Adriana Imaniyah terpaksa berhutang angkara si ayah, sehingga terpaksa menurut kehendak seorang wanita demi melunasi hutang-hutangnya. Kerana diugut, dia setuju menjadi tutor untuk Adham Mirza yang agak nakal dan pemalas.
Adham Mirza lelaki muda yang tidak pernah punya cita-cita tinggi kecuali menghabiskan masa dengan berhibur. Dan bila Adriana muncul dalam hidupnya, targetnya hanya satu, mahu menyingkirkan gadis itu dari rumahnya.
Namun, satu tragedi hitam mengubah hidup mereka selamanya. Apabila Adriana menjadi suspek pembunuhan ayahnya, Fahrin dan hilang dalam satu kemalangan jalan raya, Adham Mirza memulakan misi menjejak gadis itu demi mencari jawapan dan sebuah kepastian.
“Jadi ini rupa sebenar Adriana Imaniyah? A big fat liar? Is that what you really are? Kau gadis dengan dua wajah, yang hanya muncul untuk buat aku jadi gila. Well, a big applause for you dear. You did a very good job.” - MIRZA
Enam tahun kemudian, Adriana muncul secara tiba-tiba. Mampukah Adham Mirza membalas dendam pada satu-satunya gadis yang tidak pernah hilang dalam hatinya sejak dulu lagi?
“Saya tak bermaksud untuk menghuru-harakan hidup seseorang. Sekurang-kurangnya bukan hidup awak Mirza.” - ADRIANA
Ini first novel penulis yang saya baca. Overall saya suka dengan olahannya.
Kisah ini bukan hanya ada 'Mirza dan Adriana'. Ada banyak watak saling berkait antara satu sama lain. Banyak rahsia di sebalik sesuatu kejadian yang berlaku.
Hidup Adriana ni sangat la menyedihkan. Ada seorang ayah kaki pukul, dijual pulak untuk dijadikan pelacur. Terpaksa bekerja untuk menyara mak dan Anas, adiknya yang masih bersekolah. Dijadikan alat oleh Yasmin untuk rancangan balas dendam. Sebab itu Adriana terpaksa menjadi tutor kepada Adham Mirza.
Saya sedar semua ni berpunca dari Yasmin. Dia bangkit menjadi wanita besi yang digeruni di dunia 'underworld'. Apa yang sebenarnya jadi pada masa lalunya? Yasmin kemudiannya merancang bersama Tuan Taufik untuk membalas dendam terhadap Fahrin Attar. Tetapi sebaliknya berlaku. Aduh... saya terasa macam ada vibe j-drama. Tiap2 episod tu ada je rahsia yang terbongkar.
Banyak plot twist. Orang yang disangka dah mati rupanya masih hidup. Adriana pulak berada dalam situasi tersepit. Cumanya... hubungan cinta antara Adriana dan Mirza kurang. Mereka ni kalau berjumpa asyik bergaduh je. Hubungan cinta bertepuk sebelah tangan antara Airis dan Adriana lagi banyak kot. Kasihan Megat Airis.
Hidup yang penuh dengan dendam tidak akan ada kesudahan.
Dah lama habis baca, baru sempat nak copy review dalam goodreads. Cerita ni memang penuh dengan konflik. Pada awal-awal cerita saya rasa agak kelakar dengan Mirza yang degil tu terpaksa bertutorkan Adriana. Tapi, tidak Adriana dan tidak sesiapa pun tahu kalau malang itu akan menimpa pada waktu itu. Adriana ditudh membunuh bapa Mirza dan konflik pun bermula.
Saya sangka buku ini hanya akan berkisahkan Mirza, Adriana dan kematian bapa Mirza sahaja. Tetapi rupanya, ada 1001 rahsia dan kebenaran disebaliknya. Pembunuh sebenar yang tidak disangka-sangka. Saya suka bahasa yang penulis gunakan. Mudah dan berkesan. Tiada perkataa atau ayat yang susah untuk pembaca fahamkan. Jalan cerita sangat kemas. Perkembangan konflik yang berantai dengan konflik lain disusun dengan sangat baik. Ada juga serba sedikit tentang perasaan dan cinta diselitkan dalam kisah ini. Tidak terlalu manis, just nice.
Mulanya saya beli disebabkan cover buku yang cantik, rupanya isi dalamnya laaagi cantik. Tahniah, penulis.
Sebuah novel yg penuh konflik. Plot tersusun kemas & plot twist byk dan tak terjangka. Plot twist ini akan merungkaikan semua persoalan demi persoalan yg timbul dlm pembacaan. Terutamanya siapa pembunuh yg sbnr. Pandai penulis twistkan siapa yg bunuh Tuan Fahrin. Bukan novel cinta semata2 tp ada sikit unsur thriller dimasukkan.
