Bagaimana jika suatu hari nanti, masyarakat diasingkan untuk hidup mengikut personaliti diri?
Tahun 2029, landskap Malaysia telah berubah. Kotanya kini dipanggil TMCC. Masyarakat pula dibahagikan kepada 4 koloni berdasarkan personaliti diri iaitu M (Empath), N (Analyst), X (Executive) dan R (Artist).
Ansar telah lama menyimpan cita-cita untuk kembali ke TMCC setelah keluarganya dibuang kota. Suatu hari, Ansar menerima tawaran untuk kembali ke TMCC.
Tanpa dia sedar, ada agenda tersembunyi di sebalik tawaran itu - pada Ansar terdapat sesuatu yang bakal mengubah masa depan manusia.
Benarkah satu jenis personaliti mempunyai lebih manfaat daripada satu yang lain?
Adakah kelancaran negara bergantung sepenuhnya kepada satu jenis personaliti sahaja?
Auni Zainal ialah penulis novel yang berasal dari negeri Perak, Malaysia. Novel pertamanya, Sekali Lagi, telah diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada April 2018.
Auni merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan bekerja sebagai seorang jurutera sebelum beralih ke dalam bidang penulisan. Dia kini menetap di negeri Selangor bersama keluarga.
How I wish I can give it 5 stars. Saya rasa untuk kategori Iman Publication, memang boleh bagi 5 stars tapi disebabkan taste saya yang cerewet ni, 5 stars for story arc, 4 stars if nak consider points2 yang saya akan bagitau kejap lagi.
This is a great book still. Don't get me wrong. Mungkin disebabkan kebetulan saya seorang Empath dan seorang Analyst in terms of analysing story art, sebab tu saya ada pendapat-pendapat ni.
WRITING & CHARACTER Kak Auni is very good at 'telling'. Ni mungkin disebabkan beliau merupakan seorang penulis artikel dulu. Which it requires her writing voice to have a powerful 'telling'. And yes, 'telling' beliau agak dominant daripada 'showing'.
Memandangkan Ansar, MC (main character) kita merupakan seorang Empath, high level pulak tu, saya berharap penulis lebih 'show' bagaimana rasanya menjadi seorang Empath. Even average Empath pun should feel more than what was potrayed in the book. Inikan lagi high level huhu. Beberapa ayat untuk tunjukkan MC menangis seperti '...Saya cepat-cepat lap air mata....'.
Saya tak berharap pun Ansar menangis 24 jam dalam Koloni M ni. Saya cuma harap penulis bagi peluang untuk MC pause sekejap dan explore perasaan kehilangan, betrayed, sedih, sunyi, etc tu macam mana. Memang ada penulis sebut bahawa Ansar cepat menangis bila menonton tv but I want the writer to show to us, how it feels. Not just the confusion on why she reacted differently. Something more.
Mungkin tunjukkan macam mana MC rasa something tugged her heart ke apa when she realized semua orang satu demi satu meninggalkan dia. The details in MC's connection and bond between the people involved in her life. Maybe dia wonder how life and death is a mysterious thing. She might not understand the feelings because as a high level empath, must be so overwhelming to lose your loved ones one by one. Redha will come later, but show the pain, the longing, the emptiness first. And that, preferably through showing since this book used the first POV. Even third limited pun rasa connection yang sangat kuat antara readers dan watak.
So many things happened in this book. So many people died. I wish we can pause and focus on how it feels to truly be an Empath. Sebelum perkara buruk lain pulak terjadi.
Speaking about POV...
Buku ni membahasakan 'saya' bagi menggantikan aku. Mula-mula memang agak susah untuk saya sesuaikan diri. Pada mulanya, ingatkan sebab kata ganti diri 'saya' tu. But later on, I realized, I had an issue with the 'psychic distance' aspect.
Psychic distance ni, senang cakap, adalah sejauh mana readers dekat dengan characters. Buku ni guna POV 1, so supposedly readers kena lagiiilah connect dengan MC on a deeper, personal level. But instead, I was having a hard time sebab saya rasa MC jauhh sangat dengan saya. Saya syak mungkin sebab kes show VS tell ni. Rasanyalah.
Contoh: A) "Saya lihat dia masuk melalui pintu itu. Saya terdengar bunyi bising...." Sentences2 macam ni jadi dekat2 dalam satu perenggan.
I prefer>>>B) "Saya lihat dia masuk melalui pintu itu. Bunyi bising kedengaran...."
If A, pembaca melihat dari setiap detail pergerakan watak. So kena tunggu watak bergerak, baru kita alami. It creates a distance. Kalau B, pembaca berada bersama-sama in that scene. Mengalaminya bersama-sama watak. Jadi connection tu lagi rapat. Lagipun, author tak perlu guna cara A selalu sangat seolah2 nak remind bahawa semua yang berlaku adalah solely through MC.
Pembaca tau dari awal lagi. Tak perlu remind berkali2. Patut nampakkan sahaja apa yang berlaku tanpa kerap sangat 'menembusi' MC. We can just be there by her side. Faster. Creates a closer bond.
Lain-lain aspek seperti Settings dan Message, pembaca lain dah point out dalam review. Kak Auni excelled in both aspects ;).
Dua benda ni agak mengganggu bagi saya sebab dia mengganggu saya untuk alami keseluruhan cerita wholeheartedly. They are very important criterion(?) for me to enjoy any book.
Tentang ending, I can't feel it as much as I wish I could. Memang rasa kehilangan, sepi, kosong, tapi not in satisfied way.
