Berita yang cukup jelas dan lantang. Mejar Eddie Sufian tidak mahu percaya walaupun fakta itu keluar dari mulut Jeneral Hamzah, bapa Aufa, lelaki yang paling dibencinya.
Namun sesuatu berlaku dan dia terpaksa akui kebenaran kata-kata itu. Matlamat Eddie cuma satu. Pastikan Aufa selamat walaupun dia yang jadi galang gantinya.
Cuma, bagaimana mahu yakinkan Aufa dengan sejarah yang pernah berlaku antara mereka?
“Kenapa kau nak buat macam tu? Kau sengaja nak cari fasal,kan? Why are you even here, Ed? Please... can you just go. Don’t make it any harder than it is.” – Aufa Medina
“Kalau kau balik, Viggo akan hantar orang bunuh kau, Aufa. Tak ada mungkin lagi. For sure dia akan cari jalan. Dia dah cuba dua kali. Tak ada jaminan yang dia takkan berjaya lepas ni. Kau nak aku jujur. That’s what I honestly believe, Aufa.” –Mejar Eddie Sufian.
Mungkin sudah tiba masanya mereka perlu memaafkan dan lupakan kisah silam.
“Aufa tak faham kenapa kau tinggalkan dia dulu. Dia tak tahu apa yang dah berlaku. It nearly broke her heart. Sekarang ni kau dah boleh jelaskan pada dia dan betulkan keadaan semula.” – Mejar Najmi Hariri.
Saat terlalu berat untuk bertahan, cubalah untuk melepaskan secara perlahan. Tetapi Eddie masih mahu terus berjuang.
“ Better to fight for something than live for nothing.” – George S. Patton
Kak Dhiya Zafira (DZ) dan barisan abam Komandonya. Tahniah Kak DZ. Penantian yang berbaloi untuk Kapten Eddie. Perghhh... goyah sikit. Haha. Tapi ya, tiada yang bisa melawan takhta Kapten Rif di hati. Ecehhh.
Ps: Ini bukan review. Nanti aku tulis lagi, tengah cari aksara yang tepat untuk meluah rasa hati, al maklumlah lama sudah kutinggalkan medan review ini. Jadi bila nak mula tu semuanya rasa serba tak kena. Haha.
Full review: 10/02/2021
1. Eddie Suffian (Kapten Ed). Bold and dangerous. Jangan main-main dengan kapten ni. Semangat setia kawan melebihi segalanya. Kagum betul, bila dia membuat keputusan untuk melepaskan belahan jiwa hanya demi para sahabatnya.
2. Aufa Medina. Masa mula-mula tu curious betul dengan watak ni. Tapi bila makin di hujung tu, hai rasa nak hempuk je kepalanya yang keras tu. Perangai bila dah jadi isteri orang pun tak semenggah juga. Mujurlah Kapten Ed sayang lebih, Aufa uitt..
3. Jeneral Hamzah. Kasih sayang seorang bapa ni pun sama lebihnya. Beruntung betul Aufa, dikelilingi oleh insan-insan yang menyayanginya sepenuh hati. Namun, ya ada masanya Pak Jeneral, yang kita rasa paling tepat itu tak bermakna apa-apa. Saat kita rasa kita cuba menyelamatkannya, sebaliknya kita pula yang membawa sang anak jatuh ke lembah yang paling dalam.
Tapi dalam pada tu aku kurang senang dengan beberapa scene yang dibiarkan hanging di hujung-hujung bab. Faham, ia dibiarkan untuk mencipta unsur saspens, tapi aku masih tak berpuas hati haha. Pembaca tamak, ginilah. Tapi ya, dengan scene sebegini ia membuatkan kita tak senang duduk, makin nak selak halamannya.
Apa pun, Kapten Ed ni memanglah juara dalam pencinta setia jika nak dibandingkan dengan abam Komando lain. Punyalah dia setia bertahun-tahun, dalam kepala hanya ada Aufa, Aufa dan Aufa. Dan, rasanya takde nama watak perempuan lain yang disebut dalam CIA kecuali Aufa. Haa, nampak tak darjah kesetiaan sang kapten sorang ni?
Tahniah sekali lagi Kak DZ. Terima kasih masih setia menulis genre seperti ini. Teruskan ya menulis, moga senantiasa dilimpahkan idea untuk terus berkarya. Good luck, Poreng!
Ps: Tahniah Kak Rose Harissa, smart betul muka kulit depan.
Before I start, I'd really appreciate it if the English grammatical mistakes could be improved. It would've make the book so much better.
Now, let's talk about the book.
“I can't promise I'll be here for the rest of your life. But you have my word. I'll love and take care of you for the rest of mine.”
This is most probably the best one among DZ's Commando Series. When I tell you I have lots of emotions for CIA, I mean A LOT. I definitely regret not reading this earlier, despite already having it resting in my shelf for months. Mejar Eddie Sufian... Ugh >.<
Eddie deserves the world. He really does. I was really hurting for him for making the sacrifices for the sake of his friends instead of choosing his own happiness. What that old General did was very low, he deserves to be punched in the gut.
During Ed and Aufi's accidental encounter, when he asked her, “Are you happy?” - I swear my heart ached. He had been hurting since he lost her and yet he braved himself and ask her such a question. He never stopped loving her, and she's the only one he'll ever have feelings for.
BUT BUT BUT!!
Can we appreciate all the details written in pg264-265? The tension, Eddie's anger and warnings all bundled up in one. It was exhilarating to see Harris chicken out like manz ain't have no balls at all. DESERVED!!
