Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ijah

Rate this book
Ini kisah tentang Nur Izzah Izzaty. Kawan rapat memanggilnya Ijah @ Ijat.

Ijah yang hidupnya tidak lagi tenang apabila bertemu semula dengan Addin, si ketua pengawas dan Hairi, si samseng sekolah yang pantang berjumpa pasti akan berperang.

Addin si lelaki yang mempunyai aura misteri dan murah dengan senyuman itu bagaikan bayang-bayang Ijah. Dia sentiasa ada, sejak zaman sekolah.

"Kau okey, Ijah?"

Ijah yang sedang termenung tersentak lalu kepala dipanggung.

Addin!

"Ha? Okey je. Kenapa? Rindu nak tangkap aku lompat pagar?"

"Kalau kau okey, baguslah!"

Hairi pula, insan yang buat Ijah jadi Ijah yang hari ini. Kisah dulu yang diungkap semula buat hidup Ijah tak tenteram tapi sampai bila Ijah nak lari?

"Ijat, aku betul-betul minta maaf dengan kau. Memang... memang kata-kata aku jahat, Ijat. Aku akui tu. Tapi percayalah, aku dah sedar dengan kesilapan aku. Aku perlukan kemaafan daripada kau. Aku perlukan kemaafan daripada kau. Sepuluh tahun hidup aku tak tenteram, Ijat," - Hairi.

Kata orang, kemaafan itu adalah dendam yang terindah. Tapi bukan mudah Ijah nak memaafkan bila luka di hatinya sudah terlalu dalam...

299 pages, Paperback

First published January 1, 2021

8 people want to read

About the author

Najwa Rahman

25 books46 followers
Najwa Ulfah Abdul Rahman

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (35%)
4 stars
10 (35%)
3 stars
8 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books106 followers
February 28, 2022
ijah dan addin.

sebuah kisah yang pada zahirnya nampak memang comel. tapi bila telusurinya, cik penulis bawakan banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan. pengajaran yang sangat berguna.

pernah dengar, kalau dapat kembali ke zaman sekolah, tak mahu buat itu... tak mahu buat ini. tapi, bagi akak secara peribadi, kalau dapat kembali ke zaman sekolah, akak tetap nak ulang kembali apa yang dah buat waktu zaman sekolah dulu. sebab perkara-perkara yang dilakukan itulah yang akan kekal dalam ingatan.

ijah. dia nakal. hati kering. selamba. kasar. tapi orang tak tahu yang sebenar dia tertekan. tambah bila selalu dibanding-bandingkan dengan dina, penolong pengawas sekolah yang lembut dan pandai itu. dia dan dina memang tak ada masalah, bahkan dina pun sangat baik dengan dia, tapi orang sekeliling saja yang suka membanding-bandingkan, termasuklah mak ayah ijah sendiri. manalah ijah tak jauh hati.

hairi. salah seorang musuh di zaman sekolah. tapi sebabkan satu hal, tiba-tiba ijah boleh crush pula dengan hairi. cuma, disebabkan tindakan dia berterus terang dengan hairi buat dia sangat terasa hati dengan apa yang hairi balas dan setiap kata-kata hairi sangat melukakan hatinya.

sepuluh tahun jugalah dia menyimpan perit dalam hati. kena kutuk dengan kasar, siapalah tak terasa. tapi bagus juga hairi sebab nak minta maaf.

addin. watak ini sejuk. tenang. senyum saja yang selalu menghiasi wajah. tapi rupanya dia menyimpan sesuatu yang sangat besar dalam hati. apa dia? ijah!

cik penulis menyampaikan cerita dengan bersahaja. sedap baca. maca watak-watak ini ada depan mata.

dendam, iri, cemburu, prasangka... sifat-sifat ini memang akan sentiasa ada dengan manusia. rapat saja kedudukannya.

nak jauhi memang susah tapi sebenar taklah payah mana.

istighfar dan redha.

boleh tak agak-agaknya?
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
June 30, 2022
Novel pertama karya penulis yg aku baca. Aku suka. Best. Konflik takde la complicated sgt. Aku sangat sukakan kisah ini. Di adun secara santai tapi secukup rasa sedih, suka dan kelakar. Suasana kampung dan flashback masa zaman persekolahan yg dipaparkan juga amat mencuit rasa. Bagi aku comel sangat kisah Ijah dan Addin ni.

