Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terus Setia Menjadi Imamku

Rate this book
-Sequel dari kisah Rahsia hati Mrs. Fakrul-

Aina seorang gadis yang bijak dan sentiasa berfikiran positif. Walaupun kehidupannya sering diabaikan oleh bapanya sejak berkahwin baru, dia berdikari dengan dirinya sendiri untuk mencapai cita-citanya.

Syamil pula berubah menjadi tegas dan lebih bertanggungjawab selepas kejadian pahit yang menimpa adiknya.

Tanpa disangka pertemuan pertama antara mereka menimbulkan salah faham di antara mereka. Namun mereka tidak sedar antara mereka sudah mula wujud satu perasaan asing. Takdir menemukan mereka beberapa kali sehinggalah terjalinnya ikatan yang halal di antara mereka berdua.

Bagi Syamil ikatan itu dilakukan demi permintaan seseorang dan sedia memutuskan apabila tiba waktunya.

Bagi Aina, kasihnya terhadap imamnya telah bermula sebaik sahaja dia melafazkan ijab dan qabul.

Belum sempat Aina berterus terang dengan perasaannya yang sebenar, dirinya dilukai dengan teruk sehingga dia nekad membawa diri.

Syamil hilang arah di saat kehilangan dia...
Pertemuan yang tidak dijangka sekali lagi membuatkan kedua-dua hati saling memendam rindu dan perasaan.

Adakah Syamil masih mahu melepaskan Aina..?
Haruskah Aina bertahan dan setia dengan imamnya?

Paperback

36 people want to read

About the author

Mia Azwari

80 books371 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (35%)
4 stars
18 (42%)
3 stars
9 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,082 reviews201 followers
March 18, 2024
Kalaulah Syamil tak termakan kata² Iwan.. perpisahan takkan berlaku.

Tapi itulak takdir yang mereka kena hadapi untuk bersama.

Bila Aina pergi jauh, Syamil rasa menyesal.. terkontang kanting dia mencari Aina.

Lama jugak mereka berpisah. Walaupun kahwin muda masing² sangat bertanggungjawab. Beza umur pun 2tahun sahaja
Profile Image for a i n c e r a.
126 reviews14 followers
March 31, 2022
06 - 2022
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

|"𝕯𝖆𝖓 𝖘𝖆𝖞𝖆 𝖆𝖐𝖆𝖓 𝖘𝖊𝖓𝖙𝖎𝖆𝖘𝖆 𝖆𝖉𝖆 𝖉𝖊𝖓𝖌𝖆𝖓 𝖆𝖜𝖆𝖐..."|

Buku ke-empat yang saya baca daripada penulis MA. Kisah tentang Aina dan Syamil. TSMI adalah spin-off daripada buku RHMF. Saya tak baca lagi RHMF, tapi bila baca buku ni saya jadi nak tahu kisah Sakinah dengan Fakrul pulak. HAHAHA. *simpan duit*
-
Kegusaran semasa saya sedang membaca buku ini ialah bilamana saya mengetahui yang watak hero lebih muda daripada watak heroin. Saya takut watak Syamil tidak berjaya menyentuh jiwa. Saya gembira bila sangkaan saya tentang Syamil meleset dan automatik terlupus segala persepsi negatif saya. Kredit untuk penulis kerana berjaya menggarap watak Syamil dengan jayanya.
-
Syamil Afwan - 20 tahun, baru tamat STPM, asal dari Kuantan. Saya suka cara Syamil uruskan rumah tangga mereka dengan keadaan usia mereka yang sama-sama masih muda belia. Kadang-kadang tak terasa pun tingkah dan karakter Syamil kena dengan usianya. Untungnya Syamil berbanding Aina ialah dia ada sebuah keluarga yang sempurna; yang boleh dijadikan sebagai pohon untuk berpaut. Pembaca mungkin akan jatuh cinta dengan kematangan yang ditonjolkan oleh Syamil.

