Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gadis Kepunyaan Tuan Arman

Rate this book
"Tuan kata saya cuma perlu jadi teman tuan kan? Teman minum. Teman makan. Teman keluar. Takkan lebih dari itu kan?" - ARMEL NUR NERINNA

"Ya. Jadi teman I. Teman I makan. Teman I minum. Teman I keluar. Tapi... What if... I nak lebih dari itu?" - TUAN NOAH ARMAN

Kemelut ringgit satu demi satu datang menghimpit. Malah situasi Armel semakin terbelit apabila ianya melibatkan orang yang paling Armel sayang. Membuatkan Armel berada dalam situasi yang maha menjerut. Membuatkan Armel tak punya pilihan lain, selain dari menyerah. Dan sangka Armel itulah permulaan titik hitam dalam hidup Armel. Sumpah. Seumur hidup tak pernah terdetik sekalipun untuk Armel menjadi perempuan simpanan kepada seseorang yang dipanggil sugar daddy.

"Ini yang tuan nak kan? Ambillah. Ambil semua."

"Memang ini antara yang I nak dari you. Tapi bukan dengan cara macam ni."

Tapi tidak. Segalanya berbeza. Tuan Noah Arman yang Armel sangka adalah lelaki perosak, pemusnah, dan peragut sebuah kesucian, tampil menjadi lelaki penyelamat, pelindung dan penjaga. Membuatkan Armel jatuh cinta pada lelaki itu. Berkali-kali. Cinta yang membuatkan Armel percaya sepenuh hati lantas menyerahkan segala-galanya. Dengan rela. Dan Armel benar-benar hanyut dalam belaian hangat asmara seorang Tuan Noah Arman.

Sehinggalah terbongkar sebuah kenyataan. Menampar Armel keras sehingga Armel terduduk. Kesal.

"Kenapa tuan perlu bersusah payah buat saya percaya yang tuan cintakan saya kalau tuan sekadar nakkan badan saya? Nak saya menjadi pemuas nafsu tuan? Dari awal lagi saya memang minta jadi perempuan simpanan tuan, sugar baby tuan. Tuan boleh je puaskan nafsu tuan tanpa perlu perbodohkan saya dan buat saya percaya yang tuan cintakan saya. Tanpa perlu buat saya percaya yang tuan adalah lelaki yang berbeza. Yang langsung tak sama macam lelaki lain. Tolong lepaskan saya. Saya tak sanggup nak teruskan hubungan ni. Saya tak sanggup teruskan hidup dengan tuan. Lepaskan saya. Saya akan cari duit dan bayar balik setiap sen yang tuan laburkan untuk saya."

"Sekali you serahkan diri you pada I, sampai bila-bila pun you adalah kepunyaan I. I takkan lepaskan you, Armel Nur Nerinna. Titik."

Bagaimana untuk Armel terus menjadi kepunyaan Tuan Arman sedang seluruh hatinya telah terpalang kebencian? Bagaimana pula untuk Armel terus menjadi perempuan simpanan Tuan Arman sedang cinta yang pernah Armel semai, kini seakan menjadi satu hukuman yang perlu Armel usung azabnya selama-lamanya tanpa kesudahan.

490 pages, Paperback

Published May 1, 2021

6 people are currently reading
64 people want to read

About the author

Suci Hidayat

17 books230 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (30%)
4 stars
10 (38%)
3 stars
6 (23%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (7%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
December 28, 2023
Walaupun sebenarnya agak cringe, tapi jalan cerita ok-ok laa. :D
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 27, 2021
armel. gadis bijak. tapi hidup dalam masalah kewangan yang sangat meruncing. kekuatan dia cuma emak dan amanat emak yang dia pegang yang mahukan dia belajar bersungguh-sungguh dan mencari kejayaan dalam kehidupan.

tuan noah arman. dia lelaki budiman. dia setia. dia pencinta sejati. dia kacak bergaya walaupun sudah berusia.

dan

dia hanya mahu

armel nur nerinna.

dia sedar dari pertama kali dia bersua dengan gadis itu, dia mahu 'menyelamatkan' gadis itu dari apa jua bentuk musibah. walaupun terpaksa menjadi 'sugar daddy'. dia tak peduli pun.

armel pula. dia salah anggap pada tuan arman. awalnya dia sangkakan tuan arman seperti gambaran 'sugar daddy' yang dia maklum sebelum ini, tapi rupanya sangat berlainan. sangat.

dan sebab 'lain' itulah, dia jatuh cinta. cuma dia tak berani nak mengeyakan hatinya. bagi dia, selagi tuan arman mahukan dia di sisi, selagi itu dia akan setia.

dugaan armel memang sentiasa ada. selepas masalah kewangannya hilang, dia terpaksa menghadap nista manusia. paling teruk bila dia mendapat cerita buruk tentang tuan arman.

mana satu yang harus dia percaya?

tebal rasa kasih sayang yang menular dalam hati sepanjang pembacaan. puan penulis cantik Novelis Suci Hidayat sememangnya tahu bagaimana mahu menggoda emosi pembaca untuk menekuni karyanya dalam satu duduk dan tatap sahaja.

manusia memang takkan pernah puas. selagi boleh, semua mahu dikejar. kadang lupa, yang dikejar itu bukan miliknya. bukan langsung haknya.

hingga lupa pada semua yang sebenar-benar harus diusaha.

keampunan dan keredhaan dari Yang Maha Esa.
Profile Image for Mslvoe.
2,057 reviews204 followers
March 24, 2024
Sugar daddy.. lelaki yang handsome dan kaya. Takdalah tua mana.. tapi jauh gak la beza dalam 20 tahun gitu. Memandangkan Arman handsome tak nampak sangat dia tua.

Amel terdesak nak cari duit lantaran dia setuju bila Ikin ajak jadi call girl

Mula² Arman taknak tapi setelah melihat Amel dan mendengar perbualan Amel dengan Nonie.. Arman setuju.

Mana nak jumpa sugar daddy yang baik, tak kedekut, prihatin, sabar & yang penting solat.

Arman pun tak gelojoh nak sentuh Amel. Lama kelamaan masing² jatuh cinta.

Karya penulis sangat smooth dan fast paced. Memang boleh sehari je baca.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
April 3, 2022
Heroin tersepit dgn masalah kewangan..even die top student, masalh kewangan and situation family die kat kg pon affect die.. so die rase buntu end up die ikot kawan die nak buat kerja call girl..bygkan perepuan yg polos naif… nasib die sgt baik sbb die dioffer tuan arman yg faham situation and tujuan die…die tak mintak lebih tp die ikhlas nak tlg heroin ni…

Bermula la episod sugar baby and daddy… aq kureng sikit dgn org tua dgn org muda ni so baca layan gitu je la… wlaupon hero nye lelaki tua yg tegap and kacak lagi…

Even buku die nampak tebal..its light reading for me..
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.