Adriana Imaniyah, seorg anak yg bertanggungjawab. Bekerja sambil belajar utk menyara mak yg sakit & adik yg masih bersekolah. Krn kesempitan hidup, Adriana mengikut telunjuk Yasmin utk menjadi tutor kpd Adham Mirza, anak Tuan Fahrin. Yasmin hny menggunakan Adriana sbg alat utk membalas dendam kpd Tuan Fahrin. Mirza amat membenci Adriana pd mulanya. Memandang rendah pd Adriana hny krn perbezaan umur mrk tak byk. Tp dlm diam dia mula menyukai & menjadi semakin rajin belajar. Tak seperti pd permulaan yg sgt malas & main2. Tp kematian Tuan Fahrin memisahkan mrk. Tuan Fahrin mati ditikam & sewaktu Mirza sampai dirumah, Adriana ada disisi mayat papanya. Adriana melarikan diri. Dan pd mlm kejadian, kereta yg dipandu Adriana jatuh dlm gaung & mayat Adriana tidak ditemui.
6 tahun berlalu. Mirza berjumpa semula dgn Adriana. Adriana dilantik sbg Salah seorang pemegang saham syrk milik arwah papa Mirza, Green Global. Perasaan benci kpd Adriana tidak menghapus rasa cinta yg mendalam. Walaupun Mirza tahu Adriana ada pd malam pembunuhan tp dia yakin bukan Adriana pembunuhnya. Mirza Cuba mengorek rahsia yg Adriana simpan & apa sbnrnya rancangan Yasmin waktu menyuruh Adriana menjadi tutor Mirza. Ke manakah Yasmin menghilang? Apakah dendam kesumat yg Yasmin simpan buat Tuan Fahrin? Adakah Yasmin yg membunuh Tuan Fahrin krn dendam?
Mcm2 bermain difikiran ttg siapa sbnrnya yg bersalah. Di akhir cerita, akan terungkai semuanya. Bg aku novel ni best, penuh pengisian. Walau byk melibatkan dunia gelap tp bukan itu tumpuan utama. Kebanyakkan watak juga mempunyai kaitan. Mula2 aku fikir Airis ada hubungan darah dgn Yasmin tp tak rupanya.
the best book i read so far. PLOT TWIST DIA OMG! tapi in this book banyak miscommunication actually. there's some scenes yang buat i nangis and also plot twistnya tak terjangka ya. The storyline is very good suka sangat.
BEAUTIFUL LIE ~ Such A Beautiful Liar With That Beautiful Face
TW ⚠️ Murdered Raped Sexu** Abuse Dark Market Clubbing Gangster
Bagi aku yang sukakan genre action crime thriller sebegini, storyline dia bagus, meskipun menimbulkan kekeliruan jika kau tak fokus membaca. Olahan penulis menunjukkan perkembangan konflik dlm setiap bab.
Konfliknya mudah. Adriana terpaksa mengikut arahan seorang wanita demi membayar hutang si ayah tak guna. Caranya dgn menjadi guru tuisyen kepada Adham Mirza. Jadi guru tuisyen boleh bayar hutang? Plot twist.
Adham Mirza. Bagaimana dia membesar dengan melihat gaya hidup ayahnya yang 'liar', maka itulah jalan hidup yg dia pilih.
Kehadiran Adriana tidak disukai. Mirza mula buat perangai supaya gadis itu berhenti mengajarnya. Sehinggalah berlakunya pembunuhan ayahnya menambah kebencian Mirza terhadap Adriana. Adriana pula hilang dlm kemalangan. Apa kaitan Adriana dgn pembunuhan ayahnya?
Fast paced. Adriana dan Mirza bertemu semula. Malangnya, gadis itu bukan lagi Adriana yg dulu. Sosok gadis itu semakin berani dan tegas. Bagaimana Adriana boleh muncul kembali? Plot twist.
Baca buku ni, pembaca kena fokus sebab lalai sikit, kau terpaksa selak balik page sebelum. Berselirat dgn konflik. Berselirat yg membawa pembaca berfikir 'oh, begitu rupanya'.
Satu-satunya karakter paling aku gemari adalah seorang wanita. Siapa dia? Bagi aku, wanita inilah 'nadi' kepada keseluruhan jalan cerita. Karakternya sebagai 'social climber' sgt mengujakan. Badass, jelita dan...'kejam'. Kata2nya sahaja sudah mampu 'menggerunkan' musuh. Aku terbayang Kajol acu pistol dlm Dilwale. Kenapa wataknya sgt 'badass' ada diceritakan dlm bab flashback. Menyayat hati.