Aufa on the other hand... I don't understand her stance. Before getting her PhD, she was so sure of what she wanted. But after being in London for years, she changed so drastically? But holdup, let me share the warnings -
tw/cw: Minor description of domestic abuse/ gaslighting. Won't elaborate further on this, but yeah.
I did say Eddie is the MVP in Cerita Tentang Kita and this time, Hayat and Jimmy rock! I love these two, so nonchalant and hilarious 🤣💀
Buku ni buat aku selalu fikir kalau ni, kalau tu, banyaklah kalaunya muncul bila Ed dgn Aufa muncul. Tapi, iyalahkan tak menjadi lah cerita kalau tak terjadi semua benda tu. Hahahah dalam kehidupan kita pun, bila benda dh jadi, kita tak boleh lah kalau kalau. Takdir dah ditetapkan TUHAN. Kita perlu terima dgn reda. Haa gitu tibe. Hahaha tapi kan ehh geramnya lah aku dgn jeneral tua tu 😭 sbb si jeneral tua ni lah KALAU tu besar muncul dalam kepala. Aufa pun ishh geram. Kasihan kat Ed. Ingatkan novel ni takda berat² rupanya haa ada rupanya. Aku baca Ed nangis, aku pun nak nangis juga 😭
Okay okay CIA paling BEST, MENGEMPARKAN dari dua novel sebelum ni.
Bukan setakat jalan cerita saja best, tapi watak villain lebih menakutkan dari buku sebelum ni 😬. Dan aksi-aksi yang aku harapkan akhirnya ada juga dalam CIA.
Aku suka detail dalam penceritaan DZ. Apa yang watak tu fikir secara tak langsung aku akan angguk setuju & geleng kepala 🤣
Penulis memang sengaja guna nama watak heroin bermula huruf 'A' ke? Afi, Auni & Aufa?
Flashback memang banyak membantu untuk jelaskan beberapa 'back story' dalam buku sebelum ni.
Scene Mejar Eddie Sufian jumpa dengan Harris tu antara favourite scene aku. ALSKDJDHFJAHA. Aufa pun tak kurang hebatnya.
Cuma kepala aku asyik terfikir John Wick sebab nama Viggo and bounty hunter 😌
Love sangat kisah abam Eddie dan kawan2 dia ni. Penantian yg menyeksakan tetapi penuh kepuasan bila dpt memiliki CIA. Seperti biasa, Dhiya punya trademark yg tersendiri bila melakarkan watak hero dan heroinnya. Tak perlu barisan aksara manis bergula utk menggambarkan cinta mati utk hero dan heroinnya. Syabas Dhiya dan tahniah! ❤️
Cuma mcm tgh fikir2 juga ni di bahagian prolog kenapa Lukman mahu cari Afi ya🤔 Apa yg dimahukan Lukman dari Afi??? Ke saya terlepas pandang? Ermm tak kisahlah, yg penting dapatlah kiranya jika Dhiya mahu menulis tentang kisah cinta Lukman pula🤭
Setelah bertahun-tahun menanti, berkali-kali muncul bertanya di socmed Puan Penulis, DZ akhirnya dapat peluk juga CIA.
Magis DZ masih kuat untuk genre romantic-thriller ni.
Walaupun permulaan plot pada KakChik agak perlahan, kira berjalan lenggang kangkung dan menikmati kenangan-kenangan dlm sequel 5 sekawan ni iaitu kisah mereka dalam JKP dan TBK.
Namun adrenaline selepas terbongkar hal rumahtangga Aufa tu terus mencanak2 naik tak turun-turun dah sehingga la kita jumpa EPILOG. 😅
Macam tak cukup nafas saja adrenaline rush tu, dengan sakit hati pada Aufa yang rasa macam bodoh jer bertahan dalam rumahtangga neraka sehinggalah pada pertempuran Eddie- Viggo. Rasa nak cepuk Aufa lebih kuat dari nak selamatkan Eddie. Adoiiiii la Aufa oooiiiiii. Tak penyabar betul perangai dia ni. 🤦
Tapi tetap terhibur dengan selingan kemunculan watak-watak yang pernah melekat di hati. ☺️
Tahniah, DZ. Lepas HAQ nanti, teruslah menulis tak kisah kemunculan Luqman@Hayat 🤭.
I totally understand why Eddie has a lot of fans. Aura dan characterisation Ed ni memang terserlah gilang gemilang kat sini.
Cumanya, sebab buku ni ada banyak sangat action scenes, dan kurang scene bahagia Aufa-Ed, jadi I letak ranking buku ni ketiga after Enigma and CTK. Kalau scenes dia balance, mungkin ranking dia akan tinggi sikit.
✨Commando in Action by Dhiya Zafira✨ Kita berdua berjuang...tanpa henti.
Siri ketiga komando kali ini membawa pembaca untuk mengenali cinta hati Mejar Eddie Suffian iaitu Aufa Medina yang sudah beberapa kali disebut-sebut dalam novel CTK dan KIEF. . Hubungan cinta Eddie dan Aufa putus bila mereka berdua semakin menjauh sejak kematian Jimmy (dalam JKP).Selepas itu Aufa terus ke London. Di sana, Aufa bertemu dengan Engku Harris dan berkahwin dengan lelaki itu tapi sayang dia tak bahagia. . Bagi saya, CIA ni melengkapkan semua pertanyaan yang tak diceritakan dalam JKP dan CTK. Beberapa babak imbas kembali ditulis untuk memudahkan pembaca tentang garis masa dalam ketiga-tiga novel dalam siri ini.