If the author can show how an Empath feels and functions, ia akan beri lebih kepuasan dalam pembacaan. Instead of just bagitau lepas ni jadi apa sekian2. Dive deep into the feelings. That would be great.
Tunjuk macam mana MC reacts with the changes around her. How she connects with the environment, the plants, the livings, even the wind. An Empath's mood greatly depends on her surrounding. Even cuaca pun boleh affect an Empath. Create MC's own philosophy yang berkaitan dengan empathic feeling and the world.
Overall, not a bad book.
It's just because I'm just the kind of Empath who wish this trait is showed and represented well.
Story wise, ini adalah sebuah karya Kak Auni yang sangat menarik! Still, highly recommended! ;)
Tema distopia yang dibawakan oleh penulis membuatkan saya tidak mampu meletakkan buku. Buku ini 'page turner'. Apa yang menarik, sistem pembahagian personaliti berdasarkan NVBS yang diutarakan di dalam novel ini kemungkinan diinspirasikan oleh Myers-Briggs Traits Indicator (MBTI) yang diasaskan oleh Dr Carl Jung. Keseluruhan plot dan cerita amat baik dan enak di baca. Sesiapa yang gemarkan The Maze Runner atau Hunger Games, anda dipersilakan baca buku ini. Pasti tak mengecewakan.
"... Hbngn yg dibina atas rasa simpati ni berbeza. Ia tak mcm hbngn lain. Kita mengharap org pndg kita dgn kasih sayang,tapi kita cuma nmpk rasa simpati dlm mata mereka..."
Menarik.. Kisah manusia yang dipecah-pecahkan kepada personaliti.. Namun sifat manusia itu selalu memberontak dan buat apa yang dilarang.. Dari situ manusia belajar mengenai apa yang salah dan juga kegagalan.. Cerita yang nice..
Manusia kini hidup bermasyarakat berdasarkan personaliti masing-masing. Ada keluarga yang terpisah gara-gara berada dalam personaliti yang berbeza. Ansar yang ditawarkan untuk kembali ke TMCC setelah keluarganya dibuang kota menganggap itu semua sebagai satu tawaran yang tidak mungkin dilepaskan.
SH mulakan pembacaan dengan sebuah pertanyaan bagaimana mungkin manusia boleh diasingkan mengikut personaliti. Sedangkan seorang manusia bukan sahaja boleh memiliki 2 ciri personaliti malah lebih lagi. Cuma mungkin ada 1 yang akan dominan. Mujur persoalan ini terjawab seiring habisnya pembacaan.
Walaupun naskah ini menggunakan POV pertama namun SH tidak dapat menyelami dunia Ansar. Seolah-olah penceritaannya tidak sampai ke jiwa SH. Tidak dapat dihayati. Hanya sekadar sebagai seorang pembaca. Konsep cerita sememangnya menarik namun penceritaannya yang kurang menarik.
Penulisan Auni Zainal, sememangnya membawa buku-buku fiksyen melayu ke satu aras yang sangat berbeza.
Koloni (M), memaparkan kisah sains fiksyen yang tidak terlalu berat untuk imaginasi minda, tetapi cukup menarik untuk dibayangkan sebagai sebuah kisah. Pembacaan kita terasa mudah mengikut arus cerita tanpa perlu terlalu dalam berfikir. Namun dalam masa yang sama tidak langsung mengundang rasa bosan. _____
Penggunana POV pertama tidak membolehkan kita untuk begitu mendalami perasaan watak-watak lain (melainkan pemilik POV itu mempunyai keintiman perasaan dengan watak lain), kerana sejujurnya pada saya -- saya sangat suka untuk ada perasaan attached kepada sebuah watak dalam cerita, attachment itulah yang menjadikan sebuah buku menjadi kegemaraan saya, selain daripada jalan cerita itu sendiri.
Saya sendiri tidak banyak pengetahuan dalam psikologi, tapi bila watak Ansar digambarkan sebagai Empath -- pada saya dia tidak hanya akan mampu untuk mengenal pasti personaliti orang lain (mungkin di dalam buku ini hanya itu yang diberikan fokus utama), tetapi juga (seharusnya) sangat mampu untuk merasakan sama perasaan orang (ya, perkara itu ada dijelaskan. Tetapi tidak digambarkan dengan Ansar kelihatan benar-benar merasakannya). Beratnya menanggung perasaan yang tidak kita sendiri alami -- tetapi -- pada detik yang sama masalah dunia bahkan terus menjadi masalah kita.
Dan betul, Empath bukan hanya sekadar 'psikik' -- Empath sukar untuk menentukan siapa diri mereka sendiri kerana mirroring sensory yang buat Empath mudah untuk mengadaptasi diri mereka bersama orang ramai; berasa sakit yang serupa, gembira yang sama.
Dan semua itu memenatkan untuk seorang Empath -- yang pada saya agak kurang ditonjolkan dalam perwatakan Ansar. Mungkin kerana Koloni (M) memfokuskan lebih kepada jalan cerita dan bukan detail kepada jalan cerita tersebut.
_____
Koloni (M) saya jadikan pilihan pertama untuk dibaca kerana andai saya hidup pada zaman TMCC, saya akan berada di dalam golongan Koloni (M).
-----
Empath; sometimes, we called it a gift. Sometimes, a curse.
Semasa aku baca sinopsis buku ni, memang tak dapat nak halang dari memikirkan yang jalan ceritanya lebih kurang dengan filem Divergent dan Insurgent, sebab penduduk TMCC dibahagikan mengikut watak masing-masing.
