Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yang Kulupa

Rate this book
Pertama kali berjumpa Dian, hati Redza bergetar seribu. Jantung berdegup bagai nak gila. Pelik! Walhal selama ini punyalah susah dia nak sukakan seorang perempuan, sampai mama pun ingat dia gay!

Dengan Dian segalanya jadi indah. Hatinya berbunga-bunga. Sehari mengenali Dian, terasa bagaikan sudah bertahun-tahun Dian hadir dalam hidupnya.

"Siapa awak, Dian?"

"Awak baru sebut nama saya."

"Tapi kenapa saya rasa awak Dian yang lain?"

Senyum Dian berubah canggung. Anak mata Redza direnung. Hembus angin menyita resah. Jadi saksi kasih bertaut. Lama Dian memendam rindu, bertemu dia di tempat yang sama.

Seandainya Redza tahu...

"Boleh saya minta nombor awak?"

Keengganan Dian buatkan Redza keliru. Tak sudikah Dian sambut salam cintanya?

Apakah Dian tak percaya pada cinta pandang pertama?

"Kita jumpa kat sini. Kalau memang kita berjodoh, kita pasti akan berjumpa."

Berpegang pada kata-kata Dian, Redza tak jemu menunggu kehadiran Dian. Dalam penantian, hatinya sering dipagut kerisauan.

Akan hadirkah Dian membawa cinta? Atau Dian membiarkan dirinya terus menunggu dalam keliru.

178 pages, Paperback

Published October 1, 2019

1 person is currently reading
14 people want to read

About the author

AK Raffhan

29 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (17%)
4 stars
17 (73%)
3 stars
2 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
November 3, 2019
Pedihnya. Kututup buku dgn rasa yg mencengkam di hati. Kenapa macam ni endingnya? 😭

Dari awal hingga akhir momentum pembacaan sentiasa steady. Takde part yg rasa tak best atau boring. Cerita yg buat sy rasa berdebar, berderau darah, butterflies in stomach, dan perit menghiris hati. No no no ini bukan kisah thriller atau seram. Ini kisah cinta yg sangat tragis.

Warning, utk yg harapkan bacaan santai, sweet2 dan kelakar, please stay away from this book. Tapi kalau anda bersedia utk berhadapan dgn emosi yg turun naik, sila baca sebab honestly sangat best!! Sangat mengharap ada sambungan kisah ni, sebab hatiku tak tenang fikirkan pengakhiran kisah Dian dan Redza. Tapi jauh dlm hati i know i would be impossible😭
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
October 31, 2019
akak buntu. tak tau nak mula mana satu.

perasaan? lebih pada celaru. redza begitu, dian begini. anehnya akak sebagai pembaca turut sama rasa kepedihan yang mereka tanggung. sungguh.

penceritaan penulis AK Raffhan bukan ke hadapan, bukan imbas kembali, tapi mengundur ke belakang. itu yang lagi buat jiwa pembaca sama rasa parah. sama rasa sakit dengan apa yang dilalui redza. pilihan yang dia buat meruntuhkan segalanya termasuk dirinya sendiri.

dian pula, redza itu cinta yang datang tiba-tiba. yang menjaga dia sebaik mungkin di awal perkahwinan. yang memberi dia perasaan bahagia walaupun ada derita yang jalan seiring. tapi itulah, penghujungnya dia jadi terlupa. terlupa pada yang paling penting, yang paling setia di sisinya.

prasangka yang menjadi cetusan pada semua. mangsa?

entahlah. diri sendiri? mungkin.
Profile Image for Mslvoe.
2,114 reviews204 followers
July 3, 2025
Menyesal F baca sebab ending sedih

Menyesal sebab buat mood F lagi merundum

Menyesal sebab F bertahan taknak nangis but endup nangis jugak
Profile Image for Cutie_pie28.
424 reviews11 followers
June 2, 2025
Tak tau nk describe cerita ni mcm mane.. Redza mcm gini.. Dian mcm gitu.. Apa² pun mmg sedih.. di sini sgt berharap ade sambungan.. tp ku tau itu mustahil.. very sad 😭
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
January 22, 2020
[BOOK 1]

Yang Kulupa by AK Raffhan.
.

Pedih.
.

Aku tutup buku ni dengan rasa sebak dan hati yang pedih. Sambil air mata yang tak nak berhenti. (Hahha..drama sangat). Tapi memang tak tipu. Buku ni sedih.
.

Kisah cinta terlarang. Dan bila semuanya kembali normal, mereka tetap terpisah.
.

Redza dan Dian. Redza ni hilang ingatan. Dan sepanjang tu la, dia tak pernah terfikir untuk kahwin, sehinggalah dia terjumpa Dian. Entah kenapa, seakan-akan nama Dian telah lama terpahat dalam hati Redza.
.

So, cerita ni ada flashback. Bila mengimbau masa silam, rasa macam sedih sangat. Mereka sebenarnya saling sayang. Tapi tak terluah. Bila keadaan memaksa, mereka terpisah. Dan Dian ialah kenangan yang Redza lupakan.
.

Dan masa sekarang, bila bertemu kembali, mereka tetap tak dapat bersatu.
.

