[BOOK 57]
Aslan by Shazie Kamaruzaman.
.
cerita ni saaaaaangattt manis. Entah-entah, boleh dapat diabetes dah ni.
.
Akid Aslan. Si singa. Seorang yang sangat berpengaruh sampaikan bila dengar nama Aslan je, orang akan mencicit macam tikus.
.
Daneen pulak, kerana sayangkan abangnya, Gib, dia kahwin dengan Aslan. Tapi tujuan sebenar perkahwinan ni dirahsiakan daripada Daneen. Lepas tu, mulalah Daneen cari pasal sebab dia geram bila Aslan berahsia. Tapi bila Aslan mula memujuk, terus cair.
.
Personally aku rasa cerita ni terlalu manis untuk bacaan bawah umur. hahaha...Sebab aku rasa, tarikan di antara Aslan dan Daneen lebih kepada sensual gitu, last-last baru rasa cinta tu.
.
Lagipun, sebenarnya, segala mak nenek rahsia yang disembunyikan tu, aku rasa quite predictable, except for tujuan Gib kahwinkan adiknya dengan Aslan tu. Lepas tu kan, si penjahat tu pun, dah boleh diagak sebenarnya, tapi tu la, bila nak teka je, terus tunjuk part sweet. hahhaa. so, terus lupa.
.
Best je kot kalau dapat suami protective cam Aslan ni. Tapi kalau over sangat, tak best jugak kan?