Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Kan Ada

Rate this book
Ini cerita Yah dan Lid, yang menurut sejarah sudah berkawan sejak daripada bayi.

Di mana ada Lid, di situ pasti ada Yah.

Yah kata, dia penat mahu melayan Lid Si Raja Drama.

Lid pula kata, dia tak larat nak dengar cerita Yah Si Ratu Masalah.

Orang kata, perempuan dengan lelaki tak boleh jadi kawan baik, mesti salah seorang akan tersuka. Orang kata... tapi betul ke? Atau itu cuma mitos purba kala?

Biar Aku Kan Ada buktikan segalanya!

389 pages, Paperback

First published December 1, 2020

6 people are currently reading
94 people want to read

About the author

Akyelrahim

11 books66 followers
Siti Zulaika Abd. Rahim

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (81%)
4 stars
8 (16%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
800 reviews229 followers
June 2, 2024
Haih, Akyelrahim. You talented author, you. Makan apa sampai pandai menulis macam ni? Ke sebab kuat berangan :p

Akyelrahim always writes the best characters, with the most natural dialogues, complete with setting dan plot yang sangat menyenangkan hati. Level sweet yang cukup rasa, tak payah melebih pun dah buat hati berbunga. Lately, I suka baca cerita yang setting dia kat kampung. I read somewhere that akyel wrote this with her own kampung as the setting, so penulisan dalam ni jadi sangat realistik. Scene kampung yang best, scenes dengan orang-orang kampung pun best. Bayangkan, baca pasal orang kampung merewang untuk kenduri pun suka je baca.

Oh, dan dalam ni ada Umar, Uthman dan Ali, si kembar nakal tiga ketul anak Fitri dengan Amal tu. Umur dah 16/17? So maksudnya timeline Yah dengan Lid dalam Aku Kan Ada ni is years after Love, Yours la ye? Rugi la takde cameo Fitri dengan Amal sekali dalam ni. Ada kembar dengan Mak Lang Da je.

Amyway, perangai Lid reminds me of Tashfeen dalam Adnil Zaff's Mr. Kampung Boy
Profile Image for Mslvoe.
2,125 reviews211 followers
August 28, 2023


Lama gila F menanti.. setahun lebih jugak dok menanti kat elib. Boring² F pejam mata beli kat esentral.

F kurang faham apa susah sangat publisher nak reprint karya ini? I'm sure ramai akan beli karya dari Akyelrahim.

F memang kurang gemar beli kat esentral. Sebab susah F nak transfer ke Nook or Kindle. Isshh rasa geram je. Dah la screen phone kecil je.

Cerita dia best! Cerita dia sempoi! Cerita dia buat hati kita tenang.. tersengih² baca. Part sedih pun ada.

Akyelrahim dah ada tempat dalam hati F. One of my favourite author. Buku² akyelrahim category must-buy! 💜💙

Love sangat² chemistry Yah dan Lid. Environment pun best. Pendek kata watak² kat kampung diaorang semua best².

Sedih bila dah habis.. rindu kat Lid dan Yah!

Profile Image for Diniy Qistina.
186 reviews6 followers
February 12, 2026
Dalam banyak-banyak novel Akyelrahim yang saya pernah baca, saya rasa novel AKU KAN ADA nilah yang paling saya suka. 🥹

Khalid Al Walid—atau lebih mesra dengan nama Lid, you are THE MAN, bro! Masih ada dan sentiasa ada untuk seorang Siti Sabariah—Yah.

Suka dengan karakter Lid yang macam lawak-lawak sengal. Tapi bila dia jadi serius dengan perasaan dia, Yah pun boleh kaku lalu terkelu.

Ah! Pendek kata saya suka sangat cerita ni! Berbaloilah lama tunggu novel ni untuk kembali di pasaran. Dahlah comeback dengan cover baru yang jaaaauh lebih cantik dan mengancam! Silalah beli dan menelaah kisah kehidupan Yah & Lid ni. Dijamin korang takkan rasa bosan. 😙🫶🏼
Profile Image for matchataro.
181 reviews29 followers
February 19, 2026
BESTNYAAA SAMPAI HILANG SEGALA PERKATAAN NAK CAKAP TAK SIA2 TUNGGU LAMA BUKU NI REPRINT hshshs nanti saya review betul2 balik😔🤞🏻 APAPON THIS IS THE BEST FROM AKYELRAHIM🫶🏻 LID AND YAH MY BABIESSS
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
46 reviews
February 13, 2026

Personal Rating : Solid 5 ⭐️
Alert: Yapping panjang macam biasa 😝

Guysss!!! Saya dah habis baca novel ni!!!

