Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Shadow Series #1

Code Name Cobra

Rate this book
2019, RED OPERATION
Objektif: Jatuhkan ketua paling tinggi dalam jaringan kumpulan kongsi gelap The Sun Society
Misi: Menyeludup masuk ke dalam kumpulan Red Sun
Sasaran: Athena Li

"Athena? As in... the Greek goddess?"
"Lebih tepat lagi, the goddess of war."

Bagi Kai, dia tidak peduli. Sama ada wanita itu ialah dewi peperangan atau pun tidak. Yang pasti dia ialah Cobra. Salah seorang hacker terbaik di Malaysia, merangkap salah seorang ejen terbaik dalam organisasi rahsia, The Shadow. Dia akan menyeludup masuk macam ular, dan akan keluar macam ular. Tiada siapa yang tahu, kecuali bila mereka mati terkena bisanya.

Namun...

Berdepan dengan seorang Athena Li, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu benar-benar cocok dengan namanya. Dingin, keras, bijak, manipulatif dan... kejam.

"Huh, berlagak malaikat!"
"Malaikat? Tak. Kenapa aku nak jadi malaikat, kalau aku booleh jadi syaitan?"

Tidak cukup dengan itu, Athena membuat sesuatu. Tidak terjangkau dek akalnya. Tidak terduga oleh The Shadow. Misi mereka dalam bahaya. Lebih-lebih lagi, bila Athena menjatuhkan bom paling besar.

"Nice to meet you, I am..."

Sekarang, apa yang akan berlaku? Bila Kai bukan setakat perlu menjayakan misinya, tetapi juga perlu berdepan dengan Athena. Lagi haru, bila dia mula menyedari... bahawa sesungguhnya, dia sudah jatuh cinta pada wanita berbahaya itu.

705 pages, Paperback

First published January 1, 2019

30 people are currently reading
446 people want to read

About the author

Sara Aisha

18 books466 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
153 (60%)
4 stars
90 (35%)
3 stars
9 (3%)
2 stars
3 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 60 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
February 28, 2020
1- Best! Tp serius aku ckp, aku tak puas hati ending gitu jer. Rasa mcm cpt sangat jumpa perkataan tamat tu. Kalau boleh nk lah jgk dipanjangkan lg sampai scene Kai & Athena kahwin ke...🙁

2- Mula2 baca memang aku rasa Kai sengal giler, hahaha. Sengih dan gelak2 jgklah aku sbb Kai tu. Tp bila identiti sebenar dia Athena dah tahu, sengal dia dah krg. Watak dia dah jd makin serius.

3- Dlm ramai2 heroin SA, Athena ni lah paling badass. Watak dia sangatlah... bahaya. Tapiiii, sampailah tgh2 cerita...

"Nice to meet you. I am..."

Haaa sampailah kat dialog tu, gilaaa aku terkejut. Hahaha, memang kejutan sangat.

4- By the way, aku tak rasa sedih sangat mana2 scene Kai-Athena, even masa Athena luahkan segalanya pd Kai tentang apa yg dah terjd pd keluarga dia. Tapiiii... Scene Athena pergi 'jumpa' Shen dkt last2 tu jugaklah aku rasa sedih sangat2.😢

5- Shen. Walaupun watak dia watak orang yg dah tiada, tp... nama dia disebut2. Sampaikan aku rasa Shen tu 'ada' , sbb Athena sendiri pun tak lepaskan Shen. Dan pengakhiran watak Shen tu sendiri pun sangat menyedihkan sebenarnya.

6- Lai Kuan. Aku suka betul scene dia sama2 sanggup berlawan utk Athena dan Kai tu. Masa ni watak dia sangat setia pd Athena. Tp bila kebenaran dah terbongkar... sebenarnya kesetiaan dia hanya utk Shen dai-lo. Apa2 yg dia buat, semuanya demi Shen. Sampaikan bila dia tahu Athena & Kai ada 'hubungan' pun, dia bangkang sbb Shen. Bg dia, Athena hanya utk Shen.

7- Charlie. Hahahahha aku dah agak dah dari awal. Watak dia ni ibarat 'air yg tenang jgn disangka tiada buaya', haaa gitulah. Agak dah, at last mesti watak dia ni tunjuk taring sebenar. Hahaha, tak guna punya Charlie.

8- Apa2 pun, memang takde satu scene pun yg bosan. Walaupun aku agak sibuk, try jgk habiskan buku ni secepat mungkin. Taklah cpt sangat, amik masa 7 hari jgk. Tapi perasaan bila dah habis baca tu memang... fuhh.

9- Idea cerita utk CNC ni sangat menarik. Tp kan, jujurnya aku lebih suka dgn babak2 pertarungan ahli kongsi gelap, babak Athena-Kai sama2 berlawan dgn penyerang lain. Babak tu lebih ada 'feel'. Tak suka scene bila Kai sendiri terpaksa menentang Athena...😣

10- Satu persoalan ; adakah siri The Shadow yg seterusnya heronya ialah Wolf? Kalau betul, oh my.. 😶😍



P/s ; Salju Kyoto tetap no. 1 di hati😌💞💕
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews44 followers
April 19, 2020
4.5 star.

Kekurangan setengah bintang disebabkan oleh, bab di awalan novel. A little bit tough for me to continue my reading. Not too long. Only in 2 or 3 chapter. Im sorry kak sara.

Seperti yang aku nyatakan. Awalan bab agak berat untuk aku. Hampir menutup buku, tapi sebab aku dah tau cara penulisan kak sara, jdi aku teruskan jugak pembacaan. N yes. Tekaan aku tak silap. Lepas 2 3 bab aku dah boleh dapat balik mood aku untuk terus membaca.

Kai aka cobra. Hacker yang paling hebat dj Malaysia. Dan disebabkan status dia, Red Sun tertarik untuk mengambil dia sebagai salah seorang ahli kongsi gelap mereka demi menjayakan misi mereka. Dia dibawah kuasa Athena Li.

Athena Li, sponsor yang membawa Cobra untuk menjadi ahli Red Sun. Perwatakan Athena sangat2 ganas. Dia digelar Goddes of War. Namun disebalik wataknya yang ganas, dia pernah melalui beberapa episod hidup yang menjadikan dia, siapa dia hari ini. Satu-satunya wanita yang memegang jawatan tertinggi dalam carta organisasi Red Sun.

The Shadow, organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan beberapa permasalahan yang terjadi. Dan ya, Cobra merupakan salah seorang ahlinya. Diapit dua rakan hebat iaitu Shark dan Wolf. Masing2 mempunyai tugas tersendiri. Tapi dalam CNC ni, tugas diserahkan kpd Cobra. Dah nama pon code nme cobra kan😂


So dalam novel ini, misi utama The Shadow adalah mencari siapa ketua di sebalik The Sun Society. Iaitu ketua kepada Red sun. Mereka ingin mencari dalangnya di samping menyelesaikan beberapa masalah yang wujud dengan cara Cobra menyelinap msuk ke dalam Red sun.