Aku ada tanya beberapa kenalan dan mereka kata buku ni memang best. Itu salah satu sebab kenapa aku beli buku ni walaupun pada awalnya aku agak sangsi nak beli apabila watak utamanya adalah seorang yang bisu dan pekak. Aku bayangkan akan kurangnya perbualan antara watak tapi nampaknya fikiran aku meleset.
Okay.
Awalnya, bagi aku, agak perlahan pembukaan. Aku mengambil masa juga nak mencari mood untuk membaca. Apabila Ansar (aku ingatkan Ansar tu lelaki pfft) pergi ke TMCC dan berjumpa dengan Arfan, aku dah mula rasa teruja. Apatah lagi bila mereka cuba nak melarikan seseorang dari TMCC.
Semasa mereka mencari Harraz, dekat situ ada plot twist yang aku sendiri tak jangka. Kah. Sebab sebelum mereka jumpa Harraz, aku tertanya-tanya juga apa fungsi Ansar kerana dia adalah watak utama. Dan ada beberapa situasi yang aku juga tak jangka walaupun jalan cerita, perkembangan watak agak perlahan. Tapi sebab ada banyak benda yang aku macam ‘weyh siapa orang jahat sebenarnya ni’, buatkan aku rasa nak teruskan lagi pembacaan. Dan percayalah, tiap kali jumpa watak baru, aku macam, "Mesti orang ni jahat." (tepuk dahi)
Ada beberapa situasi pembunuhan/kematian, bagi aku, terlalu cepat. Tiada adegan cuak atau suspen masa aku baca. Jantung aku tak berdebar pun lagi, tiba-tiba watak tu mati. Tiba-tiba, kena tembak, mati. Out of sudden, bangunan runtuh, mati. Bom meletup, mati. Aku macam, ha, weyh asal cepat sangat?
Kemudian, ada babak yang aku rasa macam tak perlu. (Bila Imran ungkit pasal Amirul) Aku macam, "Okay kejap. Apa kaitan Amirul dengan benda yang dia orang tengah hadap sekarang ni?"
Lagi, masa Ansar ambil buku dekat rumah Imran, aku bayangkan penulis akan tamatkan cerita dengan satu persoalan (tak kisahlah akan ada sambungan lagi ke tak) tapi bila baca bab akhir, aku dah macam, wuuut? Sis kiciwa sikit.
Kalau nak cari pengajaran, memang kena berfikir lebih. Penulis banyak guna ayat lapik-lapik. Ada yang direct tapi tak banyak. Tapi itu yang buatkan kita sebagai pembaca, berfikir lebih. Takkan semua benda nak kena suap. Kan?
Secara keseluruhan, aku tahu penulis boleh buat lagi teliti dari yang ni. Mana tahu akan ada Koloni [M] sequel? (angkat bahu) Aku suka buku ni sebab kepala aku tak henti dari menyoalkan 'siapa yang jahat sebenarnya' dan 'apa sebenarnya fungsi Ansar dalam cerita ni'.
Good job, kak Auni!
This entire review has been hidden because of spoilers.
'Plot twist' dan unsur sayu adalah kekuatan dalam Koloni [M]. Penamat cerita paling meninggalkan kesan yang mendalam. Paling suka dengan cara Kak Auni olah dunia TMCC dengan kukuh dan teliti dari semudah konsep 'personaliti'. Pada saya, kemahiran sebegini mengagumkan dan membuka mata saya sebagai penulis. I would totally include this as my reference for writing! Thank you very much!
Untuk kritikan, pada saya, Kak Auni perlu tambahbaik dari segi kelajuan cerita. Sepanjang pembacaan, saya mengalami pengalaman yang sama seperti membaca Sekali Lagi.
Cerita bergerak dengan agak laju. Tiba-tiba, cerita jadi begini. Dan kemudian, orang itu mati. Dan, eh, dia jadi jahat? Kejutan plot datang bertubi-tubi, bahkan cepat, buatkan bacaan saya sedikit tersekat. Perlu baca semula kenapa plot ini berlaku.
Saya faham kerana fokus cerita adalah kepada plot. Cuma kalau boleh, saya mahu Kak Auni lambatkan sedikit pergerakan cerita untuk teroka perasaan watak, sebab watak-watak ini macam terkejar-kejar untuk pergi ke konflik seterusnya. Bagi mereka ruang untuk beradaptasi dengan kehilangan, banyakkan sedikit interaksi sesama watak, dan merasakan segala manis dan pahit dari peristiwa yang berlaku dalam jalan cerita.
Itu saja dari saya. Oleh sebab saya tidak baca Divergent dan karya distopia yang lain, jadi cerita ini tidak mengingatkan saya dengan konsep sebegitu. Pada saya, ini cerita yang original.
Secara rasmi, saya jadi peminat karya Kak Auni. Teruskan berkarya! Majulah fiksyen spekulatif untuk negara! Hehe! (^^)
Selalu kalau cerita begini, saya akan ambil masa sedikit untuk menikmati ceritanya.
Tetapi, saya habiskan Koloni [M] dalam masa tiga hari saja (sebenarnya boleh habis tiga jam, cuma sibuk dengan hal lain), mungkin kerana susunan teks yang lapang dan kemas. Banyak ruang putih. Selesa bila membacanya!
Saya suka baca buku Auni Zainal sebab gaya penulisan dia yang ringkas dan senang faham. Rasanya bukan senang nak explain tentang Koloni2 yang ada tu. Tapi tak puas hati betul ke Imran mati? Hm.
