Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tenang, Kita Ada Al-Quran

Rate this book
Selagi mana kita ada al-Quran, selagi itu kita ada harapan.

Selagi itu kita percaya bahawa ketidakadilah dunia, hanya boleh dipatahkan oleh keadilan akhirat.

Ketika dunia tak pernah berhenti menyakiti, al-Quran pula tak pernah berhenti menyembuh.

Di sini, di sela-sela wahyu, ada tempat bersandar yang paling nyaman, ada cinta yang tak terbandingkan.

Dia sentiasa ada, ketika kita sedang di mana Dia?

Menampilkan sekumpulan refleksi, catatan, dan monolog Hafizul Faiz sepanjang perjalanan menggeledah makna al-Quran.

290 pages, Paperback

First published February 1, 2022

19 people are currently reading
94 people want to read

About the author

Hafizul Faiz

16 books173 followers
Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
57 (61%)
4 stars
24 (25%)
3 stars
12 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
June 8, 2022
Pertamanya, buku ini dibeli setelah tertarik dengan cerita di sebalik buku ini dihasilkan oleh tukang promosi daripada Jejak Tarbiah. Katanya, buku ini ditulis dan didekasikan kepada anak Ustaz Hafizul sendiri.

Melihat tajuknya, ada sesuatu mutiara yang tak terungkapkan yang ingin penulis bawakan kepada pembaca. Telahan saya tepat, pelbagai ilmu daripada Asbabun Nuzul, kenapa ayat Al-Quran berikut turun sebegitu dan bermacam-macam lagi.

Wallahi, buku ini sangat mendamaikan. Mengambil masa sepanjang 2 minggu. Setiap bait-bait yang ditulis seolah-olah menggambar penulis sedang berbicara dengan kita tanpa kita sedari.

Mungkin tak keterlaluan untuk mengatakan bahawa buku ini menjadi satu arena pembaharuan dalam kita memahami dan memaknai ayat Al-Quran itu dengan cara refleksi kepada diri sendiri. Hal ini kerana, apabila setiap ungkapan daripada Allah SWT kepada diri kita. Maka, akan terasa bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita.

Tulisan yang penuh lembut dan mengetuk serta meleraikan tembok-tembok kekusutan dalam memahami erti hidup. Tulisan yang memberi jawapan kepada segala persoalan yang dicari selama ini. Setiap bait dan ungkapan daripada penulis sungguh mendamaikan kepada hati-hati yang meronta tatkala menyedari bahawa diri sendiri sangat jauh dengan Yang Maha Esa.

Diharapkan agar ada kesinambungan buku baharu yang menjadi penyambung kepada buku Tenang, Kita Ada Al-Quran ini.

Terima kasih kepada penulis kerana berjaya mengetuk hati seorang pembaca yang jarang-jarang menangis kerana refleksi dirinya sendiri yang jauh daripada Sang Pencipta-Nya.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
September 30, 2022
Dalam buku ini Hafizul Faiz menulis mengenai refleksi, catatan, dan monolog beliau mengenai surah dan ayat-ayat Al-Quran terpilih. Ditulis dalam bentuk kurang formal, perkongsian terasa lebih dekat dan mudah difahami. Terdapat pandangan dan buah fikiran yang bukan kelaziman dan berbeza daripada perkongsian penulis lain mengenai Surah yang sama, sekaligus mewujudkan rasa kelainan berbanding buku tadabbur Al-Quran lain di pasaran.
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
May 10, 2022
Tepat jam 8am, selesai.

Sebenarnya buku ni dah mula awal. Tapi biasalah, asyik tukar buku jadi tak habis-habis. Seperti tajuk, buku ni menceritakan kisah dan pengajaran yg kita boleh dapat dari kisah-kisah dalam Al Quran. Kira macam tadabbur lah gitu.

