“Abah doakan kamu bertemu jodoh yang lebih baik lepas ni.”
“Alamak. Laku lagi ke anak abah ni? Dah kira second hand tau.”
“Bukan second hand. Antik. Barang antik ni, lagi lama lagi mahal. Ada aje yang suka barang antik.”
“Biasanya yang suka barang antik ni, orang tua-tua, mak. Habislah Nida.”
Nida Amelia. Penderitaan lalu akan dilempar pergi jauh dari hidupnya. Dia kini insan yang lebih kuat dan kental. Memandang wanita itu pertama kali, dengan mudah Airil mendekatinya. Dan satu hubungan yang harmoni pun terjalin. Sampaikan Airil juga terlupa yang dia baru saja dituduh lelaki songsang. Entah kenapa dengan wanita cantik itu, dengan mudah dia mendekat walaupun berserta pakej. Ya, pakej bersama anak segera. Nida janda anak dua.
“Handsome sangat ke saya ni sampai tanya sarapan pun tak ada jawapan?” - AIRIL
“Sorry. Saya termengumpat awak dalam hati. Soalan apa tadi?” - NIDA AMELIA
Airil tidak pernah putus asa dalam menunggu Nida menyerahkan hatinya. Sungguh sukar menembusi tembok pertahanan Nida yang enggan membenarkan cinta baru masuk ke dalam hidupnya. Baginya, cukuplah Akhbar dan Iman cinta sejatinya. Kisah lama tak ingin lagi diulang. Hatinya tidak bersedia untuk dihancurkan lagi.
“Tahu. Saya bukan budak hingusan, Nida. Saya memang sukakan awak dan saya memang nak hidup bersama awak. Saya rasa dah banyak kali juga saya bagi hint. Dan dah banyak kali juga awak tolak saya.” - AIRIL
“Saya ada Iman dan Akhbar, Airil. Memutuskan untuk berkahwin dengan saya ibarat awak sedang berada di atas puncak bukit yang terlalu curam dan bila-bila boleh terjatuh ke dalam laut. Sama ada awak tenggelam terus atau boleh hidup sebaik saja jatuh.”- NIDA AMELIA
Tragedi yang menimpa Airil akhirnya menyentakkan Nida. Dia perlu membantu lelaki budiman itu. Airil ditinggalkan terpinga-pinga. Tragedi itu membuatkan Airil hilang arah, juga hilang tempat berpaut kasih. Apakah tragedi yang telah meluluhkan segenap jiwa Airil?
KDHBKP membawa pembaca mengenal kisah Airil, si penyanyi pujaan ramai. Namun, kerana dia masih bujang, dia digosip sebagai songsang. Bermula daripada gosip itu, tanpa dijangka dia bertemu mata dengan Nida, bekas isteri Aki, si pengarah terkenal. Hari demi hari rasa cinta itu kian subur dalam diri Airil. Namun, tidak mudah buat Nida. Apakah ada keikhlasan dalam diri Airil?
Novel ini bagi saya sangat menarik. Bermula dengan tajuknya yang unik (biasanya tajuk seperti ini boleh dijumpai di bawah penerbitan DBP), gerak cerita yang tersusun (dengan sedikit plot twist) dan peranan setiap watak dilakar dengan baik membuatkan pembacaan saya pada novel ini sangat lancar. Kadang kala tersenyum melihat usaha Airil untuk mendapatkan hati Nida. Tahniah buat Azwin Nalisa!
"Sekali aku tersungkur, beribu kali aku bangkit..."
Selain daripada warna muka depannya yang agak menyerlah, aku beli novel ni juga disebabkan tajuk dia. Kusut Di hujung, Balik ke Pangkal. Sedap kan bunyinya? Ia seolah-olah memberi konotasi yang pelbagai untuk diteka oleh pembaca.
Memandangkan ini novel pertama yang aku baca dari Azwin Nalisa, aku tidaklah meletakkan expectation yang tinggi, cukuplah kalau novel ni dapat membuatkan aku faham satu lagi rencah kehidupan dan dalam masa yang sama dapat 'menghiburkan' aku.
Aku kira, kisah Airil, seorang penyanyi terkenal yang berhadapan dengan seorang wanita yang berusaha bangkit dari perceraian ini benar-benar 'menghiburkan' aku. Penulis bukan sahaja berjaya menghiburkan aku dengan ketenangan dan keharmonian jalan ceritanya malah mampu membuatkan aku tersenyum-senyum dengan kematangan kedua-dua watak utama.