I think if I were in TMCC, I would be in Koloni M. Haha goodjob kak Auni 👏🏻 Keep writing ya ✍🏻!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cerita ini ada ala-ala cerita Hunger Games dan siri Divergent , cuma mungkin boleh diceritakan lagi bagaimana asalnya rakyat boleh menerima untuk hidup dalam keadaan tersebut kerana jangka masa beberapa tahun tidak membolehkan rakyat menerima cara hidup yang dinyatakan tanpa ada perkara besar terjadi sebelumnya.
“Bagaimana jika suatu hari nanti, masyarakat diasingkan untuk hidup mengikut personaliti diri?”. . Buku ini berkisar tentang masyarakat di kota Tun Mahathir Civilian City (TMCC)yang hidup di koloni masing-masing. . Mereka dibahagikan kepada koloni personaliti seperti Analyst (Koloni N), Empath (Koloni M), Artist (Koloni R) dan Executive(X). . Warna mata dan baju mereka menjadi lambang koloni masing-masing. . Bila membaca novel ini, saya teringat pesanan Pensyarah Psikologi mengenai kepentingan meraikan kepelbagaian personaliti murid dalam pembelajaran. . Jadi, rasa macam geram lah jugak kenapa diorang hidup ikut personaliti masing-masing. Tak boleh ke duduk sama-sama?. . Geram mula-mula je lah. Lepas tu, tak dah. . Latar masa sekitar 2029. Diceritakan dengan pelbagai kemudahan teknologi pada waktu itu, cukup membuatkan pembaca berimaginasi tentang masa hadapan yang begitu canggih. . Turut diselitkan nilai yang membuatkan kita bermuhasabah tengang perjalanan kehidupan kita.
I love the main protagonist - her resilient and her personality. I'm so happy with the story development and the plot twist. Thanks author for bringing me inside this book's world.
Terima kasih kepada Iman Publication kerana membekalkan saya buku fizikal Koloni M dengan pertukaran reviu jujur.
Nak mula dari mana ya? Kerana in the end apa yang saya ingat tentang buku ini adalah bagaimana ia telah menjangkaui jangkaan saya berkenaan novel melayu - totally woowed with calm gais.
This writing was the first that I know have an intimate and proper characters development. Jadi pembacaan tu berbeza dengan sebelum-sebelum ni.
I think best start with the overall overview
1. Character development - I love the way on how the author installing her characters. Occur step by step, bit by bit and it all just at it place. Untuk pembukaan buku, pembaca diperkenalkan dengan protagonis, selepas itu tempat dia and then introducing some characters - rapat and also the shabby one, just enough to get the curiosity goes.
2. The setting - Saya rasa penulis mengambil langkah yang paling selamat dan mampu diimaginasi oleh pembaca dengan re create a most parallel version of Malaysia - sorry is this term right? Because its occur on 2029 on a place that used to be Malaysia only it had a changes in scientific development. Pendek kata, pembaca tiada masalah dalam membayangi bagaimana keadaan tempat dalam novel ini, kerana ianya dekat di hati pembaca.
3. The plot - Plot memang kemas, mostly perfect bagi saya. I have this tendency yang love what to expect next, tapi dalam novel ni when everything go smooth dan kau jadi tak terlalu terkejut dengan plot twist, what left is - its make you feel CONTENT. Knowing the meaning of redha and all seperti yang diterapkan dalam diri protagonist, kau pun jadi macam redha. Let me quote Dimitri - this may suprise you but even the biggest and the most impactful plot twist in the entire story doesnt have to come as a suprise to your audience.
Okay enough the three things lets continue with apa yang membuatkan buku ni, deserve Five Star ⭐⭐⭐⭐⭐.
1. Memang first baca bab-bab terawal teringat tentang buku Flawed by Cecelia Ahern. Its like installing what it like to be the protagonist in the reader mind, jadi sepanjang kau membaca kau seolah menjenguk dari kaca mata protagonist atau pun lebih tepat, berada di tempat protagonist.
2. The main character is bisu and pekak. So kau ada glimpse what its like to be in the mind of this person. Yelah, kita yang dapat bercakap dan mendengar ni pun dah banyak overthinking, ni apatah lagi diminda orang yang tak dapat bercakap dan mendengar, ya Allah berganda overthinking dia. Kita pun ikut kusut haha, but guys, it was all relateable - memang benda-benda yang protagonist overthinking, memang kita sendiri akan overthinking. And at the same time, kau belajar erti bersyukur.
3. Salah satu lagi yang saya suka berkenaan buku ini adalah tentang bagaimana status kau sebagai seorang muslim/muslimah sangat tidak menghalang kemenjadian diri kau. Bila agama sudah sebati dengan diri kau, kau tahu kau ada tempat berharap dan sumber rujukan kau. Penulis tak perlu ceritakan semua untuk tunjukkan yang the characters ada pegangan agama - cause its simple and tak perlu nak dok bagitahu mereka ni solat lima waktu or not. The 'action' written were well explain. Remember that action speaks louder than words? Inilah bukunya. Ngam lagi protagonistnya seorang bisu dan pekak.
4. Im not really a fan of a villian, tapi villian, yes even the villian pun was developed just on point. Sekarang masa menulis ni baru rasa nak nangis teringat macamana antagonis kat sini membentuk - ia bermula dari one by one event occur, dan si antagonis accumulate perasaan kecewa dia tu and last bila everything just so-not-going right - explode, everything is just too late. ORANG YANG BAIK JUST TURNED OUT TO BE A VILLIAN. Masa ni kau cakap lah apa pun, tapi bila kau sudah pasakkan kepercayaan kau tentang satu perkara, its hard to look back. Ni lah yang terjadi kepada si antagonis, dia ingatkan apa yang dia buat tu betul, tapi... Bacalah dulu buku ni baru tahu. Haha.
