Jump to ratings and reviews
Rate this book

Negara Islam

Rate this book
Membaca buku Negara Islam karya Buya Hamka ini membuatkan kita seakan-akan berada di zamannya. Konflik ummah, kerancuan pemikiran dan tekanan untuk mewajahkan Islam dalam masyarakat, dirasakan dalam setiap patah penulisannya.

Buya Hamka "memberontak" dan melepaskan segala yang terbungkam berhubung kerisauannya terhadap masa depan umat Islam Indonesia ketika itu. Idea-idea dan buah fikirannya berhubung sistem pemerintahan Islam yang diimpikannya amat luas mencapah merentasi fiqh, aqidah dan falsafah.

Karya ini merangkumi tiga fasal utama yang menghurai pengertian dan makna Negara Islam itu sendiri, sekali gus memberi penjelasan secara terperinci perihal dasar pemerintahan Islam dengan tuntas.

Buya Hamka mengambil pendekatan terbaik (wasatiyyah) dalam mengupas persoalan negara Islam dengan tidak hanya bergantung kepada teks klasik semata-mata sebaliknya mengeluarkan ijtihad semasa melalui kefahaman terhadap kerangka demokrasi dan politik di sekitarnya.

226 pages, Paperback

First published January 1, 1946

5 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Hamka

112 books1,089 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (57%)
4 stars
15 (30%)
3 stars
6 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
January 27, 2020
Buku 'Negara Islam' karya Buya HAMKA ini diterbitkan pertama kali pada tahun 1946 dan kini diterbitkan semula pada tahun 2020 oleh @jejaktarbiah.

Saya sangat sarankan buku 'Negara Islam' ini dibaca oleh setiap individu muslim terutamanya ahli-ahli gerakan Islam di Malaysia.

Malahan saya merasakan buku 'Negara Islam' ini juga sesuai dibaca oleh non-muslim bagi memahami konsep 'negara Islam' yang seharusnya difahami, bukan sesuatu yang perlu ditakuti.

Apakah 'negara Islam' menurut Buya HAMKA?

Di awal buku ini, Buya HAMKA mengkritik kebekuan fikir umat Islam masa itu (1946) dalam hal pemerintahan kerana masih lagi bergantung kepada kitab-kitab fiqh klasik karangan ulama' ratusan tahun dahulu.

Kalau saya boleh bayangkan HAMKA masih hidup pada hari ini, barangkali inilah yang dikatakannya,

"Kemon guys, move on! Zaman dah berubah, sistem politik negara-negara di dunia dah berubah.

Kita tak boleh lagi ikut pendapat ulama' 700-800 tahun dulu - yang berbicara tentang memilih imam, tentang pemerintahan, nak mendirikan khilafah, dsb.

Apa yang ulama' silam tulis, semua itu ijtihad mereka yang sesuai dengan suasana masyarakat pada waktu itu.

Ijtihad bukan Al-Quran, bukan as-Sunnah. Ijtihad adalah hasil kesungguhan para ulama' menyelidiki dan menganalisis Al-Quran dan hadith untuk mengeluarkan hukum. Ijtihad boleh berubah!

Ayuh! Kita harus berani memperluaskan penyelidikan, memanfaatkan akal & fikiran untuk menghasilkan ijtihad baru dengan mengambil kira suasana pada masa kini"

Membaca buku ini, terasa seperti sedang mendengar HAMKA bercerita tentang sejarah panjang manusia dan politik dunia Islam (secara ringkas).

Di mana butir penceritaan inilah yang menjadi premis kepada konsep negara Islam masa kini menurut HAMKA.

Buku ini tidak diberatkan dengan jargon "maqasid syariah" atau "fiqh kenegaraan" dsb., tetapi itulah yang sedang dibicarakannya melalui buku ini.

Beberapa persoalan besar buat kita selepas membaca buku ini;

Adakah benar wajib, perjuangan untuk menukar perlembagaan kepada "perlembagaan Islam"?

Kewajipan kita adalah mendirikan negara yang menjaga kebajikan setiap warganya, bukan memaksakan Islam ke atas warganya.

Kita perlu bezakan tuntutan berdakwah dan bernegara.

Bernegara untuk jaga rakyat, bernegara bukan untuk berdakwah, kerana ada atau tanpa negara, dakwah itu sesuatu yang wajib diteruskan.