Tapi ada 2 sirah yg dibincangkan secara agak detail - Kisah Pemuda Al Kahfi dan Kisah Nabi Musa. Jadi sebenarnya aku rasa penulis atau penerbit patut letak di permulaan setiap kisah ini macam satu muka surat untuk pisahkan satu tajuk besar ke satu tajuk besar yg lain (sedikit terganggu sebab rasa macam tiba-tiba eh masuk kisah lain). Ok tu bab layout buku 😅

Tapi tulisan-tulisan terakhir ialah tentang Nabi Musa, dan agak mind-blowing bila penulis dapat susun dan ceritakan kisah-kisah Nabi Musa yg berselerak di banyak Surah, tetapi di letakkan mengikut peristiwa. Banyak benda baru dapat tahu, dan sangat menarik.

Kisah depan-depan tak ingat sangat sebab jarak masa baca buku ni panjang sangat 😅 tapi overall best.

Ada juga kupasan mengenai Surah Al Fatihah dalam buku ni. Sebelum kupasan Surah Al Fatihah, banyaknya catatan refleksi penulis. Rasanya, bab Quran ni lagi seronok dengan penulis bercerita secara lisan. Sampai emosi nya. Tulisan bagus juga, cuma ya, faham kot perbezaan macam mana kan hehe.
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
May 30, 2022
Buku yang sangat mendamaikan seperti judul yang diberi ‘Tenang, Kita Ada Al-Quran’. Tutur bicara penulis yang lembut seakan sedang memujuk kita agar dalamilah Al-Quran, sesungguhnya banyak kisah yang mendamaikan dan ambilkan ibrah dari cerita-cerita orang yang terdahulu.

Persoalan saya seakan terjawab apabila baca buku ini, dimana penulis ada menjelaskan serba sedikit tentang susunan dari satu ayat ke satu ayat yang lain, susunan surah dan mengapa sesuatu ayat itu diletakkan didalam surah tersebut serta apakah kesinambungannya. Antara salah satu kehebatan Al-Quran adalah pada penerangan makna yang tersirat yang lebih besar.

Saya suka apabila penulis menekankan ‘Ghafilun’, tentang mereka yang tahu tetapi tidak peduli. Mereka ini adalah golongan yang lalai kerana tidak peduli atau tiada usaha untuk ambil tahu dengan lebih mendalam.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
March 22, 2023
Bila membaca buku ini, buat saya semakin sedar yang setiap manusia di dunia ini memang Allah jadikan mengikut peranannya masing-masing. Personaliti kita mungkin akan berbeza daripada orang lain, dan kelainan itu adalah bersesuaian dengan takdir dan jalan hidup setiap individu. Individu seperti Hafizul Faiz adalah satu contoh.

Beliau ditakdirkan Allah mempunyai misi menyentuh hati-hati manusia melalui caranya.

Gaya fikir penulis dan cara beliau memandang dunia dan melontar kembali kepada masyarakat jarang saya jumpa berada di circle saya. Membaca buku ini saya mendapat satu perspektif baru. Dan bonus point bagi buku ini adalah POV beliau melalui penghayatan kisah-kisah dalam Al Quran. Kadangkala dalam hidup kita sering tertanya-tanya tentang banyak perkara terutama hal-hal semudah sirah nabi dan tafsir surah, tapi kita jarang bertemu 'regu' yang sesuai untuk melontarkan persoalan itu dan mendapatkan diskusi lanjut yang membawa kepada jawapan persoalan tersebut. Membaca buku ini seperti saya bertanya perkara-perkara tersebut kepada diri saya dan mendapat kembali jawapan tersebut secara saya tidak sedar.

Ada beberapa perkara saya setuju dan ada beberapa perkara saya kurang setuju. Ada satu bab penulis berkongsi isu 'autoriti' dalam beragama yang mana penulis beranggapan apabila hanya ada pihak tertentu boleh 'bersuara' dalam beragama menyebabkan agama menjadi hak istimewa sesetengah pihak, walhal setiap muslim berhak untuk melontarkan pandangan masing-masing; hmm saya mempunyai pandangan berbeza berhubung isu ini. Bukankah lebih bahaya jika beragama tanpa guru, institusi agama mungkin kelihatan seperti kelompok autoriti, tapi sekurang-kurangnya mereka terdiri dari ahli yang mahir dan ijmak (perbincangan) para ulamak sangat perlu bagi memastikan ada check and balance.