Namun ape akan jadi pada Athena Li? Sedangkan Cobra sudah mula jatuh hati pada ketuanya itu. Permusuhan kah yang akan menjadi keutamaan kepada Cobra kerana dia seorang The Shadow dan bukanlah ahli Red Sun iaitu anak buah Athena? So u will get the answer in CNC. Bte cant wait to read next series . Harapnya cepatla kak sara terbitkan😂
Profile Image for Glow.
80 reviews
May 14, 2023
3.9 star

Sebuah novel action yg penuh kajian dan fakta. Baca novel ni dah serupa layan filem aksi Hong Kong luar negara dah. But setting cerita ni still in Malaysia hehe 🤭

Agak slow pace untuk romance dan plot awal novel ni, but it's ok. Still menarik untuk dibaca sehingga ke penghujungnya. Banyak juga pengajaran dan info yg telah disuntik dalam karya ini. Part action je bagi aku rasa meh sikit. Tak tahulah tapi tak berapa ngam dengan jiwa ku. Yang lain semua dah okey.
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
December 9, 2023
It took me berbulan untuk habiskan CNC yer. I serious takde masa nak baca sekarang. But when i have time and mood membaca tu datang memang aku binge reading sampai habis.

About CNC! Ini karya pertama SA yang takde unsur romance sangat. Aku Lelakimu pun sama jugak tapi CNC its more to agent and its mission. Dan buat pertama kalinya (aku rasa) watak utama dia bukan dari POV perempuan, tapi lelaki, Kai atau Cobra.

I love the adventure in the book. I love how silly Kai is sepanjang dia beraksi dalam ni. Even berdepan dengan target dia, Athena Li, pun dia tak gerun. Masih mengekalkan professional serious mode dan sengal dia tu. I love when SA also introduced agent yang lain, i finally got to meet Shark, Wolf, Lucy, and even Puan Maria. And i’m super excited to know more about them in other books.

Athena Li sangat badass. Aku suka bila watak dia tak lembik, susah untuk jumpa watak perempuan yang lemah dalam buku SA so untuk ini aku suka gila. Sampailah that one biggest secret revealed tentang the real Athena Li….dengan aku aku sekali ternganga sebab tak expect. Huwaa. I cried when she revealed her past, i also loved it when Kai also cried and feels sympathy towards her. That event was horrible, seriously.

Anyway, Athena also sangat berani. Aku suka bila dia sangat kedepan dan says whatever she wants bila dengan Cobra. It makes the situation funnier bila Cobra sekali tak sangka dengan tindakan Athena.

Bak kata Cobra,
Aneh. Wanita memang aneh. Bagaimana mungkin mereka boleh menangis dan meraung-raung pada satu saat, tetapi sesaat kemudian, boleh bangkit dengan tenang dan senyum?


Benarlah kata orang. Wanita ialah makhluk penuh takjub


And couldn’t feel any prouder.

Pertemuan Cobra dengan Athena Li takde bezanya. I love when he accepts her just the way she are, tak memandang sangat tentang kisah dia yang lepas walaupun Athena tak berfikiran sama macam Cobra. The key to their relationship is acceptance. And that’s beautiful. Aku sebenarnya curious dengan jalan cerita Kai ni, i hope ada lah explain jalan cerita dia yang lepas dalam buku lepasni. Kalau takde, takpelah. Kita okay je.

❝Promise me, you will come back. ❞

❝I promise. ❞


Until then, lets wait for them to make a cameo dalam buku seterusnya, kalau ada. Hehehe.

Overall, keseluruhan buku best! Aku jelah yang tak baca direct terus dalam waktu yang singkat so kekadang aku lupa certain event dalam buku tu. So, cannot give 5 stars solid 😭 But the whole plot is amazing, i give you my word yes!! Please give this book a try especially to those yang minat dengan action dan movie-like genre. This one is for you!!
Profile Image for Siqahiqa.
584 reviews109 followers
July 8, 2021
Kai atau Cobra adalah salah seorang hacker di Malaysia yang merupakan salah seorang ejen terbaik The Shadow. Satu organisasi rahsia untuk menarik golongan VVIP yang melanggar undang-undang dan menghukum mereka. Kai menyeludup masuk ke dalam Red Sun, salah satu kumpulan kongsi gelap di bawah naungan The Sun Society.

Athena Li, cho hai of the Red Sun yang menjadi sasaran utama Kai. Wanita ini cantik dan lembut dari luaran tetapi sangat dingin, keras, bijak dan berbahaya. Dia menyimpan seribu satu rasa dan memiliki hanya satu tujuan dalam penglibatannya ke dalam Red Sun. 

Sebuah naskhah yang ingin membuktikan bahawa undang-undang boleh dilaksanakan. Undang-undang ialah sesuatu yang memberi kita harapan kerana kita berfikir bahawa kita pasti selamat bila semua pesalah mendapat balasan setimpal dengan perbuatannya. Namun begitu, jika undang-undang hanya boleh dipijak-pijak oleh golongan tertentu, bagaimana mangsa mahu menuntut keadilan?

Memperjuangkan undang-undang dan keadilan adalah perkara utama dalam naskhah ini. Dendam dan cinta datang kemudian. Awalan cerita lagi penulis sudah menghidangkan kita dengan adegan aksi yang membawa kepada pengenalan kepada dua watak utama, Kai dan Athena Li. 

Seterusnya, plot cerita dan perkembangan watak berlaku seiring dan membuatkan proses pembacaan menjadi pengalaman yang sangat mengujakan. Penuh perasaan ingin tahu mengenai perkara yang tersembunyi dan tindakan yang bakal ambil terutama oleh Kai dan Athena. Konflik hadir bersama setiap kisah yang didedahkan, dan plot klimaks di Chong Mansion memang terbaik! 

Aku suka sungguh dengan pengakhiran novel ini. Selepas cerita penuh aksi, akhirnya ada sinar harapan dan sweet moment dalam hubungan Kai dan Athena yang membuatkan aku turut tersenyum bersama Kai. Hihi. 

Sejak membaca Salju Kyoto, aku sungguh menyukai karya aksi-thriller daripada Sara Aisha. Gaya penyampaian dan olahan penulis tidak pernah mengecewakan. Dalam erti kata lain, sungguh menepati citarasa. Penulis mempunyai kekuatan sendiri daripada sudut penulisan ini. 

