunya, suburlah pengaruh "Allahu Akbar" itu kepada jiwa mereka sehingga tahan dibakar, tahan dijemur, lezat dalam kesakitan, bahagia dalam penderitaan. Tidak ada raja tempat mereka gentar, tidak pula pedang. Kalau sekiranya tanah tumpah darah sendiri, Mekkah al Mukarramah, masih penuh dengan musuh tauhid itu, mereka tidak keberatan pindah ke tempat lain, hijrah. Meninggalkan seluruh apa yang mereka miliki. Karena mereka yakin bahwa setiap jengkal bumi adalah bumi kepunyaan Rabb mereka. Dan pekerjaan utama di dunia ini tak lain adalah ibadah kepada Allah.
...

Membaca buku ini seperti mendengar nasihat dan petuah langsung dari sosok Buya, rahimahullah..
Beliau adalah seorang mujahid. Yang semasa hidupnya giat berdakwah dan berjihad fii sabilillah dalam memperjuangkan kemerdekaan. Dan ketika beliau wafat, dakwah itu masih terus berlanjut, lewat tulisan dan karya-karyanya yang mengabadi.

Masya Allah, seluruh hidupnya adalah dakwah.
Profile Image for Shahirah.
15 reviews3 followers
January 31, 2023
Karya HAMKA ini terhasil ekoran daripada dua orang pemuda yang mempunyai semangat juang yang tinggi tetapi tidak mempunyai ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Dua pemuda itu bertemu dengannya agar diberikan bekalan dalam memperjuangkan agama dan negara, dua pemuda itu sering berulang kali ke rumah HAMKA bagi memperdalamkan erti kemerdekaan dalam jiwa mereka dan karya ini beliau tulis sewaktu pra kemerdekaan Indonesia.

Karya HAMKA ini amat menekankan bahawa asas bagi mengisi jiwa pra kemerdekaan adalah dengan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Beliau menghuraikan bagaimana Islam memperjuangkan kemerdekaan perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah SWT.

Penghayatan daripada 5 rukun Islam dan 6 Rukun Iman perlu dizahirkan dan diamalkan dengan segenap hati dan tindakan dalam memperjuangkan setiap cita-cita kerana rukun Iman dan rukun Islam itu sudah terkandung mesej kebebasan dan juga kemerdekaan.

Karya HAMKA ini dinukilkan kepada para anak muda yang mempunyai cita-cita menggunung dan semangat yang berkobar-kobar dalam menggapai impian tetapi tidak jelas bagaimana untuk mengecapinya. Lantaran itu, buku ini sesuai kepada mereka yang ingin mencari pedoman dan panduan sebagai asas dalam sesebuah perjuangan.
Profile Image for QaaEmes.
39 reviews1 follower
December 31, 2024
#IqaRead2023

Dari Lembah Cita-cita, by Hamka

Peringatan Hamka kepada pemuda tentang cita-cita.

1. Pangkal tali hidup manusia ini ada pada dirinya, dan tali itu bercabang dua. Cabang pertama, menghadap langit, ialah kepada Pencipta. Kedua, menghadap bumi ialah kepada masyarakat.

Apa yang kita buat kat dunia ni bukan untuk kita seorang sahaja, tapi jasa dan khidmat kita untuk masyarakat. Kepuasan jiwa sebab dapat buat kebajikan dalam hidup adalah syurga pertama sebelum capai syurga yang dijanjikan.

2. “Siapa yang pernah jatuh ke bawah kalau bukan orang yang pernah memanjat?” Sesekali kita akan gagal, tapi gagal itu petanda kehidupan untuk kita bangun dan atur langkah baru.

Oleh itu, gantunglah cita-citamu di bintang.

3. Pemuda perlu memandang dunia jangan pada segi keburukan sahaja (pesimis-tasyaum), tapi hendak dipandangnya dari segi kebaikkan (optimis-tafaul). Dunia ada gelap, ada yang terang, ada yang bermanfaat, ada yang memudaratkan.

Kalau hati lemah dan berfikiran sempit, hanya kejahatan dunia sahaja yang dilihat.

Kalau hati lapang dan iman teguh, ketika orang lain melihat kejahatan dunia, kita dapat melihat nur Ilahi bercahaya - kekuatan Allah dalam kelemahan manusia.

“Iringilah kerja yang salah itu dengan berbuat kebaikkan, supaya dapat dihapuskannya.”
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
May 23, 2021
Dari Lembah Cita-cita
Hamka

Sebuah buku ringkas dan padat dengan nasihat Buya Hamka kepada pemuda.

"Ramai sungguh orang yang mempunyai cita-cita itu menderita kesengsaraan, kesukaran, kepayahan, lantaran cita-cita, tetapi ia puas dengan itu, dan ia merasa dengan itu, dan ia merasa bahwa kesengsaraan itulah hakikat keindahan dan kepayahan itulah lezat yang sejati.

Kadang-kadang ia jadi korban dari cita citanya. Ada yang terbunuh, terhina, terbuang, dan terasing. Kadang-kadang, bahkan banyak sekali, ia sendiri tak merasai dan tak menyaksikan buah awal dari cita-citanya, tetapi orang lain yang datang menyempurnakannya.

Artinya, sesudah hancur daging mereka dalam kubur, sesudah putih tulang berlumur tanah, baru arwah mereka dapat menyaksikan dari celah-celah kuburnya cita-cita mereka itu berhasil."

