Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sebatas Pernah

Rate this book
Sebahagian orang yang kurang beruntung, akan kesukitan melewati fase-fase kegelapan yang tak berujung. Buku ini aku ciptakan karena banyak orang memberikan motivasi percintaan tanpa memberikan solusinya, menasihati permasalahan kehidupan tanpa memberi arah untuk apa yang seharusnya dilakukan. Kadang kita hanya butuh tenang. Biarkan hati ini merasa damai setelah menghadapi sesaknya kata usai.

200 pages, Paperback

Published January 1, 2021

2 people are currently reading
76 people want to read

About the author

Evita Febrianti Syahputri

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (44%)
4 stars
11 (44%)
3 stars
3 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
600 reviews108 followers
May 22, 2021
Buku ini diciptakan khas buat mereka yang pernah kecewa dalam percintaan dan mahu move on daripada kekecewaan itu. Lebih tepat lagi buat mereka yang pernah mencintai seseorang dengan ikhlas dan cukup setia, namun si dia tetap meninggalkan tanpa memberi penjelasan atau dirimu yang mahu meninggalkan kerana tidak ingin lagi menyakiti diri sendiri.

Buku ini mengandungi dua bab iaitu Sebatas dan Pernah. Dalam Sebatas, penulis menyampaikan mengenai kekecewaan yang dihadapi manakala dalam Pernah, penulis bangkit lalu memberi kata-kata motivasi dan inspirasi untuk berlawan dengan kekecewaan itu.

Perasaan serta emosi yang dicurahkan dalam setiap aksara dalam Sebatas sungguh sampai tepat ke hatiku. Penulis berhasil sekali dalam membuatkan pembaca memahami luka itu. Sedikit sebanyak, ianya membawa diriku untuk kembali mengingati satu perasaan yang pernah dirasakan satu ketika dulu. Kecewa lalu memilih untuk meninggalkan.

Bukan mudah untuk berdamai dengan masa lalu. Bukan mudah menghilangkan setiap rasa untuk dirinya. Sungguh, itu bukan perkara mudah. Apa saja yang melibatkan cinta dan perasaan, sungguh sangat sukar untuk dikawal. Namun percayalah, luka yang tertinggal pasti dapat disembuhkan walaupun bekasnya tidak akan benar-benar hilang sepenuhnya.

Penulis juga memberi nasihat agar kita berhenti jika kita semakin menyakiti diri sendiri dalam mempertahankan si dia yang memilih untuk pergi. Diberi juga peringatan sekali lagi bahawa kita tidak perlu terlalu mahu membahagiakan diri orang lain sehingga diri sendiri dilupakan.

Ringkasnya, buku ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengalami fasa-fasa gelap dalam berhubungan. Semoga kamu baik-baik saja dan anggaplah kisah luka ini sebagai kekuatan untuk menghadapi kisah baru yang pasti ada buat dirimu 💛

Rating: 4/5
Genre: Self Improvement/Indonesia
Boleh dapatkan buku ini daripada @nukilanbiruni 🇲🇾

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Nurul Shafiqah.
10 reviews
January 3, 2022
buku ni sesuai untuk yang telah patah hati, tapi nak 'heal' semula. yang tak patah hati pun boleh baca, sebab dalam ni ada banyak perkataan Indonesia yang saya baru tahu saat membaca buku ini.

buku ini merupakan 'anak sulung' saya bagi kategori buku berbahasa Indonesia. haaa, lepasni saya nak beli banyak lagi in syaa Allah.

semua ayat dalam buku ni sangat tersusun, best sangat kalau baca. walaupun ada situasi yang saya tak boleh 'relate' / situasi yang ditulis oleh penulis tersebut (ada kot mungkin berberapa situasi), tapi saya sebak bila baca. saya sangat rekemen untuk anda beli karya ini. tak rugi baca.

ini yang paling seronok, dalam buku ni terdapat banyak corak dan lukisan yang 'aesthetic', sampai saya nak ambil gambar semua lukisan dalam buku ni. 😂 tulisan yang digunakan pun 'aesthetic' juga. seolah-olah kita membaca surat gaya orang zaman dahulu !!!

baiklah, setakat ini sahaja reviu saya. maaflah, kali ni pendek je sebab tak tahu nak ulas apa lagi pasal buku ni. in syaa Allah lain kali, saya cuba tulis panjang lagi macam biasa. 👍

saya beli buku ini daripada @nukilan.biruni (Shopee) dan anda boleh juga cari dekat @myindobook (Shopee) kalau nak cari pelbagai buku berbahasa Indonesia.
Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
September 10, 2021
Buku puisi paling favorit buat masa ini! Kebanyakan puisi di dalam buku ini semuanya mengingatkan aku tentang kisah diri sendiri. Rasa sangat tak dihargai. Buku ni buat aku sedih dengan segala bait katanya. Tentang cerita cinta yang tak kesampaian. Tentang perpisahan.

Terima kasih kepada insan yang memberikan aku buku ini. Harapnya kita berdua berjumpa jodoh cepat lah ya.
10 reviews
October 20, 2021
My healing book. I love how each words represent my feel.
Profile Image for Waniy.
6 reviews
December 6, 2021
Buku mengisahkan seorang yang kecewa dr percintaann...byk nasihat dan pgalamn yg dikongsikan..buku lebih kepada puisi..kata kata puisi yg mambangkitkan.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.