Jump to ratings and reviews
Rate this book

7 Langkah Baiki Diri

Rate this book
Sesungguhnya, masalah-masalah yang kita hadapi kini sebenarnya adalah satu cubitan kasih daripada Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan. Insya-Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kita. Cuma kitalah yang sering menzalimi dan mengecewakan diri kita sendiri.

Menerima Islam untuk diamalkan dan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan rahmat, kekuatan, keamanan dan keindahan. Menerima Islam tidak akan merugikan, menyusahkan dan menjatuhkan kita. Bahkan dengan Islamlah darjat dan maruah kita akan ditinggikan.

Justeru, buku ini ditulis untuk mereka, khususnya para peserta Modul Mukmin Profesional yang sering bertanya:
• Mengapa kaedah yang sebegini unik tidak dibukukan?
• Alangkah baik kalau modul ini ditulis.
• Apakah cara saya boleh mengulang kaji bahanbahan dalam modul ini?
• Sudah sampai masanya modul yang berkesan ini dibukukan.

Buku ini bukan sahaja relevan untuk dijadikan panduan untuk hidup selepas mati, tetapi ia juga relevan untuk hidup sebelum mati.

360 pages, Paperback

First published June 1, 2019

6 people are currently reading
24 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (76%)
4 stars
2 (15%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Safwan Hazeman.
36 reviews1 follower
January 22, 2020
Semua penulisan ustaz pahrol amat dekat dengan jiwa muda saya dengan gaya bahasa santai tetapi mendalam nasihatnya.
1 review
March 14, 2021
Wonderful Islamic motivation book that acts like a compass of life. It is written in easy to understand but the content is great for beginners searching the meaning in life.
Profile Image for Ifa Joe.
6 reviews
September 14, 2021
Buku ni tebal. Tapi MashaAllah, penuh perisian. Saya sangat minat dengan tulisan Ustaz Pahrol. Ini buku kedua saya selepas Nota Hati Seorang Lelaki.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.