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Fatin Rahman.
29 reviews2 followers
August 4, 2022
91 mukasurat naskhah motivasi oleh Hamka ini ditulis sebagai modal pembakar semangat kepada anak muda yang ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Ini bukan naskhah perjuangan yang semata-mata berdegang-dengung berfalsafah apa itu perjuangan seperti bicara politik masa kini. Ini nashkah bicaranya bicara kebangkitan demi Tuhan.

Dimulakan dengan menjawab pertanyaan dua pemuda tentang mengapa berpecahnya bangsa Arab, diikuti dengan pentingnya perjuangan dimulakan oleh anak muda, kerana muda itu umur harapan. Kemudian diasak pula pentingnya memahami hakikat tauhid, ibadah dan akhlak sebelum bercita-cita tinggi.

Membaca naskhah ini teringat benar dengan pahlawan Melayu kita yg mendalami dan memahami pentingnya kekuatan dalaman sebelum melangkah kaki ke medan tempur.


Rekomendasi? Yeeee! buat anak yg sedang berjuang demi sebuah kehidupan abadi disana nanti.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
March 30, 2018
Buku ini merupakan hasil dari kursus yang diberikan buya Hamka kepada pemuda.Khusus buku ini membahaskan pehiral kepemudaan.Khusus dari sudut mental dan rohani.Pemuda perlu mengisi jiwa mereka dengan perjuangan.Kerana perjuangan adalah kehidupan.Inilah antara ruang untuk kita mengisi kehidupan dengan memenuhkannya dengan usaha mencari segala kebaikan.

Bermula dengan menghuraikan falsafah rukun islam dan rukun iman.Menjadi sebab utama kekuatan dalam melawan kejahilan.Kejahilan adalah punca kemunduran sesebuah tamadun.

Seterusnya,Kemudian barulah terjun ke lembah cita-cita.agar ianya ada panduan dan bekalan yang cukup untuk berjuang dalam merealisasikan cita-cita.
Profile Image for Miraeeei.
42 reviews7 followers
February 16, 2022
Walaupun hanya 100muka surat, tetapi tetep membawa impak kepada pembaca. Penulisan yg dari hati akan sampai ke hati. Terlalu banyak yg ingin di highligtkan!!!!

Setiap satu dari kita, mesti meletakkan buku ni sebagai buku wajib dibaca. Sekali duduk in shaa Allah boleh habis. Ayat ayat yg disusun tidak sukar utk difahami dan sedap untuk dihadam.

"Cita-cita mereka itu dijadikan kepercayaan yang teguh ,dijadikan iman yang tak bisa digoyangkan. Orang yang mempunyai cita-cita tidak peduli dengan tertawaan orang. Sebab, cita-cita adalah perhitungan yang tepat dan memang orang yang mempunyai cita-cita itu dahulu datang dari waktunya."
Profile Image for Hariz S. H..
78 reviews18 followers
March 21, 2018
Karangan ini dibuat kerana permintaan gerakan pejuang kemerdekaan (golongan muda) kepada Pak Hamka, yang digazet dan disebar sebagai risalah motivasi sebelum revolusi. Kerana kagum akan cita-cita yang ditonjolkan pemuda pada ketka itu Pak Hamka setuju menulisnya.

Bukunya tipis, inti syarahnya berpusar kepada basis rukun Islam, prinsip iman, pendirian dan cita-cita, serta moral & nilai usia yang muda untuk menjalankan cita-cita tinggi, sama ada untuk bangsa atau agama.

Sedikit mengingatkan satu buku dengan tema yang sama :
Selagi masih muda (Dr Ai'dh Al Qarni)
14 reviews1 follower
February 3, 2022
Buku ini merupakan pedoman untuk anak muda buat berjuang bagi menegakkan agama, bangsa dan negara. Penulis membawa pembaca meneliti kembali perkara asas dalam hidup mukmin, iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman. Dengan tertegaknya iman dan Islam yg kukuh dalam hati anak muda, hanya dengan itu cita-cita hebat mampu dicapai. Kandungan buku ini tetap malar segar kerana cita-cita dan perjuangan sentiasa ada selagi insan itu bernyawa.
56 reviews
August 26, 2022
Buku Buya Hamka pertama yang kubaca. Tidak ditulis beliau langsung, namun isinya nasihat-nasihat beliau. Tidak tebal, tetapi penggunaan bahasanya cukup membuat kening berkerut. Hihi.

Diingatkan kembali untuk menjalani hidup dengan cita-cita besar yang tak terhenti sampai raga tak lagi bersama jiwa. Demi kehidupan tanpa penyesalan di masa depan abadi.

Can't wait to read another Hamka's great books!
8 reviews
March 29, 2024
Mulai baca ini karena dapet rekomendasi dari temen. Sehabis baca ini aku menemukan arti hidup, tujuan hidup, dan apa yang harus dilakukan. Quote favorit "hidup adalah sekumpulan perjuangan"

Sejarah dalam buku ini kental juga. Di sini dijelaskan mengenai apa yang harus dilakukan anak muda untuk mengisi setelah kemerdekaan. Pentingnya anak muda dalam bangsa ini itu apa

Yang ga kalah juga di buku ini dibahas mengenai Islam yang dikaitkan cita-cita dan membuat saya semakin optimis
Profile Image for Hanis.
67 reviews40 followers
November 8, 2018
"Hidup yang tidak berjuang dari jalan yang tiada menempuh kesulitan artinya bukan hidup"

"Hidup yang takut terbentur dengan kesulitan dan kepayahan samalah ertinya dengan jam yang berputar hanya lantaran diputar orang lain. Bila putaran habis, ia pun berhenti dengan sendirinya"

This book is soo good 😭😭😭
Displaying 1 - 30 of 50 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.