Ya Allahhhh!!! Totally worth every penny I spent on this book! Walaupun mata saya bengkak lepas habis baca novel ni 😭 Memang jenis novel yang buat kita senyum, gelak, marah dan nangis sekali jalan.

Dulu pernah nampak orang review Aku Kan Ada ni dan siap tanya mana nak beli. Rupanya buku lama. Bila Akyel buat versi revamp, tanpa fikir panjang saya terus beli — siap jadi 500 yang pertama. Hehehe memang tak menyesal langsung!

Aku Kan Ada mengisahkan tentang Lid dan Yah yang berkawan baik sejak dari dalam perut ibu. Haha. Sebab mak-mak dan atok mereka pun kawan rapat dari dulu. Lid si Raja Drama, Yah pula si Ratu Masalah. Tapi satu benda yang tak pernah berubah dan setiap kali Yah ada masalah, Lid sentiasa ada.

Untuk Yah, semua Lid sanggup buat. Tolong bina kabinet untuk simpan makanan supaya ayah Yah yang tak guna tu tak boleh mencuri. Diam-diam hulurkan bantuan dekat Yah dengan Cah lepas kematian ibu mereka, siap guna nama mak dan abah dia sendiri lagi. Siapa je tak melting baca part-part macam ni? 😂

Dan ayat keramat Lid yang buat saya 🥰 berkali-kali:

“Aku kan ada.” – Lid

Dalam diam sebenarnya saya dah boleh agak yang Lid memang suka Yah. Cara dia ambil berat tu bukan biasa-biasa. Tapi bagi Yah pula…

“Sebab kawan. Sebab kau kawan aku dan kita dah berkawan lama. Sebab tu kau tak boleh suka aku.” – Yah

Part ni memang buat hati saya pedih sikit. Bukan sebab Yah kejam, tapi sebab saya faham kenapa dia takut. Yah cuma ada Cah, mak dan abah Lid selepas kematian ibunya. Ayah kandung dia? Memang tak berguna satu sen pun. Menghabiskan beras, berjudi, siap ada bini baru lagi. Memang naik darah baca bahagian tu 😤

Saya suka bagaimana Akyel leraikan setiap persoalan yang timbul sepanjang pembacaan. Kenapa Yah takut nak terima Lid, kenapa dia selalu tolak perasaan sendiri dan semuanya ada sebab yang kuat. Trauma kehilangan tu ditulis dengan sangat real sampai saya sendiri dapat rasa sekali beban yang dia tanggung.

Saya juga suka scene yang Yah terima phone baru daripada Lid. Auchh!! Walaupun macam tu je but so sweet and arghhh. Hahhaha.

“Cakap apa Cik Berry?” - Lid
“Sayang… Alid!” - Yah

Lepas tu part yang paling buat saya terdiam lama…

Scene di mana Yah tanya mak dia, kalau sedih mak dia cerita dekat siapa. Dan jawapan mak dia…

“Cerita kepada Allah.” – Hayati
“Kenapa? Tak boleh ke cerita dekat orang kalau kita sedih?” – Yah

Personally, scene ni hit me so hard. Rasa macam kena tepat dekat hati. Dan lagi satu part yang buat saya tak boleh control air mata…

“Boleh tak… Yah nak peluk abah?” – Yah 😭

Ya Allah, part hujung-hujung tu memang buat dada rasa sesak. Emosi yang Akyel build up dari awal cerita, perlahan-lahan dan bila sampai klimaks, terus meleleh air mata saya. Saya baca sambil lap air mata tak berhenti.

Ending novel ni digarap dengan sangat kemas dan matang. Tak rasa tergantung, tak rasa terburu-buru. Semuanya cukup. Cukup untuk buat kita puas, tapi dalam masa sama berat nak lepaskan cerita ni.

Sejujurnya, ini bukan sekadar cerita cinta. Ini cerita tentang setia. Tentang kehilangan. Tentang keluarga. Tentang seseorang yang sentiasa ada walaupun kita sendiri terlalu takut untuk menerima dia.