CNC adalah buku pertama dalam siri The Shadow. Akan aku baca buku seterusnya dalam masa terdekat :) 

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
December 29, 2022
My own rate for this book : 5/5

Apa yang aku boleh cakap : Besttt. Buku genre dan author favourite aku, so mungkin bias sikit kat sini 🤭

Buku ni buat aku terhibur ya, disebabkan karakter Cobra yang sangatlah playful. Cobra yg kelakar, tp at the same time, bila dia kena serious terus jadi cool 😎 Aku suka la sbb karakter dia lain sikit, biasanya ML sikit2 cold/sombong camtu. Selain ML, FL punya karakter pun tak kalah ya, FL vibe2 girl crush camtu, jdnya lain la jgk drpd watak FL yang asyik2 lemah, naif, 'damsel in distress' vibe 😅 Storyline and a lit bit twist near the end tu 👍

Next, nanti kita sambung pulak shadow series yang kedua : Code Name Shark 🥰 #emptycanvashida
Profile Image for SA.
294 reviews31 followers
February 4, 2023
I applaud Sara Aisha for this wonderful piece. The way the action scenes were described really painted a mini drama in my head - as if I could see the actions happening real time, enhancing my imagination as I read.

But let me tell you something...

I LOATHE this book. With all my heart.

Because how dare a local novel turn me into a bawling mess??!! Why didn't anyone warn me that the last few chapters would require a whole stack of tissues to make it through?? A little heads up would be much appreciated, y'all.

It all started with Cobra and Athena's confrontation - How he begged her not to push through with her plan that would surely jeopardize her safety. But being the icy, rigid woman that she was, he knew he was playing a losing game.



Ugh, I was a goner when I reached this part. I thought it would be all, but who was I kidding? Me just likes to be in denial, HAHA. The moment Athena's past came to the story and the pain that she had to keep in her and suffered alone for such a long time... it really broke me. I could feel it. DEEP.



I'd rather not share the amount of used tissues that were scattered around me the entire time I was trying to finish my reading journey. I'd never sobbed hard over a Malay novel before, so this would be my first.

I'm sure I'll wake up with a massive headache from the crying, but I'll just have to deal with it. If a book makes me cry, then it's definitely a good one.

STRAIGHT UP 5 STARS! ⭐⭐⭐⭐⭐
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
March 9, 2021

"Walau setia macam mana pun dia, dia tetap sayangkan nyawa dia sendiri."

Code Name Cobra aku pilih sebagai bacaan pertama aku untuk bulan Mac. Ternyata pilihan aku sangat tepat dan berbaloi-baloi bukan sahaja kerana dapat memenuhi #cabaranbukutebal tetapi aku sendiri berasa sangat puas apabila dapat menyelesuri RED OPERATION. Kalau ikutkan sampai sekarang aku tak boleh move on. Dan jangan tak tahu, ini novel pertama yang aku baca dari Sara Aisha. Maka, bergembiralah kalian yang pernah mencadangkan novel-novel Sara Aisha sebelum ni dan haruslah aku berterima kasih kepada Qil entah yang keberapa kalinya kerana menghadiahkan novel ini.

Permulaan bab yang mampu membuatkan aku terhibur sekaligus menarik perhatian dan minat aku untuk terus membaca tanpa sedikit ada rasa jemu pun. Olahan yang pada aku sangat kemas dan bernyawa dari penulis kerana berjaya membawa aku untuk mengikuti kisah Cobra yang cuba menjatuhkan ketua paling tingi dalam The Sun Society, dengan menyasarkan Athena Li.

"Roulan. Like an orchid... You wanted to keep Roulan in you. Sama macam orked yang menjadi simbol kasih sayang, kekuatan dan kecantikan."

Antara dialog yang memberi kesan pada aku dan menterjemahkan siapa Athena Li. Deep & powerful. Bab 40 adalah bab kegemaran aku. Perkembangan karakter Athena Li memang antara yang aku sangat kagumi. Berulang kali aku memainkan instrumental Final Frontier untuk stay dengan mood karakter Athena Li.

Secara peribadi, pada aku Code Name Cobra ni memang sebuah naskhah yang powerful. Plot dikembangkan dengan tersusun dan kemas. Babak-babak yang mentengahkan aksi dijelaskan dengan gambaran yang baik. Elemen flashback yang digunakan sebaiknya. Jadi, pembaca yang tak familiar dengan genre ini boleh cuba baca sebab aku faham kebanyakan pembaca risau kalau terpaksa perah kepada untuk membayangkan aksi dan membantutkan konsentrasi bacaan. Sekaligus mengubah persepsi aku terhadap genre action-thriller.Highly Recommended!

Aku tengah pertimbangkan The Shadow Series ini. Cuba komen tiga perkataan yang 'kuat' supaya aku tak perlu fikir dah, memang aku grab je lepas ni. Haha.

Tahniah Sara Aisha atas naskhah ini! Semoga terus menghasilkan karya yang lebih mencabar dan berkualiti. Btw, Salam kenal dari pembaca baru aka alumni UM dan KK8 Hahaha.
Profile Image for Jannahniknur.
18 reviews6 followers
March 9, 2020
Satu sahaja perkataan. Wow! Membaca karya penulis kali ini ibarat sedang menonton sebuah filem aksi. Babak2 pertarungan diceritakan dengan sangat details. Dari jalan penceritaan sahaja, boleh agak yg penulis betul2 melakukan kajian dan pembacaan yg banyak sebelum menghasilkan karya ini.

Kisah tentang Cobra, spy yg menyelip masuk ke dalam Red Sun, kumpulan kongsi gelap yg diketuai seorang wanita kebal, Athena. Awal2 jumpa lagi dah ada aksi pertarungan 😅

Dari awal pembacaan, pembaca memang tak boleh mengagak bagaimana cerita ini akan berakhir, seperti novel2 melayu yg lain. Dan plot twist di pertengahan cerita memang tak dijangka langsung!

Cuma tak puas hati part ending. Rasanya mungkin akan ada sambungan kot untuk the shadow series ni. Apapun thumbs up kepada penulis yg mampu menghasilkan karya sehebat ini 👍

P/s: Kenapa 4 stars shj? Sebab tak mampu lawan Salju Kyoto. Masih tak boleh move on dgn AK & Nailah (ok i'm bias hehe)
Profile Image for Fiqa Najwa.
63 reviews
July 31, 2022
Warning: utk org yg dah baca salju kyoto saya mohon jangan lah anda bawak 'suasana' salju kyoto dalam the shadow series 🤣 nnti kuciwaaa

Salju kyoto : 50% action, 50% romance
The shadow series : 75-80% action/thrill, 15-20% romance

CNC, berkisarkan seorang lelaki bernama Kai atau menyandang gelaran Cobra dalam kehidupan seharian, seorang ejen yg ditugaskan utk melaksanakan misi nya dgn jaya. Seorang hacker yg terpaling gempak lah dalam dunia. Paling bongsu antara 3 org the shadows tu so u know la perangai gila dia tu

Anthena Li, seorang cho kai (?) (Aku dh x ingat senanya hahaha) dalam kumpulan kongsi gelap yg digelar Red Sun. The only woman cho kai in The Sun Society. Seorang yg terlalu banyak lalui pahit nya kehidupan gitcheww and a grumpy girl yaaaa.

