Sebab semuanya di tulis, di terbitkan serta di selenggarakan oleh wanita– tidak perlu mencari sebab untuk beli buku ini. Tengok muka hadapan, sudah jatuh hati. Baca senarai nama penulis, terus graf membeli naik 101%.
Perasaannya umpama di beri kejutan hadiah dari seorang secret admirer masa zaman sekolah dahulu. Tak berkira untuk membayar RM 25 untuk sebuah naskhah yang datang dari air tangan 22 orang wanita ini.
Mahal sungguh segala cerita dan aksara yang terpilih untuk di muatkan pada setiap helaian buku ini. Cerita dari hati. Cerita tentang orang lain tapi sangat menempelak cerita peribadi sendiri.
Laju dan senang sekali pembacaan dari muka isi kandungan sehingga muka 122 pengakhiran.
Nadhira Brandage masih vokal seperti di dalam Sofa Biru. Telus dan terus terang garapannya.
Raiha Bahaudin juga terus ganas mendidik hati dengan menterjemah semula kosa kata serta frasa-frasa kehidupan yang kita selalu di salah ertikan.
Sayidah Mu'izzah yang selama ini aku hanya kenali hasil karya grafiknya di Legasi Oakheart rupanya begitu berbakat menyusun bait katanya.
Wani Ardy pula antara guru penulisan virtual aku sejak 2013. Langit Vanilla menemani petang-petang aku yang sunyi menunggu suami pulang dari kerja pada tahun pertama perkahwinan dahulu. You are such an inspiration to my heart Wani.
Sue Emoqwin, salam perkenalan dari saya. Senang sekali berurusan denganmu. Dialah penggerak di sebalik Untuk Perempuan Yang Bernama___" dan si akal di sebalik Helium Books dan Garis Emoqwin yang menerbitkan buku ini.
"Yang berani, kan berjaya. Yang tidak berhenti, kan tiba. Yang percaya, kan menemui cahaya. Ini surat Untuk Perempuan Yang Bernama___"
Nampak nipis, tapi penuh dengan cerita daripada penulis pelbagai latar belakang yang bukan calang-calang juga.
Ada apresiasi buat ibu, ibu mertua (ini menarik). Ada catatan yang sangat peribadi, yang akan membuat kita lebih menghargai setiap pengalaman, susah senang teman-teman yang lain seperti tulisan Wani Ardy.
Lain yang saya suka, tulisan Raiha Bahaudin yang mengajak penulis wanita lain menggarap watak melawan arus. Sudah cukup banyak mungkin watak gadis polos menanti pinangan lelaki kaya budiman dan romantis.
Saya juga suka tulisan-tulisan yang memperakui perasaan kewanitaan yang banyak warna dan juga tak sempurna seperti tulisan Nadira Brundage, Sue Emoqwin dan lain-lainnya. Kita raikan dan hargai seluruhnya.
Kudos buat penerbit dan penukang-penukang kata. 3.5*
Congrats to @heliumbooksmalaysia for publishing this book. . . This book made me laugh, cry and most importantly think about what it means to be a woman. It has stories and poems that I can relate with. Feminism,equality, personality and individualsm are highly potrayed in the short stories and the poems. It speak from the perspectives of a wife, a mother, a sister, a daughter and definitely of a woman. As i read the book, I can sense that each word were chosen carefully and wisely as the writers need to be responsible to create a unique awareness that women are super human beings. The characters in the short stories carries great weight in potraying the real life as a woman. The poems expressess deep meaningful thoughts of a woman. I apllaud to all the writers in this book for their sucess in uplifting the word WOMAN.
Berkesempatan menghabiskan bacaan naskhah "Untuk Perempuan yang Bernama ________".
Saya tertarik dengan ketiga-tiga karya Sue Emoqwin. Ada pesan yang sangat perlu kepada setiap perempuan. Supaya kita kenal diri, kita sayang tubuh ini.
Saya juga tersentuh oleh catatan Wani Ardy. Kelainan yang beliau alami memberikan saya maklumat baharu. Berkongsi pengalaman menghadap doktor pakar satu demi satu yang menyelidik dan menyiasat hal kelainan wanita, saya faham perasaan itu. Saya alami perasaan yang sama sepanjang sembilan kehamilan yang hanya mengizinkan satu kelahiran hidup.
Saya turut terpesona oleh catatan Embun Karina. Ah, "ini last". Yang sebenarnya, siapalah yang dapat menjamin "ini last", benar-benar "last".
Cukuplah tiga penulis ini yang saya bicarakan.
Naskhah ini untuk wanita, supaya kita faham diri kita, supaya pencinta kita pun mendengar lontar rasa kita.
UNTUK PEREMPUAN YANG BERNAMA....... Terbitan: Helium Books Editor: Wani Ardi
Membariskan 22 penulis perempuan Malaysia yang berekspresi melalui artikel, cerpen, certot dan puisi. Sudah tentu ia berbeza dengan projek penulisan sebelum ini. Tema perempuan yang pelbagai, dari yang longgar sehingga mencengkam perasaan.
