Jump to ratings and reviews

Puaka Pentas Dewan Sekolah

Amanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya.

“Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas.

Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian!

Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu.

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

128 pages, Paperback

First published March 19, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Sabrina Ismail

19 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (30%)
4 stars
16 (48%)
3 stars
7 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews212 followers
December 31, 2021
Cerita seram yang pertama memang win dan buat meremang sangat. Dahlah baca malam-malam, takut pula nak ke toilet dibuatnya. Saya rasa mana-mana cerita seram yang dikaitkan dengan elemen kebudayaan, dan teknik penceritaannya baik, pasti akan membuatkan pembaca tak senang duduk.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 9 books7 followers
June 20, 2020
Menarik cerita hantu-hantu kat dewan sekolah ni
Profile Image for SS.
573 reviews10 followers
December 25, 2020
Terimakasih buat Penerbit X untuk buku ini. Memang teruja nak baca Siri Puaka Dewan Sekolah ini. Tengok cover pun memang love sangat.

1. Mayang Kwasari

Mengisahkan tentang Amanda yang cedera ketika berlatih tarian Ulik Mayang untuk hari penting untuk sekolahnya. Amanda dikatakan dirasuk oleh sesuatu sehinggakan semuanya berantakan. Disebabkan kecederaan Amanda. Cikgu Zarina susah hati kerana tidak lama lagi hari penting itu akan tiba. Jadi, secara kebetulan ada pelajar baru masuk yang bernama Waheeda. Jadi Waheeda menjadi pengganti Amanda kerana Waheeda pernah menyertai aktiviti kebudayaan di sekolah lamanya. Adakah nasib Waheeda akan sama dengan Amanda?

Ika suka dengan penceritaan yang disampaikan oleh penulis. Bilamana scene menari Ulik Mayang itu diceritakan , rasa macam so real. Kaitan antara watak juga boleh dikatakan tidak lari jauh dan ianya saling berkait rapat. Jadinya, logik la.

2. Mawar

Pada tahun 1980 an. Mengisahkan tentang seorang gadis polos yang telah digame oleh dua rakannya. Ketika hari di mana dia menyertai aktiviti sekolah, dia telah dipakaikan dengan baju yang kelakar dan makeup yang hodoh. Dua rakannya tadi memang berniat tidak baik. Ketika Mawar keluar di pentas sekolahnya, teruk dia dikerjakan dan dibahan oleh rakan sekolahnya yang lain. Sehingga berlaku satu kejadian yang menyayat hati.

Dan pada harini, 3 rakan baik ingin menyertai pertandingan video seram yang mendapat habuan sebanyak RM10k. Jadinya, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke tempat di mana kejadian Mawar itu dan membuat dokumentari. Sampai di sana berlaku kejadian pelik.

Ini best juga. Lagi lagi bila di pengakhiran cerita di mana mereka melihat semula rakaman video yang diambil. Ergh. Meremang. Tapi itulah mcm sedikit tak logik tapi mana ada cerita hantu yang logik. Kahkah

3.

Mengisahkan tentang pelajar yang akan membuat persembahan hari kemerdekaan di sekolah. Jadinya, untuk watak yang dipegang oleh Anna. Dia diberikan satu baju lengkap askar untun menjayakan wataknya. Namun, ketika baju tersebut dipakai. Anna berubah kelakuan dan perubahan tersebut dikesan oleh kembarnya, Elsa. Apa tindakan Elsa untuk menyelamatkan kembarnya dan apa kaitan dengan dewan sekolahnya?