Contoh macam Afi yang melihat Rif berbual mesra dengan Nadia di majlis pertaulihan komando. Cara pandangan Afi membuktikan yang dia memang dah lama sukakan Rif. Lepas tu, kematian palsu Jimmy semasa misinya sebagai Cougar. Bagaimana Jimmy terpilih dalam misi dan Jeneral Hamzah yang terlibat dalam perbincangan tersebut. . Konflik cinta yang terjadi dalam CIA bila Jeneral Hamzah menentang keras hubungan Eddie dengan Aufa. Kerana tak nak bermenantukan seorang komando, dia sanggup menggunakan kuasanya sebagai seorang ketua untuk menghalang permohonan Rif dan yang lainnya daripada lulus.
Babak Eddie mengamuk dan membelasah Harris adalah bahagian yang paling best dalam CIA. Rasa puas bila kaki pukul isteri kena gertak dengan Eddie. Terserlah kegarangan dan ketegasan Eddie sebagai seorang komando kat situ. Yelah, selama ni dalam JKP dan CTK karakter di macam tenang je. . Dan seperti biasa,elemen kekeluargaan dan persahabatan masih dikekalkan dalam novel ini. Kesetiaan Eddie pada kawan-kawannya memang patut dipuji. Kalau sebelum ini Eddie banyak memberi bantuan dan sokongan tak berbelah bagi pada Rif, Jimmy, dan Afi dalam CIA kita dapat lihat betapa rapuhnya emosi Eddie bila ada benda yang berkait dengan Aufa.
Sejujurnya, walaupun saya suka dengan karakter dan jalan cerita dalam CIA tapi rasa macam ada sesuatu yang kurang. Mungkin sebab saya rasa Eddie-Aufa kurang chemistry bersama dan babak aksi yang hanya ada di penghujung cerita.
Kali ini kisah Eddie dan Aufa menjadi fokus dalam novel Commando In Action.
Kesian Eddie, memendam rasa kerana Jeneral Tua itu.
Watak paling mencuri tumpuan, saya rasa adalah watak Hayat. Walaupun muncul di beberapa scene saja, tapi karekternya yg kuat menyakat melekat di minda 😅.
Brotherhood antara Jimmy, Rif, Helmi, Luqman, Eddie seperti biasa tidak dapat disangkal lagi. Masih utuh dan kuat.
Macam-macam jadi pada Eddie, mereka kekal menyokong satu sama lain.
Terima kasih penulis untuk kisah yang menghiburkan ini.
Penantian untuk memiliki novel ni sgt berbaloi. Best sgt. Masih berbisa lagi magis @dhiyazafiradz dalam penulisan dan penceritaan utk novel yg bergenre aksi-thriller-romantis. Pendek kata, dr awal sampai akhir mmg tak boring langsung. Malah aku makin teruja nak tahu apa yg berlaku pd hubungan cinta yg tak mendapat restu antara Mejar Eddie Sufian dan Aufa Medina. Pd aku novel ni cukup rencah. Semua rasa ada. Suka, duka, cinta, kasih sayang, aksi, pengorbanan dan persahabatan. Garapan yg awesome. Tambah pulak aku dah baca novel-novel terdahulu penulis yg mana watak-wataknya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Terubat rindu pd lima sekawan geng komando iaitu Eddie, Jimmy, Rif, Helmi dan Luqman. Tak lupa juga Sid, Hayat dan Kief.
"Saya nak awak putuskan hubungan dgn Aufa. Aufa takkan kahwin dgn anggota tentera. Terutama sekali komando."
Kata-kata Jeneral Hamzah kpd Eddie supaya memutuskan hubungan dgn anaknya, Aufa. Bukan permintaan tetapi adalah satu arahan. Pelbagai cara dilakukan oleh Jeneral Hamzah agar Eddie mengalah. Walaupun telah bertahun berpisah dgn Aufa, hati Eddie tak pernah berubah. Masih setia dan utuh utk Aufa. Terjatuh chenta pulak dgn Eddie (maaf Jimmy, I terpaksa curang jap)😂
Setelah bertahun Jeneral Hamzah menghubungi Ed semula. Mahu Ed selamatkan Aufa. Aufa dah berkahwin dgn Engku Haris. JT (gelaran lima sekawan utk Jeneral Hamzah, JT bermaksud Jeneral Tua) mahu Ed menyelamatkan Aufa yg dlm bahaya. Mampukah Ed membantu dan memenuhi permintaan orang yg paling dia benci? Apa sebenarnya yg berlaku pd Aufa sehingga JT sanggup meminta pertolongan dari Eddie?
Part action mmg best. Bila masuk combat mood tu kan dgn aku sekali rasa bersemangat nak bertempur. Paling best bila part Aufa dan Ed berhadapan dgn Viggo. Kerana orang lain, Aufa menjadi buruan Viggo. Dan kata-kata Ed iaitu "Berjuang... Tanpa henti" menjadi semangat kpd Aufa utk terus bertahan.
Brotherhood antara Ed dgn kawan-kawannya sgt buat aku terhibur. Maybe pasni boleh dibuat kisah Luqman pulak. Rif dah bernazar tu. Tp mmg dpt lepas rindu dgn gelagat dorang semua ni. Macam tak cukup lagi ni. Hayat pun mencuri tumpuan. Congrats DZ krn menghasilkan karya yg awesome ni. 👍
DZ kali ini dgn Eddie Sufian! DZ mmg buat saya rasa masuk dlm citer ni! Bila perlu marah...mmg membara rasa! Bila rasa benci...mmg dpt maki kaw2 punya! Bila kata suka...senyum pun meleret2 jadinya!