5. Ending - boleh tak nak cakap pasal ending haha. Okay yang ni teringat ending The Ghost Bride by Yangsze Choo dan mungkin juga The History of Hilary Hambrushina by Melanie Lamb. Karakter ni diuji, ujian demi ujian sampai satu masa dia tak mampu lagi menangis kerana air mata dah kering dan dia redha dengan segala-galanya. No regrets. Everyone will taste dead, and lambat atau tidak itu kerja Tuhan. Buat kita jadi lebih peka dan bersyukur dengan orang sekeliling kita, kadang-kadang kita tak tahu orang itulah yang meninggalkan impak tinggi pada diri kita.
Rekomendasi Pembaca Jenis Apa? Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan mungkin bahan rujukan yang menarik untuk penulis yang baru berjinak-jinak dengan penulisan.
Dalam erti kata yang lebih tepat - buku ini sesuai untuk mereka yang masih mengharap, dan tidak berhenti mengharap dalam mencari hala tuju.
Yang meragukan diri mereka sendiri kerana takut akan perbuatan diri mereka yang akan menyakiti orang lain. Maka buku ini sangat sesuai, kerana ia menyedarkan diri bahawa manusia ni tiada yang perfect, apabila kita pilih satu jalan, kita terpaksa melepaskan satu jalan yang lain, dan kemungkinan jalan yang kita pilih tu mungkin tak sehebat mana, tapi, itulah life, kitalah yang menjadikannya hebat. Kita ada lah satria dalam cerita yang kita karang - okay pinjam judul buku orang lain dulu sebab it speaks my mind 🤣.
Last but not least kepada kak Auni, thank you for the beautifully written book. And kak boleh tak tambah jiwang-jiwang sikit next time 😜 haha. Okay #donecakap.
Peringatan : This is my own review, boleh jadi lain orang lain taste. So just wanna say, I understand if this book not your cup of tea 😉.
An interesting book to read. Jalan cerita menarik and mudah faham cz kalau baca sinopsis pon dia mention tahun 2029 kan, so imaginasi yg tak terlalu berat. First novel melayu lain drpd yang lain yang pernah l baca so far. Brilliant plot twist cz I never thought about it and plot twist dia makes me feel like whaatttttt? Something yang I tak terfikir yg membuatkan I terkesima jap bile baca. Like, Brilliant gile masa nak pecahkan kod tu. hahaha this just my personal review. Not really good at describing but yeah, this book really worth to read. It's awesome.
Cuma ending diaaaaaaaaaaa, can someone explain with that 'puisi'?? 🤣
Sorry I just don't get it. Does he likes Ansar? What the writer trying to say at the ending?
Hahaahhaa I know, I memang loading jap.
Anyway, part ending je I curios. Yang lain was brilliant. Tahnih Kak Auni. For the first time I read your novel, and I instantly loved it. Well Done !! Hope there's more to come !!! Dapat sambungan Koloni (M) pon best jugak. 🙈
Tema masa depan dengan teknologi yang gah mmg selalu buat aku teruja. Cerita yang tak terlalu berat. Cuma betul ke dia mati? Ke ada sekuel ni? Koloni [X] ke pulak? Koloni [R] or Koloni [N]? Kan?
Buat yang minat dengan siri Divergent atau Hunger Games, really recommended.
Terbitan @imanpublication
This entire review has been hidden because of spoilers.
KOLONI [M] – buku ke-2 dari Auni Zainal. Buku ini membawa kita ke masa hadapan. Ini merupakan penulis ke-2 yg mengambarkan Malaysia di masa hadapan tapi dgn perspektif yg berbeza. Penulis memilih tema personaliti sbg subjek utama cerita ini. Memang benar, setiap manusia mempunyai satu personaliti yang dominan. Anda mungkin seorang analyst, empathy, executive atau artist.
SINOPSIS – Ansar tinggal di bazar sejak kecil kerana kekurangan dalam dirinya. TMCC hanya untuk mereka yang sempurna. Ansar tidak pernah melupakan cita-citanya utk menjadi sebahagian dari ahli TMCC. Peluang yg ditunggu akhirnya muncul. Tapi adakah Ansar telah membuat pilihan yg bijak? Semakin lama di TMCC, semakin byk rahsia diketahui. Dia mula ragu dgn pilihannya.
ULASAN – Jalan cerita menarik, watak-watak muncul secara semula jadi, satu demi satu. Pada aku jalan cerita sangat teratur. Watak yg wujud saling membantu antara satu sama lain. Watak wujud dgn tujuan dalam cerita ini. Kemesraan antara Ansar dan Mr. Micheal dpt kita rasanya melalui perbualan mereka. Perasaan Ansar juga dpt digambarkan dlm kata-katanya. Hoody aku rasa watak penting dalam kisah ini. Awal-awal lagi wataknya seperti ada sesuatu. Kemunculan pertama Hoody dlm tren sudah menarik perhatian aku sebagai pembaca. Pada awalnya, aku tertanya-tanya juga, kenapa Ansar yg dikatakan empathy tahap tinggi tidak seperti yg digambarkan. Bila anda baca naskah ini, diakhirnya anda akan temui jawapan, kenapa watak Ansar sebegitu. Ini bukan sebuah novel thriller, jd aku rasakan plot-plot tentera TMCC, pemberontakan Kem Batu dpt dimaafkan. Plot tersebut tidaklah begitu thrill tapi dpt membantu perjalanan kisah ini. Plot twist agak menjadi, tapi aku taknak jelaskan disini, nnt jadi spoiler. Anda kena baca & cari sendiri jawapannya. Mesej utama yg aku dapat dari novel ini ialah setiap personaliti mempunyai kelebihan masing-masing. Kita patut bergabung, saling menyokong utk membentuk negara yg lebih baik & makmur. Setiap dari kita, ada personaliti yg unik. Setiap orang tidak sama dari sudut pemikiran & perasaaan krn manusia mmg diciptakan utk melengkapi bukan dipisahkan.