Satu kerugian besar kalau korang tak baca novel ni.

Sekarang ke tepi semuaaa, saya nak pergi tengok cermin sebab mata bengkak ni tak surut lagi 😌🤧
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
April 4, 2022
alaaa suka la character lid dengan yah. Comel giler kisah diorang ni. Dialog diorang pun kelakar je semua..

"yah,Kau banyak duit ke?”
Yah kerutkan kening. Apa hal pula tiba-tiba tanya
“Kenapa? Nak pinjam? Tak ada, aku ada tiga puluh ringgit je ni nak isi minyak.”
“Tak ada, kan… kalau tak ada, pakailah tali pinggang tu. Ingatkan kaya tadi nak bayar saman,” Lid selamba perli Yah setepek depan muka.
...........
“YAH, Yah. Tengok tu.”
Yah buat bodoh sahaja dekat Lid.
“Yah, tengoklah kawan kau. Bukan selalu jumpa.” Lid masih tak berputus asa mahu Yah lihat apa yang dia lihat.
“Apa?” Mahu tak mahu je Yah angkat muka.
Yah tengok sekilas. Sebaik dia nampak, muka dia berubah toya. Ada seekor beruk sedang duduk dekat atas tandan kelapa yang berada dalam troli motor macam Yah tengah buat sekarang ni.
“Elok lagi si Awang tu kawan aku, kawan kau yang tu.” Yah tunjuk dekat sebuah bengkel tepi jalan milik Aleng, yang berbangsa cina. Di depan kedainya ada seekor anjing putih besar sedang tidur.
Profile Image for mimi.
56 reviews3 followers
February 15, 2026
My first book by Akyelrahim. And it’s only February, awal sangat ke kalau nak cakap ni book of the year saya? 🤣🤣

Maybe i finally get the hype about the author 🥹 Selama ni selalu nampak pasal akyelrahim, tengok live beliau, orang cakap pasal karya beliau tapi tak terbaca pun bukunya. Sampailah nampak video pasal this revamp and rasa macam it’s the right time. And memang pun!! Right book, right time 💙

What a beautiful writing! buku ni perfect sangat for me 😭😭 bahasanya indah dibaca, plot tak rasa laju, tak rasa slow. semua characters main peranan sendiri. And i really have to say yang the author knows her characters well! 💙 rasa hidup sangat watak diaorang!!

Ah, Lid is everything to me 🥹🥹 jujur cakap, mungkin character buku paling green flag saya pernah baca. walaupun dengan omelan tak berhenti, tapi acts of service dengan words of affirmation dia on 🔝 Baca cara Lid (dan keluarga) sentiasa ada untuk Yah, kita yang nangis sekali.

Terima kasih bawa saya ke dunia Siti Sabariah dan Khalid Al-Walid 💙 Semoga terus bahagiaaaaaa
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews40 followers
February 18, 2026
Khalid Al Walid akan jadi hero bukan Ahmad no 1 dalam hati saya. ❤️
Profile Image for Fiqa Najwa.
68 reviews
July 4, 2023
Well potrayed book 😔👍🏻

Character dia semua kita lurveee 💖 dari lid sampai la ke jiran² diorg.

Lid tu mcm 0.00001 dalam sejuta la dkt dunia ni. Budiman, baik, pemurah sangat, sengal, kaki usik semua dia balun

Yah pon 🥺😭 yah ni haihhh nak peyukkkk je diaaaaaa
Profile Image for AzeeraY.
34 reviews5 followers
February 10, 2026
Comel je tau Yah dengan Lid ni 👩‍❤️‍👨
Dah tahu kenapa orang selalu minta reprint cerita ni - padu! Semua rasa lengkap.

Penulisan kalini paling lurvee! 😘👌🏻
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
February 6, 2026
Penat gelak, penat nangis, penat marah, penat kesian. Tapi takpe sebab akhirnya memang puas baca 🥹
Karya terbaik Akyelrahim yang pernah aku baca!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 24, 2022
[eBOOK 85]

Aku Kan Ada by Akyelrahim.
.

"Yah, lepas ni jangan simpan sorang-sorang tau, aku kan ada."
.
"Lid, terima kasih. Sebab selalu ada."
.