Ohoiii...saya rasa nk bg minum clorox kt Jeneral tua tu! Kemain tinggi pangkat tp fikiran rendah nau dayanya! Cehhh
Aufa ni..haisyyy...tdk sabar la ko ni! Pahtu pi pilih Harris tk gune tu plak! Puiii la Harris, ko tk layak jd lelaki apatah suami! Pengecut! Pembuli! Penipu!huh
Aksi dan emosi! Garang dan mendebarkan! Fuhh! Menjadi sasaran pembunuh? Tk akan tenang hidup! Rasanya kan, Viggo tu malu sbb Kim kalah ngan Aufa! Rasanya la...Kehkeh
Manis tetap ada....dan setia! Itu yg ada pada Ed! Yeah..Eddie Sufian lelaki baik yg setia! Dah tentu harapkan dia bahagia juga!
Jika mahu aksi debaran beremosi, CIA adalah pilihan! Yg pernah baca karya DZ pasti tau apa dan bagaimana style DZ membawa watak! Cerita byk pun nanti buat korang geram je, jdnya bolehlah hubungilah DZ, hokeyy? 👌 Tahniah DZ!
Hurmmm...RIF masih dihati tau DZ, ahaks 😆..lepas ni? Luqman? Sian dia masih solo! 😂.. nota utk Luq..wlu berdua lebih baik, solo tetap ensem! 😉 ke Helmi? Tiber 😜
•"Jimmy... kau dah ready buat kerja overtime?" Jimmy tayang sengih. "Absolutely." Helmi yang tadi diam mula membuka mulut. "So... we hate him ?” "Yeah... we hate him." Rif menjawab bagi pihak Eddie. •
•"Stop playing with the 'if’ words, Ed." Jimmy pantas memotong cakap Eddie.•
•"Aku tak pernah berubah, Puan Aufa Medina. Cuma aku tak tunjukkan topeng sebenar aku. Kau yang perlu salahkan diri kerana terpedaya dengan lakonan aku."•
So…. aku dah officially finished ketiga-tiga commando series ni. Sedih sebenarnya. Semoga Dhiya Zafira akan sambung kisah Luqman dan Helmi 👉🏻👈🏻. Inshaallah Amiin.
Sebenarnya, pada pendapat aku la kan buku ini ada kekurangan sedikit kalau nak dibandingkan dengan JKP dan CTK. Bagi aku, buku ini punya babak percintaan dan romantis tu lebih sedikit berbanding babak aksi.
Macam dalam buku sebelum ini babak percintaan dan aksi tu sama banyak. Aku juga perasan yang scene action dalam CIA ni tak se-intense (?) JKP dan CTK. Tapi ni pada pandangan aku je lah.
Storyline dia aku suka dan macam aku mention dalam review JKP sebelum ini, salah satu kelebihan novel Dhiya Zafira ni konflik dia konflik yang logik. Konflik yang bila kita sebagai pembaca tu baca kita boleh faham dan relate (mungkin bagi sesetengah orang) dengan konflik tersebut.
Jadi dalam CIA ini konflik kisah percintaan Aufa dan Eddie ini terhalang sebab bapa Aufa sendiri yang tak mahu ada menantu seorang tentera sedangkan dia sendiri pun tentera. Tetapi macam biasalah ada kisah sebab apa sebenarnya bapa Aufa tak nak anak perempuan dia yang juga merupakan satu-satunya anak dia teruskan hubungan dengan tentera. Backstory bapa Aufa ini boleh tahan sedih dan pembaca akan faham kenapa dia bertindak untuk halang percintaan tersebut. Dia terlalu sayangkan Aufa.
Aufa dan Eddie pun putuskan hubungan mereka dan apabila mereka berjumpa balik tu Aufa dah pun menjadi isteri orang. Tapi mestilah ada lagi kisahnya. Yang itu kena baca sendiri aku taknak spoil. Yang penting buku ni happy ending 💗. Dalam buku ini Kief pun ada jugak tau.
Perwatakan Eddie dalam buku ini serius aku tak jangka dia ada sisi yang macam ini. Sisi lemah dia. Sebab dalam previous books aku memang suka dengan Eddie ni dan watak dia dalam buku sebelum ni bagi aku perfect. So bila baca buku ni, pembaca akan lebih mengenali Eddie dengan lebih dalam. Eddie ni sangat setia kepada persahabatan dia dan jugak kepada Aufa. Antara salah satu sebab mengapa dia memutuskan hubungan dengan Aufa sebab dia nak lindungi sahabat dia. Eddie ni jugak seorang protector yang sangatlah baikkkkk 😆💗. Dia sentiasa ada untuk lindungi Aufa.
Aufa ni mengingatkan aku pada watak perempuan dalam satu novel Colleen Hoover ni. Dia diuji dengan perkahwinan yang tak bahagia dengan suami dia dan suami dia pun ada dera dia both mentally and physically. Walaupun macam tu, Aufa sentiasa rasa dia yang salah. Suami dia berjaya manipulate dia sampai setiap kali dia didera macam tu dia akan rasa tu salah dia.
Satu lagi bagi aku yang kurang sikit ialah part Harris dan Aufa punya perkenalan sebelum kahwin. Aku teringin nak tahu macam mana dia dan Aufa ni disatukan dan part mereka sebelum berkahwin. Tapi maybe akan draggy sikit kot kalau penulis decide untuk masukkan kisah tersebut.