Buku ini ternyata sangat menarik. You can't stop when you started to read it. Membawa tema Distopia yang memaparkan kisah sains fiksyen. Yeah, i suka novel-novel sains fiksyen.
Koloni [M] berkisar pada tahun 2029 dimana Malaysia sudah tiada dan bertukar kepada TMCC (Tun Mahathir Civilian City). Masyarakat diasingkan mengikut koloni iaitu mengikut personaliti masing-masing menggunakan sistem NVBS:
Koloni M; Empath Koloni N; Analyst Koloni X; Executive Koloni R; Artist
Ia bermula dengan watak utama; Ansar yang dilahirkan tidak dapat mendengar dan bercakap yang menjalani proses serap semula ke TMCC. Ansar tinggal di Bazar. Bazar merupakan penempatan masyarakat yang dibuang daripada TMCC atau mereka yang memilih untuk keluar daripada TMCC. Kerana TMCC cukup sempurna. Segala kekurangan yang terdapat pada diri individu itu, mereka akan dibuang ke Bazar. Bazar berada di pinggiran TMCC.
Setelah Ansar melalui proses serap semula, Ansar dapat mendengar (dibantu dengan alat yang bernama Kom; setiap individu akan dipasang Kom yang akan terus disambung ke otak mereka) dan akhirnya dapat bercakap. Pada asalnya Ansar tidak mengesyaki apa-apa tetapi setelah sesuatu berlaku kepada Danish (kawan yang baru Ansar temui di Koloni R), Ansar mula dapat menghidu bahawa mereka yang membantu proses serap semula Ansar mempunyai niat buruk yang lain.
Cerita bertambah menarik apabila Ansar bertemu dengan Imran dan rentetan peristiwa yang berlaku. Kalau nak tahu cerita dia best macam mana, silalah pergi baca sendiri. Serius best, i tak tipu.
Buku Kak Auni ni selalu lain daripada yang lain. Ada review yang cakap buku ini ala-ala Hunger Games (i tak pernah tengok, so tahu) dan The Maze Runner.
Since i peminat The Maze Runner, i selalu bayangkan makmal dalam Koloni [M] ini macam dalam MR. That anxious feeling pun sama je.
I hope ada sambungan untuk novel ini sebab macam kesian je dekat Imran tu. Sobs.
Koloni is a malay language book that fits into dystopian genre. it’s inspired by divergent where the future society is divided into 4 groups based on their personalities; N: (An)alyst M: (Em)path R: (Ar)tist X: (Ex)utive
I thought the world-building sounded quite cool and geniusly written but the problem is, koloni lays very, very similar to divergent, and since the book by veronica roth already marked itself into such a big name within the book & film industry, anything similar to it would feel unauthentic & copy cat.
-in addition to those, the narration for koloni feels extremely awkward, i personally think the book would be better and more reachable to readers if it choose ‘aku’ as kata ganti diri pertama instead of ‘saya’.
-unreachable and forgettable characters. flat storyline that doesnt pique my interest. i dnf the book around 80% into my reading and just skim through the rest of the book until it ends.
-perhaps, younger readers would find koloni more entertaining than adult readers.
i’m so so so sorry if my review seems harsh but everyone has their own ways of reviewing books, mine has always been bold regardless of the language. macam takut sikit nak bagi low rating untuk buku tempatan tapi harap2 penulis terima kritikan dengan hati yang terbuka ya 🥲.
regardless of my critiques, i’m inevitably glad the writer took the chance and picked contemporary fiction as her next genre because mawaddah ilmi ingin pulang was such a masterpiece material and her writing for that book was far superior than koloni. skip this and read that.
Okay sebenarnya saya tak pandai pun tulis review tapi nak tulis juga sebab buku ni best 😂
Jujur la saya cakap, bila dapat tahu penulis nak terbitkan buku baru, saya jadi excited sebab buku penulis yg sebelum ini - Sekali Lagi memang betul2 lain dari yang lain. Without a doubt, one of my favorite books! Almost instantly, Kak Auni jadi penulis favourite saya. Tapi bila first time dengar tajuk Koloni M, lepastu baca sinopsis pula, pasal personaliti2 ni, rasa macam emm haha nak baca ke taknak haa macam tu lah.
Tapi lepas dah baca, rasa macam wow this is something else. I'm glad I read it. Sampai kadang terbawa-bawa ke dunia realiti. Tiba-tiba jadi berminat nak perhatikan orang and then teka-teka agaknya dia ni personaliti apa? Yang ni pula? Yang tu? Haha nasib baik lah semua tak ada warna mata lain-lain.
