Jump to ratings and reviews
Rate this book

99 Great Ways to be Wonderful Muslimah

Rate this book
Islam sangat mencintai kaum wanita. Wanita digelar sebagai Muslimah dalam Islam. Muslimah dihormati dan dihargai dengan cara yang mulia. Muslimah perlu mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. supaya hidup sentiasa diberkati. Muslimah juga berhak memiliki impian. Bahkan mereka dapat menggapai impian yang dicita-citakan tanpa perlu meninggalkan sifat-sifat semula jadi seorang wanita.
Muslimah hebat bukan diukur pada tinggi tahap pendidikannya, bukan juga diukur pada gaya pemakaiannya, tetapi cara berfikir yang positif dan istiqamah menulu ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Buku 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah mempunyai 99 cara dan tip bagi menjadi Muslimah hebat bukan sahaja pada mata manusia, namun yang lebih utama hebat di sisi Allah s.w.t.
Mencintai diri sendiri, sentiasa bermuhasabah, dan memperbetulkan kesilapan diri dapat meningkatkan aura positif untuk diri sendiri dan persekitaran. Muslimah juga perlu sentiasa berprasangka baik dengan Allah s.w.t. dan sesama makkluk yang lain. Buku ini membongkar 99 cara dan tip bagi membantu Muslimah merealisasikan cita-cita menjadi wanita hebat bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga.

592 pages, Paperback

Published February 15, 2021

7 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Muyassaroh

8 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (52%)
4 stars
8 (38%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
April 12, 2021
Suka sangat buku ini, saya membaca beberapa bab setiap hari sebelum tidur. Banyak pesan dan nasihat yang relevan untuk muslimah masa kini terutama yang berkaitan dengan tingkah laku di media sosial. Buku yang sesuai dijadikan bacaan santai buat muslimah yang sibuk dengan urusan seharian dan menguruakan keluarga pada masa yang sama mahu memenuhi keinginan rohani dengan nilai yang baik-baik.
19 reviews3 followers
September 28, 2022
Buku yang pertama kali aku terlintas dalam hati saat melihat tajuknya, "aku nak beli sebab nak bagi sentap diri sendiri". Pada awalnya, aku sedikit ragu-ragu kerana sedar bahawa buku ini bukan seperti buku-buku lain yang aku pernah miliki. Dengan ketebalan buku yang luar biasa dan barangkali tajuk yang susah pada hakikatnya memilih untuk membaca kerana ego seorang aku - tahu banyak kekurangan tapi masih sukar untuk berubah. Namun, tetap masih dalam keraguan aku tidak mempedulikan segala negativiti itu dan terus memilih untuk memiliki dan membacanya.

Setelah sebulan secara santai, akhirnya pembacaan aku sampai ke penghujung. Bagi aku, buku ini mudah untuk difahami dan ditelusuri isi kandungannya meskipun jika dilihat pada ketebalan muka surat agak merisaukan. Ia sesuatu yang barangkali kebanyakan intipati yang disampaikan sudah pun berada dalam pengetahuan, akan tetapi melalui pembacaan setiap poin yang diberikan boleh dijadikan sebagai peringatan.

Tidak dinafikan, satu demi satu bahagian yang dibaca itu sememangnya memberikan rasa bagaikan terpanah mengena target dalam tidak sedar. Satu perkataan yang aku ingin tafsirkan adalah sentap. Ya, terlalu banyak perkara yang diketahui sama ada kebaikan dan keburukan melakukan sesuatu itu memberi kesan kepada diri, namun masih terkadang susah mempraktikkan atau meninggalkannya. Pada hemah aku, menghabiskan bacaan satu buku ini tidaklah menjamin seseorang itu berubah secara drastik ke arah kebaikan, kerana sebagai seorang manusia tetap punya kelemahan. Namun, setidak-tidaknya ia boleh menjadi panduan supaya dapat memperbaiki satu demi satu bagi kecacatan yang tidak sempurna. Istiqomah menjadi baik dan ingin melakukan kebaikan itu sesungguhnya bukan perkara yang mudah.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.