Rasa ruginya aku sebab biarkan buku ni menyepi atas rak buku lebih setahun. Beli masa May 2019, tapi Nov 2020 baru terhegeh-hegeh nak baca. 😶
Kenapa aku cakap rugi?
Aku tak sangka rupanya bila baca buku ni, ia punya feeling tu ala-ala tengah tengok movie omputeh. Paling aku suka kat setiap scene ladang jagung tu lah. Even dalam movie pun, aku paling suka kalau filem tu paparkan babak ladang yg terbentang luas dan tanaman-tanaman kat ladang tu nampak kekuningan, sebab nampak cantik dan mendamaikan mata sangat. Jadi bila aku baca buku ni, memang bayangan aku ala-ala movie yg aku tengok tu lah.
Dan pastinya apa yg paling aku suka sekali dgn KYM ini adalah ia punya jalan cerita dan watak-watak utamanya — Darrel-Leia.
Arghh Darrel, lelaki itu sangat bermulut manis.
Tak hairanlah hati Leia selalu goyah dengan setiap renungan Darrel dan panggilan 'sayang' yg selalu keluar dari mulut Darrel tu. Si Darrel tu memang pandai menggoda. Dalam masa yg sama, sikap Darrel yg nakal dan miang tu kadang-kadang memang layak pun makan penampar daripada Leia.🤣 Kuat sangat menggatal. Mula-mula kenal dengan Leia pun dia dah cari pasal.
Storyline KYM pula dari awal sampai habis memang best dan sangat berbeza dgn buku-buku lain. Nak cakap macam mana eh... hmm, sama macam apa aku katakan kat atas tadi, ia punya jalan cerita syok macam layan movie, haaa gitu. Itulah yg buat aku rasa enjoy sangat-sangat dan tak rasa bosan langsung.
TAPI...
TAPI...
TAPI...
Walaupun aku suka dgn every scenes Darrel-Leia dlm buku ni, dan suka pada jalan ceritanya, ada satu minor konflik dlm KYM yg aku tak boleh terima dan tak suka langsung!
Tak. Suka. Sangat. 😤
Aku tak suka kat part Leia silap buat pilihan tu. Dan apa yg terjadi pada nasib Leia selepas dia buat pilihan tu, lagilah aku tak suka!
Aku rasa kecewa dgn watak Leia pada masa ni, sebabnya aku sangkakan Leia ni sejenis yg tak lemah, sejenis yg kuat, tegas, melawan, dan tak mudah ditindas. Tapi bila Leia pun sama jgk jd macam tipikal perempuan lemah yg biar dirinya terperangkap dlm perkahwinan yg toksik, memang aku geram. Aku sakit hati. Dan ada satu dialog Leia ni paling aku rasa sakit hati dan menyampah bila baca...
"Apa aku boleh buat? Dia suami. Di sini, suami dianggap raja. Syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami."
Oh my God...
Jujurnya, aku memang tak suka dgn konflik isteri lemah didera suami dayus. Serius, tak suka. Tapi mujurlah...
Mujurlah part konflik menyakitkan hati tu sekejap saja. Sebab jalan ceritanya bergerak laju, tak perlu meleret-leret mengarut entah apa. Baguslah, aku pun tak suka baca buku yg plotnya meleret takde hala tuju. Tapi tidak untuk buku ni, sebabnya plot cerita semua dah tersusun elok. Dari perkenalan Darrel-Leia di ladang Nebraska, misi jenayah Darrel di Istanbul, konflik yg menimpa hubungan Darrel-Leia di Malaysia, dan berbalik semula pd situasi berbahaya di US. Semuanya tak berserabut dan tak berselerak, penulis bijak menyusun plot dgn kemas sekali.
Overall, kisah Darrel-Leia ni sangat unik dan jauh dari cliché. Paling aku lega, part konflik yg buat aku sakit hati dgn Leia tu mujurlah sekejap saja. Mujur sangat-sangat hubungan Leia dgn lelaki tak guna tu tak bertahan lama. Dan selepas tu, Leia berbalik semula pada karakternya yg tetap pendirian dan tegas. Dia tak lagi biarkan keputusan hidup dia ditentukan oleh orang lain.
Dan ada satu dialog Darrel ni tau... aku suka sangat, sebab dia bidas semula kata-kata Leia yg seakan mengungkit dosa lama dia.
"Kau juga yang kata Allah akan ampunkan dosa aku bila aku peluk Islam. Ternyata, Allah lebih pengampun daripada kau."
Hahaha, setepek Leia kena masa tu.🤣
Oh, aku perasan ramai watak utama dari buku-buku Maya Iris yang lain muncul dlm KYM untuk bantai Darrel🤣. Malang betul Darrel asyik kena belasah😂. Tapi dalam ramai-ramai tu, aku cuma kenal Hadid jer, hehe.
Wait, aku baru perasan. Aku tertinggal satu lagi point yg aku suka tentang KYM ni. Aku suka tau isu perbezaan agama yg penulis sentuh dlm buku ni. Aku rasa inilah pertama kalinya aku baca buku yg heronya seorang Yahudi, dan beragama Judaism. Sedikit sebanyak aku dapat ilmu baru tentang agama Judaism yg penulis selitkan dlm KYM ni.
Arghhh sebenarnya aku dah beli Andai Prejudis Itu, nanti-nanti review API pula yg bakal menyusul yer. Maybe hujung bulan ni or next month.😉