Cerita ni pun okay boleh diterima dek akal. Demi menyelamatkan diri, ada seseorang yang akan menjadi korban dan perlu ada galang gantinya.
Profile Image for meenie.
464 reviews4 followers
November 24, 2025
done ✅

best lah ish benciklah best sangat. saya paling suka cerita no dua tu !!!

i think semua org sedia maklum bila masuk je sekolah mesti kita akan disajikan dengan kisah-kisah seram termasuklah kisah seram di dewan besar atau dewan pementasan. memandangkan dulu time saya sekolah, saya takde dewan teater cuma ada dewan besar sahaja. itu pun penuh dengan kisah hantu hahah memandangkan ada stor usang di belakang pentas yang menakutkan. saya pernah masuk. ada benda merepek dalam itu harapnya dah okaylah kot.

5⭐️ untuk semua kisah dalam ini. ok sibf kalini saya akan serbu booth penerbit x untuk lengkapkan koleksi puaka seram saya hehe
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
April 4, 2023
🏷️ 3 kisah seram pendek.Ketiga² kejadian cerita yang berlainan tentang pentas dewan.

1. Ulik Mayang
- Kisah pementasan kebudayaan di sekolah. Teater Ulik Mayang. Amanda teraju utama, alami kejadian aneh seakan ada sosok gadis lain ajarnya menari,gerak tubuhnya meliuk-lentok terpersona dengan alunan muzik hinggalah Amanda tercedera parah. Pengganti perlu di cari demi maruah sekolah, Waheeda pelajar baru, yang realisasikan pementasan itu. Benarkah kerna maruah sekolah semata atau ada agenda tersembunyi?Siapa bangunkan 'dia'?

-Teringat babak Amanda menari dan tetiba terbang teringat² cerita "Pontianak Harum Sundal Malam". Siapa je tak tahu kisah mistik Ulik Mayang ini di Malaysia.Percubaan yang bagus untuk nampak lain.Adanya sejarah lain, bukan tumpu persembahan Ulik Mayang semata.

2. Mawar
- Amira dan 2 temannya putuskan sertai pertandingan Filem Dokumentari pendek bertema seram. Mereka sepakat merakam video dokumentari mengenai gadis bernama Mawar di sebuah sekolah tinggal di Sabah. Kejadian tahun 80-an itu bakal di ulang ceritakan. Sedih bila tahu tragedi berdarah itu terjadi. Saat video dalam proses rakaman, berlaku kejadian seram dan huru-hara pastinya buat mereka kesal.

- Suka susunan babaknya, lancar dan penamat yang buat kita rasa jeng³..jadi tanya diri, akankah aku guna duit 1k tu?😅

3. Merdeka.
- Si kembar Elsa dan Anna( Macam Filem Frozen😉). Anna terpilih pegang watak antagonis (soldadu Jepun) dalam pementasan untuk hari merdeka. Baju soldadu Jepun lama diserahkan pada Anna. Sejak itu, entah kenapa Anna seakan² rasa 'sesuatu' tapi dia jadi terlalu sukakan kostum itu.Elsa yang dianugerahi deria keenam perasan ada lembaga di rumahnya dan juga dampingi adiknya.Adakah pentas yang dahagakan darah itu dapat di jamu?

- Aku suka idea baju soldadu Jepun itu dikembangkan.Ada watak kurang suspen tapi ok laa ada imbas kembalinya apa jadi di pentas yang mahu korban.

🏷️Pembaca yang penakut tapi nak baca genre seram boleh cuba.Seram ringan2 ini😉 Susunan tahap kisah aku suka:

1. Mawar 2. Ulik Mayang 3. Merdeka.
Profile Image for Far.Zana25.
144 reviews2 followers
April 12, 2024
Ada 3 cerita dalam 1 buku tapi semuanya padu & seram...

1- 𝚄𝙻𝙸𝙺 𝙼𝙰𝚈𝙰𝙽𝙶 𝙺𝙴𝚂𝙰𝚆𝚁𝙸
Akibat dendam yang belum lagi terlunas, maka salah seorang keturunan 𝑴𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒘𝒓𝒊 iaitu 𝑴𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒏𝒂 muncul untuk membalas dendam. Memegang jawatan sebagai cikgu di sekolah serta menjadi pelatih untuk pementasan sekolah telah memberikan Zarina 1 jalan mudah untuk melaksanakan rancangannya. Dengan persembahan ulik mayang ditambah pula dengan mantera yang sebenar telah berjaya membangkitkan roh Mayang Kesawri. Tujuan sebenar adalah untuk balas dendam dengan Tuan Syed. Sebabnya? Haa tu kena baca...