Buku ini bagai air yang mengalir, ayat-ayatnya lembut dan sejuk masuk membasahkan tanah hati. Kelebihan Hafizaul Faiz. Perkongsian penulis berkenaan kisah-kisah nabi dalam Al Quran berjaya membuat pembaca membaca hal-hal tersirat disebalik terjemahan Al Quran yang kebiasaan kita dengar.
Profile Image for Aqilah Ramli.
25 reviews3 followers
April 12, 2022
"Usahlah dipinta jalan yang mudah. Pintalah hati yang tabah menempuhinya"

Kata kata itu sebenarnya oleh ustaz Pahrol. Namun penulis menyelitkannya didalam Catatan : Hukum Murphy. Ibarat tukul yang menghempap besi, ianya cukup meninggalkan kesan kepada saya. Nampak macam ayat yang biasa kita dengar bukan? Namun, ianya berkait rapat dengan kehidupan harian kita.

Buku ini merupakan sebuah catatan milik penulis yang mengisahkan tentang kehidupannya, juga perjalanan dalam melengkapkan refleksi bagi surah-surah AlQuran. Ada nasihat, peringatan dan beberapa surah yang dihuraikan. Antaranya surah Al Fatihah, Al Kahfi & Al Asr. Tak ketinggalan, kisah-kisah tentang Nabi Musa, Firaun, Nabi Khidir, Iskandar Zulkarnain, Sultan Muhamad Al Fateh, Ashabul Kahfi & lain lain.

5 hari saya menelaah, cuba memahami penerangan dari setiap baris dan Alhamdulillah banyak benda baru yang saya pelajari.

Buku ini harus ada di rak buku anda. Kata-katanya menenangkan - sesuai dengan tajuk dan bagaimana kita adaptasikan Al-Quran dalam kehidupan. Ianya juga boleh jadi permulaan yang bagus bagi mereka yang mahukan penerangan lebih tentang ayat Al Quran.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
April 3, 2023
Memilih buku ini sebagai salah satu bacaan bulan Ramadan sangatlah memuaskan hati. Ia seperti kena dengan vibes Ramadan yang sedang dialami. Membeli nya sudah hampir 2 tahun tapi kesempatan untuk membacanya adalah ketika jiwa dan hati dalam fasa sembuh. Maka, perkingsian buku ini terasa amat dekat.

Penulis berkongsi tentang refleksi diri berkaitan dengan ayat-ayat All-Quran melalui Surah Kahfi yang dikupas satu persatu dan perkaitannya dengan masa kini. Juga, refleksi melalui kisah Nabi Musa yang biasa kita dengar tapi mungkin belum cukup selami dan fahami rentetan setiap peristiwa mengapa dan kenapa?

Penulis juga berkongsi tentang ibrah penurunan ayat2 yang berkaitan dengan bulan Ramadan yang merupakan sebuah hadiah buat umat Islam dan juga perkongsian puisi yang sedap di baca dan dekat dengan jiwa. Semestinya banyak hal yang saya terlepas pandang akan kelebihan2 dan doa dan kepercayaan yang ampuh kepada Tuhan, maka penulisan ini sedikit sebanyak membantu memberi kefahaman buat saya untuk memandang kehidupan melalui sisi yang berbeza, sisi yang punya hikmah.

Terus Sembuh Bersama Ramadan.
Profile Image for Nrlatqh.
23 reviews
October 4, 2022
Alhamdulillah, akhirnya selesai membaca buku ini.
Betul kata Ustaz Syaari Ab Rahman tentang buku ini, ayat penulis memerlukan kita mengulang baca sebab ia bukan perkataan bersahaja penulis bahkan mengandungi hikmah dan falsafah yang kita sendiri tak pernah terfikir.

Sangat suka apabila penulis memberi refleksi dan kupasannya tersendiri untuk setiap kisah kisah yang diceritakan pada penghujung perenggan. Tulisannya membuatkan saya sedar bahawa buku ini ditulis bukan untuk dibaca semata mata, malah pedulikah pembaca untuk mengambil tahu kebenaran yang ada dalam al-Quran selepas sudah kira kita tahu dan membacanya.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
March 24, 2022
5 bintang untuk buku ini. Banyak pengetahuan baru yang diperoleh dari buku ini. Buku ini sedikit sebanyak buat aku tertarik untuk mendalami ayat-ayat al Quran. Penulis memberi penerangan yang agak mudah untuk difahami.