Kisah yg dipaparkan dalam novel ini sangat realistik. Mmg isu yg diutarakan berlaku dalam kehidupan seharian spt body shaming, perbandingan antara anak sendiri dgn anak org lain dan soal zuriat. Tiga perkara itu di alami oleh Ijah sejak dibangku sekolah sampailah berkahwin.

Bila flashback zaman sekolah tu buat aku rindu waktu sekolah dulu. Maybe aku tak senakal Ijah yg panjat pagar dan ponteng kelas tp zaman itu amat berharga, andai boleh diputarkan masa. Paling aku sakit hati bila Hairi body shaming Ijah, mentang-mentang Ijah crush kat dia, sesedap rasa je dia kutuk Ijah. Hairi membuatkan Ijah mula berubah dan sikap mak ayah yg membandingkan Ijah dgn Dina membuatkan Ijah berjauh hati. Biasa la jiwa remaja mula memberontak bila alami semua itu. Tp itu juga menjadi pemangkin Ijah utk terus berjaya.

Bila Ijah dewasa dia buka cafe di kampung. Menu yg paling femes kegemaran Addin terutamanya adalah Creamy Spicy Carbonara. Alasan je Addin tu nak beli makanan, tp sebenarnya nak stalk Ijah, crush dia dr zaman sekolah. Ttg menu tu kan, aku yg baca ni pun rasa terliur. Mohon cik penulis share resepinya. Haha..

Dalam duk ingat novel ni tak punya konflik yg berat tetiba bila masuk part Ijah dan Addin nikah, baru la cabaran sebenar nampak. Masalah orang ketiga pd permulaan, bila dah settle timbul pulak soal zuriat. Tp Ijah seorang wanita yg kuat. Dia dpt hadapi semua tu pd akhirnya.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
757 reviews224 followers
October 2, 2024
Taktau la, maybe sebab nama dia Addin kot, so I imagine mamat ni stok mat masjid, ketua badar gitu hahaha. So when he did casual things that aren't as islamic, macam acting kinda flirty to Ijah, I feel weirded out hahaha.

I genuinely love their high school scenes, cute gila. Tapi scenes yang dah dewasa besar panjang late 20s tu I cam geram dengan Ijah sebab macam childish, hence the average rating.
Profile Image for Fiqa Najwa.
63 reviews
February 13, 2024
Dengan ini saya isytiharkan yang saya dah mula jatuh cintaaaa dengan karya Najwa Rahman 🙈 Fyi ini buku ketiga beliau yang aku pernah baca. Sebenarnya dah start suka daripada buku Mashi × Kaede tu dah HAHAHAHA

Gaya penulisan kak NR dan konsep cerita dia memang aku suka la, kena dengan jiwa clićhe aku buat masa ni. Apa yang aku perasan (setakat 3 buku yg dah baca ni je la), NR memang suka tulis alur cerita yang daripada zaman sekolah - gap - zaman dewasa. And ye untuk aku yang takde pengalaman benda² mcm ni time sekolah memang sangat suka ye cerita mcm ni HAHAHAHA. If you don't then you don't.

Masuk bab buku ni pulak. Ya Allah weh nak bungkus Addin ikat tepi satu boleh 😭✊🏻 dah la tak banyak cakap tapi suka senyum dan senyuman dia manisssssssss sangat bak kata ijah. Lepastu setia dan obsesnya dia pada ijah tu aihhhh kita lurveeeee ❤ bayangkan drpd zaman f2 mcm tu sampai ke umur 27 mcm tu la dia punya suka dengan ijah tu masih going strong ye 🙈 kata² manisnya dan sangat hijau.