Bila kak sara bagi hint dalam setiap perjalanan cerita tu, kita pon dah boleh expect la apa kena hint tu dgn mission so takde la terkejut sngt tapi WEH?!?! Tak tau la nk kata plot twist ke tak sbb dia takde la twist yg sampai otak jatuh cuma kau takkan expect dia adalah tu sbb mmg langsung takde hintttttt yg dia adalah tu. Haaaaa kalau korang nak tau dia tu siapa tu tu apa kena la baca buku ni. Buku ni mmg recommend sngt dkt org yg nak baca buku action tapi taknak banyak sngt romance haaaaaa korg better baca CNC niiii. Seperti biasa kak sara mmg bijak buat plot plot cerita (psst psst buku ni separuh diinspirasikan drpd kisah benar tau), CNC ni mmg nampak kemas sangat storyline dia, flashback pada waktu yg tepat and tak berterabur. Kuddosssss saya bagi 4.5/5 🌟

Lastlyyy plsss i'm simp for Wolf than Cobra hshshs
Profile Image for Izzati Aisyah.
261 reviews41 followers
September 3, 2020
Finally, dapat jugak baca CNC. Masa mula2 keluar tahun lepas tak beli lagi, tapi bila dah Cik SA nak print untuk kali kedua rasanya tak patut dilepaskan lagi. So, beli sekali dengan CNS. Dan dua perkataan yang saya boleh cakap bila dah habis baca CNC adalah 'puas hati!'

Rasanya semua novel thriller SA aku suka baca memandangkan dialah penulis pertama yang aku follow penulisan thriller dia. Bagi aku jalan cerita yang digarap dalam setiap novelnya sangat 'hidup'

Jadi sangat tak rugi follow setiap penulisan Sara Aisha. For me, Cobra dan Athena Li adalah pasangan yang sesuai. Dan aku sangat terhibur dengan watak Cobra yang sengal ni. Ada je perangai dia yang 'annoying' yang bagi orang gelak bukan menyampah bila baca.

Scene aksi dalam ni semua aku suka. Sangat real, kita boleh bayang depan mata. Jangan tak sangka, CNC pun boleh buat aku menangis. Bermula daripada misi kumpulan The Shadow dan Athena Li nak menghadap Cho Kun. Part yang akhir2 dalam CNC ni boleh buat air mata menitis tak hentilah jawabnya.

Setiap perjalanan cerita dari awal sampai akhir dalam CNC ni juga buat aku berdebar-debar. Tak boleh nak jangka. Dan itu adalah satu perasaan yang membuatkan aku suka untuk tahu apa akan jadi seterusnya. Tak membosankan. Tak rugi baca dan beli.

Ps: Dalam CNC ni ada ahli The Shadow yang lain iaitu Shark dan Wolf. Diorang ni satu angkatan dengan Cobra. Dah macam adik-beradik. Bila aku duk baca scene2 mereka tu, aku tertarik betul dengan Wolf. Aura dia tu macam memanggil-manggil untuk kenal lebih rapat. 😝 Harap2 Kak Sara cepat2 tulis CNW plak ya. Tak sabar plak nak berkenalan. Hehehe. Padahal belum lagi berkenalan dengan Shark 😁 kemainnnn.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
July 8, 2020
Best giler. Ohsem sgt!! Membaca novel ni buat aku rasa mcm menonton sebuah filem aksi Hong Kong. Setiap babak pertarungan sgt hidup & diterjemahkan dgn terperinci oleh penulis. Takde satu scene pun yg membosankan. Semuanya secukup rasa aksi, romance, komedi sampai ke ke part yg menyentuh hati. Mcm tak puas plak bila dah sampai pd perkataan TAMAT.

Mengisahkan mengenai Kai a.k.a Cobra, seorg hacker terbaik di M'sia dlm agensi rahsia The Shadow. Terdpt 3 agen utama dlm The Shadow iaitu Cobra, Wolf & Shark. Misi utamanya adalah Red Operation. Dan tugas utama dlm operasi ini diserahkan kpd Cobra, sesuai dgn tajuknya Code Name Cobra. Cobra mesti masuk ke dlm Red Sun, salah satu anggota kongsi gelap The Sun Society. Target utama adalah Athena Li.

Berbalik kpd Red Sun, mrk tertarik utk merekrut Cobra krn kehandalannya sbg seorg hacker tanpa mengetahui identiti sbnrnya. Cobra di bawah sponsor Athena yg digelar goddess of war. Bukan mudah hendak berhadapan dgn Athena, cantik tp sgt merbahaya.

Permulaan sgt mengiburkan bila Cik SA create watak Cobra sbg seorg yg masuk air. Tp dari sisi lain dia sgt serious dgn tugasnya. Berhadapan dgn Athena yg dingin & ganas bukan mudah. Athena jd begitu krn kisah sendiri yg di alami. Waktu Athena menceritakan kpd Cobra, dpt rasa kesedihan yg dia lalui. Bukan mudah nak menjadi wanita setabah & hati kering spt Athena. Luaran yg ditonjolkan tdk sama dlm hatinya yg kesedihan.

Apa pengakhiran antara Cobra & Athena? Mampukah Cobra si Mr.Romeo mencairkan hati seorg Athena? Dptkah mrk bersama? Bukan mudah nak mencapai semua tu. Seorg agen rahsia yg jatuh hati pd targetnya. TQ penulis sbb dah create sebuah kisah yg mendebarkan. Buatkan aku tak sabar menantikan Code Name Shark walaupun hati ini lg tertunggu2 Code Name Wolf. Hehe dah jatuh hati pd Wolf yg dingin. Pd aku, peminat novel action thriller wajib baca novel ni. Rugi kalau tak baca.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
December 8, 2020
Kai @ Cobra masuk dalam kumpulan kongsi gelap The Red Sun untuk dapatkan maklumat. Dia bethadapan dengan ketua The Red Sun, Athena Li. Athena seorang yang dingin, keras, bijak dan kejam. Bolehkah Cobra dapatkan maklumat yang dia perlukan? Bolehkah dia dapatkan kepercayaan Athena? Apa yang telah terjadi kepada Athena sehingga dia jadi begitu keras dan kejam? Best sangat2
Profile Image for Izz.
419 reviews8 followers
January 27, 2020
Cerita best, tapi watak Kai dan Athena tak sampai ke hati saya. AK dan Nailah still in my heart. Haha.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
July 30, 2022
4.5/5 ⭐

Untuk sesiapa yang mencari romance, this book is not for you, hanya 20% je romance, yang lain action thriller. the plot itself already interesting, what makes it even more interesting? the characters. Cobra dan Athena, dua dua sangatlah attractive. you dont have to see their face pun, tahu how attractive they are by their actions.

Plotnya agak slow pace for me, but lepas sesuatu tu terbongkar, serious laju je baca 🤩 sangat menarik. both of their back stories a bit similar, tapi nothing lower down my excitement. tak puas baca love story Cobra and Athena, also the ending!!! aaah!!!

