Buku ni seriously best gilanamateyyyy!
Overall, saya bagi 4 ⭐️
Bila dilabelkan untuk pembaca matang; saya fikir ‘oh mungkin buku ni ada adegan pembunuhan di luar kotak fikiran.’ Tapi, sangkaan saya meleset. Well said, ia berkaitan dengan kekesalan yang membawa seseorang itu ke lorong zina (pelacur); penceritaan bab ini tidak terlalu obvious dan mungkin masih boleh diterima lagi (bagi saya). Seperkara lagi, mengenai kisah silam masa kecil yang diliwat oleh pakcik (apalagi bila didetailkan cara-cara tu dengan ‘props’. Part ni sebenarnya kalau tak dimasukkan dalam cerita pun, tak menjejaskan kualiti cerita. Tapi entahla 🫠)
Yang penting sekarang, cerita ni ada vibes ala ala Detective Conan dan Agatha Christie. Misteri demi misteri disingkap dengan baik sekali sehinggakan sambil membaca, saya seakan perisik dalam situasi tersebut. Banyak tanda tanya dijawab dalam naskhah ini, so taklah pembaca terkapai-kapai dengan ending ‘cliffhanger.’ Plot twist di akhir cerita akan membuatkan pembaca rasa puas sekali lantaran setiap pengkhianat yang dibuat oleh kawan sendiri dan juga teman lelaki yang cuba membunuh akhirnya memakan diri juga.
Sesungguhnya, demi mencapai kepuasan hidup itu bukanlah dengan cara yang singkat. Johar yang dulunya berkobar-kobar untuk menyertai skuad perisik setelah 5 kali gagal, akhirnya lulus. Bila lulus dan masuk dalam anggota skuad perisik, dia pula ibarat musuh dalam selimut. Sebenarnya apa yang Johar ni nak? Aku geram betul dengan dia.
Lily yang tergilakan Johar, sanggup mengenepikan maruah dan kariernya demi lelaki tersebut. Bahkan juga bersekongkol dengan Johar demi satu-satunya niat; untuk memiliki Johar dengan menunjukkan kesetiaannya meskipun terpaksa menikam belakang kumpulan perisiknya yang lain.
Melati pula teman wanita Johar yang sangat tegas akan kerjayanya sebagai perisik. Dia dibunuh oleh Johar dan Lily kerana tidak mahu rahsia mereka bersubahat dengan musuh skuad perisik diketahui tatkala Melati dapat menghidu sesuatu yang tidak kena. Kematiannya akhirnya terbalas kerana dia yang disangka mati rupanya masih hidup; hidup dengan dunia baru dan identiti baru. Identiti lama dihapuskan sekaligu dalam setiap rekod.
Buku ni memang best! Nak baca, boleh baca. Tapi… bab yang sepatutnya tak perlu ada tu, boleh abaikan dan ia tak terlalu obvious sangat dalam cerita ni (hanya 2-3 muka surat) Dialog pun bagus; takde kata2 kasar sesama rakan. Banyak kata-kata hikmah juga yang mematangkan fikiran pembaca.
Tahniah penulis! Suka persembahan idea yang disampaikan 🥹