Mikayla Delaila, nama yang indah tetapi tidak seindah peribadinya. Degil, tamak dan sombong, itulah sikap sebenar Kayla.
Dalam diam, dia mencintai anak sahabat ibu bapanya sejak kecil. Hanya Syed Aryan Harraz lelaki yang memahaminya dan dia inginkan lelaki itu menjadi suaminya. Namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kayla tekad ingin merampas Aryan daripada Husna. Bagi Kayla, hanya dia yang layak bergelar isteri Aryan.
‘Kayla akan buat supaya abang sendiri yang nak teruskan perkahwinan ni. Abang hanya akan jadi milik Kayla. Bukan Husna!’ -Kayla
Setelah dia bergelar isteri, Kayla sentiasa ingin membahagiakan suaminya. Dia tidak mahu ada Husna antara mereka. Saat satu rahsia besar terbongkar, Kayla tiba-tiba dibenci oleh Yasmin, ibu mentuanya.
“Sebelum Kayla berkahwin dengan Yan, pernah tak Yan beritahu Kayla tentang hubungan dia dengan Husna?” – Datin Yasmin “Tahu… umi.” – Kayla “Kalau dah tahu, kenapa teruskan perkahwinan ni?” -Datin Yasmin-
Hancur luluh perasaan Kayla saat dia bakal dimadukan. Tidak mahu menjadi beban buat Aryan, Kayla akhirnya membawa diri bersama tanda cinta mereka. Dia ikhlas melepaskan Aryan demi kebahagiaan lelaki itu.
Setelah beberapa tahun berpisah,mereka bertemu tanpa sengaja. Aryan muncul kembali. Kayla hampir gila mendengar permintaan Aryan yang mahu menuntut haknya sebagai seorang ayah.
“Abang dah tak perlukan Kayla. Kayla yakin abang dah bahagia dengan Husna sekarang.” -Kayla “Kalau Kayla tak ikut abang, jangan harap Kayla akan dapat jumpa Aidan lagi.” – Aryan
Ikhlaskah Kayla kembali ke sisi Aryan demi anaknya?
Perasaan yang dipendam Kayla buat Aryan makin mendalam. Sehinggakan Kayla sanggup buat apa sahaja, asalkan Aryan menjadi suaminya. Tiba-tiba satu rahsia terbongkar membuatkan mak mertuanya dari sayang terus jadi benci. Mungkin dengan meninggalkan mampu beri kebahagiaan buat Aryan? Rahsia apa? Ikhlas ke cinta Kayla ni?
*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐
Another MA book this month! Well, well. As Ad expected, tak mustahil for me untuk read her book within 1 day 🤭 storyline dia menarik minat Ad. Tak lari dari nak buat Ad tertanya & terfikir. Bila dah sampai that part. Bamm! Kita terkejut. Best. Sedih ke? Yes, sedih tapi Ad tak nangis sangat. Terlebih focus 😂
Pada mulanya watak Kayla, memang menguji kesabaran Ad. Gedik, tamak & sombong memang seiring dengan watak dia. Apa dia buat tu memang Ad rasa jahatnya. Tapi biasalah lepas tau yang 'sebenar' Ad diam jap... character development Kayla pon Ad suka sangat 🫶🏻
Aryan > sweet, baik, loving, loyal. Ha ada yang terlist banyak nanti. Comel lah Aryan ni. Kesian if ada kat tempat Aryan ni. Seksa lah bagi Ad. Nasib baik ada balances dengan manis jadi takdelah termenung sangat 🤪
Rasa-rasa next read buku from Mia Azwari juga ke? Haa.. kita memang ketinggalan sebab baru nak marathon buku MA. Maaf guys. Siapa belum baca boleh try baca. Happy reading! 🌷
It's my tea. Sikap Kayla yang berlagak dan sombong tu tapi hati dia baik. Niat tak menghalalkan cara. Tapi happy sangat sebab dia boleh terus berubah jadi matang untuk meneruskan kehidupan. Sedih ye kehidupan dia yang dari sorang yang senang terus jadi sehelai sepinggang. Aryan, saya suka watak dia cuma saya rasa dia ni terlalu ego. Taktahu kenapa dia nak tutup perasaan dia terhadap Kayla sedangkan dia tahu Kayla sukakan dia. Dah la tu sampai libatkan orang lain semata nak tutup perasaan sendiri. Sudahnya melibatkan banyak hati. Nasib baik setia. Mama Aryan pun adoyaii macam budak pula tapi alhamdulillah mudah je solve semua.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Rase mcm redflag ML n FL nie.. both ade perangai yg sy tk brape suke.. yg FL terlalu rebels.. ML pulakk sesuka nk main kn perasaan org lain.. bole pulak ckp yg die mmg tk suke kan Husna sbenar nye.. ish.. mmg geram..
Cerita psl ank² die pulakk sy suke.. cume kdg² tk phm ngn perasaan dorg nie.. sekajp nk dingin.. skejap nk manja mcm kucing.. eeee.. rase mcm nk ketuk jee dorg nie..