"𝕿𝖆𝖕𝖎 𝖐𝖎𝖙𝖆 𝖇𝖔𝖑𝖊𝖍 𝖇𝖊𝖗𝖚𝖘𝖆𝖍𝖆 𝖚𝖓𝖙𝖚𝖐 𝖈𝖎𝖕𝖙𝖆 𝖇𝖆𝖍𝖆𝖌𝖎𝖆. 𝕾𝖆𝖞𝖆 𝖏𝖆𝖓𝖏𝖎 𝖆𝖐𝖆𝖓 𝖇𝖆𝖍𝖆𝖌𝖎𝖆𝖐𝖆𝖓 𝖆𝖜𝖆𝖐"
-
Aina Safiyyah - 22 tahun, pelajar tahun 4 dalam bidang perubatan, asal dari Perak. Kehidupan yang dilalui oleh Aina sangat menyedihkan. Kehilangan ibu dan ayah, hidup sebatang kara, dirahsiakan status perkahwinan. Too many things happen to her! Peranan penting yang digalas oleh Syamil untuk sentiasa berada di sisi Aina; merawat luka-luka dan kesedihan yang berada di hati Aina; memberikan secebis sinar kebahagiaan buat dia.

|"𝕭𝖎𝖆𝖗𝖑𝖆𝖍 𝖙𝖆𝖐𝖉𝖎𝖗 𝖞𝖆𝖓𝖌 𝖒𝖊𝖓𝖊𝖒𝖚𝖐𝖆𝖓 𝖐𝖎𝖙𝖆 𝖘𝖊𝖒𝖚𝖑𝖆 𝖘𝖊𝖕𝖊𝖗𝖙𝖎𝖒𝖆𝖓𝖆 𝖙𝖆𝖐𝖉𝖎𝖗 𝖞𝖆𝖓𝖌 𝖒𝖊𝖓𝖞𝖆𝖙𝖚𝖐𝖆𝖓 𝖐𝖎𝖙𝖆."|
-
Apa yang buat saya suka dengan hubungan dorang ni ialah cara dorang saling bantu-membantu untuk ringankan tanggungjawab pasangan masing-masing. Especially untuk pasangan yang muda dan masih belajar, saya kira banyak benda yang perlu dipertimbangkan.
-
As always, cerita MA tak sah kalau tak mengalir air mata. Tahniah untuk karya ini. ❤
Profile Image for Aira Zira.
108 reviews2 followers
January 11, 2026
Rate : 4.8⭐️

Aina dan Syamil, my super cute couple! Bercinta sambil belajar? Tak thrill la. Depa kahwin terus. Tapi kena sembunyi2. Takut kena katok dek mak ayah si Syamil, payah pula nanti.

Disebabkan amanat dan petunjuk, Syamil sanggup pikul tanggungjawab yg besar untuk menikahi Aina. Walau perkahwinan dirahsiakan, Syamil tak pernah culas tanggungjawab malah sgt matang pada usianya yg muda. Kehadiran Syamil menjadi semangat Aina yg baru dan sayangnya sgt dalam pada si suami.

Silapnya cuma kecil, konfliknya jadi besar. Disebabkan termakan fitnah, menjadi punca Aina bawa diri. Dengan pakej mengandung. Kesian masa ni. Tapi dua2 tak salah. Diuji lah katakan. Syamil tak pernah putus cari dan doa. Sampai lah takdir menyatukan mereka kembali. Si manis Ainul menambah seri hubungan.

