Buku Bijak Merancang Wang atau #BukuBMW adalah rangkuman modul mengurus kewangan yang dimulai dengan pembentukan mindset kewangan yang betul dan kemudian diikuti dengan profil kewangan dari mula mendapat gaji, mengumpul harta, menguruskan hutang, membuat simpanan, melanggan takaful, merancang persaraan, membayar zakat sehinggalah kepada pengurusan wasiat dan pusaka.
Ia dibangunkan sejak lebih 10 tahun dan dipersembahkan kepada ribuan peserta melalui siri-siri ceramah, program, bengkel dan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW di seluruh negara, ia turut digunakan oleh para konsultan kewangan di INFAQ Consultancy untuk membantu pelanggan.
Ini adalah cetakan terbaru. Sejak 2021, sudah 5 kali dicetak! Ada beberapa tambah baik berbanding versi lama, antaranya:
1. Konten yang lebih segar dan terkini 2. Ada 10 video daripada Akademi Bijak Merancang Wang, full HD. 3. E-workbook Buku Manual Wang
Item kedua dan ketiga diberikan dalam buku ini melalui QR Code.
Kandungan buku ini dibahagi kepada 3 bahagian:
BAHAGIAN 1: Pada bahagian ini mempunyai panduan bagaimana menggunakan buku ini dan pembentukan mindset kewangan. Susunan buku ini seumpama buku peta kewangan seseorang. Ie memberi gambaran besar perancangan kewangan dan diikuti dengan pembentukan mindset kewangan yang betul.
BAHAGIAN 2: Bahagian ini ialah teras kandungan buku ini yang memperincikan setiap kandungan “peta” tadi dengan lebih detail.
Ada 7 modul kewangan penting sebagaimana berikut:
Modul 1 | ALIRAN TUNAI / CASHFLOW; Modul 2 | PENGURUSAN ASET / NETWORTH; Modul 3 | SIMPANAN / SAVING; Modul 4 | PERLINDUNGAN TAKAFUL / PROTECTION; Modul 5 | PELABURAN / INVESTMENT; Modul 6 | PENYUCIAN HARTA / PURIFICATION; Modul 7 | PEWARISAN PUSAKA / INHERITANCE;
BAHAGIAN 3: Bahagian ini pula mengandungi rumusan dan plan tindakan individu dalam merancang kewangan mereka selepas membaca buku ini. Ia adalah manual kewangan berdasarakan apa yang pembaca faham selepas membaca dan memahami kandungan modul Bijak Merancang Wang.
Buku panduan Yang lengkap sebagai rujukan untuk perancangan kewangan peribadi. Pendekatan Tuan Afyan sangat seimbang Dan selamat. Tidak terlalu tumpukan kekayaan Dan tidak Pula melupakan aspek pelaburan. Menyentuh hampir kesemua aspek kewangan Dan serba sedikit penerangan bagi setiap aspek berkenaan.
Aspek-aspeknya ialah: 1. Pengurusan aliran tunai 2. Pengurusan aset bersih 3. Simpanan 4. Perlindungan 5. Pelaburan 6. Penyucian 7. Pewarisan
Sangat sesuai untuk Muslim Yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan peribadi. Turut disokong oleh Bro Firdaus Wong.
Buku BMW banyak membuka minda saya dalam cara pengurusan kewangan yang baik. Kalau dulu saya tidak langsung kisah pasal perbelanjaan saya, duit gaji selalu habis tak tau ke mana, simpanan kecemasan pon tiada, perlindungan pendapatan apatah lagi. Namun selepas saya mengikuti sifu-sifu kewangan, salah seorang Tuan Afyan Mat Rawi, alhamdulillah saya menjadi semakin baik dalam pengurusan kewangan. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Buku BMW sangat menarik kerana ilustrasi dan tulisan warna warni. 110% recommended untuk dibaca. Buku murah gila guys, harga palestin. 👍👍👍
Buku rancang kewangan yang mudah difahami dan sarat dengan huraian dan infografik yang menarik. Sesuai untuk semua peringkat umur dan golongan dan bagi anda yang bukan dari aliran akaun dan kewangan, ia sangat berguna untuk menambahkan kefahaman tentang kepentingan kewangan yang baik untuk diri dan keluarga ke arah bebas daripada masalah-masalah kewangan dan mencapai 'financial freedom'. Terima kasih Tuan Aduan Mat Rawi.
Buku yang amat sesuai bagi mereka yang ingin merancang kewangan dengan lebih. Model kewangan INFAQ yang diterangkan oleh penulis sangat mendalam rasa macam hadir dalam seminar siap ada nota untuk kita isi tentang bagaimana nak mengurus kewangan di setiap bab. Berbaloi untuk dimiliki sebab boleh rujuk semula jikalau terlupa.
