Kita kata nak faham anak, tapi kita tak pernah tahu isi hati mereka.
Kita kata nak ajar anak, hakikatnya mereka yang banyak mengajar kita tentang kehidupan.
Mari kita terjun ke dalam dunia anak-anak. Selami perasaan mereka. Dengar luahan mereka.
Kerana kita mahu menjadi pendengar nombor satu anak-anak kita, sebelum 'takhta' itu diambil oleh orang lain yang entah siapa-siapa.
Walau senaif-naif soalan anak bertanya, "Mama, are you okay?" Jawablah sekurang-kurangnya dengan senyuman. Kerana anak-anak yang kita sangka polos dan tin kosong itu, adalah lampu suluh yang akan membuka jalan untuk kita terus melangkah dalam dunia keibubapaan.
Usai membaca buku ketiga Adlil Rajiah, saya banyak buat refleksi diri betapa kurangnya saya meletakkan diri dalam situasi anak. Walaupun kita pernah jadi kanak-kanak, tak bermakna kita faham dan tahu segala-galanya kerana setiap individu dan kehidupan yang dilalui itu berbeza. Masuklah ke dunia mereka untuk lebih memahami dan memudahkan proses mendidik anak-anak. Terbaik puan penulis! Jenakanya tak kurang. Teknik penulisan yang bersahaja membuatkan saya menghabiskan pembacaan dengan cepat. Harapnya boleh diulangbaca untuk peringatan diri.
Highly recommended😍😍😍😍😍 Tulisan Adlil Rajiah tak pernah menghampakan. Ilmu parenting yang sangat penting yang perlu kita pelajari. Anak kecil ini fitrahnya suci. Sifatnya penuh kejujuran. Dari merekalah kita boleh belajar banyak benda. Cuma kita orang dewasa kerap kali terleka dengan angka. Kerana aku lebih tua, aku lebih tahu dari kamu. Hakikatnya, banyak perkara yang kita boleh pelajari dari anak kecil ini. Tinggal perlu buka mata dan buka hati. Selamat membaca
Memahami dunia anak anak akan memudahkan ibubapa bantu untuk facilitate learning process diorang. Buku ni share banyak parenting tips untuk ibubapa practice. If I can share a few remarkable tips. time management tips, layan anak sambil bermalas-malasan, financial management for kids, tips jawab soalan yang masa dengan soalan sensitif pasal period, tips bagi anak boleh express feeling. Banyak lagi...parents, bakal parents, child care digalakkan baca
Masih dengan tema keibu bapaan, penulis mengekalkan gaya santai dan semestinya mudah difahami. Ikutkan, semua topik kita suka. Tapi rasa betul-betul tersentuh bila penulis cerita tentang hubungan dia dengan bapanya. Bagaimana En. Nasir bina growth mindset, dan membantu penulis dapat 5A (mau nangis kalau baca time sedih).That very same principle has helped her going through struggles in life. Buku ni sesuai untuk semua tau, yg rasa-rasa 20-an tu boleh ja baca. Sebab parenting sebenarnya mengajar kita untuk bersikap lebih terbuka dan jadi lebih baik demi kebaikan orang lain, bukan diri kita semata-mata. Bolehla baiki diri untuk jadi aunty, uncle yang terbaik kepada anak-anak kecil di sekeliling. Terima kasih @bukumustread sebab terbitkan buku ni. Insyaa Allah, to more books by @adlilrajiah