Terdapat juga beberapa puisi yang dinukilkan penulis di dalam buku ini. Walaupun otak aku masih tidak berupaya mencerna keseluruhan makna puisi tersebut, tapi aku masih merasakan ia sebuah puisi yang indah susunannya.


Antara buku yang akan di recommendkan kepada rakan jika ada yang bertanyakan pendapat mengenai buku yang menarik untuk dibaca 👍🏻✨
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
July 26, 2022
Tenang, Kita ada Al-Quran menyedarkan saya betapa luaaasnya ilmu al-quran yang dapat kita teroka dan ambil iktibar melalui penguasaan bahasa Arab (bi iznillah). Jujurnya, saya kagum dengan progress penulis yang merupakan murid biasa di sekolah namun akhirnya dapat berkongsi ilmu Quran yang luas dengan kita.

Antara pengajaran yang saya dapat darinya:
- Menghargai perkataan yang ada. Jangan cuma baca sesuatu bahan, sebaliknya cuba fikir agar kefahaman kita lebih mendalam. < tak cukup hanya baca quran terjemahan, tonton kuliah, baca tafsir dll >
- Luangkan masa berkualiti dengan quran. Cuba renungkan kalimah satu persatu. Mudah-mudahan hati kita hidup dengan oksigen dari quran.
- Penulis ada kongsikan kepentingan baca puisi (which I tried doing melalui buku ni). Setelah 2 3 kali baca sepertinya dapat tangkap juga idea penulis, saya percaya setiap orang mungkin melihat/memahami setiap puisi melalui lensa berbeza. < pasni nak experiment dengan buku perempuan pengembara >

Saya paksa diri untuk baca buku ni dengan tenang, seperti tajuknya. Alhamdulillah, dapat banyak juga sudut pandang baru. Ohya, buku ni sesuai untuk yang nak belajar sedikit bahasa Arab. 5bintang!
Profile Image for Hasliza Rajab.
170 reviews8 followers
April 25, 2025
Segalanya bergerak laju dan pantas, termasuk rutin kehidupan yang kita jalani. Terkadang kita terlupa untuk berhenti sebentar, merenung dan muhasabah akan setiap pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan. Dan dengan itu, kita senang dihimpit oleh tekanan dan kecelaruan emosi. Sehingga kita makin lupa dan terus lupa, kita ada al-Quran.

Di dalam buku ini, penulis menyampaikan mesejnya dengan penulisan yang santai namun tersirat dengan penuh makna.

"Saya perlu belajar cara menyampaikan kerana ilmu bukan tentang isinya sahaja, tetapi juga cara ia disampaikan".

Saya secara jujurnya sukakan cara penulis mengolah setiap isi kandungan di dalam buku ini kerana walaupun pengisiannya berkaitan dengan al-Quran dan penuh fakta, ianya seolah-olah kita berbicara dengan sahabat dan rakan taulan dengan penggunaan perkataan yang mudah difahami, susunan setiap bab yang pendek, dan penulis menekankan kepada konsep tadabbur, di mana ayat-ayat tertentu bukan sahaja sekadar untuk dibaca dan difahami, namun juga untuk dihayati.

Dalam kebanyakan bab yang penulis ulas, kisah Nabi Musa a.s diangkat untuk menjadi tema utama buku ini. Sebagaimana yang kita maklum, Nabi Musa a.s diuji dengan ujian yang mencabar emosi dan mental seorang manusia. Bermula daripada bayi sehingga dilantik sebagai Rasul dan meneruskan seruan untuk kaumnya. Bukan sahaja diancam oleh Firaun, keingkaran kaumnya menambah beban dan kekecewaan. Apa yang Nabi Musa a.s alami adalah apa yang kita alami hari ini. Dan al-Quran datang untuk mengiktiraf perasaaan yang kita alami itu.

Saya terkesan dengan doa yang Nabi Musa a.s panjatkan kepada Allah SWT saat Musa a.s tiada apa-apa yang tinggal pada dirinya.