Cop! Second Male Lead detected! 'Knight in shining armor' yg menjaga dlm diam. Cinta dalam diam.
Konflik 60%, selebihnya sedih dan cinta jadi jangan harapkan ayat-ayat romantis. Memang tak ada.
Berbanding VS, aku akui aku lebih menyukai jalan cerita BL. Mungkin kerana konfliknya yg 'straight forward', lebih kepada jenayah 'kolar putih'. Malangnya, aku tak berapa puas hati dengan kesudahan watak wanita yang aku gemari tu, tergantung tanpa penjelasan. Apapun, ini antara pilihan peminat aksi jenayah.
Ini buku kedua Mazni Aznita yang kita baca selepas Venom Suria. VS memang kita suka sangat. Beautiful Lie ni part awal mengingatkan kepada filem Korea My Tutor Friend sebab Adriana buat part time sebagai guru tuisyen Mirza dan ada babak panjat tingkap macam dalam filem hehe.
Cerita ni macam berlapis, kisah Adriana-Mirza dan cerita silam Yasmin. Ada banyak watak dalam circle Mirza, circle Adriana, circle Yasmin..walaupun banyak watak, semuanya diceritakan dengan baik, takdela kita keliru ke atau tertukar nama orang ke.
Jujurnya, kita tak dapat rasa chemistry antara Mirza dan Adriana..tak taulah kenapa..dengan Airis memang kita rasa lebih kepada abang-adik.
ps: kita bukan tak suka nama Mirza dan Adriana tapi kita rasa dua nama ni macam nama remaja, jadi lepas 6 tahun rasa macam dua orang ni masih muda remaja je.
Buku pertama dari penulis yang saya baca. Kalau ikutkan, ini buku ke-8 oleh penulis. Tahniah buat puan penulis yang sudah berjaya menghasilkan 8 penulisan.
Adriana Imaniyah diperangkap oleh Yasmin dalam misinya untuk membalas dendam terhadap Fahrin Attar. Kenapa Adriana? Kena la baca. Spoil sangat tak bagus juga. Adriana perlu mengajar Adham Mirza untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam peperiksaannya. Seterusnya, di sini beberapa konflik tercetus yang akhirnya membawa kepada kemuncak storyline.
Hubungkait antara plot bagi saya sangat smooth tapi, masih lagi memberi puzzle kepada pembaca untuk dirungkaikan. Di hujung-hujung cerita, mak si Drew dan Mirza hilang begitu sahaja. For me, createkan satu ending buat merek is much more better.
Speed bacaan: fast speed.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Beautiful Lie bukan sekadar kisah cinta biasa, tapi sebuah karya sarat dengan misteri kematian, kisah silam yang membarah, dan ketegangan emosi yang dibina dengan sangat kemas. Mazni Aznita berjaya menggabungkan unsur aksi, konflik kekeluargaan gangster, rahsia yang kelam dan cinta gaya ejen rahsia 007 – semuanya dalam satu naskhah.
Ceritanya berpusat pada Mirza, yang terjebak dalam misteri kematian ayahnya. Kemunculan Rian dan keluarganya yang ‘macam gengster tapi bukan sebarangan gangster’ menambah rencah. Dinamika antara Mirza dan Rian sangat menarik – penuh ketegangan, kadang tegang, kadang buat kita senyum nipis. Cinta mereka bukan manis-manis klise, tapi cinta yang diuji, yang diam-diam dalam pertempuran antara kepercayaan dan kebenaran.
Watak-watak dalam keluarga Rian pula disampaikan dengan sangat menarik – mereka nampak ganas, tapi ada nilai kasih sayang yang kuat dan ‘otai’ dengan kelas tersendiri. Kisah ini mengajar kita untuk tidak cepat menghukum berdasarkan rupa atau gaya hidup, kerana setiap orang ada kisah di sebaliknya.
Rahsia siapa Yasmin, dan siapa Rian sebenarnya – bukan mudah diteka. Penulis sengaja membawa pembaca dalam lorong-lorong gelap dan berliku sebelum semua rahsia terungkai… itupun di hujung cerita! Jadi jangan harap jawapan datang cepat – bersabarlah dan nikmati setiap plot twist yang menjelma.
---
❤️🔥 Kenapa Kena Baca Buku Ni?
Kalau anda peminat cerita thriller berlapis-lapis, ini makanan anda.
Cinta yang tak klise, penuh aksi dan ‘mind games’.
Watak-watak yang ‘real’ – masing-masing ada luka dan rahsia.
Bahasa yang padat, emosi yang kena, dan plot yang tak longgar.
