Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Patani

Rate this book
Criticism of the Malay story, Patani Kingdom.

116 pages, Hardcover

First published January 1, 1992

5 people are currently reading
94 people want to read

About the author

Siti Hawa Haji Salleh

8 books4 followers
Siti Hawa Haji Salleh Ph. D., mantan Profesor di Jabatan Persuratan Melayu dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (1971-2003). Kini beliau masih lagi aktif meneliti karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (39%)
4 stars
3 (13%)
3 stars
6 (26%)
2 stars
2 (8%)
1 star
3 (13%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Iza B. Aziz.
228 reviews31 followers
July 5, 2024
Hikayat Patani bagi saya kurang cerita tapi lebih kepada sejarah salasilah dan keturunan penguasa kerajaan Patani. Menarik bila dapat tahu kisah disebalik nama Patani dan peristiwa bagaimana Raja Patani yang terawal menerima ajaran Islam. Paling best bila penulis hikayat agak selamba menulis "masuk Islam tapi masih mengamalkan perkara-perkara kafir."

Tanpa saya sangka hikayat ini banyak menyentuh tentang penggunaan gajah sebagai kenderaan. Sama ada untuk berjalan atau berperang, dan agak epik juga mereka bertikam (perang) menggunakan istinggar di atas gajah. Diselitkan juga kelemahan orang-orang Siam yang tidak pandai guna perahu! Akibatnya mereka tewas berperang dan baru saya tahu kerajaan Siam agak angkuh dan bajet power.
_____________________
Rententan kisah penguasaan kerajaan Patani berlanjutan hingga naiknya seorang Raja Perempuan yang digelar Phra Cau. Selepas itu ia diikuti beberapa siri pertukaran kuasa. Pada setiap pemerintahan ada berlaku sengketa dan penderhakaan dari gundik, orang bawahan Istana hingga ahli keluarga diraja sendiri.

Kerajaan Patani rupanya akrab dengan Kerajaan Johor dan Pahang. Malah, dikatakan waris Pahang kemungkinan ada di Patani, begitu juga Johor. Rakyat Patani juga hidup majmuk dari orang Aceh, Minangkabau, Palembang dan lain-lain. Besar ya kerajaan ini dan menjadi lebih makmur dibawa kuasa Raja Perempuan.
_____________________
Pun begitu, banyak juga unsur ketidakpastian dalam hikayat ini. Penulis bijak menyudahkan cerita dengan ayat "demikianlah diceretakan oleh orang tua-tua." Jadi saya tak tahu sama ada ia benar atau dongeng sahaja.

Seperti diawal tadi, Hikayat Patani fokus kepada sifat sejarah berbanding 'cerita'. Bahagian akhir hikayat seperti sudah hilang arah dan lebih kepada susunan nama pewaris Raja Patani, Raja Kelantan, dan tiba-tiba tentang alat-alat muzik Istana. Jadi saya memang tak boleh baca dengan baik 😅.

Saya ambil bacaan kali ini sebagai satu sudut pencerahan tentang Kerajaan Patani yang sudah hilang. Jika ada salah dari ulasan saya ini, mohon diperbetulkan. Saya hanya pembaca amatur hikayat.
Profile Image for Nissa'.
Author 3 books42 followers
September 6, 2011
saya mengharapkan hikayat ini lebih kurang hikayat-hikayat Melayu yang lain. Tapi ternyata buku ini lebih kepada ringkasan sususan sejarah Patani mengikut kronologi dan sesuailah menurut Teeuw (seperti yang diquote oleh penyelenggara dalam Pendahuluan bahawa tujuannya yang utama adalah untuk memberi suatu jenis 'piagam' dalam institusi sosial (Kesultanan Patani.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.