Overall buku ni BEST dan PATUT DIBACA cuma kalau ikut rank, JKP still no 1 bagi aku 🤪
Buku ketiga dalam Commando Series. Buku kalini bagi aku lebih kepada action, konflik daripada romance 🤔 dan again, buku Kak Dhiya mmg best, sbb cara penulisan tu smooth aje, dan feel dia sampai 🤧
Cerita ni memang buatkan kita rasa susah betul si Eddie ni nak bahagia dengan Aufa. Punyalah banyak rintangan. Tapi, satu yang aku suka, cerita ni buatkan aku terfikir, dalam realiti boleh je jadi macam tu, tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita suka, sebab boleh je jadi perasaan org tu berubah dulu sebelum kita 😌 Apapun tu semua takdir Allah kan. Tapi sis takleh la, sedihhh giler sebab kesian dekat Eddie 😩 Eddie ni sangatlah 🫠 Mcm biasa, hubungan 5 sekawan ni paling feveret sekali sejak buku first JKP, CTK sampailah buku ni. Kalau muncul je bab diorang, aku suka sangat sebab dapat feel betapa genuinenya relationship diorang. 🫶🏻
Dan bila baca buku ni, ada la beberapa part yg dalam buku ni akan menjawab persoalan apa yg terjadi dlm JKP dan CTK sebelum ni. Cuma part yg aku kurang sikit is dkt hujung2 sbb situasi Aufa tu buatkan aku tak selesa dgn apa yg jadi antara Eddie dan Aufa. (Nak ckp byk takut terspoiler hahah, yang faham fahamlah ye) 🤣 Papepun, tak sabar nak tau kisah Luqman dan kalau boleh kisah Helmi sekali 🫢🫢 #emptycanvashida
Took me a looooong time to finish this. The action is superb but too little romance in this. Tak puas nak baca si Ed sweet dgn Aufa. Aku tak puas hati la si Aufa ni. Dia still nak dgn Tengku tu ish
1. Buku ni best gilaa. Storyline, plot, characters semua aku suka. Action dan romance dia lengkap secukup rasa. And of course, tak sah kalau tak bermain dengan emosi 😆
2. Tak tahu berapa kali nak kena jatuh cinta dengan hero2 kak Dhiya. Dalam buku ni aku jatuh cinta dengan Mejar Eddie Sufian pulak. He's really something. Dia punya loyalty towards Aufa tu fuhhh memang next level.
3. Female lead CIA ni lain dari yang lain sikit sebab dia sorang je yang tak single and available. Kesian Eddie lama tunggu, tak pernah move on bila jumpa balik kawan tu dah married. Nasib baik in the end Aufa realized Eddie is the one.
4. Paling suka, time combat mode. Rasa macam tengah tengok movie. Like always, aku memang suka friendship the commandos. Aku rasa tu kekuatan untuk setiap buku dalam siri ni.
Mix of emotions gila weh buku ni. Sengih, kelakar, marah, geram, sedih, sebak, rasa nak maki semua ada. Oh TW: domestic violence ya buku ni. Mula² nak marah tau dengan bapak dia sebab halang hubungan Eddie dengan Aufa atas alasan taknak anak dia kahwin dengan komando. Tapi bila tau sebab dia rasa macam faham la kenapa bapak dia buat macam tu. Kesian Eddie banyak dia berkorban tapi akhirnya ada jugak happy ending dia. Well written cerita ni. Susunan plot dia sangat kemas and buat kau rasa macam okay lepasni apa jadi. Between JKP, CTK dengan CIA ni, CIA ni more to action rather than romance. Well balance la ek senang cakap HAHAHA next nanti kita baca luqman dgn AJ lak hehe
Done baca CIA. Best and boleh relate sb mmg dah tau background hidup Eddie. And kisah2 yg di flashback kita dah tau hujung pangkal.
Sedih bila baca masa Afi patah hati tgk Rif & Nadia masa tu. Rasa sendiri plak yg cemburu 🤣🤣🤣
Anyway, garapan yg baik, brotherhood yg awesome. Ada aksi, ada romantik, ada kelakar (Hayat tak boleh blah!)😂😂 Kelakar bila diorg gelarkan Jeneral Tua (JT).
semua okay cuma last tu adulaa spoill tak logik yang berjaga dekat safe house tu Eddie sorang je... main target dekat situ kot supposedly kawalan lebih ketat like ko biar betul nyahhh
pastu banyak nau scene Eddie dengan Aufa berdua sekali dalam bilik, walaupon untuk berjaga rasa macam tak sesuai thinking that Eddie is a normal man. Aufa tak takut ke haha
villains mati pon sangat la tibeh and mudah
okay EDDIE SUFIAN >>>😮💨
i think i like this plot the most antara tiga buku tu dalam series ni so far walaupun romance seciput je
"Saat terlalu berat untuk bertahan, cubalah untuk melepaskan secara perlahan."
Membaca Commando In Action ini menuntut aku untuk mengingati semula apa yang berlaku dalam Jauh Kau Pergi. Dan aku tak sangka ya, yang aku masih boleh mengingati semula plot JKP dengan baik, mana taknya JKP ini aku baca tahun 2013 kot. Pada aku, Dhiya Zafira antara penulis yang versatile kerana mampu mengangkat genre thriller-action dengan baik.
Kisah tentang Eddie Sufian dan sahabat 'one for all dan for all at once' ini pada aku sangat menarik untuk diteroka dan sudah tentulah, bonding & karenah antara lima sekawan ini yang dinanti-nantikan.
Berselindung di sebalik gaya alpha male, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku antara Eddie Sufian dan Jeneral Hamzah. Antara keinginan hati dan kehendak seorang bapa dalam menentukan kebahagiaan si anak. Penyesalan si bapa membuka ruang untuk Eddie mendapatkan cintanya semula, di saat Aufa Medina tersepit dengan pilihannya sendiri sehingga haknya sebagai isteri dinafikan tanpa dapat dilihat dengan mata kasar.
Aku menjangkakan kisah Eddie ni hanya berkait dengan apa yang berlaku antara Jeneral Hamzah dan Hariz sahaja, langsung tak menjangka ia boleh berlanjutan hingga ke event yang lain yang membuatkan pembacaan aku lebih rancak.
Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan Commando In Action, kerana setiap babak itu aku dapat ikut dengan baik. Dialog-dialog yang menimbulkan mainan emosi pembaca & rentetan bab disusun kemas. Recommended! Tahniah Dhiya Zafira! Semoga terus menulis dan berkarya.
seronok betul bila jumpa cerita yang buat kita terpegun dgn segala aksi, latihan, misi , brotherhood abam abam commando ni.. lepas tu kagum dengan kebijaksanaan akak buat imbas kembali dan masa kini watak utama.. utk sebelum ni rase eddie biasa biasa je tp kali ni mmg mcm kacak betul la bila eddie belasah org org haris dan viggo tu.. walaupun bertubi tubi seksaan dan cubaan membunuh heroin..dan kemudian hero gigih selamatkan dgn sedaya upayanya, mmg buat sy berdebar debarnye selak next page..huhuhu
Saya dah rasa saya anggota ke 6 yg turun padang selamat kan aufa semalam muahahaha punye la feeling commando.. tq kak dhiya kerana reunion kan semua hero hero akak dlm novel ni... sengih sengih jmpe rif ,jimmy n sid dlm CIA
Walaubagaimana pon ending eddie dan aufa secoet alam dekat epilog tu...akhirnya happy ending jugak... maka tinggal lah luqman sahaje lepasni... boleh dah tu gandingkan adam luqman dan ilhamAdda lepas ni... hahahah A jugak kan 🤪
Tahniah akak... utk 10 thn ni pon sy ttp peminat novel aksi thriller romantis akak... semoga terus sihat dan dimurahkan rezeki serta ilham utk berkarya.. xoxo
Novel ni aku dapat hadiah menang contest tahun lepas. Join suke2, tak sangka jawapan betul. Alhamdulillah .
Commando in action, kisah twist untuk hero2 milik kak dhiya zafira. Dalam ni, Eddie Sufian sebagai pemegang watak utama dan Aufa Medina sebagai pasangan buat Eddie .
Hubungan mereka berakhir pabila Aufa menyambung PhD di London. Ada sebab kenapa Eddie tak menghalang Aufa drpd pergi. Sebabnya, demi kebaikan sahabat2 dalam teamnya. Namun dirahsiakan perihal itu. Kepulangan Aufa membawa berita perit kpd Eddie pabila Aufa berkahwin dgn Engku Harris. Eddie bungkam namun dia kena terima sbb dia sendiri tak pernah mengejar Aufa .
Ada yg dipendam Aufa. Panggilan drpd General Hamzah, bapa Aufa permulaan semuanya. Aufa dalam bahaya. Tapi kenapa? Apa yg berlaku? Kenapa Aufa bertindak mendiamkan diri. Kenapa Aufa seakan merelakan semua yg terjadi?. Dapatkah Eddie menjadi penyelamat utk Aufa? .
Aku in love sangat dgn watak Eddie. Antara hero fav aku😆. Disebalik ketegasan beliau sbg anggota komando, terserlah dirinya seorang yg setia terhadap kasihnya pd Aufa. Aura Eddie sgt menyerlah .
Aku rasa, macam nak tunggu kisah Luqman la pulak. Adakah akan ada kisah si luqman ni? I wish akan ada .
Tahniah kak dhiya zafira. Serius genre action romance ni memang forte akak. Sy tabik .
Mejar Eddie Sufian seorang komando yg tegas, bahaya tp pencinta yg setia dan sangat jitu semangat setiakawannya. Kisah cintanya telah lama bermula tanpa diketahui dia banyak berkorban dan dia hanya setia pada yg satu. Dia diberi pilihan dan kedua²nya amat penting. -- Aufa Medina, anak Jeneral Hamzah Hashim bekas panglima GGK. Sangat disayangi ayahnya yg sanggup lakukan apa saja demi Aufa. Tanpa sedar, dia sebenarnya telah menghumban Aufa ke lembah kesengsaraan hanya kerana sejarah silamnya. Aufa yg kecewa dan putus asa telah memilih jalannya sendiri. -- Engku Harris, seorang ahli perniagaan berjaya. Disebalik kejayaannya, dia adalah syaitan bertopengkan manusia yg pandai berlakon sbg lelaki peramah dan sopan hingga berjaya perdayakan Aufa dan menikahinya. -- Viggo, lelaki berwajah lembut dan tenang tapi sangat kejam. Paling digeruni dlm dunia underground. Sekali terjebak dengannya, tiada jalan pulang. Kuasa dan pengaruhnya sgt kuat hingga dia lepas bebas melakukan apa saja. -- Ini kisah Ed. Beberapa thn berlalu, dia cuba hapuskan kenangan dan wajah Aufa dr memorinya tp hanya sia². Huru hara hatinya bila didesak dan diberi tempoh utk membawa bakal isteri dlm tempoh 6 bln. Satu panggilan telefon dr Jeneral Hamzah yg menyatakan Aufa dlm bahaya dan telah mengubah seluruh hidupnya. -- Harris terjebak dgn Viggo atas urusan perniagaan. Utk dapatkan satu projek besar, Harris perlu dapatkan sesuatu milik Viggo. Jika gagal, hanya kematian menanti. Dlm perjanjian, Harris diberi tempoh seminggu. Saat Harris hampir berjaya, seseorang telah merampasnya. Kegagalan Harris jadi punca Aufa diburu dan dijadikan galang ganti. Apa terjadi? -- Bermula episod hitam dlm hidup Aufa bila Viggo tak henti² mahu membunuhnya. Demi keselamatan Aufa, Ed dan teamnya diberi tugas utk hapuskan Viggo dgn bantuan pihak polis. Namun tak semudah itu bila ada org dalam yg menjadi mata dan teliga Viggo. Kedegilan Aufa telah meletakkan Ed dlm bahaya. Apa kesudahannya? Kenapa Aufa diburu? Berjayakah Viggo dihapuskan? -- Penulis yg tak asing lg di dunia penulisan action-romance. Tak perlu ayat sweet dan adegan 'panas' tp cukup menggambarkan cinta komando²nya terhadap pasangan mereka. Setiap kisah antara Ed dan Aufa rupanya terselit dlm buku Jauh Kau Pergi dan Tertulis Buat Kita. -- Plot cerita tersusun kemas dan sangat sempurna olahannya hingga aku dpt bayangkan situasi sebenar. Jenuh menahan debar di setiap scene melibatkan Eddie, Harris dan Viggo. Tak cukup nafas dibuatnya. Aku suka bila masuk mode combat. Penuh aksi. Eddie, Kif, Jimmy, Luqman dan Helmi - tak ada apa yg tak mampu mereka berlima lakukan. One for all. All for one. Tak sabar nak tunggu episod lain pulak. Highly recommended. Sangat best dan full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
I can't promise I'll be here for the rest of your life. But you have my word. I'll love and take care of you for the rest of mine.
