Jump to ratings and reviews
Rate this book

Persembahan Untuk Kau

Rate this book

Paperback

Published January 1, 2019

1 person want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
2 (66%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Author 2 books
July 3, 2022
Setelah menerima dua (2) naskah tulisan Syamim iaitu Persembahan Untuk Kau (“PUK”) dan Tubuh Yang Baharu (“TYB”), saya terus mengambil masa untuk menguliti kedua-dua karya Syamim pada hari tersebut juga.

Saya membaca TYB sebelum PUK tanpa mengetahui bahawa yang sebelumnya itu terbit pada 2020 dan yang selepasnya itu terbit pada 2019. Disebabkan itu, pengalaman membaca tulisan-tulisan Syamim buat kali pertama memberi tanggapan awal yang sedikit berbeza kepada dua naskah ini.

TYB adalah sebuah kumpulan puisi (“kumpuisi”) yang punya tarikan yang tersendiri. Yang paling jelas adalah kematangan menulis dan kemampuan menukil puisi dengan menggunakan imejan dan metafora yang mengesankan. Dalam TYB, emosi Syamim ditumpahkan dengan jalinan seni yang baik sehinggakan kesan puisi itu dapat dirasai. Tidak semua, tetapi semuanya cukup untuk pembaca memesrai dan merasai emosi yang ingin disampaikan Syamim. Melalui beberapa puisi, Syamim betul-betul menjalin emosi, kata-kata membentuk imejan yang mengesankan. Puisi-puisi tersebut kukuh. Juga, yang tekal dalam TYB tulisan Syamim adalah kepuitisan puisi. Sepanjang pembacaan, perjalanannya adalah sesuatu yang menyenangkan. Puisi pilihan peribadi: Hati, Matamu dan Mengutip Debu.

PUK pula adalah tulisan Syamim yang jujur dan polos. Maknanya, puisi-puisi Syamin adalah lebih berbentuk curahan hati (“curhat”). Puisi-puisi Syamim lebih jelas dalam mempersembahkan apa yang ingin disampaikan dalam hati yang terdalam. Dalam PUK, Syamim masih bermain-main antara ingin menceritakan secara jelas, tetapi dalam waktu yang sama, cuba untuk melapik cerita agar tidak tertumpah semuanya. Seperti kata-kata Wani Ardy dan Mosyuki Burhan di bahagian depan PUK, Syamim ialah “kita semua yang masih belajar” dan tulisan-tulisannya “punya hala tuju tetapi ada sesuatu yang sepertinya belum dijumpakan”. Puisi kegemaran: Sangkar Abadi.

Kelebihan membaca TYB dahulu sebelum PUK, kita akan dapat melihat PUK tidak sepenuhnya sebagai kumpuisi tetapi catatan-catatan curhat, apa lagi dalam PUK terdapatnya puisi-puisi Bahasa Inggeris yang rawak diselit. Jika dibaca PUK sebelum TYB, kita akan merasai kedua-duanya adalah kumpuisi pertama dan kedua Syamim. Kita akan dapati perubahan ketara dalam kematangan Syamim menukil puisi dalam tempoh setahun selepas membaca kedua-duanya. Hal ini menunjukkan bakat itu sudah memang wujud dalam diri Syamim, dan waktu yang singkat untuk mengasah bakat tersebut betul-betul menjadi apabila Syamim fokus menggilap potensinya sendiri.

Syabas dan tahniah untuk Syamim kerana berani swaterbit PUK dan TYB. Kedua-duanya adalah karya ikhlas dan jujur. Kegigihan Syamim adalah bukti betapa dalamnya keinginan bersuara dan bercerita kepada pembaca. Semangat yang dipegang Syamim dapat dilihat dalam perubahan kematangan tulisan-tulisannya. Kita pasti mendengar Syamim yang lebih hebat dan mapan suatu masa nanti! Maju terus!
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.