Prebet Sapu adalah sebuah karya Muzzamer Rahman yang terlahir daripada hadiah kesusahan hidupnya di metropolitan. Pencandu filem ini menjadikan kota penjara jiwa sebagai konkrit idea pilihan filem pertamanya.
Aman memandu kereta lama warisan arwah bapanya dari Pahang ke ibu kota Kuala Lumpur untuk mengejar impiannya menjadi seorang penulis. Berjuang dalam mencari pekerjaan dan menjadi gelandangan. Dia terpaksa tidur di dalam keretanya dan menjadi pemandu e-hailing (e-pangilan) secara haram, setelah gagal mendapatkan lesen memandu kerana buta warna. Sehinggalah dia bertemu dengan Bella, seorang penumpang Cina, yang menawarkan dia tinggal sementara di tempatnya, dengan syarat Aman mesti menjadi pemandu peribadi untuk kerja malamnya sebagai 'gadis pengiring'. Apabila kedua-dua jiwa miskin bandar menjadi kawan, konflik sedang menanti. Bagaimana kisah mereka akhirnya?
‘’Walaupun mereka tidak mesra, bergurau atau membuat tiktok bersama namun, hubungan mereka baik, cukup untuk hubungan ayah dan anak lelaki tunggal’’ m/s 24.
Aku belum tengok lagi filem "Prebet Sapu" arahan Muzzamer Rahman, tapi novel ni memang sedap dibaca. Penulis pandai bermain kata2 dan tulisannya agak kelakar. Seperti gaya tulisan penulis Hadi M. Nor.
Satu bahagian je la aku tak berapa setuju, iaitu ''Macam orang azan di masjid yang seronok dapat elaun walau tak banyak. Cuma keduanya sepatutnya tidak boleh dijadikan pekerjaan''.(satu lagi tu pekerjaan Bella) m/s 158.
Mungkin lari dari novel ni dan tak menjadi tema perbahasan novel pun yang lebih kepada kritikan sosial kepada kehidupan Kuala Lumpur. Seperti yang pernah dibangkitkan oleh beberapa orang di facebook sebelum ni bahawa pekerjaan2 berkaitan agama sepatutnya ikhlas dan tak ada upah. Maksud ikhlas tu setakat yang aku dengar dari ustaz aku ialah "Mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah hanyasanya semata-mata kerana Allah swt". Tak ada sebut pulak ikhlas itu ialah "buat kerja tanpa upah", kalau itu makna ikhlas, sudah pasti tak ada guru2 atau doktor2 yang ikhlas buat kerja mendidik bangsa, menyelamatkan nyawa kerana mereka semua dibayar gaji. "Ala.... azan je pun nak elaun, imam je pun nak elaun, benda senang...", cakap memang senang, betullah, tidaklah serumit guru nak mendidik dan doktor nak menyelamatkan nyawa yang memerlukan ilmu dan kepakaran.
Tetapi pada pandangan aku, jika imam atau bilal ni tak diberi upah, mereka akan melakukan pekerjaan lain sebab mereka manusia biasa, perlu makan dan perlu duit. Jadi bila mereka ada pekerjaan tetap lain, mereka tak boleh jadi imam/bilal sepenuh masa kerana ada komitmen lain. Jadi berlakulah seperti yang biasa berlaku iaitu "Eh kenapa zohor/asar tadi tak azan (bilal pergi kerja, subuh, maghrib, isyak je ada)" , "eh, siapa nak jadi imam? (berlakulah tolak menolak yang membuang masa)". Ingat orang tiba2 je boleh jadi bilal dan imam kalau tak biasa, aku kali pertama azan dulu berpeluh, kali pertama jadi imam dulu kena tegur sebab alfatihah tajwid berterabur. Nak jadi imam dan bilal pun perlu ilmu. Aku sokong imam dan bilal tetap bergaji sebab melancarkan urusan di surau dan masjid. Ikhlas tak ikhlas tu rahsia Allah, ustaz kata ikhlas tu ibarat semut hitam di atas batu hitam di dalam gua yang kelam di kala malam yang gelap gelita. Jangan senang2 tuduh tak ikhlas sebab dapat upah, tak semudah itu.
Lari tajuk pulak, by the way novel ni best. Beli beli beli.
Buku ni rasa lebih dekat sebab baca pasca PRN Johor. Asal filem yang dinovelkan, buku ini berlatarkan Kuala Lumpur dengan menyentuh perihal marhaen menjalani kehidupan sambil memberi kritikan kepada politik dan sosial negara. Cerita seputar Aman yang buta warna (hence, filemnya dan kulit buku hitam putih *kot*) bersusah payah menjalani hidup di ibu kota sebagai prebet sapu dan Bella seorang escort kelas atasan yang kisah mereka bersilang menjadi sauh cerita. Selepas baca teringin nak tonton filem. Banyak perihal moral dan pengajaran disentuh dalam buku ini, bagus dibaca oleh semua lapisan masyarakat.
menarik! rakyat marhaen yang akan kekal menjadi marhaen ni sudah menjadi rutin atau kitaran hidup di Malaysia. Tidak lupa juga akan "politaik" yang semakin menjadi jadi (dari dulu memang macam ni). bertopengkan malaikat, walhal dirinya setan.
terdapat banyak moral yang boleh diambil dalam buku ini. cara penulisan yang agak santai dan rojak. sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Bahasa yang mudah. Aku tak sempat tengok filem ini di pawagam. Tapi aku boleh faham keseluruhan cerita ni berdasarkan bacaan sahaja.
Plot ceritanya mudah. Berkisahkan dua watak sahaja. Tak ada nak pening pening. Bacaan santai sebelum tidur. Boleh habiskan dalam masa dua hari tapi aku ambil masa lima hari.
Satu perkara aku kurang gemar pasal buku ni mungkin sebab terlampau banyak ayat yang nak menunjukkan Aman dan Bella ni kena tindas di tanah air sendiri. Kurang teknik show, banyak sangat tell. Straightforward punya buku.
"Manusia macam-macam citarasa, ada tu bercita rasa jadi badut, pelakon lawak dan penyamun teater sarkas tapi tak tahu nak pilih mana satu, jadi dia jadi ahli politik yang kelakar." m/s 34
Senang sekali mendapatkan tulisan Prebet Sapu yang terlebihdahulunya ditonton bersama pengarah Muzzamer Rahman di Pasar Seni dahulu. Tidak dapat tidak untuk membandingkan keduanya walaupun bukan dari olahan yang sama.
Novel Prebet Sapu bagi saya ada sedikit kurang menarik penceritaannya kerana olahannya tidak sempat matang dan sedikit terburu-buru. Mujurlah filemnya sudah ditonton; sedikit sebanyak adaptasi layar putih melatari pembacaan yang perlahan.
Satu lagi buku berjaya dihabiskan oleh bukan pembaca buku selepas Novel Aku Rindu Indie. Dapat rasa kesusahan orang lain, dapat tahu situasi KL. Pelajaran warga asing kaya dan orang kita miskin. Banyak lagi pelajaran politik yang kelakar tapi benar. Buku mudah dibaca dan dekat dengan kita, sesuai untuk orang yang tak suka membaca, untuk mula membaca.