Oh... My... God.
Aku tak sangka langsung konflik PKH sgt, sgtlah berat. Antara SKJ, JS dan PKH, PKH lah yg plg berat dan merumitkan. 🤯
Best, memang sgt best! Tp jln cerita buku ini sgtlah bermain dgn perasaan dan emosi pembaca, dan mujurlah buku sejenis drama air mata begini sememangnya menjd 'makanan' aku, jd aku tiada masalah dgn jln ceritanya. Bg aku, jln ceritanya sgt menarik.
Sungguhlah, buku ini bermain dgn byk konflik.
Konflik mengenai hubungan naik turun antara Izzah dan Iskandar.
Konflik mengenai Iskandar yg hanyut dgn masa lalunya yg AMAT KELAM, dan akhirnya menjdkan dia trauma.
Konflik mengenai hubungan dingin antara Izzah dan mummy dia(ibu tirinya).
Konflik mengenai persahabatan Izzah & Ulya yg hancur berderai kerana seorg lelaki bernama Zainal.
Kedua-dua watak utama; Izzah dan Iskandar, mempunyai satu persamaan, iaitu mereka berdua tidak kenal apa itu erti bahagia. Kedua-duanya mempunyai duka & derita tersendiri.
Tp bg aku, manusia yg menjd mangsa yg menerima nasib plg menyedihkan dlm buku ini ialah Iskandar. Aku kagum dgn penulis yg mampu mengetengahkan isu yg semakin menular dlm kalangan masyarakat kini utk menghidupkan seorg karakter Iskandar. Seperti kata penulis di bhgian 'setitis bicara' yg ada di helaian belakang buku;
'Bukan mudah utk Izz menggarap kisah ini. Terasa begitu sukar utk menghidupkan watak seorg lelaki yg *******. Izz mencabar diri, cuba membina watak lelaki yg trauma dgn penderaan fizikal dan kisah silam.'
Membaca kisah silam Iskandar yg amat pahit, jdnya aku tidak hairan Iskandar menjd sgt trauma dan hilang kawalan saat traumanya itu dtg. Ya, Iskandar yg berasa merendah diri dan malu dgn hakikat yg telah terjd pd dirinya, pernah sekali cuba mencekik Izzah saat Izzah mengetahui rahsianya itu. Saat ini, Iskandar seperti org gila, yg tidak dpt mengawal emosi akibat traumanya.
Memang berkali2 Iskandar telah menyakiti Izzah, namun sebenarnya, dia sgt sygkan Izzah. Krn syg itulah, dia telah mengambil satu keputusan bodoh utk dirinya dan Izzah.
Seperti kata penulis lagi;
'Mungkin ada di antara pembaca yg beranggapan alangkah tidak cerdiknya Iskandar. Izzah sudah syg, sudah terima baik dan buruk, dia masih lg menolak. Tetapi secara peribadi, Izz ingin mengajak para pembaca cuba memahami, trauma tidak akn berhenti hanya dgn bicara manis atau pujuk rayu. Trauma memakan masa yg panjang utk sembuh.'
Aku setuju dgn apa yg diperkatakan oleh penulis. Bkn semudah ABC utk buang rasa trauma dlm diri, jd tidak hairan watak Iskandar diciptakan begitu. Memang sejak awal lg, aku sudah syak yg pelik2 dgn watak Iskandar yg tersgtlah penuh misteri. Dan rupa2nya, apa yg aku sangkakan itu betul. Walaupun aku dah dpt agak dr awal, tp saat terbongkarnya rahsia Iskandar itu, tetap aku rasa terkejut yg amat sgt.
Byk yg aku suka tentang buku ini sebenarnya. Selain tentang Izzah dan Iskandar, aku juga suka dgn hubungan rapat antara Izzah dan Jeff(abgnya). Sememangnya, Jeff seorg abg yg penyayang.
Tentang kebencian mummy Izzah terhadap Izzah. Mula2 memang aku benci dgn perangai buruk mummy Izzah, tp bila dah tahu kebenaran, aku mula jd fhm dgn perasaan dan sikap ibu tirinya itu. Rasa2 aku, kalau aku di tempat mummy Izzah pun, entah mcm mana aku nk hadap semua itu, lebih2 lg kehadiran Izzah yg wajahnya serupa dgn arwah mama Izzah(ibu kandungnya).
Watak yg plg aku tak suka semestinya Ulya. Ulya bodoh, sanggup sakiti hati kwn sebaik Izzah tanpa mahu dgr apa2 penjelasan terlebih dahulu. Sdgkan di awal cerita, perkara pertama yg Izzah lakukan ialah berkorban utk Ulya. Tp Ulya... huh, teruk.
Tp, watak yg plg jahanam tetap jatuh pd pak cik Iskandar. Org tua ini... seperti binatang. Tergamak dia buat mcm tu kat Iskandar. Dan kpd lelaki2 di luar sana yg juga satu spesies dgn pak cik Iskandar, sungguhlah... engkau memang jahanam dan dilaknat.
Oh, lupa. Satu lg yg aku kagum, ialah persahabatan antara Iskandar dan Hisham. Hisham seorg kwn yg sgt memahami dan menyayangi Iskandar, ada di susah dan senang Iskandar. Tak hairanlah Iskandar hanya rapat dgn Hisham seorg, krn Hisham juga berkongsi luka yg sama dgn Iskandar sejak kecil.
Keseluruhannya, aku berpuas hati dgn karya Izz Jaja yg terbaru ini. Tak sabar nk tunggu buku seterusnya dr penulis. 😍🌹