رَبِّ إِنِّي لِمَآ أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خـَيْرٍ فَقِيرٌ
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

Banyak pengajaran yang dapat kita perolehi daripada kisah Nabi Musa a.s ini :

- tentang kesabaran bilamana setiap ujian yang datang adalah untuk membentuk diri kita menjadi lebih baik. Saat Nabi Musa a.s melarikan diri jauh dari Mesir, saat itu Musa a.s memanjatkan doa kepada Allah SWT.

- tentang kebergantungan kepada Allah SWT. Di saat kita tiada siapa yang kita boleh mohon bantuan, hanya kepada Dia lah kita kembali untuk meletakkan segala pengharapan.

Dan khusus buat mereka yang ingin mencari ketenangan jiwa, yang ingin kembali dekat dengan al-Quran, dan buat mereka yang ingin memahami al-Quran dengan lebih mendalam, buku ini adalah pilihan yang terbaik.
Profile Image for Umi Humairah.
62 reviews2 followers
December 29, 2022
Buku "Tenang, Kita Ada Al-Quran!" ini memuatkan refleksi Al-Quran, diselangi puisi-puisi dan catatan peribadi penulis. Ada juga ruangan atau template yang penulis sediakan untuk kita tulis refleksi sendiri.

Antara yang dikupas ialah surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Al-Kahfi, Yusuf, dan kisah nabi Musa. Nota ringkasan 5 fasa nabi Musa dalam Al-Quran sangat membantu pemahaman saya.

Nukilan dalam naskhah ini tidak begitu mendalam dari sudut tafsir. Saya difahamkan memang bukan tujuan penulis untuk jadikan buku ni heavy on tafsir, tetapi hanya untuk berkongsi dan mengajak pembaca menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai refleksi. Apabila disebut sebagai "refleksi" , ia membawa makna seperti pantulan cermin. Kita dapat melihat jerawat, parut atau cantiknya raut wajah kita di cermin. Begitu jugalah halnya dengan Al-Quran. Penulis hendak membawa kita melihat jiwa dan kehidupan sendiri melalui kitab suci ini; bagaimana ayat-ayat Tuhan apabila didalami, kita mampu merasakan kaitannya (relate) dengan keadaan kita lalu memberikan kita ketenangan.

Sepanjang pembacaan, saya perlu membuka aplikasi Al-Quran terjemahan di telefon bimbit sebagai rujukan kerana penulis tidak sertakan setiap ayat yang dihuraikan, melainkan nama surah dan nombor ayat. I'm not complaining though. It's nice to have this kind of two-ways effort from both penulis dan pembaca. Tidaklah rasa macam disuap je.

Banyak perkara yang ringkas namun menjentik hati saya, baik di bahagian refleksi, puisi mahupun catatan peribadi.
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
June 15, 2022

Tenggelam dalam dunia al-Quran bersama Hafizul Faiz. Semudah itu.
Bait bait perkataan yang penulis gunakan sungguh cermat dan indah to that point taknak lepaskan buku ni.

Tetapi buku ini kuat mengingatkan ketika zaman medical student, ketika mengikuti Perhimpunan Ukhwah Insaniah Seluruh Ireland (PUISI) tahun 2012, Ustaz Hasrizal bawa ibrah al-Kahfi. For some reason, I feel like pembawakan buku ini agak mirip dengan pembawakan Ustaz Hasrizal dalam menyelusuri kisah dalam al-Quran.

Tetapi yang menarik buku ini adalah kerana penulis berkongsi kisah seharian beliau, komunikasi bersama orang sekeliling, dan cara berfikir penulis that makes we want to spend more time lepak minum kopi and talking with him dan memahami alam.

Satu persatu penulis kaitkan kehidupan seharian kita dengan kisah yang Allah dah bagi dalam Al-Quran and how it makes the reader so easily feels like Quran is sooooooo relevant to our daily lives, to everything. To every happiness and sadness.

Sudah tentu Surah al-Kahfi dan kisah Nabi Musa dan kronologi hidup baginda merupakan point besar dan penting dalam buku ini and how penulis membawa kita untuk kenal mereka lebih dekat lagi and how by knowing and understanding their stories help us to overcome anything in our life.

