Kompas anbiya' merupakan cubaan penulis untuk memudahkan penemuan kisah Nabi dalam alquran.
Setiap Nabi ditonjolkan di mana (surah), ayat berapa dan peratusan kisah nabi dalam sesuatu surah dan juga ayat. Semuanya dijadualkan dengan carta pai (inovatif!)
Untuk bacaan pertama ni, saya cuba tandakan halaman quran dan ayat utk setiap penerangan yg dokongsi penulis. Cubaan membantu utk aktifkan bacaan, sebab membaca semata-mata akan melajukan rasa mengantuk. Pada saya, bacaan akan lagi menarik sekiranya pembaca cuba kaitkan kisah Nabi dengan diri sendiri (boleh cuba utk next read).