Pada suatu hari.. Pasti ada pertemuan, perpisahan dan peristiwa yang berlaku di sepanjang jalan kehidupan. Lalu kita mula mempersoalkan segalanya. Kenapa begitu? Kenapa begini? Sebenarnya kita lupa..
Hidup ini bukan untuk kita mengharap memiliki semua. Hidup ini untuk kita bersyukur menerima apa adanya selepas gigih berusaha.
Kita cenderung mengeluh dengan ujian hingga kita lupa menghitung nikmat-nikmat kecil yang sentiasa ada di sekeliling kita. Kita lupa mencantumkan semua nikmat kecil itu menjadi sejambak syukur dalam jiwa.
Sesungguhnya... Setiap hari yang kita lalui adalah rahsia Allah. Pertemuan dan perpisahan ponuh dengan didikan daripada-Nya. Ia cukup misteri, namun penuh dengan hikmah yang tersembunyi kerana Allah itu Maha Mengasihani.
Melihatkan grafik kulit buku ini, sudah tentunya majoriti yang akan membeli adalah wanita. Benar, sangat sesuai untuk wanita. Lebih-lebih lagi yang bergelar ibu tunggal, yang pernah melewati detik perpisahan, penceraian dan penindasan.
Juga sangat sesuai buat wanita yang perlukan kata-kata pujukan dan dorongan untuk memperbaiki diri menjadi seorang manusia yang belajar melihat perspektif ujian dari pelbagai sudut kehidupan.
Buku ini umpama suara dari langit yang bisa memujuk kita untuk move on, worry less and start new. Bukan semua perkara perlu di mulakan dengan pertanyaan "kenapa". Selalunya "apa" lebih memberi kesan yang baik pada jiwa saat diuji bertimpa-timpa. Baru kita boleh nikmati setiap kekecewaan dan kesedihan dengan sifat syukur dan rasa kehambaan pada Tuhan.
Bingkai dedaun dan bunga berwarna pastel di kulit buku ini benar-benar menterjemah peribadi si penulis yang begitu bijak menyingkap bait-bait hikmah dalam setiap ujian serta pemerhatiannya terhadap ujian orang lain di sekitar hidupnya.
Kelebihan sebagai seorang yang bergelar guru menjadikan penulisan Reyna Ibrahim tidak lekang dengan kepadatan maklumat yang membuatkan pembaca akan merasa rugi jika tertinggal sepatah kata sepanjang membaca naskhah ini.
Satu lagi, saya mahu puji pereka grafik buku ini. Selalunya kita hanya nampak rekaan grafik yang gah-gah di kulit buku sahaja kan? Tidak untuk buku ini. Setiap helai darinya berwarna. Dan pasti ada karakter kartun seorang wanita tanpa muka yang bereaksi dengan pelbagai karakter untuk menyampaikan ringkasan tema bagi setiap tajuk yang dibicarakan.
Argh, sukanya! Jemputlah mencari dan membeli naskhah yang amat indah ini dan kongsikan dapatan dari kalian pula 🙂
"Begitulah kita di dunia. Saling menyulam semangat. Daripada yang bahagia buat yang derita. Saling memberi dan saling menerima" - Reyna Ibrahim
Ini buku yang aman. Tak ramai yang mengambil ibrah disebalik cerita seseorang. Lain orang lain cerita. Pernah tak kita rasa puas selepas kita melalui sesi konversasi dengan seseorang? Beginilah rasanya apabila membaca buku ini.
Semua perkataan sangat indah, memujuk dan benar. Dan apa lagi yang saya suka, perasaan kita tidak terhenti dari terus berharap dan tersenyum di akhir bab. Bahawa dunia, walau ada sisi gelap, yang terang pasti menang. 😊. Kudos kepada penulis atas buku yang indah ini.
Himpunan cerita yang membuatkan kita bermuhasabah diri dan mengambil ibrah dari tiap apa yang berlaku. Cuma adakalanya kita yang tidak mengerti mengapa sesuatu itu terjadi. Penulisan santai dan bahasanya yang mudah menceritakan kisah kehidupan biasa kita dengar atau hadapi namun rupanya terselindung hikmah disebaliknya andai kita berfikir.
Setiap helaian kertasnya berwarna dan boleh dikatakan buku ini memang cantik rekaannya. Diakhir cerita akan ada pesanan dari penulis.
Seperti kata penulis, "Dunia ini penuh misteri. Pasang surutnya datang dan pergi."
Pada mulanya saya anggap buku ini seperti buku motivasi lain. Pasti sekejap sahaja saya mampu habiskan. Rupanya buku ini istimewa. Layout yang cantik. Gaya bahasa yang membuai perasaan. Cerita yang menjentik jiwa.