Lelah sikit sebab nak tunggu Syamil buka mulut tu lambat. Tak pasallah puan Dahlia naik angin. Tapi kasihnya ibu dan nenek tu memang menjentik tangkai hati. Tak perlu cerita yg berat, dgn mereka ni je dah cukup buat kita hook melayan rasa sebak. Yg penting, sedap dapat makan ikan patin masak tempoyak.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
December 4, 2025
Terus Setia Menjadi Imamku -Mia Azwari

Cerita ni mengisahkan tentang Syamil seorang lelaki muda dua tahun dari Aina. Atas permintaan ayah Aina sebelum ayah Aina meninggal dunia dan rasa tanggungjawab yang tinggi, Syamil sanggup menikahi Aina secara rahsia. Walaupun masih belajar... mereka gigih bekerja keras untuk menampung kehidupan rumah tangga.

Hidup tak selalunya indah. Satu tragedi berlaku dan Aina terluka dengan kata-kata Syamil. Hati perempuan bila dah terluka… dia pun bawa diri. Syamil pula... bila sedar Aina hilang barulah dia mula mencari. Bertahun mereka terpisah tapi rindu dan cinta tu tak pernah padam. Bila mereka bertemu semula perasaan tu masih ada dan mereka bersatu kembali.

Tapi… macam mana pula dengan penerimaan keluarga Syamil terhadap Aina? yang tu kome kena baca sendiri.

Cerita ini tentang kekeluargaan, kesetiaan, tanggungjawab, kisah kahwin muda, kepercayaan dan macam-macam lagilah. Yang penting cerita ni best.

Yong suka karya Mia Azwari sebab gaya bahasa yang sedap dibaca. Bila kita baca cerita Mia Azwari buat kita tak boleh nak tinggalkan cerita itu. Tiba2 je cerita tu dah tamat. He.. he... He...
Profile Image for Cutie_pie28.
403 reviews8 followers
March 6, 2025
Suka ngn watak Syamil dan Aina.. sorg jenis yang bertanggung jawab.. sorg lgi mmg setia menunggu walau ape pun jdi..

Aina terkilan sbb Syamil tuduh die.. Syamil ni pulak sbenar nye kuat cemburu.. pantang Aina bercakap ngn lelaki.. mesti die angin..

Cerita ni tk byk sgt konflik dan pain.. to me light reading
Profile Image for aunitofu .
8 reviews
September 8, 2025
Awal-awal cerita ni macam bosan sikit. Klimaks dia pun ringan dan tak berjeler-jeler. Masalah dalam plot cerita ni cuma adalah salah faham dan kurang komunkasi secara jujur. Masing-masing nak jaga hati diri sendiri dan pasangan tanpa sedar yang sebenarnya kejujuran tu benda yang sepatutnya dilakukan dari awal lagi. Sampai nak dekat-dekat bab akhir tu ada lah menangis sikit sebab ibu mana yang tak terkilan dengan perbuatan anak kan? Cerita ni banyak mengajar pembaca untuk sentiasa jujur dengan apa yang kita lakukan supaya tidak ada salah faham yang berlaku sehingga boleh menimbulkan fitnah. Overall cerita ni best dan "light read". Kudos to author ✨️
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
October 6, 2023
Watak Syamil tersangat la matang. Saya betul-betul suka. Watak Syamil berjaya menolak stereotype saya yang lelaki muda tak sesuai untuk wanita lebih tua. Walaupun watak tapi saya dapat rasa kalau lelaki muda yang matang dan bertanggungjawab mesti hebat macam Syamil juga. Berkahwin di usia 19, Aina pula 22. Memasing tengah sambung belajar di universiti. Pengorbanan Syamil sangat besar. Berkorban untuk adik dan isteri. Aina bawa diri, once they met again, he will never let her go. The way Syamil always plan to reveal the truth yang dia ada isteri, is just so cuteeeee.
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
November 16, 2021
Ini adalah kisah abang Kinah, Si Syamil dalam Rahsia Hati Mrs. Fakrul. Satu lagi kisah pertemuan dan perpisahan yang sungguh meluluhkan hati ini. Tak ku sangka kisah Aina dan Syamil ini begitu menyayat hati dan berjaya buat aku menangis hingga bengkak mata ha ha ha.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.