1000 bintang untuk CIA.
Setelah menghabiskan Haq, jadi tertarik nak baca karya yang lain dari penulis. Jadi, kalini saya pilih Abang Ed. Eh? Hahaha.. Apa boleh saya kata ya? Kisah ni buatkan saya tak bangun dari duduk dan terus-menerus selak ke muka surat seterusnya. Sampaikan assignment yang due esok pun saya hold dulu. Seharian saya bergelumang dalam kisah mereka ni.
Jujur saya kata, awal-awal cerita, saya takde idea kisah ini akan dibawa kemana, plotnya saya tak boleh agak sebab main sambar je novel ni di rak buku kakak saya tanpa baca sinopsisnya. Tapi lepas baca 1/4, saya dapat agak konflik Harris dengan Aufa yang menjurus kepada mesej yang Eddie terima. Tapi, lahhhh konflik di antara mereka habis awal, jadi yang belakang-belakang tu kisah apa pulak.. jeng jeng jeng. Memang enjoy betullah baca novel ni. Scene di antara Ed dan kawan-kawan dia yang kadang masuk air tapi kadang prihatin, babak antara Aufa dan Ed.. dan jeneral tua, dan kisah Viggo. Semuanya saya rasa sebati. Takde yang overshadow mana-mana. Kisah ni, walaupun plot twist dia bukan level pecah kepala, tapi konflik-konflik yang saling berkait sangat menarik.
Tetapi, untuk kisah Harris, saya mengharapkan pengakhiran yang lebih umph. Macam senang sangat je ending untuk watak Harris. Dan kalau boleh, biar satu Malaysia tahu apa yang Harris dah buat pada Aufa. Tapi, mungkin penulis taknak panjangkan kisah, sementelah nak tambah konflik kisah Viggo, jadi saya okay saja. Ouh, dan rasanya, untuk watak Richard, saya tak jumpa pengakhirannya apa. Mungkin, disekalikan dengan ending Viggo, saya anggap begitu. (takkanlah penulis nak tulis ending untuk semua watak, kan hahaha). Dan Harris jugalah watak yang paling saya benci. Dia agak narsistik. Tapi tanpa watak dia, takdelah Aufa sedar perasaan sebenar dia, kan..
Dalam kisah CIA sebanyak 508 muka surat ni, saya saaangaaat suka watak Aufa. Selalunya, kalau baca novel, saya lagi suka karakter sokongan. Tapi, tidak untuk novel ni. Aufa sangat berani, sesuailah dengan karakter Ed yang kasar. Walaupun lepas Aufa tahu apa yang Jeneral tua buat pada Ed dan dia dulu, dia tetap maafkan, which is one of the moral of the story. Saya agak geram dengan Aufa sebelum bertolak ke London tu, tapi bila tahun-berganti tahun, dia semakin matang and sangat ke hadapan. I loike. Dannnn, saya suka watak Rico. Walaupun babak untuk watak dia sangat sikit, tapi saya rasa terharu bila dia cuba sedaya upaya untuk lindungi Aufa. Dia mungkin tak mampu nak melawan Harris, tapi bila dia cuba untuk cover Aufa, glad that he is not a scumbag! Kalau tak, poor Aufa.
Tahniah kepada penulis sebab menyajikan bacaan yang sangat enjoyable.
"Kau tak boleh salahkan diri sendiri. Kau kena berhenti salahkan diri sendiri. Kau perlu tahu apa yang berlaku semua ni bukan salah kau." -
Kalini dalam CIA mengisahkan Mejar Eddie Sufian yang berkhidmat sebagai seorang tentera darat dengan sahabat-sahabatnya iaitu Jimmy,Rif,Luqman dan Helmi. Kawan yang baik akan sentiasa ada tika suka dan duka. Sikap setiakawan antara dorang ni sangat strong sampai sanggup korban apa sahaja demi kawan-kawan.
Maaf Eddie tapi Rif tetap di hati🤪❤️Eddie bukan sweet talker tapi his love language by his actions. Dia jaga Aufa sebaik mungkin dari bahaya.
Mula tu,geram sangat dengan Aufa yang ego sebab hakikatnya bercinta dengan abam uniform ni amatlah memerlukan kesabaran tinggi dan kena faham dengan kerja dorang. 24 jam dorang takkan sama dengan 24 jam kita as orang biasa ni. Kalau terabai tu kenalah sabar ya. Tapi Aufa ni marah dengan Eddie yang macam nak tak nak layan bila Eddie sibuk dengan kerja. Last-last ajak putus.