Airil disimbolkan sebagai seorang lelaki yang tidak peduli dengan status Nida Amelia. Fokusnya untuk mendapatkan kepercayaan dan menarik tentang seorang Airil, dia bukanlah seorang kaki mendesak. Dia faham wanita yang ingin didekati itu ada kisah 'grieving'nya tersendiri. Apa sahaja tindakannya ibarat menarik rambut dalam tepung. Perwatakan Nida Amelia pula diserlahkan dengan sikapnya yang rasional dan tenang dalam menguruskan hal-hal perceraian serta berjaga-jaga menjaga wilayah hatinya, supaya kisah lama tidak berulang. Cuma ada satu perkara yang membuatkan dia terbuka hati untuk menerima Airil,
Bagi aku, walaupun Kusut di hujung, balik ke pangkal ini sebuah cerita yang straightforward tetapi ia digarap dengan baik, kesederhanaan menata cerita dengan tenang itu memberi ruang kepada pembaca untuk memahami mesej tersirat dan merasai emosi yang yang dibawa oleh pnulis. Recommended!
P/s: Tahniah Azwin Nalisa untuk naskhah pertama yang baik garapannya. Semoga terus menghasilkan novel yang lebih berkualiti.
Jalan cerita yang menarik dan ringkas, tidak terlalu berat, suka dengan perwatakan Nida yang sentiasa kuat dan berdikari. Tidak lupa juga Airil, really enjoyed his characteristic. Plot cerita yang menarik, dan tidak disangka pada hujung2 cerita. Keseluruhan 4/5✨️
Ni adalah karya pertama dari penulis yang aku baca.Tajuk yang menarik dan unik membuatkan aku membelinya. Tanpa disangka ceritanya juga menarik. Mengisahkan Airil seorang artis yang berehat seketika apabila dibabitkan dengan satu gosip. Kemudian bertemu dengan Nida sebagai jiran dan di situ lah bermulanya kisah mereka dari teman berbual, jatuh cinta dan berkahwin.
Walaupun pada awalnya aku agak tidak suka demgan sikap Aki, bekas suami Nida dan juga bekas madunya, namun pada akhirnya aku berpuas hati bila masing-masing mencapai kata sepakat untuk berdamai demi tumbesaran anak-anak dan Nida juga mula memberi peluang kepada dirinya sendiri untuk lari dari kenangan yang lepas apabila bersetuju untuk menerima Airil sebagai suami.
Recommended untuk mereka yang suka bacaan santai tapi terselit pengajaran di sebaliknya😊
Selepas kejadian di mana Nida boleh mendapat title sebagai janda buatkan Nida kunci dan tutup segala pintu hatinya. Focusnya pada anak, itu lebih penting. Tipulah kalau hatinya tak terluka, tapi dia cuba memaparkan bahawa dia baik-baik sahaja.
Sejak kehadiran Airil muncul, tembok tinggi yang dibina itu seakan mahu pecah dan runtuh. Ya, Airil yang cuba rempuh sebab dia nak masuk katanya. Dan boleh pula Airil jujur yang dia sudah jatuh suka pada Nida. Ingat senang ke nak diterima oleh Nida? Banyak kali Nida reject Airil 🤣
Airil pula timbul idea lain, disebabkan wanita cantik itu datang bersama pakej. Ya, wanita cantik itu berpakej dengan anak dua. Sudah pastilah Airil ambil hati dua anak Nida dulu. Dari situ baru boleh dapat hati maknya sekali, betul tak? 😳
Sangat menarik untuk dibaca. Character development untuk semua watak dalam ni pun best. DAN!! Plot twist yang tak dijangka 🤯 waktu zu baca, memang part tu datang tiba tiba! I’m not ready for that 😭💔
Kalau you guys nak tahu macam mana Airil pikat hati Nida, sila beli dan baca 🫵🏻🤎
Best sangat buku ni. Jalan cerita simple je tapi suka sangat dengan semua watak dalam buku ni terutama sekali Airil yang tak pandang pun status Nida. Dia sayang dan terima Nida seadanya. Dari awal lagi dah layan anak Nida macam anak sendiri. Also i like the idea yang diaorang ni berjiran, macam best je hidup macam tu 😂
cerita ni mcm kisah pelakon yg jd org ketiga dlm perkahwinan pengarah drama dgn isterinya yg ada anak 2..sanggup menjandakan bini utk terima janda org lain...plot twist di akhir cerita..agak meleret tp boleh hadam..