Kai a.k.a Cobra. he's the hacker untuk The Shadow, dan juga paling muda antara mereka. kalau bongsu tu, tahu la perangai nya macam mana kan. ada masa nampak tak matang, mengada-ngada dan tak serious, tapi bila dia tunjuk sisi dia yang dominan, yang serious, you'd question if he's the same Cobra you know. Kai ni, weh dia sangat gentleman ya 😭

"it's my turn for good bye, right?"

how dare you Kai, how dare you makes me ugly cry at 3am!

Athena. si grumpy yang mudah terhibur dengan si sunshine, Cobra. jarang betul baca buku yang si grumpynya perempuan dan... ya, masih sangat hot. Athena seorang sangat keras kepala dan degil, tapi sangatlah dominan (girl power!!) Athena literally stole the light! cerita ni pasal Cobra tapi saya lebih tertarik dengan Athena 🤭

the sexual tension between them is just 🤝🏼🏃🏻‍♀️ sorang jual mahal, sorang mengejar tak henti👀 there's a lot of scene where i goes "what is this behaviour Cobra? what is this behaviour Athena?" bahaya ya dua ekor ni bila bersama 😭 the slow burn too 🥵

also, im sorry Cobra. im simping hard on Wolf more than you 💀 he's just my type and... older HAHAHAHA
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
January 21, 2020
Love love loveeeeeeeeee!!!

Tak ada satu pun scene yang membosankan, all the plots are well written, character development 💯. Penuh action, romance, comedy ahhhhh best gila 😭😍

Kai and Athena are 🔥.

Congratulations Kak Sara Aisha!!!! You have produced another masterpiece. Now, I cant wait for The Shadow Series:2 ❤️
12 reviews1 follower
June 12, 2021
I dont know, tak kena sangat dengan jiwa. Saya suka action tapi novel ni tak mendapat tempat di hati. Rasa macam babak2 cinta ada di merata-rata dan kadang-kadang tak sesuai dengan scene. Sepatutnya penulis fokuskan satu-satu, misi mereka dan juga kisah cinta mereka. Saya rasa sangat terabur dan meleret leret. Pada pendapat saya macam tak de keperluan pun untuk novel ni sehingga 700 muka surat.
Profile Image for lily.
6 reviews
July 4, 2025
𝑪𝒐𝒅𝒆 𝑵𝒂𝒎𝒆 𝑪𝒐𝒃𝒓𝒂 𝒃𝒚 𝑺𝒂𝒓𝒂 𝑨𝒊𝒔𝒉𝒂🔥

"𝘛𝘩𝘦𝘯, 𝘬𝘪𝘭𝘭 𝘮𝘦. 𝘐𝘵𝘶 𝘴𝘢𝘵𝘶-𝘴𝘢𝘵𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘩𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘶."❤️‍🔥

first of all, look at the cover! cantik sangat masya allah so pretty. the sprayed edges and the details nailed it too💋

back to the main topic, this book is about kai aka cobra, one of the best hackers in malaysia yang menggunakan kepakarannya untuk mencuri duit dari kumpulan red sun demi menjayakan red operation🧨 tapi itu hanyalah samaran untuk dia menyelinap sebagai one of the members in the group melalui cho hai red sun iaitu athena li🤝🏻

what is red operation? basically, this mission’s vision is to bring down cho kun, the supreme leader of the sun group called the sun society, and bring him to justice⚖️ tapi bila the shadows hampir berjaya menyelesaikan misi mereka, datang kejutan tidak disangka yang membawa dendam kesumat serta cinta yang tak mungkin disatukan🫵🏻

i literally finished this thick book in just one and a half day because it was so good. kak sara just dropped the bomb everywhere💣 buatkan lily rasa bersalah tau nak letak buku ni sebab tak sabar nak tahu ending dia🤌🏻

now, lets talk about the characters. dalam ni kita dapat kenal dengan ejen the shadows which is cobra, wolf, shark, lucy and puan ana. setiap karakter ada watak yang berbeza dan melengkapi each one of them yang buatkan cerita ni rasa hidup and tak mendatar✨

first of all kai. paling muda antara ejen lelaki which make he yang paling mengada antara mereka bertiga. dia memang nampak paling kebudakan, paling poyo and berlagak🙂‍↔️ kalau dengan athena, mulalah jadi orang paling manja sekali hshshs sampai tak nampak macam dia ni ejen the shadows ye. however, through out the story lily boleh nampak how kai berkembang bergantung kepada situasi yang dia hadapi. especially macam mana perwatakan dia berubah bila dia terima luka yang dia tak sangka. dahlah sedih kisah cinta dia, right people wrong time💔

athena li, i love this girl so much because we stan for strong female characters👠 sebagai satu-satunya women boss in the sun group, dia memang layak. perwatakan yang keras, knows her worth, tak mudah terpengaruh dengan lelaki, pandai berlawan, apa je yang dia tak boleh buat? semua boleh🫦

but towards the end, bila satu-satu kebenaran mula terungkai, lily kesian sangat dengan athena because she doesn't deserve to be hurt like that😭 dia bawa parut yang tidak sembuh dari kecil tapi apabila dia dalam perjalanan untuk menuntut keadilan, satu luka cinta kembali bernanah dalam hidupnya. sedih sangat bila kita tahu the reasons behind all of her action sebab kalau lily mungkin akan buat perkara yang sama☹️

lai kuan, hung kwan of the group. kalau urusan gaduh, serahkan pada dia. lily suka character ni sebab dia sayangkan kumpulan dia tapi masih berpandu arah🫂 jadi boleh nampak macam mana dia protect the members and the group until the end and reason dia bagi lily is understandable🤜🏻🤛🏻

kalau charlie, the park tsz sin berlawanan pula ye💆🏻‍♀️ dia memang sangat setia kepada kumpulan walaupun sebenarnya dia yang paling bijak antara tiga ketua dengan double degree yang dia ada like bro, dekat hujung baru nampak kau ni pengecut sebenarnya😌

for the villain, okay memang tak expect jawatan yang dia pegang di dunia sebenar. it shows how cruel this world is right now🗡️ lily boleh faham kenapa ****** berdendam dengan kejahatan yang dia lakukan sebab topeng yang dipakai sangat tebal dan mampu membunuh sesiapa sahaja🎭

move on, lily boleh faham the structure and the design untuk the sun society sebab kak sara explain it very well👏🏻 setiap nama jawatan dan peranan masing-masing, even dekat belakang buku ada ilustrasi untuk the organization🖊️ saya suka juga the world building untuk every place sebab sangat detail lagi-lagi board dekat rumah kai tu pergh🫰🏻

another one, i think this book hanya sesuai untuk pembacaan 18 tahun ke atas sahaja🙏🏻

apapun, code name cobra mengajar kita untuk belajar meletakkan kepercayaan dengan lebih berhati-hati selain 'loving someone does not mean you love the perfect him, or her. it means you accept her baggage, her pain, her scars... everything about her'❤️

4🌟 read for 2025! fly high kak sara💞
Profile Image for laila.
22 reviews
September 15, 2021
THE SHADOW SERIES : 1 | CODE NAME COBRA

Cobra. The best hacker.
Athena. Cho Hai of The Red Sun.