Bagi saya buku ni bacaan santai walaupun mula-mula tak ada la santai sangat sebab kena paksa diri sendiri untuk ingat semua terms X, M, N dan R sekali dengan warna dan personaliti masing-masing. Tapi lama-lama bila dah ingat, okay saja.
Overall, buku ni banyak juga plot twist yang menarik, highly recommended, betul-betul page-turner sebab selalunya saya ambil masa lama (paling sekejap pun seminggu lebih) untuk habiskan satu buku yang lagi nipis daripada buku ni, tapi akhirnya saya ambil masa a few days saja untuk habiskan buku ni. Satu lagi, saya suka cara peralihan dari satu bab ke satu bab yang lain dalam buku ni, terasa macam ada slide, sometimes it felt like reading and watching a movie at the same time.
Cuma untuk memudahkan imaginasi, untuk buku-buku dengan premis yang lain dari yang lain seperti dalam buku ni, mungkin boleh diselitkan peta atau apa-apa yang boleh dijadikan rujukan sebab susah juga nak bayangkan kedudukan bangunan-bangunan dan susunan koloni dalam TMCC ni hehe.
Satu lagi yang saya nak puji, saya suka betul bila prolog tu muncul sekali lagi sebagai epilog. Mula-mula terkejut juga like ehh buku ni tersilap cetak ke but even if it was, I'd be glad to have it there. I've never read something twice and felt so good. The whole prologue-epilogue just made sense at the end of the story.
*SPOILER ALERT*
Tapi tapi satu lagii kenapa semua orang penting dimatikannn 😭 Saya harap sangat buku ni ada sambungan lagi lepastu sebenarnya Imran hidup lagi lepastu lepastu hahaha. Okay dah.
Tapi harapnya buku ni ada lagi sambungannya Aamiin 😌
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sejujurnya cover buku ni buat saya rasa tertarik untuk baca. Bila baca tentang setiap orang di bahagikan mengikut character dan hidup di koloni masing-masing, teringat pula cerita Divergent by Veronica Roth.
Buku ni bermula dengan watak Ansar, seorang gadis yang mempunyai masalah pendengaran dan percakapan. Akibat Ansar yang sakit ketika kecil, keluarga Ansar mengambil keputusan untuk keluar dari koloni M dan berpindah ke Bazaar, satu kawasan yang tidak mempunyai akses pekerjaan, teknologi dan kemudahan. Bila Ansar dapat peluang untuk mengubah takdir hidup nya, Ansar terus grab peluang tu dan berpindah ke koloni M.
Manakala, ada watak misteri lain juga iaitu Hoody yang sentiasa muncul di depan Ansar. Watak ni, saya tak berapa nak faham, pemarah dan seperti chipsmore. Dia di kategorikan sebagai X.
Menarik cerita dia, gambaran tentang tempat TMCC yang high tech, manusia hidup mengikut koloni masing-masing. Terdapat 4 koloni yang wujud dalam cerita ini iaitu N( Analyst), M (Empathy), X (Executive), R (Artist).
Ceritanya menarik, penulisan santai dan mudah di fahami. Saya habiskan buku ini, dalam masa beberapa jam sahaja.
Citer dia best tapi banyak betul kesalahan ayat dan tatabahasa serta typo. Aku tak boleh terima betul. Editor ni check ke tak manuskrip ni sebelum diorang publish? Same with Prolog Media banyak tul typo. Permulaan cerita tu susunan ayat macam budak sekolah rendah. Then, bila teruskan bacaan nampak improvement di situ. Good job!
Apa pun tahniah sebab berjaya terbitkan buku ni. Sesuatu yg lain dari yg lain bila bayangkan bandar KL jadi macam dalam novel ni. Aku enjoy cerita dia. Itu jee...
Its been a while. I feel like riding roller-coaster, heart beat faster while reading a book! My mind cant stop thinking, so curious so full of excitement n bdebar je rasa 😂😂😂 #kolonim @auzainal, @imanpublication
"sebab tu lebih mudah untuk bcerita kpd org asing krana dia tidak akn terbeban dgn kisah yg kita ceritakn. Tdak ada hubungan yg akn tjejas selepas bcerita, krana scara asasnya org itu mmg tdk pernah ada hubungan dgn kita" koloni (m) by auni zainal, h. 58 @imanpublication
Akak tolong lah nanti buat sambungan ceritani ya.. Mungkin imran masih hidup? 😂😂😂
Dn selepas buku ni harap harap akak terbitkn lah lagi buku baru 😍😍😍😍
@oyendotcom
This entire review has been hidden because of spoilers.
Seakan serupa novel inggeris. Macam ditiru.... ceritanya tidak asli. Setelah separuh buku, baca dengan laju sebab nak habiskan segera. Sebab hampir bosan. Klise. Tiada kejutan. Hambar? Berbelit. Namun, usaha yang dibanggakan kerana penulisan yang lain daripada yang biasa.... saya tidak suka cerita cinta picisan yang berlambak di pasaran. Novel ini lain dari kebiasaan. Tahniah untuk itu!!!
Sedap cerita ni. Rasa tanak stop baca sebab nak tahu apa jadi seterusnya. Tapi ending dia macam bosan sikit pada aku. Macam nak cepat ke camne entah. Tapi overall sedap la.