Menjadi masalah bila objektif bernegara kita adalah dakwah.

Secara ringkasnya, daripada seruan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, kita disuruh menegakkan keadilan, membantu yang lemah, menolong orang miskin dan anak yatim, membangun ekonomi agar jurang kaya-miskin didekatkan, menghindarkan penindasan, dan banyak lagi seruan universal untuk kebaikan manusia sejagat.

Inilah yang perlu difokuskan oleh sesebuah pemerintahan.

Memetik kata HAMKA di bahagian penutup buku ini yang menyentuh hati saya:

"Tapi kita akan berbuat lebih daripada itu, iaitu pengaruh Kebenaran Tuhan harus terbukti di dalam Negara kita kerana kehidupan umat kita."

"Negara yang mempertahankan keadilan dan kebenaran, cinta mencintai, kasih mengasihi, mencari yang lebih sempurna, melindungi yang lemah dan tidak berlaku paksa dalam agama. Itulah dia Negara Islam"

Kesimpulan: idea HAMKA dalam buku ini kontroversial untuk mereka yang 'takut'. 'A must read' buat yang berani berfikir! 🤨

Wallahu'alam.
Profile Image for Luqman Tarmizi.
41 reviews3 followers
July 7, 2023
"Kita tidak mahu mengukur negara yang didirikan pada pertengahan abad kedua puluh dengan kitab fiqh karangan ulama untuk abad yang sepuluh dahulu kala."

Ini sebuah karya yang berani dan jujur oleh HAMKA.

Keluhan disuarakan mengenangkan betapa mundurnya umat Islam dalam soal pemikiran politik dan pemerintahan, akibat pergolakan politik yang mengubah kekhalifahan berasaskan syura kepada sistem monarki beraja, sekaligus menyuburkan kediktatoran di sepanjang sejarah umat. Di tambah pula dengan kepasifan ulama yang selama ratusan tahun tidak berani memperluaskan penyelidikan, hanya asyik dengan tinggalan turath sedia ada.

Akhirnya yang lebih dahulu mencapai kemajuan politik, menemui sistem pemerintahan yang adil, mencipta mekanisme pemilihan pemimpin yang menepati prinsip syura - ialah orang Barat. Sedangkan nilai syura, hak asasi, kebebasan dan keadilan sosial itu telah dijuarai Rasulullah SAW seribu tahun lebih awal.

Namun itu tidak menjadi masalah dalam melihat ke hadapan. Adaptasi dan akomodasi dengan nilai luar yang baik menjadi tuntutan Baginda Nabi sendiri. Sebuah negara bertunjangkan nilai Islam tetap perlu ditubuhkan, walau apa jua sistem yang dipakai.

Tapi apakah itu negara Islam?

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian yang mendalam, HAMKA menyimpulkan bahawa negara Islam itu hakikatnya ialah negara yang mempertahankan keadilan dan kebenaran, rakyatnya saling mencintai, mencari yang lebib sempurna serta melindungi yang lemah dan dizalimi. Kerana inilah inti pati yang diajarkan oleh al-Quran, al-Sunnah dan tasarruf empat khalifah yang terpandu.

Negara prinsip dan nilai, bukannya negara jenama dan slogan.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
January 29, 2020
HAMKA mengkritik politik dunia Islam dari era Khalifah Usman sampai era Kerajaan Uthmaniyyah. Malah HAMKA turut mengakui bahawa model demokrasi Barat adalah lebih baik, ketika buku ini ditulis. Sisi pemikiran yang menarik dari seorang ulama nusantara...
Profile Image for Nuruddin Azri.
387 reviews173 followers
December 5, 2021
Penguasaan sirah yang mengakar pada sosok Hamka diadun dengan puing-puing hikmah dan ilmu-ilmu “ensiklopedik” beliau membuatkan pembacaan buku ini begitu nyaman sekali.

Dalam buku ini, Hamka membawa pembaca menyorot susur galur pemilihan pemerintahan dari zaman Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali sehinggalah tercetusnya konflik pemerintahan pada zaman Muawiyah.

Kupasan Sosialisme, Komunisme dan Imperialisme menurut lensa Islam juga disulam dengan cermat apabila dibandingkan secara asas model dan nilai yang diterapkan oleh Nabi Muhammad SAW dengan model Barat bermula Marx, Engel, Stalin, Rousseau dan Montesquieu.

