Jump to ratings and reviews
Rate this book

Azfa Hanani

Rate this book
Azfa Hanani
Aku dibesarkan dalam keadaan yang serba susah dan ia telah banyak mengajar aku menjadi tabah. Sedikit perubahan yang perlu kubuat kalau hanya mahu memenuhi kehendaknya akan menidakkan ceriaku selama tinggal di rumah itu. Biarlah aku kekal dengan identitiku sebagai Azfa Hanani dan dia tidak dapat tidak perlu memahaminya. Kalaulah segunung emas ialah harga sebuah kebahagiaan, aku tidak mungkin akan menolak. Namun, kalaulah aku mampu mengubati kepiluan si ibu itu sekalipun, kebahagiaanku sendiri bagaimana?


________________________________
Novel ini telah memenangi tempat PERTAMA
Pertandingan Novel Remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Public Bank) 1994
Pertama Azfa Hanani Halis Azhan Mohd Hanafiah
Kedua Meredah Onak Zailiani Taslim
Ketiga Renyah Gunawan Mahmood
Keempat Panas Salju Talib Samat

245 pages, Paperback

First published January 1, 1995

11 people are currently reading
64 people want to read

About the author

Halis Azhan Mohd. Hanafiah

10 books2 followers
Halis Azhan Mohd Hanafiah adalah seorang pengarang Malaysia, beliau dilahirkan di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada tanggal 1 Januari, 1970.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Melor, Kelantan dan Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan.

Seterusnya memperoleh B.Ed. TESL (Hons) daripada UKM pada tahun 1993 dan M.A. (Kesusasteraan Melayu) daripada UPM pada tahun 2002.

Beliau berkhidmat sebagai pensyarah Kursus Penulisan Kreatif di IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Beliau mula menulis pada tanggal 31 Januari 1984. Karya pertama beliau ialah sebuah cerpen kanak-kanak berjudul Anak Pungut (Bujal, Januari 1985).

Novel-novel hasil pena beliau ialah Konflik (Utusan Melayu, 1989), Krisis (Utusan Melayu, 1990), Ariff (Marwilis Publisher, 1991), Cinta Gadis Nadia (Utusan Melayu, 1992), Biduk Berlalu (Utusan Melayu, 1993), Azfa Hanani (Utusan Melayu, 1994), Erni Aflina (DBP, 2001), dan Seperti Sejalur Pelangi (DBP, 2004). Halis Azhan juga menghasilkan tiga buah kumpulan cerpen remaja, iaitu Dunia Kecil Kami (FIP, 2007), Terjerat Dalam Belenggu (FIP, 2007) dan Cerita pada Hari Valentine (2007).

Pengarang ini pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank pada tahun 1988, 1989, 1991, 1992, 1993 dan 1994 bagi kategeri novel dan cerpen remaja, Hadiah Pertama Cerpen Kanak-kanak Mobil – DBP 1998 dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 bagi kategori Kumpulan Cerpen Kanak-kanak. Beliau juga pernah dilantik sebagai panel hakim beberapa sayembara penulisan tanah air.
~

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (34%)
4 stars
15 (46%)
3 stars
5 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Lolliepop.
169 reviews47 followers
January 10, 2011
oh...kalau bukan sebab buku ini dimasukkan dalam sukatan pelajaran di sekolah menengah sekarang, memang agak pastilah saya tak akan pernah tahu tentang kewujudan buku ini~

buku yang penuh pengajaran, tetapi jika di bab terakhir buku ini tidak terlalu menggunakan ayat penyata tanpa dialog, mungkin saya akan berikan lebih 4 bintang..keseluruhannya, saya berasa tidak terlalu puas hati membaca buku ini..rasa seperti ada sesuatu yang hilang...
Profile Image for Myrea07.
12 reviews7 followers
May 19, 2015
Kalau endingnya tak terlalu rushed, maybe saya boleh bagi 5 bintang. Tapi buku ni pada saya memang sangat menarik, 4 bintang..
Profile Image for ir.
117 reviews1 follower
January 23, 2024
inilah sebabnya knp kita tidak boleh “judge a book by its cover.”

ini adalah buku yang digunakan oleh sekolah saya untuk pelajaran sastera. Saya memikir buku ini akan membosankan saya tetapi apabila saya mula membaca saya sedar bahawa buku ini lebih menarik daripada apa yang saya sangakakan.
dan walaupun saya seronok membaca buku ini, endingnya mcm terlalu rushed …
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
February 15, 2013
Azfa Hanani adalah novel yang kini digunakan dalam sukatan pelajaran Tingkatan 4. Saya tergerak hati untuk membaca buku ini kerana ternampak buku milik adik saya ini di atas meja. Jadi baca jela.

Novel ini mengisahkan tentang kehidupan Azfa Hanani (Nani) yang hidup dalam keadaan daif dan serba kekurangan. Suatu hari, dia dipanggil ke bilik pengetua kerana ada tetamu yang ingin berjumpa dengannya. Mereka adalah Encik Mazran dan Puan Syafinaz dan mengatakan mukanya seiras dengan adiknya, Tengku Murni (Nini) yang telah menghadap Ilahi kerana kemalangan. Nani diminta oleh mereka untuk tinggal dirumah mereka bersama-sama Datin Maziah yang tidak tahu tentang apa yang telah menimpa Nini. Nani diminta untuk menjadi Nini dan melayan Datin Maziah sebagai ibunya. Dalam pada itu, Nani juga mendapat apa sahaja yang dia ingini sebagai membalas jasanya kepada keluarga itu. Namun, Datin Maziah mengetahui kebenaran yang Nini yang tinggal dengannya selama ini, bukanlah anaknya. Nani telah diusir dari rumah mewah tersebut.

Akhirnya, Nani kembali pulang ke kampung halamannya kembali dan hidup seperti dahulu. Tidak lama kemudian, Kak Finaz, Encik Mazran, Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur bertandang ke rumah Nani dan meminta maaf kepadanya. Mereka juga memberitahu, 16 tahun yang lalu, mereka secara tidak sengaja telah terlanggar teksi yang dipandu oleh bapa Nani yang menyebabkan Nani kehilangan orang tuanya. Dengan itu, Nani di pelawa sekali lagi untuk tinggal di rumah Datuk Tengku Makmur bagi menebus kesalahan lalu.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.