Cobra dan Athena. Itu bukan nama sebenar mereka. Itu nama yang melambangkan paparan identiti mereka. Cobra, seperti ular yang menyusur masuk dalam diam dan melepaskan bisa pada sasarannya kemudian keluar seperti tiada apa.

'A snake will always be a snake.'

Athena, nama yang membawa aura keberanian dan kekuatan dalam diri seorang wanita. Dewi di Olympus. Atau lebih tepatnya... Dewi peperangan. Tetapi siapa sangka? Nama sebenar mereka membawa maksud mempersembahkan sisi mereka yang sebaliknya. Baris nama Cobra dan Athena membawa maksud yang sangat menyenangkan. Jangan risau... aku tak akan ceritakan nama mereka di sini. Jadi kau boleh bacanya nanti. Hiks!


Cobra, dia lelaki yang berjaya membuat Athena tertawa dan senyum tanpa sedar. Dia yang berjaya menyentuh hati Athena dan menggugurkan air mata 'dewi peperangan' itu. Lelaki yang buat Athena takut jika dia hilang. Athena? Dia wanita yang membuat Cobra jatuh. Bukan sedikit tapi dalam sedalam-dalamnya. Cobra buntu... masakan dia boleh jatuh pada sasarannya sendiri? Sama seperti Athena yang tiga tahun lalu juga pernah jatuh pada sasarannya.

"To fall in love with your own target, that's a taboo."

Red Sun. 1997. Name List. Ledger A. LA. Kuala Lumpur. Police.

Segalanya bermula apabila Cobra diserap masuk ke dalam The Red Sun di bawah naungan Athena dan berjaya meraih kepercayaan seluruh pasukan kongsi gelap itu. Berlakon sebagai anak buah paling setia pada Athena? Dia berjaya. Segala rancangannya bersama Athena berjalan lancar demi menjadikan kumpulan itu kumpulan terkaya dan layak untuk menghadiri The Sun Gala dan bertemu Cho Kun. Siapa Cho Kun? Dia ialah... tak apa biar engkau yang tahu sendiri nanti.

Sangkaan Cobra, Red Operation akan berjaya di makan malam itu namun salah. Segalanya musnah tetapi terasa seperti ada pintu baharu yang trbuka dan memudahkan lagi mereka untuk mendekati kejayaan Red Operation. Plot twist? Well... Athena really surprised me. But I like it. Segala rancangan dibuat demi mendapatkan Cho Kun.

Ying Yue kah-jie. Shen Yang. Dari perspektif aku... dua nama ini yang menjadi penyokong kuat dendam Athena. Kunci untuk kisah ini? Masa lalu Athena. Segalanya tentang masa lalu Athena.


Aku tidak boleh teruskan segalanya di sini. Takut kalau aku terbongkarkan kejutan tentang Athena di dalam cerita ini yang telah membawa kepada air mata aku yang membaca. But what I can say... it is totally worth it to buy this one. There's a lot of things you can learn. Bukan cerita semata-mata tetapi juga ada ilmu yang kau boleh timba.

Dan cerita yang ini aku tamatkan pembacaan aku dengan dua patah perkataan. Cahaya dan orked. Mereka... cahaya dan orked.

-Hyza-

I am speechless while reading this one. It took me for a kinda long time to finish this one since this is my first time reading this kind of story. Banyak perkara dan situasi yang perlu difahamkan. Perlu fokus dengan nama dan kisah yang disebut dalam cerita ini supaya lebih faham hala tuju dan pengakhiran cerita. Seronok. Seronok kerana tidak langsung merasa bosan. All the pages filled with knowledges and emotions.

For the first time, I learn about Triad. I learned about how actually kumpulan kongsi gelap yang serius dan besar. I've learned about how a driveless-car actually works. Reading those action parts make me feels like I am an invisible human dalam tu yang sedang memerhati that scene. I felt super real. Imagine... satu kumpulan kongsi gelap bunuh mangsa dan kerat jari mangsa lepas tu, susun jadi bulatan sebagai tanda itu mangsa kumpulan mereka. That's scary.

Starting from chapter 53... I cried. Tak sempat grab tisu, selimut jadi mangsa. Overall, I'm satisfied with this masterpiece. Will continue with Code Name Shark later.
5 reviews1 follower
February 14, 2022
So about this novel dia more to action. Female lead Athena and male lead Cobra dua-dua berbangsa Cina. Jadi dalam novel dia background dia tentang gangster kongsi gelap. Athena ketua wanita kepada kelab kongsi gelap tu and Cobra agent yang seludup masuk ke dalam kelab tersebut. About romance... Hurm ada unsur tu but for me not too strong. Cause Athena focus on her target so unsur romance dalam novel ni tak menonjol sangat. Novel ni more to menceritakan kisah hidup seorang Athena yang memegang jawatan tertinggi dalam Red Sun. Apa yang dia pernah lalui, apa yang dia sedang lakukan, apa yang akan dia perlu selesai. Cobra yang sentiasa berada di sisi untuk meneliti setiap gerak geri Athena mula-mula sebab nak jatuhkan wanita ini tapi at the end he protect her. Sounds cliche maybe right? But not at all sebab apa yang jadi membuatkannya tak cliche. I can't describe it and don't know how so you guys should just read it and figured it out i guess. I'm a romance type reader so this book actually not so nice for me to read it until the end but I berjaya habiskan. For me the plot twists was really something. Dari bab 1 until bab 48 I guess if not wrong, the reason why Athena so determine untuk capai target dia samar² dia bukan tak jelas tapi tak diceritakan lagi. Senang citer perwatakan Athena ni seorang yang jenis pendam. Dia tak suka luahkan apa yang ada kat dalam hati dia that's why unsur romance dalam buku ni tak menyerlah sangat sebab dia pendam. But I understand the reason (we got reason for this which I don't want to spoil it). So that's all for this novel. Suggestions from me is if you jenis memang sukakan romance novel better you baca Code Name Shark cause in that novel diorang meluahkan perasaan mereka jadi unsur romance tu ada which make me so happy and dah tak terlalu terasa sakit hati akibat baca Code Name Cobra. It's like code name series 1 ni give u emotional damage but code name series 2 (Code Name Shark) as healer. Tak tahulah macam pelik tapi tu lah yang saya rasa. Novel ni I suggest kepada yang suka like cerita gaduh2 sebab dah latar pun kongsi gelap kan jadi memang ganas sikit lah. Spoiler Athena pandai gaduh so time baca memang seronok lah sebab female lead gaduh sekali hehehe. Warning: buku ni dia punya pov more to male lead Cobra. Entahlah selalu saya baca novel monolog apa semua datang dari female lead but yang ni banyak dari male lead so awal2 tu tak berapa biasalah nak baca. Tapi sampai belakang² semua just nice jer. That's all hope you all enjoy (suffer?) this book like I do (。•̀ᴗ-)✧.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
September 23, 2021


Bibir Athena bergerak secalit. Membentuk senyuman buat kali kedua. “They said, the cunning of the fox is as murderous as the violence of the wolf. Then..” Dia melebarkan lagi senyuman. “I would prefer to be cunning.”

