Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nota Cinta Seorang Perempuan

Rate this book
Bagi Hara,
Cinta itu lepaskan saja. Ada ketika, ia terasa sangat dekat mendampingi. Sangat ingin dielak, tetapi mahu lari. Ada ketika, ia terasa sangat jauh tersembunyi. Sangat ingin disentuh, tetapi tidak pernah menjadi. Cinta itu berat - membuat manusia menginginkan lebih banyak. Ia akan meremuk-remukkan jika gagal, dan jika berjaya ia akan sentiasa tidak mencukupi.

Bagi Willian,
Dari nota-nota hidupnya yang renyuk, dia melihat cinta membuka jalan ke daerah lain. Simfoni hidupnya digubah semula. Hara mengajar hatinya terbang, meredah angin dan naik lebih tinggi. Cinta itulah yang menghidupkannya kembali.

Paperback

First published January 1, 2019

3 people are currently reading
8 people want to read

About the author

Zaharah Muhammad

5 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (33%)
4 stars
3 (33%)
3 stars
1 (11%)
2 stars
2 (22%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books54 followers
August 6, 2019
Ketika novel cinta tempatan tidak mampu memenuhi selera pembacaan saya, hadir novel ini sebagai pengubat rasa. Apatah lagi apabila seorang penulis mapan memberi justifikasi bahawa novel ini sangat bagus dan menjadi penyambung antara genre popular - Islamik.

Apakah cinta yang sebenar bagi seorang insan? Adakah rindu dendam dan perasaan-perasaan yang ingin memiliki, cemburu, dan bahagia semata-mata?

Cinta lebih daripada sekadar perasaan yang bergulung setiap kali memandang si dia, atau perasaan yang bimbang tiba-tiba jika cinta terputus di tengah jalan.

Seorang Hara Sakura bukan sahaja membaca pembaca menghayati cinta dari sudut yang sederhana tapi besar perkiraannya (pertimbangan) dalam banyak perkara yang melibatkan perasaan sendiri, ibu bapa, kekasih, kawan baik dan masa depannya.

Hara Sakura, watak unggul seorang wanita yang mengajarkan wanita-wanita lain bagaimana menghadapi sesuatu yang diingini tapi tidak mengapa jika tidak dimiliki.

Selain persoalan cinta yang melingkungi novel ini, isu-isu lain tidak dipinggirkan secara remeh. Kekeluargaan, kebobrokan, alam sekitar dan paling penting nilai kemanusiaan sejagat disentuh dengan cermat oleh Zaharah.

Bagaimanakah Hara Sakura menangani perasaannya kepada Wilian yang seolah-olah bagai mengantuk disorongkan bantal atau bagai bulan jatuh ke riba?

Adakah didikan keluarga, pegangan iman dan kedewasaannya akan tergugah dek kerana cinta yang didambakan, hadir dengan sempurna di depan mata?

Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
December 26, 2021
Terasa gigih pula membaca buku ini. Banyak sekali monolog sang perempuan. Agaknya sebab inilah perempuan dikatakan makhluk kompleks penuh emosi. Saya yang membacanya pun terasa mahu mengelap peluh di dahi. Ok, exaggerated sahaja. Hee.

Profile Image for Hadiah.
6 reviews3 followers
February 5, 2021
" kerana walaupun betapa cinta itu ada, datang dan menyusur bersama nafas kita, kadang-kadang tuhan mempunyai maksud yang lain. maksud yang lebih baik daripada apa yang bisa tumbuh di hati kita "

Ini bukan review cuma petikan dalam buku yang sangat melekat dalam kepala .
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.