Ada orang cakap, buku ni ialah a comfort book. Betullah kot. Sebabnya, dari awal buku, sampai ke hujung, bukan mata je yang berair, tapi hati pun kebasahan.
.

Ni cerita tentang Khalid Al Walid dan Siti Sabariah.
.

Mereka berdua ni kawan sejak lahir. Bak kata mereka, BFF sejak 3 keturunan, dari zaman tok nenek, mak dorang dan mereka berdua.
.

Tabahnya seorang Yah bila ayahnya sendiri tidak pedulikan dia dan adiknya, Cah sejak ayahnya kahwin lain. Cah, budak sekolah menengah, budak lembam, dihalau keluar dari rumah ayahnya, tinggal seorang diri di rumah pusaka sebab Yah di universiti, kerja petik cili waktu hujung minggu, dapatlah RM10 untuk beli telur dan beras. Dan ayah tu jugak la yang selalu curi stok makanan dalam rumah mereka untuk dibawa pulang ke rumah isterinya. Dan Yah jugalah yang pulang ke rumah untuk melihat adiknya terlantar sakit, dan maknya yang sudah sejuk kebiruan, meninggal dunia.
.

Lid, seorang anak muda yang nakal, tapi rajin berusaha. Waktu kecil, selalu duk gaduh dengan Yah sebab dia dengki apabila mak abahnya selalu kasi baju, mainannya kepada Yah. Ye la, anak tunggal, mana biasa berkongsi. Bila dah besar, dia la yang selalu ada dengan Yah. Dan Lid ni selalu mengusik Yah. Memang rasa nak lempang je bila dia duk puji diri sendiri handsome dan budiman. Bila Yah tak setuju, mulalah dia cakap yang, Yah bukan jauhari. Sebab tu, tak kenal manikam. hahaha
.

Sehinggalah satu hari, Lid confess yang dia suka Yah. Tapi Yah tak setuju dengan alasan Lid tak faham dia. Tapi bak kata Lid, dia takkan berundur.
.

"Sorry, sebab aku langsung tak alert dengan apa yang kau rasa".
"Sorry, sebab tak tahu kau pun reti sakit. Aku ingat kau okay, sebab kau tak pernah tunjuk kau penat."
"Sorry, sebab langsung tak pernah terfikir kau cuma ada mak abah aku ganti arwah mak kau."
"Sorry, sebab selalu selfish."
.

"Yah, dengar. Aku cakap sekali je, tak ada ulang. Kalau kau takut satu hari nanti aku dah tak sayang kau. Kalau kau takut satu hari nanti kau dah tak boleh tumpang kasih dekat mak abah aku. Kalau satu hari nanti kau takut kita dah tak boleh berkawan macam sekarang. Kalau kau takut satu hari nanti kau hilang satu lagi keluarga. Aku janji Yah, aku janji semua tu takkan terjadi. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Mak abah aku akan sentiasa jadi orang tua kau."
.

"First love anak perempuan tu, ayah. Aku tahu kau ada fantasi ni. Kalau kau tak pernah rasa macam mana. Aku janji, untuk jadi first love kau, untuk jadi first love anak kita kalau Allah izinkan. Kahwin dengan aku. Biar aku jaga kau."
.

Dan akhirnya, mereka kahwin. hahah..nak baca ayat sweet lepas kahwin, memang takde la sebab dua ketul ni jenis sengal. Mula la, Lid duk cakap yang Yah tidur buas, Yah pulak cakap, Lid berdengkur kuat. haha
.

Buku ni, sesuai untuk semua golongan sebenarnya. watak utama dalam awal 20-an, selalu usik mengusik dengan lawak bodoh dorang, tapi surprisingly, aku terhibur dan tak rasa cringe.
.

Tapi, cerita best sebab dalam bodoh-bodoh aku gelak pun, aku boleh nangis sebab Lid pun nangis mengenang kesusahan Yah. Cerita ni membuka mata aku tentang seorang perempuan perlu memilih suami yang tepat untuk dijadikan ayah kepada anak-anak. Dan ibu bapa yang bagus la, yang mencorak kehidupan anak, sebagus Lid ni. Aku suka Lid yang sentiasa sembunyikan kebaikan dia. Semua benda baik yang dia buat, dia cakap, mak yang suruh, mak yang belikan, semua mak. Sampaikan mak dia terpinga-pinga bila orang asyik duk ucap terima kasih je.
.

