Jump to ratings and reviews
Rate this book

Puaka 13

Rate this book
APA ADA DENGAN 13?

Sebahagian penduduk dunia mengimani bahawa angka 13 dikatakan membawa sial, nasib malang, malah sering juga dikaitkan dengan kisah-kisah hantu jembalang.

Kalau kau gementar dengan angka 13, itu tandanya kau menghidap triskaidekaphobia, sejenis ketakutan kepada apa sahaja yang berangka 13.

Naskhah Puaka 13 yang kau pegang ini pula merupakan variasi kisah berpuaka, misteri, kejam, tragis dan absurd yang pastinya membuat jiwa kau perlahan-lahan dimamah ketakutan. Bukan fiksyen semata, cerita benar pun ada.

Semoga kau berjaya menyingkapi hijab dan meneroka ketakutan 13.

Paperback

First published March 1, 2019

1 person is currently reading
18 people want to read

About the author

Puaka Bersekutu

3 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (14%)
4 stars
15 (53%)
3 stars
4 (14%)
2 stars
3 (10%)
1 star
2 (7%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
May 28, 2019
3 kisah. pembukaan kisah yang memang lawak. 1) aduhai mak biah - mak biah yang mendalami watak hinggakan anaknya ingat dia di santau.

ok. seterusnya kisah-kisah yang agak menarik.

2) dorm puaka, 3) kak cerita tentang saya ke tadi?, 4) chempaka haji hasan, 5) misteri banglo kolonial, 6) adi django, 7) kampung misteri, 8) dia hak aku, 9) memburu hantu di istana kellie, 10) terserempak hantu jepun, 11) 299..., 12) dihantui dosa silam dan 13) aku mahu pulang.

kak cerita tentang saya ke tadi? - yang ini elok bagi warden asrama yang kerek baca. ramai yang baik tapi ada segelintir warden yang kerek, malas dan nak ambik mudah je kerja. sampaikan penghuni asrama yang sakit pun tak diendah.

kampung misteri - cikgu amri ni nak sangat berkhidmat di kampung pedalaman. tapi awal-awal lagi dia kena sakat. tulah, tak nak dengar kata. dah diberitahu jangan keluar lepas tujuh malam, kan?

terserempak hantu jepun - tak tau nak gelak ke nak takut. ni kisah budak-budak duduk asrama. malam terserempak dengan hantu jepun. tapi yang bestnya hantu jepun kata 'tomodachi'. ha, pi cari maksud.

eh? nak tau apa lagi kisah, baik korang cari dan baca. takdelah seram mana cuma penceritaannya menarik dan tak meleret. awal-awal dah diberi 'amaran' :-

'minda manusia hanya dibelenggu oleh apa yang dipercayainya. jadi, berhati-hati dengan apa yang kita pilih untuk percaya.'

so, chill. OK?
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
November 14, 2019
13 cerita dari penulis yang berlainan. Kisah chempaka haji hasan, adi Django, kampung misteri, dia hak aku, aku mahu pulang antara kisah yang menarik bagi farah.
Chempaka haji hasan -kisah sidi yang diganggu oleh hantu chempaka yang berdendam dengan susur galur keluarga sidi.
Adi Django - pengalaman seram seorang penulis novel yang menyewa rumah di sebuah kampung untuk menyudahkan penulisan novel seram terbaru beliau.
Kampung misteri - pengalaman misteri cikgu amri yang bercita-cita ingin berkhidmat di kawasan pendalaman.
Dia hak aku - kisah keluarga halim yang diganggu saka ayahnya yang telah meninggal.
Aku mahu pulang - kisah hirman yang masih dihantui roh isterinya. Rupanya ada kisah lain yang menyebabkan hirman masih dihantui roh isterinya.

Menarik. Tetapi masih belum cukup seram untuk buat bulu roma merinding. Farah lebih sukakan novel asrama 13 berbanding puaka 13.
Profile Image for RACHEL.
15 reviews
August 8, 2025
suka sangat buku ni...ada cerita kelakar,misteri & seram
#fun_to_read
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.