Jump to ratings and reviews
Rate this book

Peguam Kriminal

Rate this book
Kerap kali status kerjaya peguam jenayah menjadi persoalan yang bermain di kepala kita. Adakah mereka ini bersekongkol dengan penjenayah untuk melepaskan diri secara sah melalui proses perundangan? Apakah sistem perundangan kita sebegitu longgar sehinggakan peguam jenayah ini boleh melepaskan anak guam mereka yang dituduh dari kesalahan di mahkamah?

Buku Peguam Kriminal merupakan karya pertama Ariff Azami yang terkenal dengan blog Loyar Berjurus ini akan merubah pandangan anda terhadap kerjaya peguam jenayah yang seringkali dipandang negatif dalam masyarakat.

Menyoroti perjalanan kes dan kisah sebalik tabir seorang peguam kriminal, penulis menghidangkan kepada kita dunia penuh teknikaliti ini dengan bahasa yang ringkas, dan mudah difahami bagi mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang guaman.

Innocent until proven guilty!

"Satu cetusan pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi bersama dengan masyarakat tentang liku-liku dan tanggungjawab seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah di negara ini."

Dato’ Setia Salehuddin Saidin, Peguambela dan Peguamcara

183 pages, Paperback

Published January 1, 2020

5 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Ariff Azami Hussein

3 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (41%)
4 stars
18 (50%)
3 stars
3 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for akusipeminatbuku.
265 reviews33 followers
January 15, 2021
Pandangan pertama, tertarik dengan judulnya. Otak arahkan tangan untuk klik butang pra-tempahan. Itulah proses yang terjadi apabila signal dari mata pergi ke otak.

Ternyata pandangan mata saya tidak tertipu dengan judul buku saja. Isinya amat menarik dan mempesonakan.

Buku 'Peguam Kriminal' sememangnya mencuri perhatian. Buku ini boleh dikatakan seperti rentetan kisah penulis sebelum dan semasa menjadi peguam jenayah.

Kisah bermula dengan cerita tentang perjalanan awal penulis sebagai seorang pelajar hingga menjadi seorang mahasiswa di falkulti undang-undang. Ketika itu, sekiranya ada orang yang bertanya apakah cita-cita penulis. Beliau sering menjawab "selain peguam jenayah".

Setelah tamat pengajian, penulis memohon untuk jawatan Timbalan Pendakwa Raya yang sememangnya menjadi idaman ramai. Alhamdulillah, beliau berjaya. Selepas lima tahun, penulis meletakkan jawatan dan mengambil keputusan untuk menjadi peguam.

Turut dikongsikan, kisah-kisah kes jenayah yang pernah diambil oleh penulis (bukan secara detail). Setiap kisah yang dicoretkan, penulis menyelitkan beberapa kritikan positif tentang sikap dan tanggungjawab yang dipikul.

Bermulalah kisah penulis sebagai seorang peguam jenayah. Bagaimana ini terjadi? Penulis menceritakannya satu demi satu dalam buku ini. Setiap profesion pasti ada dugaan dan liku yang perlu dilalui.

Buku ini mungkin salah satu pilihan untuk kita mencari penjelasan. Kisah yang ditulis secara santai ini berjaya memikat hati saya. Anda bagaimana?

Ada banyak teguran yang saya rasa relevan untuk semua jenis pekerjaan. Contohnya, niat yang kita tanamkan dalam melakukan setiap tugas. Adakah kita hanya mahukan ganjaran? Atau kita benar-benar ingin melakukan sehabis baik tugasan yang diberikan.

Selain itu, kita juga dapat mengetahui serba sedikit tentang dunia seorang peguam. Adakah profesion sebagai peguam sama seperti yang selalu digembar-gemburkan?
Profile Image for Nor Azzah.
Author 9 books108 followers
March 21, 2021
Catatan pengalaman sebenar seorang peguam kes jenayah, meliputi pengalaman di mahkamah, ketika berurusan dengan anak guam, kisah perjalanan beliau dan berbagai lagi.

Tulisan santai dan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam walaupun diselitkan dengan beberapa istilah undang-undang.

Sedikit sebanyak pembaca diberi ilmu pengetahuan tentang dunia penghakiman dan undang-undang jenayah.
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
June 7, 2021
Sebuah buku yang santai di mana penulis menceritakan pengalaman beliau sebagai peguam jenayah.

Seperti yang disebut oleh penulis, ramai yang salah anggap terhadap kerjaya peguam jenayah kerana mereka membela "orang salah".

Menarik sekali penjelasan penulis apabila beliau mengatakan peranan peguam jenayah penting dan perlu untuk memastikan keadilan tertegak. Malahan beliau menganggap ia sebagai suatu fardu kifayah.

Tugas peguam adalah untuk mencabar dan menguji keterangan. Jika selepas peguam mencabar keterangan, masih lagi ia kekal kukuh, bererti tertuduh layak untuk dihukum. Jika terdapat keraguan pada keterangan, tertuduh layak dilepaskan.

Peguam berfungsi sebagai semak imbang di mahkamah.

Apabila seorang peguam mewakili seorang tertuduh, bukan bermaksud peguam itu wajib melepaskan tertuduh daripada hukuman.

Tetapi tugas peguam (yang berintegriti tentunya) adalah untuk memastikan, sekalipun tertuduh bersalah, hukuman yang dikenakan ke atasnya adalah setimpal dan adil.

Peguam bertanggungjawab untuk melindungi pesalah daripada kezaliman apabila hukuman yang dikenakan melebihi yang sepatutnya.

Namun tidak dinafikan, ada juga peguam yang tidak berintegriti, malahan menggunakan cara kotor untuk 'win at all cost' demi habuan dunia.

Walaupun penulis tidak banyak mengongsikan kes-kes beliau secara spesifik, namun secara keseluruhannya kandungan buku ini padat dengan nasihat khususnya buat peguam muda.

Ia juga sebuah buku yang wajar dibaca oleh pelajar undang-undang untuk mendapatkan sedikit sebanyak gambaran kehidupan seorang peguam jenayah.

Oh, membaca buku ini, baru saya tahu rupanya peguam tidak boleh mengiklankan servis mereka. Menarik. 🤔

Kesimpulan: Sebuah buku yang seronok dibaca dan banyak pengajaran.
Profile Image for Amer Haiqal.
4 reviews1 follower
July 6, 2021
Buku yang sesuai dibaca oleh masyarakat umum untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan dan kehidupan seorang peguam kriminal.
Profile Image for Pluviophile.
68 reviews
January 10, 2024
Reader friendly! Law students who interested in practising criminal can read this.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.