2- 𝙼𝙰𝚆𝙰𝚁
𝑴𝒂𝒘𝒂𝒓 seorang remaja wanita yang mempungai perwatakan yang polos telah dibuli dengan terus sekali sewaktu pertunjukan fesyen di sekolahnya. Amukan Mawar mendatangkan kecelakaan sehingga meragut nyawanya dan menjadikan pentas sekolahnya berpuaka. Akhirnya sekolah tersebut turut ditutup kerana gangguan yang sukar dibendung. Setelah beberapa tahun kemudian, Amira dan kawan-kawannya melawat ke lokasi tersebut untuk merekod video bagi menyertai pertandingan. Malang sekali, mereka turut diganggu dengan Mawar ataupun boleh dikatakan benda lain... Haa apa tu?

3- 𝙼𝙴𝚁𝙳𝙴𝙺𝙰
Kisah ni boleh dikatakan lebih kurang macam kisah pertama. Dimana 𝑼𝒔𝒕𝒂𝒛 𝑩𝒂𝒅𝒓𝒖𝒍 yang dulunya ada membuat perjanjian dengan benda halus di sekolah kakaknya telah kembali untuk melunaskan janjinya tetapi dengan menggunakan anak muridnya, 𝑨𝒏𝒏𝒂. Tapi, kali ni dia menggunakan pementasan sewaktu kedatangan askar Jepun.

🩵 PERSONAL REVIEW 🩵

Paling favourite rasanya cerita pertama sebab memang rasa seram dia tu pastu jalan cerita lagi best bila baca. Tapi, semuanya memang seram ye...macam real!

#puakapentasdewansekolah #siriceritahantu #penerbitx #farzreads #bookstagrammer #fypシ #fyp #bookfyp #bookrecommendations #seram #ulikmayang #hantu
Profile Image for Sha Mohamed.
2,571 reviews1 follower
March 9, 2021
Siri Cerita Hantu kembali dengan tajuk Pentas Dewan sekolah.. Tiga cerita yang menarik dan mengujakan..
Ulik Mayang Kwasari menyampaikan cerita tentang pembunuhan yang dirahsiakan dan akhirnya terbongkar semasa pementasan sekolah..
Mawar pula mengenai pelajar yang dibuli, mati kerana berlaku runtuhan dan akhirnya menghantui sekolah serta mengganggu mereka yang datang ke sekolah tersebut..
Merdeka merupakan kisah ketiga yang agak menarik.. Seorang lelaki yang terpedaya dengan syaitan dan mengorbankan kakaknya berusah melakukan lagi pembunuhan namun berjaya digagalkan..
Profile Image for Miyuke.
225 reviews5 followers
April 25, 2024
Tiga kisah pendek berkaitan puaka di pentas dewan sekolah termuat di dalam satu novel.

Sesuai untuk bacaan santai. Sesuai juga untuk bacaan pelajar. Lenggok bahasa yang digunakan di dalam naskah ini tidak meleret dan mudah difahami. Tahap seram 3/5.

NOTA :

Bila membaca tajuk seterusnya, seolah-olah ada kesinambungan pula antara satu cerita dengan cerita selanjutnya walaupun berlatar belakangkan sekolah yang berbeza.

Ada pentas ke di sekolah anda???
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books15 followers
December 29, 2020
Best ketiga-tiga cerita ni, unik & seram juga. Hahaha. Paling fav adalah kisah nukilan Sabrina Ismail. Overall, terbaik 👍👍👍👍
Displaying 1 - 9 of 9 reviews