Amani adalah seorang pelajar sekolah menengah dan juga seorang streamer permainan video secara kecil-kecilan. Niat asalnya hanyalah untuk menjadikan streaming sebagai hobi tetapi semuanya berubah apabila salah satu klip video permainannya tular, menyebabkan dia menjadi semakin popular. Amani terkejut dengan populariti barunya ini dan mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya.
Amani menjadi paranoid apabila sepucuk surat tidak berstem sampai ke rumahnya, walhal, dia tidak pernah mendedahkan alamatnya kepada sesiapa pun. Hidup Amani menjadi semakin tidak tenang apabila stalkernya semakin berani mengganggunya. Dia berasa seperti sentiasa diperhatikan. Siapakah sebenarnya yang mengintip gerak-geri Amani? Mampukah Amani berhadapan dengan stalkernya?
membesar di merata tempat di Lembah Klang dari Klang, ke Subang Jaya, ke Cheras, dan kini menetap di Sungai Buloh. Diplomanya tersimpan di dalam laci, tidak digunakan sejak tahun 2009. Sejak kecil lagi dia memang gemar berimaginasi. Selepas membaca karya seorang penulis botak lain yang bernama Brian K. Vaughan, dia mula menulis imaginasinya ke atas kertas (ataupun dalam bentuk 1 dan 0). Lima tahun kemudian dia mencuba nasib dengan menghantar karyanya ke Buku Fixi. Hasilnya, Zombijaya menjadi novel pertamanya. Kini dia masih, dan akan terus berimaginasi lagi selama yang mungkin.
Ini buku ke empat yang aku baca dari penerbit Bookiut dan buku juga buku keempat daripada penulis yang aku baca. Nampaklah bezanya bila penulis novel berpengalaman yang menulis cerita. Kalau sebelum sebelum ini, ceritanya ada yang aku kurang berkenan sebab ada lompong serba serbi, buku ini pula aku rasa lengkap dan masih sesuai untuk bacaan kanak kanak. Aku suka penulis ketengahkan perkara perkara yang dia personally suka dalam cerita macam game dan MMA dan juga mungkin gaya hidup di sekolah bandar. Oh ye, dan tajuk hijabster tu macam tiada kaitan macam, boleh je kalau letak streamer girl gitu. Aku ada tergelak juga bila fikir Mai takkan dapat bersama Aiman sebab dah jadi stepbrother. Hahahaha. Ataupun tidak.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak nak komen lebih sebab takut biased memandangkan ini tulisan incik suami.
Tapi buku ini adalah sesuatu yang lain daripada karya AZ yang pernah diterbitkan sebelum-sebelum ni. Bacaan yang laju, ceritanya ringan dan straight forward.
Sebuah penceritaan tentang kehidupan remaja perempuan, Amani, yang aktif streaming permainan video. Dari tidak dikenali, kemudian video dia viral, menjadikan dia makin dikenali. Dari berbelas-belas penonton, terus melonjak naik jumlah penonton yang ada.
Namun, tidak semuanya indah. Kehidupannya berubah apabila dia menerima kiriman daripada pengirim misteri. Siapakah? Jeng jeng jeng.
Overall, jalan penceritaan bagi kisah comel ini smooth. Konflik yang ada pun tidak membebankan fikiran sebab aku kurang gemar konflik berat berat.
Nilai kekeluargaan (hubungan akrab seorang adik dengan abang) amat menyentuh emosi aku. Sweet sangat dua beradik ni. Ditambah pula dengan persahabatan antara Amani dengan rakannya tu, semacam cukup dah rencahnya. Aku pun tak pasti kenapa aku senyum senyum baca kisah Amani ni.
Aku juga suka dengan pendirian watak utama iaitu Amani sendiri. Penulis berjaya terapkan pendirian tu dengan baik. Amani tahu apa dia nak, kenapa dia main games serta kenapa dia streaming semua tu. Jadi, apabila ada permasalahan terjadi, dia akan reflect semula pada diri dan pendirian dia. Cun!
Kepada adik2 yang nak jadi streamer hakiki, bolehlah baca buku ni. Nasihat tersirat & tersurat yang penulis cuba sampaikan amat berguna tau. Sentiasalah berhati2 dan berwaspada di mana pun kita berada. Okey!
Kisah seorang streamer gamer yang comel bernama Amani.. Amani bermain game secara online secara suka-suka sahaja namun perlawan dengan seorang streamer lain telah melonjakkan nama Amani hingga dia diganggu stalker.. Mujurlah ada abangnya Aiman yang mengajarkan seni bela diri bagi membantu Amani sekiranya diserang stalker..
Aku akan cadangkan novella ni untuk kanak-kanak atau remaja awalan dan mereka yang baru nak berjinak-jinak baca novel.
Ceritanya tak ada la kompleks sangat. Mengenai seorang gadis yang suka bermain games. Amani ni juga akan lakukan streaming bila dia bermain games tu. Then unexpectedly ada satu perlawanan ni buatkan dia jadi famous.
Amani digambarkan dari keluarga yang harmoni walau ibunya dah tiada, ayah pula sentiasa sibuk. Tapi dia dan abangnya mampu menjaga diri dengan baik dan menjalankan kehidupan harian tanpa sebarang masalah.
Kalau Amani ada masalah abang dia takkan teragak-agak hulurkan bantuan. Malah siap offer nak ajarkan skill pertahanan diri lagi.
Ada babak yang aku rasakan sekadar MSG je 🤭 Kalau tak ada pun tak apa. Ada pun dia tak bawa masalah 😁
Penceritaannya santai. Plot twist pun ada tau, tapi tak la berat macam novel-novel dewasa yang penuh liku-liku. Korang yang nak relaks boleh la try baca novella ni.
Pssttt, entah kenapa aku terbayangkan Hani Suraya sebagai Amani dan penulis sendiri sebagai abang Amani 😅 Opppss! 🤭
Kisah remaja yang realistik dengan situasi semasa dan berbeza dari kebiasaan buku terbitan bookiut. Nilai persahabatan, kekeluargaan dan semangat juang yang ditonjolkan juga menarik untuk dijadikan panduan buat pembaca.
Saya suka gaya penceritaan yang bersahaja macam ni. Menarik dan tidak membosankan. Nilai kekeluargaan dan nilai persahabatan diterapkan secukup rasa. Cerita yang boleh memberi tauladan untuk pembaca antaranya keperluan pembahagian masa antara belajar dan hobi yang seimbang dan kepentingan ilmu pertahanan diri.
P/s: Lucu jugak kisah Mai & Aiman. Apa agaknya perasaan mereka selepas acara bab terakhir.