Hamka benar-benar bijak menilik dan menyikapi zaman dalam topik ini.

Perbahasan mengenai negara Islam dalam konteks dunia hari ini boleh juga diteliti melalui The Fall and Rise of the Islamic State karangan Noah Feldman, The Failure of Political Islam dan Globalized Islam karangan Olivier Roy serta Who Needs an Islamic State? karangan AbdelWahab el-Affendi.
Profile Image for Hairul Bujang.
16 reviews2 followers
February 22, 2020
Buku Negara Islam oleh Buya Hamka dicatatkan mula terbit pada tahun 1946 (tempat dan penerbit tidak diketahui). Selepas jarak masa 74 tahun, Jejak Tarbiah menerbitkan semula di tahun 2020.

Istimewanya terbitan baru ini diberikan kata pengantar dari Mufti Wilayah Persekutuan. Buku ini walaupun setebal 224 halaman tapi ringan dibawa. Masa sehari cukup untuk membaca. Saiz font dan spacing yang selesa untuk speed reading.

Membaca isi buku ini cukup menggambarkan kepiawaian Buya Hamka dalam isu kenegaraan, sejarah, falsafah dan lain-lain.

"...'Negara Ketuhanan Yang Maha Esa'. Negara yang mempertahankan keadilan dan kebenaran, cinta mencintai, kasih mengasihi, mencari yang lebih sempurna, melindungi yang lemah dan tidak berlaku paksa dalam agama.
Itulah dia Negara Islam."
Profile Image for Sadiq Salihoddin.
Author 4 books14 followers
December 27, 2021
Negara Islam, bukan sekadar pada hukum-hakam sahaja. Semua sekali kena "Islamik". Bab kesetaraan, bab kemiskinan, jurang pendapatan, keharmonian dan lain-lain.
Profile Image for Hariz S. H..
78 reviews18 followers
September 18, 2020
Gaya bahasa Hamka tidak pernah mengecewakan, walaupun topik yang serius. Bahasanya sangat mudah membuatkan kita tenggelam dalam pembacaan, tanpa sedar sudah sampai ke kulit buku.

Fikrah siyasah syariyyah yang dibawa Hamka ini, kurang sesuai sebagai teks pemula untuk mereka yang baru terlibat dalam gerakan politik atau baru dalam genre fikrah politik. Zaman Hamka baru menerima ide-ide demokrasi, seperti elemen 'freedom of speech', 'women rights' dan 'slavery'. Maka kupasan berkenaan elemen-elemen tersebut tersangatlah terhad, tidak sebanding dengan pelbagai masalah yang hadir bersama demokrasi yang sudah berjalan lebih setengah abad di Malaysia dan Indonesia. Penafsiran sosialisme yang juga terhad pada zamannya sahaja. Boleh perhatikan masyarakat pluralistik di Indonesia sendiri, dari hasil pemikir terdahulu yang segan meletakkan agama Negara sebagai ialah Islam sebagai dasar.

Buku ini boleh jadi 'companion', atau teks yang anda baca sebagai tambahan, tetapi bukan panduan dalam kira mencari fikrah politik yang terbaik. Saya 'respect' Hamka kerana mampu menulis subjek yang sukar tetapi mampu mendepani zamannya, serta mudah dibaca.

Akhir kalam, Saya ucapkan tahniah, dan penghargaan kepada penerbit Jejak Tarbiah kerana menerbit semula manuskrip ini. Cuma saya harap boleh perbaikkan 'paragraphing', elakkan hyphenation '-' , dan menggunakan kertas yang lebih berkualiti, untuk kulit buku dan isi.
Profile Image for Nazhim Farlim.
1 review
October 7, 2020
Penulis berjaya menerangkan konsep baru terhadap negara islam.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for budu kicap.
48 reviews
March 23, 2021
Buku tentang penubuhan negara Islam yg berlandaskan quran & sunnah.
Profile Image for vyxz.books.
9 reviews
August 23, 2023
Memahami asas-asas Negara Islam daripada karya Buya Hamka. Teladan dan contoh daripada peristiwa pada zaman Rasulullah SAW serta para Sahabat menjadi sebahagian pengisian karya ini.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.