Dingin. Beku. Kosong. Tanpa riak.

Itu adalah Athena, wanita yang tidak berperasaan, kejam dan mempunyai misi yang besar. Dihormati kerana kedudukannya yang tertinggi di dalam Red Sun dalam masa yang sama juga digeruni. Cobra yang dalam misinya untuk mencari tahu Cho Kun The Sun Society, dia kini bernaung di bawah Athena sebagai salah satu orang kanannya. Kalau diikutkan, misinya mudah akan tetapi ia tidak semudah yang difikirkannya itu!

Kerana..
Ada manusia yang perlu dilindungi, ada cerita yang masih belum terbongkar, ada dendam yang belum terlunas, ada rasa yang dia sendiri tidak mengerti, maka misi yang dijangka akan selesai cepat itu menjadi larut.

Pengalaman pertama kali membaca karya penulis adalah satu pengalaman yang menggembirakan. Sebelum ini, aku hanya mendengar, membaca review dari pembaca yang dikongsi penulis laman instagram miliknya dan akhirnya aku sendiri memilih untuk memiliki novel ini bagi merasai sendiri pengalaman membacanya. Ternyata tidak mengecewakan.

Tajuk cerita sendiri cukup menarik perhatian aku. Kemudian jalan ceritanya yang tersusun baik tidak menyukarkan aku memahaminya. Ditambah pula dengan adegan-adegan yang ditulis dengan terperinci, seolah-olah aku sedang menonton sebuah filem lebih-lebih lagi melibatkan babak pertarungan. Dari segi garapan emosi, aku dapat rasakan setiap emosi yang cuba disampaikan penulis dalam penceritaan. Ia seolah-olah hidup, seolah-olah itu juga adalah emosi aku.

Semestinya aku sukakan pembinaan watak Athena dan Cobra. Cobra yang tersangat nakal dan Athena yang dingin. Juga aku sukakan kelembutan Ling kah jie. Aku sangkakan wanita itu seperti Athena, dingin, digeruni akan tetapi sebaliknya.

Kesimpulan, aku agak berpuas hati dengan pengalaman pertama aku membaca buku tulisan penulis sendiri. Ia seperti yang dikongsi oleh para pembaca yang lain.
Profile Image for muffinbubble.
36 reviews
September 12, 2025
Woww! You guys should read this story tho. Ini baru the real kind of action book ✨

Come on, ini Sara Aisha kot. Action memang kaw2 dia kasi on each book. CN: Cobra ni karya ketiga Kak Sara yang saya baca. Saya pernah baca Salju Kyoto, terus tercatch feeling dengan karya dia. Baca Aku Lelakimu, aduhai melting juga. Saya sukaaaaa semua hero Kak Sara. Heroin pun apa kurangnya, memang 🔛🔝 Tak lemah langsung!

Athena ni terlampau misteri dan degil. But the moment she reveal herself as a dot dot, saya dah boleh jangka actually. Sebab it must be something la, takkan Athena tu betul-betul devil kan. Tapi tak expect pula perkataan LA stand of tu. Like ‘ooooooo’ itu rupanya HAHAHAHA

Cobra pula really the protective, and gentle man. Always protect Athena from whatever kind of serangan. Tapi Athena pula sejenis yang independent sangat 😭 Tak suka depends on a guy dalam any situation. Suka stands alone. Apa yang dia nak, dia akan cuba dapatkan. Kadang-kadang geram ya dengan Athena.

Tapi tentang family Athena, sangat sedih ya. Tak sangka pula itu sebabnya dia tekad nakkan ‘something’ tu. Kesian Athena. Orang nampak dia strong, tapi jiwa dia dah hancur lebur.

Action memang cukup rempah. Takda yang macam ‘eh sikitnya’. Memang Kak Sara sesuai dengan gelaran ‘Action Writer’. I love all her books! Tak macam segelintir author yang suka claim buku as action genre tapi secubit je action.

Tapi buku Kak Sara memang 🔛🔝✨ TAK SABARNYA NAK BACA BUKU SA YANG LAIN

Fully 5/5 meski ending tak seperti yang saya harapkan. Nak buat macam mana, dah buku action 😭 tapi nak kisah cinta Athena dan Kai panjang sikit huhuuuuu 🥹🥹
Profile Image for addreads.
261 reviews25 followers
September 16, 2022
"𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐮𝐝𝐮𝐩 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐮𝐥𝐚𝐫, 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐮𝐥𝐚𝐫" 🐍

𝙍𝙚𝙙 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣🔴

Cobra atau Kai (nama sebenar) perlu buat mission undercover dalam kumpulan Red Sun and target dia ialah Athena Li.

Cobra work as hacker, tapi bukan hacker bashe tau, tapi the best hacker in Malaysia (tak tau berapa kali tah Kai ni dok sebut ayat ni perasan betul) well actually it's true yg dia memang the best hacker😜 Perangai Kai ni eyyy geram je dengan nakal dia pastu kuat perasan dia tu lagi tak tahan tau. Bukan Athena je geram tapi kita baca ni pon tempias sama😂

Athena Li 'the Greek goddess'😍 omoo suka betul woman strong ni🙈 character dia, keras kepala dia, suka sangat sebab nampak hot tau🤭 Tapi siapa sangka, sebalik character tu ada cerita sedih yg Athena simpan🥺 korang kena baca tau kalau curious😭

Untuk mission Cobra ni jadi lagi complicated bila Athena masuk campur and tambah lagi sebab Cobra jatuh cinta dengan Athena🙈 ermm abang romeo kita tewas ke🤭 ishhh okay focus on action tauu jangan in love pulak dengan Cobra (walaupon Ad dah in love hekhek😜)

Overall best sangat permulaan untuk mengenali The Shadow, Shark, Wolf😍 apa Ad boleh cakap Kak Aisha memang Queen of Thriller❤️‍🔥 tak pernah tak suka dengan karya Kak Sara dari action thriller, psycho thriller, romance thriller, and more😭 just named it, Salju Kyoto, I'm Not A Monster, Dendam Bersulam Cinta, Aku Lelakimu Ad dah baca SUMPAH BEST🔥and now Ad tengah nak habiskan series the shadow ni🙆🏻‍♀️best bestt
Profile Image for Sabrina Nazihah.
9 reviews1 follower
January 23, 2020
Karya terbaik daripada novelis tempatan yang saya pernah baca. Setiap babak yang ditulis dengan baik dan plot dirancang dengan begitu teliti. Susah hendak mencari di mana cela karya ni. Karya action-thriller kegemaran saya secara peribadi sebelum ini ialah I'm Not A Monster, jadi apabila CNC mula diperkenalkan, saya sudah meletakkan harapan yang tinggi. Tambahan pula dengan kehidupan sebagai pelajar, bajet yang ada memang sangat terhad tapi saya usahakan juga untuk membeli CNC tak lama selepas pre-order dibuka. Alhamdulillah, tidak sia-sia pelaburan saya terhadap CNC. Rasa sangat berbaloi dan puas hati. Sebagaimana yang pembaca-pembaca lain pernah kata sebelum ni, membaca karya tulisan Kak Sara Aisha tidak ubah seperti menonton filem aksi tempatan & antarabangsa. Homework yang dilakukan juga telah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memantapkan jalan cerita. Kudos to you Kak Sara. Design cover pun sangat menarik dan kelihatan jauh lebih baik daripada cover novel yang direka oleh designer dari syarikat besar, kecil mahupun penerbitan sendiri. 👍👍👍👍👍