Kusut di Hujung, Balik ke Pangkal by Azwin Nalisa. .
Suka!!!! .
okay, jujurnya, sebelum baca buku ni, aku agak yang buku ni cliche je kot. Kisah janda yang bangkit semula selepas penceraian dan bertemu bahagia dengan hero yang baru. .
Tapi, buku ni special. .
Sebab kedua-dua main leads sangat strong karakternya. .
Selepas diceraikan, Nida boleh je teruskan hidup tanpa Aki. Dan bagaikan berjodoh, bila dia berjiran dengan Aril, penyanyi popular. Aril ni, mula-mula dulu, suka bahasakan Nida sebagai Mak Janda, tapi akhirnya dia yang terpikat. Pandai pulak tu pikat anak Nida terlebih dahulu. .
Yang aku suka, sebab penulisannya matang dan straight forward. Rasa smooth je baca, tambah-tambah watak hero heroin pun matang. .
Yang aku suka lagi, part hashtag si Aril tu. #potongrambutkalaunikah Amboinya, mengada sungguh. hahahah .
Dan terpaling suka, scene Aril ternampak leher Nida waktu Nida duk betulkan paip bocor, sebabnya Nida selempangkan tudungnya ke belakang. Aku duk curious dah, macam mana Aril nak bagi tahu Nida tanpa memalukan Nida. Tapiii, apa Aril buat ialah, dia sendiri yang tolong betulkan tudung Nida tanpa sepatah kata pun. Walaupun Aril jauh lebih muda daripada Nida, dia matang. Itu yang buatkan dia special despite of rambut panjangnya yang aku rasa merimaskan. hahaha.
#1 KUSUT DI HUJUNG BALIK KE PANGKAL (KDHBKP) Penggunaan tajuk yang cantik dengan memberi maksud setiap masalah pasti mempunyai puncanya. Watak utama Airil, Nida, Adi dan Sherry dikembangkan dengan baik. Ia bermula apabila Nida diceraikan oleh Adi di khalayak ramai yang mana Adi merupakan pengarah terkenal. Pada waktu yang sama, Airil, si penyanyi popular pula digosipkan kononnya menjalin hubungan terlarang. garapannya cantik bila kisah sensasi kedua watak berada dalam akhbar yang sama! paling best, berjiran rupanya! di sinilah permulaan bagaimana seorang wanita bergelar janda berdikari dan penyanyi nak memikat. banyak teladan, sikit plot twist. Ngam!
Nida baru diceraikan oleh suaminya selepas di sepak di hadapan orang ramai. Airil seorang penyanyi yang terkenal tapi dituduh sebagai gay. Mereka berjiran. Mereka mula rapat dan anak-anak Nida mesra dengan Airil. Airil sentiasa memberi pertolongan kepada Nida. Lama-kelamaan Airil mula jatuh cinta dengan Nida. Tapi Nida selalu saja menolak bila Airil melamar. Tiba-tiba, keluarga Airil ditimpa musibah. Apa yang akan terjadi? Adakah jodoh antara mereka? Kenapa dengan bekas suami Nida dan bekas madunya? Cerita ini tentang yang seorang wanita yang kuat dan tabah dan lelaki yang gunakan masa silam untuk jadi lebih baik.
berjaya dihabiskan. Penulisannya tenang dan menyeronokkan. Plot twist sikit kat hujung. tak sangka jugak 'orang tu'. kalau korang tengah reading slump, rekomen baca buku ni untuk permulaan. confirm mood membaca datang balik.
Cita rasa setiap org lain-lain, right ? So maaf author. Saya rasa mcm tak berkenan dgn gaya penulisan awak. Mungkin boleh dipertingkatkan lagi ? Semoga author terus suksis dalam bidang penulisan ini 🙂
“Sekali aku tersungkur, beribu kali aku bangkit” Suka sgt dgn ayat ni 💜 Cover buku sgt cantik dan kena dengan tajuk yg unik serta storyline yang menarik 🤌