Nasihat disampaikan melalui cerita benar, pengalaman penulis sendiri. Bukan hanya hipotesis. Juga dimasukkan pengajaran berguna dari buku-buku yang penulis baca.
Banyak cerita yang buat saya sentap, yang buat saya berkata kepada diri sendiri "aku pun macam ni." Ada cerita buat saya menangis seperti cerita seorang pelacur yang mahukan anak menjadi hafiz dan cita-cita beliau tercapai.
Buku yang penuh dengan emosi, sarat dengan pengajaran yang disampaikan tanpa nada leteran mahupun nada "holier than thou," kesilapan ejaan yang minima (saya hanya perasan satu).
Saya kira target buku ini adalah golongan ibu dan wanita yang sedang atau pernah berumah tangga. Saya harus jujur mengakui bahawa kebanyakan kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini tidak dapat saya kaitkan dengan kehidupan peribadi saya sebagai pembaca remaja. Namun, saya suka dengan cara penulisan penulis yang lembut. Betapa besar dan beratnya dugaan yang menimpa mereka tetapi begitu mengagumkan melihat bagaimana orang-orang tersebut memandang setiap ujian dengan melihat hikmah dan mengambil ibrah dari setiap dugaan. Bab fav saya - Small Stuff (saya dapat relate sebab saya ada anger issue) dan Masa Bersamamu, Anakku (seolah-olah suara saya didengari dari sudut pandang seorang anak).
Bukan sekadar kisah dongeng yang bermula dengan “Pada Suatu Hari”. Tapi, kisah yang sangat menginspirasikan. Hanya bermula dengan pertemuan dengan orang di luar sana pada suatu hari.
Setiap cerita di dalam buku ini memberi impak kepada saya untuk tidak bersikap judgemental kepada orang lain. Tapi, penulis menyedarkan kita semua bahawa setiap pertemuan yang Allah aturkan untuk kita terselit beribu hikmah.
Setiap orang punya cabaran dan ujian sendiri. Siapa kita untuk menghakimi mereka? Duduk dan dengar cerita mereka. Hatta daripada seorang pelacur pun kita akan peroleh pengajaran dan ibrah. Tak mampu menolong? Cukuplah doakan yang terbaik untuk mereka. Bukan meninggalkan mereka terkapai-kapai.
Hidayah Allah ini kita tak sangka kan? Ada seorang berbangsa cina. Akhirnya memeluk Islam. Ada seorang pelacur. Punya cita-cita untuk anaknya menjadi Islam. Semuanya kerana hidayah dan rahmah Allah.
Kadang-kadang kita mudah mengeluh, kenapa kita dipertemukan dengan orang yang sombong? Padahal Allah jngin didik kita agar tidak sombong. Percayalah. Setiap aturan Allah tersimpan beribu hikmah.
Terima kasih kepada penulis atas buku yang indah ini. Tidak sangka kisah yang disangka kecil sahaja tapi memberi impak yang besar kepada kami, para pembaca.
Moga hari-hari yang kita sedang dan bakal jalani ini mampu menghimpunkan beribu hikmah. Hidup ini cukup misteri. Cukuplah hidup kerana Allah.
Luar biasa. Ini yang saya rasakan semasa membaca karya ini. Buku ini bukan buku motivasi yang biasa kita baca. Buku ini penuh kisah yang memberi pengajaran.
Melalui gaya penceritaan penulis, saya dapat merasakan keikhlasan penulis dalam menceritakan kisah-kisah ini untuk memberi inspirasi kepada para pembaca.
Setiap hari, kita bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Ragam itulah menimbulkan pelbagai rasa dalam sanubari kita. Seronok, teruja, marah, sedih, terkilan kita rasai. Terkadang kita menilai orang lain dari luaran, tanpa menyelidiki punca dia bersikap sedemikian.
Sungguh, banyak pengajaran yang saya peroleh dengan membaca buku ini. Semoga kita berjaya menempuh hari mendatang dengan sudut pandang yang lebih positif.
Buku yang sangat cantik...cerita cerita yang penuh inspirasi diindahkan dengan grafik berwarna tenang di dalam setiap helaian sangat menjamu mata. Penulis mengajak kita mencari kekuatan dan inspirasi daripada orang2 di sekeliling kita. Banyak kisah yang perlu kita renungi untuk muhasabah diri.
Dah lama dah baca buku ni sebenaqnya dalam 2 tahun lepas Tapi biasalah sikap procrastination saya ni hahaha anyways buku ni best sangat2 💗💘💗💘 rasa dekat dgn hati
One of the very first book that got me into reading 📖💫💫💫