Ya, penulis menerapkan teras asas yang hebat ke dalam diri pembaca.
Amazing writing.
Profile Image for Fatin Rahman.
29 reviews2 followers
August 26, 2022
Seperti tajuknya, buku ini sangat menenangkan dan mendamaikan. Kupasan surah dan kisah Al-Quran yang dihidangkan sangat lain dengan kebiasaan yang kita dengar.

Buku ini secara tidak langsung mengajak kita untuk menyelami makna setiap ayat dan kisah dalam Al-Quran dengan sisi pandang yang berbeza.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan kelebihan penulis yg mahir berbahasa arab memberikan keistimewaan kepada beliau utk membawa kita kedalam dimensi tadabbur yang lain. Benar kata Rumi 'kita tidak akan mampu mencintai sepenuhnya sesuatu itu kalau tidak bercakap dengan bahasanya sendiri', bahasa cinta Al-Quran ialah Bahasa Arab, ingin mencintainya wajib kita berusaha mempelajari bahasanya.

Secara keseluruhannya, terdapat 2 kisah utama yang dibincangkan secara terperinci, kisah Ashabul Kahfi dan kisah hayat Nabi Musa AS. Banyak ideologi yg dikritik dan dikupas mengikut neraca tadabbur.

Sungguh buku ini sangat mendamaikan. Namun begitu, ada beberapa perkara yg boleh diperbaiki seperti susun atur bab dan keterusan penceritaan yg ingin disampaikan. 4/5 ⭐️!

P/s: Pilihan tajuk yg sgt tepat, membuatkan pembaca boleh melontarkan ayat keramat ketika ujian menyapa diri, dan ketika nikmat menyinggah!
Profile Image for Bidasari.
299 reviews
February 1, 2024
Selagi mana kita ada al-Quran, selagi itu kita ada harapan.

Buku yang mengundang air mata.
Mungkin sebab den dah tua.
Jadinya cepat tersentuh hati.
Teringat mati pun iya juga.

Buku yang membuatkan kita membaca beberapa ayat Al-Quran.

Jarang den jumpa buku yang seolah-olah berbicara dengan den.
Buku ini adalah buku yang seolah-olah bersembang dengan kita.

Tafsiran, tadabur dan pengajaran daripada Surah Al-Fatihah dan Al-Kahfi membuatkan den baca bab ini berkali-kali bukan sahaja sebab hendak lebih memahami apa yang disampaikan tetapi pencerahannya terasa sampai di hati.

Kita mendengar atau membaca tentang kisah Nabi Musa sudah banyak kali tetapi buku ini mengupas kisah dan ibrah perjalanan, kehidupan dan perjuangan Nabi Musa dengan begitu tersusun, terperinci tetapi mudah difahami.

Al-Quran sememangnya adalah magic.
Tidak kira selama mana kita tinggalkan Al-Quran, apabila kita kembali kepadanya, in sya Allah kebiasaanya kita akan tetap bisa membacanya biarpun merangkak-rangkak.

Ini sebenarnya yang sayu hati.
Kita mungkin pernah atau selalu terlupakan AlQuran yang sebenarnya sentiasa ada dekat dengan kita.

Ini antara buku yang in sya Allah sangat berbaloi untuk dimiliki.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aishah Nerina.
36 reviews
April 22, 2022
Sebuah karya yang sangat bermanfaat, penggunaan laras bahasa yang sangat baik dan begitu nikmat dibaca.

Bagi seseorang yang selalu berteman dengan al-Quran pasti sudah memahami bahawa ayat-ayat al-Quran adalah penyembuh luka, pemberi nasihat yang tidak henti-henti dan semangat dalam rangka ketaatan kepada-Nya.

Satu kelebihan dalam karya ini adalah, lenggok penulisan yang sangat mudah difahami pembaca walaupun tanpa ilmu tafsir sebelumnya, tanpa perlu memerah otak memahami setiap sudut dan kaedahnya.

Adanya puisi diselitkan membuatkan pembaca boleh berehat seketika sambil menikmati sebuah puisi dan secawan teh hangat sebelum menyambung bacaan, mungkin kaedah ini sengaja penulis gunakan agar minda tetap sedar ketika melanjutkan bacaan seterusnya?.