Secara ringkasnya, Code Name Cobra adalah seperti berikut:

√ Packed with actions & suspenses

√ Makes you emotional

√ Thrilling & nervewrecking

√ Satisfying characters development & plot building

√ Love the way it starts & ends!
Profile Image for Nara E.
10 reviews1 follower
July 8, 2021
This is the first book of The Shadow Series published by author's own publication, SA Publication. The Shadow ialah satu agensi rahsia seperti bayang-bayang, tidak kelihatan oleh mata umum.

𝑻𝒉𝒆 𝑩𝒆𝒔𝒕 𝒊𝒏 𝑬𝒔𝒑𝒊𝒐𝒏𝒂𝒈𝒆
Kai a.k.a Cobra, salah seorang ejen di sini dgn misinya menyeludup masuk ke dalam kumpulan Red Sun. Dia perlu mengetahui siapakah ketua tertinggi dalam jaringan kumpulan kongsi gelap The Sun Society. Nampak mudah, namun banyak cabaran yang menanti di sini. Di sini, dia bertemu dengan satu-satunya cho hai wanita, Athena.

𝑨𝒕𝒉𝒆𝒏𝒂, 𝑻𝒉𝒆 𝒈𝒐𝒅𝒅𝒆𝒔𝒔 𝒐𝒇 𝒘𝒂𝒓
I love our heroin here, Athena Li. Especially her badass, stubborn personality. And of course, she doesn't wait for her hero to fight for her when she can fight for herself. Also, I adore the relationship between Athena and Ling kah-jie. Although they're not bounded by blood, they care for each other just like real sisters. Blood doesn't make you family, love does.

Honestly, reading CNC makes me want to be a hacker too. Tapi takpalah, kita tak mampu🥲🖐️.The storyline was so smooth that you'll keep on wondering what'll happen next. And all the action scenes felt real thanks to all the detailed description. Kak Sara never disappoint ✨.
Profile Image for Yureine.
12 reviews
October 20, 2025
Wallahi, it has been a week and I haven't finish this book yet HAHAHAHAHAHHA 😭😭 tak pernah2 baca lma mcm ni Astaghfirullah. nk reading slump blik ke ni 🥲 tkpe, nak try jgk habiskan hari ni cause tbh, don't hate on me BUT I'm getting tired liao 😭🤚

🐥 continue back from pages 556 — Bab 46 — 8:44 AM 🐥

— Stop for a moment at pages 608 ( 9:56 AM ) —

GOSH ALLAHU PENAT TAPI NAK HABISKAN JUGAK! TKNK DNF 😭

FINALLY FINISHED THE BOOK AT err... around 3:27 PM I guess and it's such an adventure to read it till the end without skimming 🥹

Romeo, o, romeo? Nahhh it's Cobra, o, Cobra 🤭 My every fav moment dalam buku ni mmg kebanyakan ada cobra dlm scene tu. his cute banter with Athena? UGHHHH DAMNIT I JUST LOVE THEM SO MUCH IT'S FREAKING BURSTING OUT OF MY HEART 🫶 glad they have their happy ending after all those painful journey 🥹 especially Athena. Athena, my baby, you deserve the world, light and happiness. those moment dia finally lawat kubur Shen after three years of guilty and shame, banjir doh mata sumpah 😭

I love this book even ambik masa yg lama utk habis baca. will I continue reading the series? depends on my mood HAHAHAHAHA TPI RASA MCM YA
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,306 reviews68 followers
September 26, 2023
[BOOK 135]

The Shadow Series 1: Code Name Cobra by Sara Aisha.
.

Okay, jujurnya, this is my 3rd attempt reading this book. Aku sampai fikir yang kalau kalini pun aku tertidur jugak, that's it la. Tak sanggup dah aku. hahaha
.

But, fortunately, I managed to finished this book. Finally!
.

Mungkin sebab awal cerita tu, agak slow kot. Entahlah.
.

Tapi, generally, aku suka. Aku terhibur dengan watak Kai aka Cobra yang macam adik-adik tu. Dan Athena yang bad ass.
.

Dan memang tidak dapat disangkal kekuatan Sara Aisha dalam menulis action story. Untuk buku ni, memang lebih kepada aksi. Romance tu kurang.
.

Cumanya, aku agak distracted bila baca part pengulangan scene yang sama berulang kali. Mungkin boleh simplify je kot.
.

Dan suka part Athena yang susah nak lupakan Shen. Boleh faham feeling tu.
.

Overall, best. Recommended untuk yang sukakan cerita aksi.
Profile Image for dini (ItsDee'sLit) .
7 reviews1 follower
March 4, 2023
This author exceed beyond my wildest expectation.

Like how in the world?!

Let me tell you i am a romance enthusiast and i am seriously scared out of my wits to actually read this book. But you know what?
The storyline was just wow, blow my mind away. It took me months to finish this book because mind you this book is leaning heavily towards action and being a slow reader that i am, i need to process every single thing that came out from this book. The author truly done an explicable and astonishing research that i am so beyond impressed. I maybe a little bit tiny unsatisfied that i didn't get to see more of Kai and Athena sweeet moments at the end of the book but i totally understand that's the beauty of their story. This has been a great read for me and i am definitely going to continue this series.
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
October 18, 2022
Tema aksi & thriller. Tp yg byk mencakar hati makcik yg membaca adalah babak2 sweet antara Kai & Athena.

Makcik sangkakan babak2 cintan cintun sweet2 jiwang romeo juliet ni takkan bg kesan apa2 kat makcik yg dah level makcik2 ni. But! No! Kai berjaya membuatkan makcik tersengeh sorang2.. 😂 (tampar diri sendiri)

Ya! Mmg ada byk aksi.. tp makcik lebih terfocus pada kisah cinta seorang ratu mafia & sang penyamar.

Sepatutnya penulis mention awal tentang bangsa si Kai iaitu berbangsa cina. Senang makcik nak tune imaginasi from the beningging, beginingging, ini biningging..

Ceritanya sgt detail.. namun tidak langsung meleret. Detail yg boleh dikira sgt perlu untuk pembaca mendalami & menghayati setiap babak. Tahniah SA!

Makcik suka dan x sabar nak jumpa SHARK pulak lepas ni.
Displaying 1 - 30 of 60 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.