Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cindetakrella

Rate this book
Gara-gara rakaman video Nada menyelamatkan seorang pelanggan restoran daripada disimbah air menjadi viral… Satu hotel diserbu pihak wartawan. Manalah Nada nak tahu, pelanggan yang dia selamatkan itu merupakan mamat Kardashian yang menjadi sasaran tabloid. Tak pasal, Nada dituduh mempunyai skandal dengan mamat tu. Nak tak nak, terpaksalah Nada meminta mamat tu membuat kenyataan media untuk membersihkan namanya.

Gara-gara rakaman video tu jugalah, Syed Farisy terpaksa memberikan satu persen tumpuan dalam hidup dia dan berdepan dengan media untuk membersihkan nama minah yang telah menyelamatkan dia daripada disimbah air. Mana Syed Farisy nak sangka rupa-rupanya minah itu merupakan budak perempuan comot yang pernah memberikan dia brownies sewaktu dia menangis kelaparan dulu.

Dan... Gara-gara rakaman video yang viral itu telah menemukan Prince Charming dengan Cinderellanya. Malangnya... Cinderella kali ini tidak meninggalkan kasutnya! Apakah penamat cerita Nada dan Farisy seperti cerita Cinderella?

Kerana cinta bukanlah satu dongeng yang perlu diceritakan tetapi... Harus diperjuangkan!

151 pages, Unknown Binding

Published December 1, 2019

1 person is currently reading
14 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

84 books540 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (38%)
4 stars
10 (55%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,089 reviews202 followers
September 7, 2024
Kisah ini banyak focus pada Nada dan bff, Sarah. Watak Tuan Syed sekali sekala je dia muncul.

Cerita mak tiri Nada tu F rasa bohong je sebab nak selamatkan diri. Memang dia komplot dengan Rano bekas suaminya. Jahat betul. Dapat 10 juta pun tak cukup². Habis licin.

Kisah ini ringkas je. Lama pulak F dok tangguh².

Scene atas bumbung tu F suka.
Profile Image for Lucyana.
24 reviews3 followers
November 18, 2022
Cerita kali ni agak panjang dan klise berbanding tiga cerita lain yang aku dah baca.

Tapi part keluarga Nada tu memang aku geram la juga sebab pernah alami situasi tu so nampak realistiknya cerita ni haha.

Selain tu, kalau hero dalam Poskad Terakhir si Pemuja Rahsia aku suka, hero dalam ni pula aku tak berapa nak suka mungkin sebab terlalu straight forward. Dan lagi munculnya juga jarang-jarang so tak berapa nak feel sangat bila tiba-tiba hero keluar masuk sesuka hati dia.

Aura macam misteri, tapi terlalu straight foward so agak kurang sikit dengan cerita hat ni.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
297 reviews15 followers
January 14, 2021
Sort of cinderella retelling tapi malay style, tajuk pun dah obvious kan. Haha...
Bukan syamnuriezmil la kalau tak best. Since ni pocket book, so cerita sangat straightforward & santai.
Dan memandangkan aku pun baru recovered dari book slump, pocket book is a good start.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
June 1, 2020
Simple and nice! Nada Nadira tak macam Cinderella sebenar. Dia lari sebelum dia dibully oleh mak tirinya dan kakak2 tirinya. Semua hartanya telah diberi oleh arwah bapaknya kepada mak tirinya. Dia pergi sehelai sepinggang. Cuma ada gambar keluarga dan pakaian gaun kahwin ibunya. Yang dipegang adalah kata2 bapaknya iaitu "pay it forward". Dengan kata2 itu dia sentiasa berbuat baik kepada orang2 sekelilingnya termasuk Syed Farisy. Apa jadi selepas mereka bertemu bagaikan sebuah mimpi... Apakah kaitan mereka?
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.