Berlatar belakang dystopia Malaysia, kisah seorang remaja bernama Ansar yang ditinggal di tempat bernama Bazar bersama keluarganya. Dalam dunia ini, manusia dibahagi kepada beberapa koloni mengikut personaliti dan tinggal di IMCC. N-Analyst M - Empath R - Artist X-Executive
Disebabkan Ansar mempunyai penyakit saraf, dia tidak dapat melakukan ujian untuk menentukan dia sepatutnya berada di koloni mana. Dan disebabkan itu, ibu bapa dan kakaknya berpindah ke Bazar semata-mata untuk menjaganya. Bagaimanapun setelah sekian lama tinggal di Bazar, pihak TMCC telah memanggilnya untuk menjalani ujian khas memasuki TMCC.
Sejak dari itu, hidup Ansar berubah dan pelbagai ransia TMCC terbongkar yang kononnya tempat ideal untuk manusia tinggal.
Malaysia tapi versi dystopia, cerita ini mempunyai premis yang menarik. Rasanya memang tak boleh lari untuk bandingkan buku ni dengan Divergent. It has similarities but I can say this book has it owns charm. Watak Ansar yang kurang upaya dari segi fizikal tetapi mempunyai hati yang cekal untuk membongkar rahsia TMCC.
Plot twist menarik yang membuatkan buku menjadi face paced and I’m satisfied with the ending.
✔Konsep cerita yang menarik di mana pada masa hadapan, manusia dibahagikan kepada 4 koloni berdasarkan personaliti diri, agak mengambil masa untuk fahamkan basic mengenai 4 koloni/personaliti tu.
✔Jalan cerita yang agak kompleks dan 'action-packed', juga memerlukan masa untuk fahamkan siapa musuh dgn siapa, dan siapa kawan/'ally' dengan siapa, kenapa seseorang watak membuat sesuatu keputusan tu. It definitely kept me on my toes, tertanya-tanya dan terfikir-fikir, siapa sebenarnya yang betul dan siapa sebenarnya watak jahat. Everyone and everything seems so shady when you keep doubting everything that's happening😂😂
✔Heartwarming family-like relationship, walau berlainan bangsa atau agama.
✔Sarat dengan pengajaran yang 'relatable' dan bermakna
✔Penamat yang agak tragis (major characters death😭) dan menyentuh hati.
Like what a fellow reviewer said, buku ni memerlukan daya fikir dan daya fokus yang tinggi, ia agak mencabar, but definitely worth reading.😋
Rasa macam nda percaya dapat habiskan buku ni sehari suntuk. Saya membaca seolah olah saya tengah menonton. Sebuah movie fiksi barat yang penuh aksi, thriller (apa bhs melayunya 😅) dan petualang. Membaca buku ni buat saya terbayang dengan The Maze Runner.
Futuristik. Nampak mcm seolah olah hidup bersama kecerdasan buatan atau AI (artificial intelligence) gen-1. Sebab kakau mcm cyberpunk. Kita dah mcm robot. Tapi yang ni boleh jadi mcm blader runner 2048.
Ada jugak menerapkan nilai murni dan nilai kemanusiaan walaupun diasingkan mengikut personaliti. Ada juga ditekankan dengan setiap tempat atau penduduk ada je politik mereka. Untuk membawa perubahan yang baik amatlah sukar. Kita mungkin ada perasaan tu. Cuma untuk melaksanakannya tu, agak susah.
Ada juga menyentuh hati dan perasaan pembaca. Bom rumah orang awam dekat bazar, memanggil mak tapi jeritan orang lain yang disahuti seolah-olah kita sedang melihat kekejaman syaitan bertopengkan manusia zionis terhadap orsng awam palestine. Sangat sedih dan menyayat hati. Suka buku ini. Terima kasih penulis 🔥.
Cadangan untuk diperbaiki:- 1. Mungkin untuk babak berlawan,mungkin perlu dinyatakan dengan betul dan terperinci.
2. Ini hanya cadangan. Mungkin boleh crossover timeline athena tulisan syeraho
Dialog dan feel cerita serupa filem blockbuster hollywood. You know, the kind of corporate movie that follows a certain formula?
Agak mengecewakan sebab pada saya permulaan sebenarnya bagus dan saya pun suka konsep distopia ni. Tapi over time baca, boleh nampak plot dan pacing fell flat.
Bila dah sampai bahagian tengah dan hujung, lagi rasa macam bersepah.
Well done to the author for her attempt, this concept is definitely a great idea... I just hope in the future, there would be improvement in terms of fleshing out this kind of idea into a well-written story.
Lastly, tolong develop gaya penulisan BM yang betul. Jangan guna frasa Inggeris lepas tu terjemah dalam BM. Ni saya paling sakit baca. Rojak saya boleh terima, tapi kalau idiom terjemah ke BM... sakit. Kita kaya dengan peribahasa, jangan sia-siakan.
Bg aq citer ni bole la...cubaan yg baik tp bole diperbaiki lagi...
1) Describe lebih lg on surrounding or enviroment.. Cth mcm mn rupa Bazaar, TMCC, Kem Batu tu.. 2) Decribe rupa watak utama dan watak sampingan.. 3) Decribe lebih lg action2 yg ada supaya nmpk real and lebih gempak.. 4) Perbykkn lg jln cerita yg byk bermain dgn emosi..kalo sedih..pastikn cuba bwt sesedih yg mungkin...or menggemparkn bila time ada action or plot twist..
Maksud aq descibe secara detail tp x terlalu meleweh smpai jd ngntuk..penulis kena pndai bermain dgn ayat..gunakan lebih byk lg ayat yg indah2...
THIS IS JUST MY OPINION...IN CONCLUSION AQ RASA BUKU NI JLN CERITA DIA MENARIK TP KURG DLM BEBERAPA FAKTOR MCM APA YG AQ CKP TD LA..