Membawa mesej besar: masa silam bukan untuk ditambah racunnya, tapi untuk diperbaiki.
Membaca Beautiful Lie karya Mazni Aznita membuatkan aku terhanyut dalam perjalanan dua jiwa yang saling berhubung melalui rahsia, dendam dan penyesalan. Seperti tajuknya, kisah ini memang sebuah “dusta yang indah”, membungkus cinta dan kehilangan dalam balutan emosi yang mendalam. Watak Adriana Imaniyah, heroin yang tabah, bukan sekadar wanita biasa. Dia pernah jatuh, pernah tersesat dalam permainan takdir, namun bangkit semula dengan kekuatan luar biasa. Di sisi lain, Adham Mirza, lelaki yang pernah mencintainya, kini terperangkap antara kebenaran dan bayangan silam yang menghantui.
Yang menarik tentang novel ini ialah cara Mazni Aznita mengadun unsur cinta, misteri, dan konflik peribadi tanpa kehilangan keseimbangan. Babak-babak imbas kembali ditulis dengan cermat, menjadikan kisah masa lalu terasa hidup, seolah-olah pembaca berada dalam dua dunia serentak. Aku suka bagaimana penulis membina ketegangan tanpa perlu adegan keterlaluan; cukup dengan kata-kata dan perasaan yang berlapis.
Bahasanya lembut, romantik tapi sarat makna. Setiap dialog terasa jujur, dan setiap renungan Adriana membawa pembaca menyelam jauh ke dalam luka dan pengampunan. Bila sampai ke penghujung, aku rasa seperti menutup satu bab kehidupan sendiri penuh keperitan tapi indah untuk dikenang.
Secara keseluruhan, Beautiful Lie ialah kisah tentang harga sebuah kebenaran, dan bagaimana cinta mampu bertahan walau dilahirkan dari sebuah kebohongan.
⭐ Rating: 4.8/5 💬 “Kadang-kadang, kebenaran terlalu menyakitkan hingga manusia memilih untuk hidup dalam sebuah pembohongan yang indah.”
Pertama kali membaca penulisan Mazni Aznita. Novel yang penuh konflik, dendam dan kekuatan watak wanita.
Kisah tentang Adriana, yang terpaksa berhempas pula mencari pendapatan sampingan untuk menanggung ibu dan adiknya. Penerimaan Adriana sebagai tutor peribadi Mirza atas arahan Yasmin, mengubah hidup Adriana dan terkait dengan dendam ke atas keluarga Mirza.
Kenapa saya tak berhenti baca novel ni: 1. Tertarik dengan perwatakan Yasmin, penulis seolah menguasi selok belok dunia gangster. Yang menjadikan vibe lebih intense kepada jalan cerita.
2. As i mentioned earlier, jalan cerita penuh konflik dan twist yang membuatkan saya nak tahu sampai habis.
3. Bahasa penulisan mudah difahami, malah tetap meninggalkan kesan
Syukur setelah hampir 5 tahun, aku dapat baca semula karya penulis hebat ini. Kisah ini berjaya menjentik pelbagai rasa dihati aku ni, mendebarkan dan memang mencabar tahap kesabaranku nak tahu kesudahan kisah diorang ni yang sebenarnya dan banyak putar dan belit rahsianya. Dendam tidak akan buat kita rasa bahagia dan tenang. Malah, dendam akan buat jiwa kita semakin keras dan kotor. Kemaafan adalah dendam yang terindah.
Waahhhhh.. novel penuh debar, tanda tanya dan kejutan. Walaupun ada yang dah dapat dijangka plot twistnya, tapi tetaplah menarik dibaca.
Pada awalnya saya kurang tertarik dengan plot yang kelihatan klise — watak utama wanita jadi tutor kepada watak utama lelaki lalu akan ada yang jatuh hati.
Namun cerita ni tak se-simple itu. Tak tak tak. Ia penuh konflik dan dendam. Penuh rahsia terpendam. Semakin intense di beberapa bab terakhir.
Plot tersusun kemas, susunan ayat yang mudah walaupun banyak watak terlibat. Konflik yang tidak terjangka! Watak Adriana sangat “independent” dan “strong”. Watak sampingan pula semuanya menghidupkan jalan cerita!
I absolutely loved this book <3 the characters and plot twists were incredible. It was a hell of a ride. the world building was extremely realistic. kesian airis terpaksa lepaskan rian demi mirza. dia dah jaga rian dari dulu and his love is unrequited. 🥹🤍 hmm. but most importantly this book was worth it and deserves a lot of recognition. I trulyyy hope author akan buat buku untuk airis in the future. he deserves the world (and me) I AM ON MY KNEES PLS.