Haihh..boleh tak nak request sambungan buku ni? Sis tak boleh terima endingnya. Sedih ngan ngilu hatiku. Rasa macam aku pulak yang jadi Dian.
Profile Image for Ixora Riana.
32 reviews
January 22, 2021
Menyesal aku baca. Sebab aku sejenis yg tak suka sad ending. Aku rasa murung sekarang ni. Hahhahaha. Aku beli tanpa Google langsung sinopsis atau baca teaser pun sebenarnya.

Novel ni nipis je. Sebab tu aku semangat baca. Tapi tak sangka berakhir dengan 'kekecewaan'. Bukan kecewa sebab jalan cerita tak best tapi kecewa sebab aku turut merasai kesedihan dan penderitaan Dian dan Redza. Terlalu sedih sangat kisah mereka. Bukan itu pengakhiran yg aku harapkan tapi hidup ni takkan selalu berakhir dengan happy ending, kan?

Diringkaskan ceritanya begini. Redza berkawin dgn Dian setelah Ain (kakak Dian) melarikan diri sebelum majlis kawin diorang. Ain lari sbb tak sedia kawin dgn Redza. Dian yg baru 18 thn terpaksa setuju demi menjaga maruah abah dia. Walaupun diorang kawin bukan atas dasar cinta tapi perkahwinan diorang ok. Cuma oleh sbb Dian terlalu muda dari Redza, dia anggap Dian masih blom bersedia utk jd isteri. Masing² saling jatuh cinta tapi takut mengungkapkan cinta tu sbb ingat pasangan tak suka. Aku tak salahkn diorang saling pendam perasaan. Yela, kawin terpaksa pastu Dian baru 18 tapi Redza dah 32 tak silap. Or 29 masa dia kawin? Lupa dah.

Hidup sebumbung dgn mentua, Dian sebenarnya terseksa tapi dia tak penah luahkan pd Redza. Sbb Redza jarang tenung /teliti isteri dia, dia tak sedar lebam dibadan Dian. Tapi Redza setiap hari akan bertanyakn keadaan Dian lepas dia balik kerja. Dian je tak penah berterus terang sehinggalah Dian masuk hospital lepas jatuh tangga. Pd masa ni la baru Redza amik keputusan bawa Dian pindah. Ingatkn bila dah pindah dah boleh bahagia tapi tak sangka ada musibah menanti gara² dendam dihati. Rumah Redza dipecah masuk dan Dian hampir diperkosa. Lebih mengejutkan bila Ali muncul dgn bukti rancangan jahat yg dirancang seseorang itu.

Korang mesti dah boleh teka siapa dalang disebalik semua ni kan? Haaa.. Siapa yg berdendam dgn Redza dan Dian? Ain? Mama Redza? Papa Redza? Atau Ali?

Aku bagi 4⭐ je sebab aku sedikit keliru dgn urutan peristiwa tu. Kejap masa sekarang. Kejap imbas semula waktu kawin dulu. Waktu bila dah kembali ke keadaan hilang ingatan pn aku taktau. Itu jela yg aku agak keliru pn.

It's a worth to read book! Tapi awasss! Kalau cari bahan bacaan yg stress free, ini bukan bukunya. Haha.
52 reviews4 followers
January 12, 2020
kisah mengenai cinta terhalang yg agak tragis. tak tahu nak salahkan siapa, dian ke? atau redza? atau mama? atau kaklong? berat nanang.

memula baca tak berapa nak faham tapi lama kelamaan baru dapat tangkap rupanya cerita ni mengundur ke belakang yg membuatkan kita seolah turut sama dalam pelayaran redza mengutip semula memori yg hilang. i assume 'yang kulupa' tu sebagai pov redza yg lupa pasal dian.. kan? ampun kalau salah.
Profile Image for Clarissa Izzat.
4 reviews1 follower
January 31, 2023
Terkesan sangat dengan bait-bait yang AK Raffhan tulis. Buatkan diri ini seakan-akan berada dalam dunia Dian dan Redza. Ending lain daripada yang lain tapi sangat menyentuh hati. Novel ni tak tebal dan tak juga nipis. Tapi cukup segala rencahnya. Saya sukaaaa 😍
75 reviews4 followers
February 2, 2021
Buku yang tipis tetapi berjaya permainkan perasaan dengan sungguh hebat. Air mata tak berhenti saat faham pergolakan jiwa redza dan dian.

I hate sad ending!!!
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
November 20, 2024
Pertama kali saya baca naskhah AK Raffhan dan saya kagum dengan cerita ini. Nipis buku ni, sekejap saja dah habis baca.
Sebuah kisah yang menarik dan menyentuh perasaan pembaca seperti saya. Jalan ceritanya simple tapi padat dengan isu dan mesej yang diketengahkan oleh penulis.
Dian berkahwin dengan Redza demi maruah keluarga Datuk Murad dan Datin Suraya. Dian yang naif, polos dan seorang anak yang baik sanggup berkorban demi abahnya dan juga Ain, kak long yang menghilangkan diri seminggu sebelum majlis nikah Ain dengan Redza.
Keseluruhan jalan cerita yang bertemakan kekeluargaan dan pengorbanan ini agak menarik. Cuma kadang-kadang melompat isi cerita kerana penulis terlalu fokus terhadap apa yang ingin dipaparkan.
Kesian Dian yang masih muda tapi dibenci mama Redza hanya kerana dia tak setaraf dengan keluarga Redza. Bagaimana Dian didera secara fizikal tidak dijelaskan. Sayang sekali ianya tergantung sepi.
Sebuah pengakhiran yang menyayat hati.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.