Watak biadap seperti Murad tu, memang sentiasa wujud. Tapi watak baik, lagi ramai. Oh ya, cerita ni sepenuhnya di kampung. Dorang dating pun, di kawasan paya. haha
.

Good job, dear writer! Tahniah untuk buku baru jugak.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
April 14, 2025
buku ni terperam lama. terperam kisah best nih daripada pembacaan akak. sorry lid, yah. akak tak perasan korang dok diam dalam almari buku akak tu.

lid dan yah ni berkawan dah lama. mak mereka pun berkawan baik. atuk mereka pun sama, kawan baik. mana ada lid, situ ada yah. lid selagi boleh akan memang sentiasa ada dengan yah. sampaikan nak pi kerja kat kebun tu pun cari yah.

yah pun sempoi. bukanla tipikal anak dara yang asyik nak melaram. tambah lagi masalah hidup dia, ada ayah yang perangai hauk buatkan dia biasa berdikari. kemudian jaga pula adik dia yang agak lembam. watak ini kuat. tambah pula ada penyokong kuat dari belakang.

hidup memang akan sentiasa ada dugaan. penulis dah susun cantik dugaan yang mendatangi watak-watak ini. mungkin terlalu banyak flashback tapi akak okey aje. olahan dan penyampaian penulis ini memang hidup. sedap baca dari awal sampai habis kisah.

suka dengan dua-dua watak lid dan yah ni. masing-masing sentiasa ada untuk satu sama lain. tapi lebih pada lid lah. dia akan sentiasa ada untuk yah. dia dapat pegang perangai yah. waktu sedih, waktu gembira. waktu sama-sama sengal ubi. watak haji hasan dan mak lah pun terbaik. kasih sayang mereka seluas langit yang bertaburan bintang walaupun terpaksa menghadap perangai murad dan jamilah. tapi tertanya juga apa jadi dengan imah. dan takkan sampai situ saja simpati yah pada jamilah anak-beranak. tapi, tak cacatkan kisah pun. jiwa yah tu jelas murni.

pengajaran dalam kisah ini memang banyak. hidup ni memang tak mudah. tu sebab sentiasa perlu bergantung pada Yang Maha Kuasa. manusia memang takkan ada kemampuan melainkan bergantung harap pada DIA.
Profile Image for Am. Han.
109 reviews1 follower
November 3, 2022
Bila Lid betul-betul janji dengan Yah dia akan selalu ada, kita dah jatuh suka.
Lid ni dia kata dia budiman, baik, ada rupa, memang masuk bakul angkat sendiri laaa. Tapi Yah kata dia suka Lid sebab Lid kaya. 🤣🤣
Suka dengan watak2 Akyelrahim. Dan penggunaan nama character yang pendek2, buatkan saya sebagai pembaca lagi suka.
Profile Image for Diniy Qistina.
186 reviews6 followers
February 7, 2026
Dalam banyak-banyak novel Akyelrahim yang saya pernah baca, saya rasa novel AKU KAN ADA nilah yang paling saya suka. 🥹

Khalid Al Walid—atau lebih mesra dengan nama Lid, you are THE MAN, bro! Masih ada dan sentiasa ada untuk seorang Siti Sabariah—Yah.

Suka dengan karakter Lid yang macam lawak-lawak sengal. Tapi bila dia jadi serius dengan perasaan dia, Yah pun boleh kaku lalu terkelu.

Ah! Pendek kata saya suka sangat cerita ni! Berbaloilah lama tunggu novel ni untuk kembali di pasaran. Dahlah comeback dengan cover baru yang jaaaauh lebih cantik dan mengancam! Silalah beli dan menelaah kisah kehidupan Yah & Lid ni. Dijamin korang takkan rasa bosan. 😙🫶🏼
12 reviews
February 23, 2025
Aku Kan Ada ini simply karya terbaik Akyelrahim pernah hasilkan.

Saya harap lebih ramai boleh baca kerana buku ini ada semuanya.

Semasa membaca, seakan kita dibawa bersama ke dunia Lid dan Yah.

Kadang ketawa, kadang mengalir air mata, kadang sengih macam orang gila.
Profile Image for H___.
52 reviews2 followers
July 19, 2022
Mengundang air mata betul baca kisah Yah ni sobsob
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.