[eBOOK 77]
Sebenarnya Ilusi by Paksa Tulis.
.
Okay, aku tak pernah kenal siapa Paksa Tulis ni, ataupun buku Sebenarnya Ilusi ni tentang apa. Tapi aku suka la buat kerja random camni. Entah kenapa, ternampak IG ads ke apa entah nama dia, aku pun baca la ebook ni. hahahah
.
Mungkin ni karya pertama penulis, tapi aku suka je. Maybe a bit slow, tapi berjaya juga aku habiskan buku setebal 1000+ pages ni. Bapak gila tebal.
.
To be honest, 1/3 buku ni, aku rasa slow sangat. Cerita tentang Orked yang menangguhkan pengajian PHD nya sampaikan dia dibuang kerja sebagai pensyarah dan perlu membayar semula duit yang universiti belanjakan. Gila betul. Memang kesian, sebabnya bukan dia yang minta tangguh, tapi banyak hal yang jadi. Sehinggakan Orked melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk melunaskan semua hutangnya.
.
Seth pulak mahu mewakili Malaysia ke Sukan SEA bagi acara taekwondo. Tapi, PTSD nya menghalang. Bila dia dalam situasi yang mencemaskan, ramai orang, Deting akan muncul dan Seth akan pengsan.
.
Seth dan Orked pernah bertemu. Namun, pertemuan mereka tidak berakhir dengan baik. Bila diari Orked tercicir, Seth ambil dan baca. Sejak itu, Seth mulai mengenal diri Orked yang tabah.
.
Dan takdir menemukan mereka di alam ilusi. Mereka berkawan rapat dan bahagia. Banyak perubahan hidup Orked, hasil campur tangan Seth.
.
Namun, malangnya, bila Seth tetiba menghilang, kehidupan Orked makin teruk. Dia makin depression sehingga di diagnosed sebagai psychotic depression sebabnya Orked selalu bercakap tentang Seth, sedangkan Seth tidak wujud.
.
Apakah kesudahan kisah Orked dan Seth?
.
Bagi aku, cerita ni membawa mesej yang berat. PTSD, depression. Tapi penulis berjaya sampaikan dengan baik.
.
By the way, kenapalah pendek sangat ending bahagia Seth dan Orked tu?
oh ya, aku suka part bila Orked cakap, dugaan hidup ni, tanda Allah sayang, dan Dia cuma nak bergurau je dengan kita. Sama macam Orked yang selalu sepahkan bilik adik dia yang sangat pembersih orangnya dan suka jirus air atas katil adiknya yang pemalas bangun tidur. Bukannya Orked tak sayang, sebab sayanglah dia buat camtu.