Mana satu yang memikat? Sukar untuk dipilih sebenarnya. Setiap garapan membawa bersama bait bait perasaan perempuan yang tidak hanya berurusan dengan lelaki keparat, sesekali meratap duka pada nasib dan layanan dari semesta. Mereka juga tidak malu membicarakan tentang khilaf diri, pencarian dan harapan.
Di hujung setiap satu nukilan jelas terpapar akan jalan pintas pada anak cucu (tidak kira jantina) mendatang agar bersopan menyantuni hidup yang saling menyaling. Antisipasi projek nirlaba ini secara peribadi sangatlah tinggi, sebagai penulis bebas saya bersiap sedia bukan hanya untuk menyumbang tetapi ternanti nanti apakah sumbangan 21 penulis yang lain. Memang tidak mengecewakan bila mereka membawa saya sebagai pembaca masuk dalam geluk perasaan terhadap tiap isu pilihan yang dirakam dengan kosa kata bersastera, moden, terbuka dan ada ketikanya bernada bebas sebagai mewakili isi hati masing masing.
Untuk Perempuan Yang Bernama...... sesuai dijadikan buah tangan yang manis, disimpan sebagai koleksi yang saya kira agak RARE. Syabas pada semua yang terlibat.
Menelusuri pembacaan di barisan prakata, sudah sedikit menyentuh jiwa. Bukan kerana lemah, tetapi kagum akan semangat yang mengalir di jiwa dan diterap melalui bait kata-kata yang tajam dan penuh bermakna. Ternyata, kekentalan seorang perempuan juga tidak bisa diukur dengan keperkasaan seorang perani menebang sebatang kayu balak.
Rangkaian cerita berlatar belakangkan senario yang pelbagai, menandakan bahawa, suara wanita juga perlu didengari dan perasaannya perlu diambil peduli. Bukan sekadar seekor tikus makmal untuk dieksploitasi dan dimanipulasi. Bukan juga untuk dihenyak keji.
Untuk Perempuan Yang Bernama______ harus dimiliki oleh semua, sebagai rujukan untuk kita menembusi dinding kematangan seiring dengan anjakan usia dan pengalaman. Perempuan, adalah hadiah terindah dari Tuhan untuk kita saling menghargai dan mencintai.
Tahniah kepada penerbit yang berjaya mengumpulkan pengkarya wanita di Malaysia, setelah kita merindui sastera-sastera lapisan Zurinah Hassan. sebuah buku yang wajar dipandang serius kerana ketekunan dan komitmen untuk mengabadikan para penulis wanita di Malaysia yang masing-masing mempunyai sentuhan tersendiri. Syabas!
Seperti biasa, menyukai karya halus dan padat daripada Umila Rahman. Apabila menyentuh tentang karya wanita ini, sentuhan beliau begitu segar di dalam aroma-aroma tradisional yang di modenisasikan. Namun agak kecewa, garapan beliau dalam naskah ini terlalu sedikit dibandingkan dengan karya penulis lain. Saya mengharapkan dua tiga buah lagi sumbangan tulisan beliau sebenarnya kerana seperti tidak puas membaca yang satu ini.
Syabas juga kepada penulis popular Nadia Khan, yang jelas sekali kredebiliti beliau dalam menghasilkan sebuah penulisan berkualiti, bersahaja namun mempunyai tujuan yang jelas.
Saya juga menyukai tulisan Ashikin M yang santai dan membawa saya menekuni tulisan beliau lebih lama lagi. Beliau tidak teragak-agak untuk membawa pembaca ke journey mindanya yang pada saya, berjaya digarap kemas.
I would have to say poetry book isn’t really my cup of tea especially Malay book. I am poetically straightforward jadi bahasa bunga-bunga kelihatan sedikit asing di mata saya.
I enjoyed Nana and Raiha Bahaudin writings the most.
I however would like to credit all 22 of you for writing something for woman empowerment. I realised that each and every woman has her own distinctive personal struggles. The least we can do is to not judge anyone.
Karya aku suka adalah dari mama Regina, kak Faz,Egy and Kak Wani. Yang lain ok tapi mungkin aku mengharapkan yang lebih lagi. Tapi aku sayang buku sebab suami yang hadiahkan dan dia minta letak nama untuk perempuan yang bernama... MIRA DAN LILY. Iaitu nama anak kami di depan buku ni, kan boleh letak nama di ruang kosong kulit buku ni. Thank you for the thought. 😊
Kisah-kisah wanita dan kisah-kisah kita dibukukan di dalam satu buku, mempamerkan kepelbagaian hidup yang antara kita lalui. Hidup yang kita corakkan atau kita takdirkan, tetapi hanya kita mampu ubah.
"Perempuanku, percayalah. Yang aku dan kau perlukan, bukan seutas jam tangan baru. Tetapi, waktu." - Aisyah Rais.
Buku #UntukPerempuanYangBernama adalah buku tentang kita, tentang perempuan. Bukan tentang patah atau lemah tapi tentang meluah dan tidak mengalah (juga boleh dijadikan hadiah). Perkongsian puisi, cerpen dan catatan penulis-penulis perempuan yang semua mempunyai magis masing-masing ini membawa saya senyum dan berfikir (jauh) sendiri.