Eddie ni punya redha sanggup lepaskan macam tu je tapi dalam hati, dia sorang je tahu beratnya menanggung rasa rindu.
Satu hari dapat panggilan dari ayah Aufa cakap yang Aufa ni dalam bahaya. Eddie confirm la curious sebab kenapa tiba-tiba?
Jadi di sinilah mulanya kisah antara penyatuan dua hati yang pernah berpisah.
Agak ada trust issue ya dengan kaum lelaki bila wujudnya lelaki macam Harris.Masa awal-awal kenal bukan kemain sweet lepas kahwin macam anak patung kau layan isteri kau? Takut sangat kalau kita as kaum perempuan berada dalam situasi macam tu☹️ Nauzubillahi min zalik...
Baca CIA ni macam naik roller coster. Kejap rasa happy,kelakar lepastu sedih tapi marah tak lama tu rasa suspense pulak. Jadi kena prepare mental anda siap-siap before baca okay?!
Hubungan antara Eddie dan Aufa terhalang kerana dapat tentangan dari Jeneral Hamzah, bapa Aufa. Suatu hari Jeneral Hamzah minta pertolongan dari Eddie untuk selamatkan Aufa. Walaupon Eddie benci bapa Aufa, demi Aufa.. Eddie sanggup lakukan apa sahaja asalkan Aufa selamat. Mampu ke hubungan yang retak itu kembali pulih semula? Siapa Vougar? Dapat ke Jeneral Hamzah terima Eddie?
*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐
When it comes to series, best feeling every kalau dah berjaya baca most of them. This is gonna be my FAVOURITE among others 😍 Dalam ni lagi banyak action & the storyline memang buat Ad berdebar.
Kalau Rif, Jimmy ramai suka. Sorry guys, saya team Eddie 🤭 Walaupon diberi tempoh 6 bulan, perasaan dia masih utuh buat Aufa. We 🫶🏻 lelaki setia macam gam 🐘 ni. Sanggup korbankan diri sendiri demi Aufa. Well, tu memang kelebihan semua ML kak Dhiya dalam series ni 😏
"𝐊𝐚𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐦𝐚𝐧𝐚-𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐚𝐤𝐮."
Now menantikan cerita Luqman 🙈 Tak sabar sangat! Tak lupa Ad serious suka sangat dengan bonding group dorang ni. Semua sekepala & auto faham about each other. Tak perlu nak cakap cuma pandang je dah naturally faham 🥺 the way dorang suka sakat each other. Bila part sakat Luqman ha lagi tak menyabar kita nak baca buku dia tau. Memang Ad akan rindu dorang lepasni. Baca tau. Happy reading 🌷
Aku rasa buku ni lebih kepada action berbanding romance yang aku rasa cam ciput je. .
Dan karakter Eddie tu membuatkan aku terbayang tipikal abang-abang yang terlajak teruna gitu. So, sebab tu la kot, golongan sebegini masih setia pada cinta pertama. So scene yang cringe tu takde sangat la dalam buku ni. .
Eddie dan Aufa ni dah lama bercinta. Tapi cinta terhalang oleh Jeneral Hamzah, bapa Aufa. .
Walaupun Eddie berusaha pertahankan Aufa, bila kawan-kawannya pula yang menjadi taruhan, Eddie mengalah. Aufa dilepaskan. .
Dan Aufa menjadi isteri Engku Haris. Manakala Eddie masih setia membujang. .
Tapi, bila Jeneral Hamzah meminta pertolongan Eddie untuk selamatkan Aufa yang dalam bahaya, maka muncullah geng 5 sekawan ni untuk sama-sama membantu Eddie. .
So, macam yang aku mentioned tadi la, romance tu takde la banyak sangat, secukup rasa je la. .
Apa-apa pun, aku suka! .
p/s: bagi aku, Eddie ni macho la. Dan setia. Bila mana Aufa menjadi isteri orang, dia tak pernah sebut nama Aufa walaupun semua orang tahu, Eddie ni membujang disebabkan Aufa la.
First novel from author Dhiya Zafira yang i baca and i like how easy and not too dramatic it is - not to fancy storyline regarding fl/ml background etc and looks real enough (not in the mood watak fl/ml yg kaya / mafia) .
From reviews many said they like/preferred Rif (Jauh Kau pergi) than Eddie Sufian but for me (Yes i read tak ikut turutan and baru finished reading Jauh Kau Pergi) and for me , i like Eddie better . Both mcm ada gaya sendiri yang cool (tak over !!) but i like how Eddie stick with Aufa and the action is much better (hence the title pun kan hehe) . And the friendship dalam ni buatkan i rasa jelesnyaaa sbb to have friends yang sanggup buat apa for you memang one in a million betul la . Overall i love this story and glad i picked this one up
Cerita ni penuh dengan emosi ya.. Bersambung-sambung konfliknya pun haa.. Terasa semua emosi dan suspen dalam cerita ni. Kemain laju baca dekat bahagian suspen tu.
Cuma bila terlalu banyak sangat konfliknya, sedikit bosan, sikiittttt je. Sebab bersambung-sambung. Permulaan dah tunjuk Haris ni penjahatnya eh ada lagi penjahatnya. Mungkin sebab Haris ni mudah untuk ditumpaskan agak tak relevan la kan 5 komander ni nak beraksi. Faham disitu.
Tapi sesuailah dengan caption buku pun "berjuang tanpa henti".
Hidup ini pun ibarat perjuangan. Selagi belum mati selagi tu kita wajib berjuang. Berjuang meneruskan hidup walau apa pun yang berlaku.