Menampilkan komik-komik pendek yang bertemakan ‘frontliners’ (pejuang barisan hadapan) di Malaysia ketika pandemik Covid-19 muncul melanda seperti:
Wira Kami oleh BEN WONG Terlalu Istimewa oleh HAFIZZUDDIN ISMAIL Lawak Orang Malaysia: Ke Sana Ke Sini oleh NUDS Jatuh oleh FURQAN ILAHI Koo & Cheng: Kita Jaga Kita oleh DANIAL HAIKAL Barisan Hadapan oleh KIMI Lawak Orang Bujang: Penjarakan oleh FROGGYPAPA Janji oleh SULAIMAN SHAARI Tugas oleh PAKNGAH ALIPZ
Ben Wong ( 王忠豪) atau lebih dikenali sebagai Ben, bukan satu nama asing di persada komik tempatan. Beliau adalah artis komik tempatan pertama yang memenangi anugerah International Manga Award di Jepun pada tahun 2007. Sebelumnya, beliau juga popular dengan beberapa siri komik yang diterbitkan oleh majalah komik tempatan.
Pertama sekali aku nak ucap ribuan terima kasih kepada Komik M dan Buku PTS kerana menghantar komik Aku, Kau & Malaysia sebagai pertukaran untuk reviu yang jujur.
Aku, Kau & Malaysia: Baris Hadapan (Frontliners) adalah komik-komik pendek yang mengisahkan tentang pengalaman pasukan baris hadapan semasa pandemik Covid-19. Sangat menghiburkan dan juga ada beberapa babak yang membuatkan hati aku tersentuh kerana dek pengorbanan pasukan baris hadapan. Ada juga kisah mengenai orang biasa yang menolong seorang warga emas dan dia pula terkena jangkitan Covid_19. Namun semua yang jadi ada hikmahnya. Dapat pula dia mengorat seorang jururawat ni. Sangat untung!
Aku memang sukakan karya yang ditulis oleh Nuds yang berjudul Lawak Orang Malaysia: Ke Sana Ke Sini. Yang ni satu-satunya lawak dalam komik ni yang paling menghiburkan hati. Sampai rakan serumah tanya "dah kenapa gelak macam tu?" Mungkin juga sebab aku seorang yang mudah terhibur.
Satu komik yang ringkas tapi penuh dengan nilai murni dan banyak memberi kesedaran kepada pembaca terutamanya yang melibatkan pandemik Covid-19. Sebagai manusia, tak kiralah rakyat biasa atau menteri, ataupun orang-orang kehormat, adalah tugas kita untuk memastikan negara kita bebas dari wabak Covid-19. Laksanakanlah peranan masing-masing. Para petugas barisan hadapan dah jalankan tanggungjawab mereka, jadi peranan kita pula adalah memastikan kita semua jaga dan ikut SOP, jaga kebersihan dan kesihatan. Kita jaga kita.
Komik yang santai. Meninggalkan input dan pengajaran yang berguna dan bermanfaat. Insprasi dari peristiwa Covid 19. Aspresiasi untuk barisan hadapan yang sehingga kini masih berjuang demi kesejahteraan Malaysia.
Bila baca komik ni terus mengimbau banyak perkara masa PKP -- (as for me, tak dapat nak buat majlis kahwin yang sudah siap 100% preparation). Norma baru yang asing namun harus diikuti demi menyelamatkan nyawa. Dan juga tidak lupa pengorbanan frontliner yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara.
Ada pahit manis masa PKP. Tidak semua orang melalui dengan senang. Ada yang hilang pendapatan, perniagaan dan ahli keluarga. Struggle hidup zaman PKP. Hanya yang melaluinya saja yang tahu bukan? . Nak sampai ke tahap sekarang juga bukan mudah. Nak keluar kerja pun masalah. Bukan semua orang WFH k! Hm. Apa pun doakan yang baik-baik saja agar wabak ini hilang.
Cerita macam Terlalu Istimewa di mana sangat luar kotak dan tak lari dari topik. Suka sangat dengan idea pelukis. Nice 👌🏻Yang lain not bad dan ada juga yang macam eh? Haha.
Wira Kami / Ben Wong ⭐️⭐️⭐️ Terlalu Istimewa / Hafizzudin Ismail ⭐️⭐️⭐️⭐️.5 Lawak Orang Malaysia Ke Sana Ke Sini / Nuds ⭐️⭐️⭐️.5 Jatuh / Furqan Ilahi ⭐️⭐️.5 Koo & Cheng / Danial Haikal ⭐️⭐️ Barisan Hadapan / Kimi ⭐️⭐️.5 Lawak Orang Bujang: Penjarakan / Froggypapa ⭐️⭐️⭐️ Janji / Sulaiman Shaari ⭐️⭐️⭐️ Tugas / Pakngah Alipz ⭐️⭐️
Al Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita disebabkan Covid 19.
Memuatkan 9 cerita berkaitan tugas frontliners,isu Covid-19 serta hidup masyarakat dunia masa kini. Berfokus terhadap jerih payah petugas barisan hadapan (pengorbanan,kehilangan dan sebagainya)dalam menangani wabak Corona ini. Semua orang terkesan dengan situasi sekarang,jadi ambil masa sejenak untuk hargai mereka yang berkorban untuk kita! Fighting!