Kemunculan raksasa misteri di sekolah telah mencetuskan huru-hara. Boy cuba untuk menyelamatkan keadaan, namun serba salah dan bimbang pula jika identiti dan kebolehannya diketahui ramai. Apa yang patut dilakukannya? Berdiam diri ataupun bertindak tanpa pedulikan apa yang akan terjadi?
Ben Wong ( 王忠豪) atau lebih dikenali sebagai Ben, bukan satu nama asing di persada komik tempatan. Beliau adalah artis komik tempatan pertama yang memenangi anugerah International Manga Award di Jepun pada tahun 2007. Sebelumnya, beliau juga popular dengan beberapa siri komik yang diterbitkan oleh majalah komik tempatan.
Komik ke-3 bermula rancak dengan pertarungan Boy vs Biawak Raksasa! 🔥
Seminggu isekai di alam lain, Boy pulang dengan kuasa dalaman & seni tempur yang amatur, cukup untuk mendesak musuh. Malang tak berbau, lengan Boy sempat dibaham Biawak sebelum melarikan diri.
Weii, kenapa tengah syok baca ada sambungan pula 🤧 I cry. Haha. Tapi ingatkan siri ni hanya ada 3 sahaja. Rupanya ada lagi. Nak tunggu yang no 4 bila nak keluar ni? haha.
Tapi, untuk komik yang ke 3 ini lebih banyak aksi. Puas hati juga baca. Terus berubah perspektif saya terhadap watak utama iaitu Boy. Nasib baik penantian saya berbaloi untuk tunggu aksi Boy dengan kuasanya itu.
Kawasan kampung dan sekolah huru hara dengan kedatangan makhluk yang tidak diundang iaitu seekor biawak. Nampak seperti buaya juga. Saya sendiri pun konfius. Adakah kedua-dua haiwan digabungkan. Tapi melihat pada karakter berlagak si biawak ni memang geram. Tak mudah mengalah dalam menerkam mangsa. Sentiasa mencari peluang yang sesuai untuk membaham.
Boy juga pada ketika itu tak menyangka yang dengan hanya kejadian ketika berlawan itu. Dia mendapat bala. Dan dia perlu cepat untuk mencari penawar. Risau jika lambat buruk padahnya. Taktahu Boy berjaya dan sempat atau tidak mencari penawar. Ada sambungan pula. Hm.
Semuanya okay dan puas hati. Dari ilustrasi, karakter, jalan cerita, dialog, pemilihan warna dan semuanya saya suka ✨
Wow...things are getting interesting there....geee frust sbb tiba2 dah habis....nak no 4 secepat mungkin....apa akan jadi pada Boy sbb dia terjumpa Ghoner sebelum sempat nak berubat...and Guru Ash betul2 mirip mcm Freeza dlm DBZ...hahaha