Si ijah ni pulak, memang brutal habis zaman sekolah dia hahahah dengan macam jantannya tapi bila dah dewasa jadi malu2 ayu gitu. Aku faham sangat dengan insecurities ijah ni and mostly hampir semua pernah ada dekat tempat ijah. Lepastu kau kena hina pulak memang lagi down la kan. Nasib ada Addin dalam diam.

Walaupon cerita ni santai je konflik tak berat pon tapi banyak pengajaran yang diselitkan dan boleh diambil. Fly high kak NR 🤟🏻❤ semoga terus terbilang dalam industri buku ini. Kalau sesiapa yang nak bacaan santai atau nak keluar daripada reading slump, go pick up this book 😉
Profile Image for Cutie_pie28.
326 reviews5 followers
April 29, 2025
Comel laaa Ijah dan Addin nie.. cerita psl kt sekolah dulu..
teruk si Hairi tu hina Ijah.. mmg die trama lepas tu..

Pulang nya Hairi ke kg utk meminta kemaafan dri Ijah buat kan Ijah geram.. selama 10thun kott die pendam.. mcm sng sgt die maaf kan..

Addin ni mmg suka ngn Ijah dulu lgi dri zaman sekolah..
Lepas dorg rapat, trus Addin ajk kahwin.. Ijah pun setuju laa..

Mmg dorg sweet sgt.. konflik cerita ni tk sesak sgt.. best baca cerita nie
Profile Image for Eyd1410.
818 reviews21 followers
April 4, 2022
Cerita yg sangat sangat sangat santai tetapi mampu masuk ke hati ceritanya. Walaupun kisahnya simple tetapi mampu mengimbau kembali kenangan di masa persekolahan dulu.

Ijah. Nur Izzah Izzati. Dia tak seperti budak perempuan yg lain. Dia mmg sejenis yg nakal, selamba dan tidak pernah takut dgn denda² yg dikenakan terhadapnya. Sering ponteng sekolah, meniru kerja sekolah org lain dan juga sering memanjat pagar sekolah bila dtg lewat. Dan tukang tggu dia di pagar sekolah dah tentulah si ketua pegawas, Addin.

Ijah ni hobi dia suka bergaduh dgn Hairi. Hairi pulak jenis lelaki yg kuat mengusik. Semua perempuan nak diusiknya. Namun kata² hinaan dan kejian Hairi terhadap Ijah membuka satu lembaran baru buat Ijah. Lagi pula Ijah sering terasa bila dia selalu dibanding² kan dirinya dgn Dina. Kalau yg banding tu org luar dia boleh lg dia berdiri teguh, tetapi bila keluarganya sendiri yg membandingkan, Ijah sgt terasa sehinggalah Ijah berubah sifat. Tiada lg sifat nakal dia yg dulu. Pintu hatinya juga ditutup erat dr dihampiri oleh mana² lelaki.

Setelah 10 tahun masa berlalu, Addin kembali dan selalu menayang mukanya di depan Ijah. Ermm comel sgt mereka masa ni. Sorang pemalu. Yg sorang lg selamba badak. Jadi nak tak nak family jugalah yg jadi pengatur cara supaya mereka ni dpt berbincang dan mahu sgt supaya Ijah dan Addin bersatu.

Lepas berkahwin ingatkan habislah drama Ijah Addin, Hairi, dan Dina ni. Rupa²nya ada pulak Jamie dtg melangau. Tu belum lg Cik Biah yg mulutnya lantang dan sentiasa je mahu menbawang psl Ijah. Kesian Ijah. Ada je yg tak kena dgn diri dia eh. Dah Addin pun tak kisah, org lain yg over. Ciskek betul!

Tapi endingnya of course lah yg happy utk mereka. Walau berbagai rintangan cinta mereka, yg pasti cinta Addin dah lama berputik utk Ijah. Sejak Ijah memanjat pintu pagar sekolah lg dia dah suka. Patutlah beria pulak si Addin ni menunggu si Ijah. Tahu² je pergerakan si Ijah. Pendek kata, mmg Addin tu hero utk Ijah♥️
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
October 2, 2023
3.5⭐

Ijah dan Addin comel sangat! Addin is the standard aaaaa!!!
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.