Karya ini saya masukkan dalam senarai mesti baca atau buku yang tidak boleh "ditangguh baca". Kerana ianya menjanjikan kepuasan dalam setiap lembaran.
Profile Image for Nurin Afiqah.
14 reviews
October 10, 2022
The book is quite complicated to digest, khilaf pada diri sendiri yang agak jahil dan baru berminat untuk menjinakkan diri mendalami al-Quran. Namun saya mempelajari banyak perkara, by mean of that, SANGAT BANYAK. Indahnya al-Quran sebagai penyelemat. Saya mula jatuh cinta dengan surah al-Fatihah. Saya mula rasa ingin mendalami surah al-Kahfi. Saya sangat kagum dengan cerita Nabi Musa. Bagaimana al-Quran ialah bukan buku sejarah, namun buku panduan untuk kita. Banyak tulisan dan perkara yang memerlukan saya untuk pause, ulang dan amati. Terkesan untuk hati saya. Bagaimana ruang2 "surat untuk diri sendiri", "surat untuk Tuhan", "apa yang saya pelajari dari kisah Nabi Musa", I do really think a lot.

Terima kasih penulis. Saya kagum dengan kehalusan dan kedalaman pemahaman dari segi bahasa. Tak terbayang dek akal.
Profile Image for Harizharz.
21 reviews
September 5, 2025
A book that invites readers to delve into the deeper side of the Qur’an that speaks about peace and tranquility. No matter what challenges come our way, we remain calm, for the Qur’an is always by our side. The Qur’an was not revealed without purpose. It was sent down with divine intent, carrying lessons, wisdom, and guidance for all of us. Within it lies every answer we seek, we only need to read, explore, and understand its contents with an open heart.

This book contains monologues, personal notes, and reflections drawn from various stories in the Qur’an. It is a light and conversational read, yet rich in meaning and substance. Almost as if you are sitting face-to-face, talking about it with someone close to you.

overall,
rating: 5.0
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
April 23, 2022
"Yang ada ialah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah adanya doa. Selagi ada doa, selagi itulah Tuhan sentiasa bersama kita."

Susunan ayat yang indah. Mesej yang jelas dan bermakna antara sebab buku ini menarik dan seronok untuk dibaca. Punya kupasan tentang sedikit surah dari Al-quran dan menyebut beberapa kisah para nabi.

Dan isi kandungan buku ini agak berbeza bagi saya dengan tanggapan saya terhadap tajuknya. Buku ini lebih membuatkan saya berfikir berbanding tenang (mungkin kerana tenang bagi setiap orang berbeza?) Buku ini semirip dengan buku EBYH, SBYH dan SAYH oleh ust Harizal. Apapun, buku ini masih tidak menegecewakan saya dan saya sangat menyukainya.
Profile Image for farratiq.
47 reviews7 followers
January 6, 2023
Banyak perkara yg saya belajar daripada buku ini. Intipatinya membuatkan saya rasa bersemangat nak mendalami kisah-kisah yg ada dalam Al-Quran. Buku ini, bagi saya, amat sesuai untuk pemula yg mahu belajar tentang kisah Nabi Yusuf dan Nabi Musa. Bab permulaan bagi saya agak perlahan, sampai saya tertanya-tanya apa kaitan bab ini dengan ‘Tenang, Kita Ada Al-Quran’?, justeru menyebabkan pembacaan saya terhenti seketika. Tetapi bab di pertengahan hingga akhir memang enak dinikmati, mengajak kita untuk sama-sama berfikir.
7 reviews
May 30, 2022
Overall buku yang bagus. Cuma jalan cerita yang agak lambat, saya ternanti-nanti bilakah penulis akan mulakan tadabbur ayat² Al-Quran. Saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskan bacaan buku ini kerana mungkin gaya penulisan penulis bukan preferensi saya.
Profile Image for Lisa Aziz.
26 reviews
April 19, 2022
banyak kupasan-kupasan dari alquran.. harap ada yang ke 2..
Profile Image for Afiza.
7 reviews
February 28, 2023
Speechless baca. Bijak penulis mengaitkan ayat al-Quran dengan keadaaan semasa sekarang. Relateble sangat. 👍👍
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.