Buku setebal lebih kurang 300 pages ni rasanya masih perlu ditambah melihat kepada adanya link video penerangan berlisan dan e-workbook untuk kegunaan pembaca.
Tapi, bagi saya dah cukup berbaloi sangat dah.
Buku ni memang sangat sesuai untuk; - graduan, - yang nak berkahwin ataupun sudah, - yang nak merancang untuk bersara dengan baik, - yang tidak mahu tertipu dengan dunia
Plus, ilmu di sini tak kosong. Banyak sangat perkara yang boleh praktik. Malah disediakan jadual untuk kita isi sendiri. Mudah untuk kita susun apa yang perlu, just in case ada yang terlepas.
Saya ada ambil gambar sekali isi-isi yang jadi favourite.Tapi, banyak lagi sebenarnya. Terutamanya untuk jadual-jadual perkiraan. Menyusun perbelanjaan dan kewangan.
Terima kasih buat editor PTS dan penulis Afyan Mat Rawi .
Awalnya berkira juga dengan harga buku, tapi memang lebih daripada berbaloi melihat kepada isinya.
Jika kita hendak belajar memandu kita akan memilih guru yang betul. Begitu juga untuk pengurusan kewangan asas kita juga perlu guru yang betul. Tuan Afyan merupakan salah seorang guru atau penulis yang bertauliah dalam bidang perancangan kewangan. Dalam buku ini diajar 7 Modul Infaq berkenaan Cash Flow, Net worth, Saving, Protection, Investment, Purification dan Inheritance.
"Nak pandu kereta BMW kena ada Manual BMW". (Hidayat. 2025)
Saya sarankan anda menjadikan buku BMW ini sebagai salah satu koleksi dan bacaan anda di rumah. Saya amalkan sampai sekarang simpan dahulu baru belanja.
Buku ni basically adalah based on seminar BMW yang dikendalikan oleh penulis. Diterjemahkan dalam bentuk penulisan dan digayakan dengan penuh warna warni dalam buku terbitan PTS. . Kalau korang jenis zero ilmu urus kewangan, buku ni baik untuk dibaca. Sebab apa? Sebab penulis susun comei lotey, apa yang perlu adibuat dari A to Z. . #Letsاقرأ #syawalbookreview
Buku BMW pastinya telah membuka minda dan mengubah cara pandang saya mengenai ilmu pengurusan kewangan. Doakan agar saya diberikan kemampuan untuk mengikuti nasihat & petunjuk dari buku ini. Bagi anda yang masih terumbang ambing di luar sana, anda harus memiliki buku ini; fahami dan mulai melakukan perubahan. Terima kasih untuk penulis, moga kesihatan dan kesejahteraan selalu mengiringi beliau. Tq
Betul kata Hj Afyan, orang yang mudah dapat duit yang tidak diusahakannya memang mudah kehilangan wang tersebut. Oleh kerana habit dan Minda yang akhirnya memakan diri.
7 Modul Infaq berjaya menarik minat saya untuk mendisiplinkan sikap dan habit agar memastikan ketujuh2 rumah tersebut berjaya dipatuhi dan diurus baik. Wang bukanlah Segalanya tetapi segalanya memerlukan Wang dan......ilmu pengetahuan agar tidak menjadi mangsa penyontot di akhirnya.
Was a HEAVY read and I genuinely think that I don’t really managed to grasp all of it from only reading it once 😂.(hence the many annotations & tabs for future references 🥶) but was it worth it squeezing my brain cells reading this book? YES 💯💯💯 It covers everything from your personal cash flow to investments to inheritance (pewarisan selepas kematian).
Setelah membaca buku fire, saya mulai memahami bagaimana cara wang itu bekerja. Jadi untuk next step, sy membaca buku ini untuk memulakan langkah-langkah tersebut. Buku ini sangat direkomendasi kepada pembaca² yang telah selesai membaca buku fire atau pembaca² yang ingin merancang kewangan.
Alhamdulillah dah baca buku ni. Cover habis bermula dari setting mindset, hinggalah cara menguruskan wang. Banyak benda baru yg saya belajar. Tq penulis komited utk berkongsikan tentang 'Pengurusan Kewangan' kpd pembaca. Teruskan usaha mendidik rakyat Malaysia lagi dengan buku-buku seterusnya.
Buku yang wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat Malaysia kerana ramai orang tidak merancang wang dengan bijak, maka dengan tajuk buku ini sudah dapat menarik minat dalam panduan untuk tidak tergolong dari orang ramai tersebut. Wallahua'lam.
Buku yang sangat menarik dan mengubah persepsi normal terhadap pengurusan kewangan klasik. Banyak tahap yang dibaca dan wajib diikuti untuk memahami apa yang tersirat dan tersurat penghujung bacaan.