Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Kedua

Rate this book
“Tak, abang tak akan ceraikan Fiya walaupun abang kahwin dengan Maya. Abang nak Fiya tahu bagaimana rasanya hidup digantung tak bertali!” – FARHAN

Kata-kata itu ibarat halilintar yang meremukkan hati seorang isteri. Kejamnya Farhan! Sudahlah cintanya dikhianati, kini maruah diri diinjak pula sesuka hati. Perempuan lain mungkin akan menangis dan meratap hiba tetapi bukan dia. Safiya, dalam lembut ada tegasnya. Dalam tenang ada jiwa yang membara. Hati menangis tetapi untuk menunjukkan kepada Farhan betapa lemahnya dia, tidak sekali-kali!

“Abang ingat Fiya takut? Tak, sikit pun Fiya tak takut. Abang nak kahwin, silakan. Tapi, Fiya tetap akan tuntut hak Fiya. Fiya akan lawan di mahkamah untuk mendapatkan kebebasan Fiya!” – SAFIYA

Dua tahun dia berjuang menegakkan hak, akhirnya lafaz talak terucap juga dari bibir Farhan. Dia bebas dan dialah juga janda yang paling bahagia. Sayangnya, bahagia hidup bersendirian tidak lama apabila ketenangan hidupnya diganggu gugat lelaki-lelaki yang masih bergelar suami orang. Digoda Datuk Helmi seorang usahawan kaya dan ternama juga terkenal dengan sikap buaya daratnya bikin dia meluat. Dilamar Khir Izham, COO di syarikat dia bekerja yang juga digelar Mr. Gentleman oleh rakan-rakan sepejabatnya membuatkan dia panasaran!

“Kalau tak cukup, berapa you nak? I sanggup beri berapa saja asal you sudi jadi isteri I. Dua ratus ribu? Atau lebih? You just name it! ” – DATUK HELMI

“Saya ingin melamar Fiya untuk jadi isteri saya.” – KHIR IZHAM

Kuat berpegang kepada prinsip hidupnya dan tidak mahu menjadi yang kedua, ketiga atau keempat, lamaran kedua-duanya ditolak mentah-mentah. Sayangnya, Izham langsung tidak mahu mengalah dan terus-terusan menagih cintanya membuatkan dia akhirnya lelah sendiri.

“Saya janda tapi Encik Izham suami orang. Jadi di ruang mana kita ingin bina bahagia sedang ada orang lain di antara kita?” – SAFIYA

“Boleh tak Fiya jangan fikirkan tentang dia kerana yang penting sekarang adalah kita. Tentang hati dan perasaan kita. Tentang masa depan dan kebahagiaan kita.” – KHIR IZHAM

Mudahnya Izham berbicara sedang sekeping hati milik isterinya itulah yang perlu dia jaga. Nekad, akhirnya dia menjauhkan diri. Namun, masih adakah cinta kedua buatnya andai dia tetap teguh dengan apa yang dipegangnya? Atau mungkinkah kehadiran si bachelor Hairi mampu membina bahagia yang selama ini dia cari?

552 pages, Paperback

Published March 1, 2019

5 people are currently reading
111 people want to read

About the author

Myra Ameer

12 books97 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (41%)
4 stars
36 (40%)
3 stars
14 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
July 9, 2019
Honestly my review will bore u people untuk kali ini. However, not the journey of each characters in this novel. Everyone has a role to play. Dari awal hingga akhir saya sukar nak letakkan novel ni. Lebih banyak watak sweet dan melindungi dari hero kita. Yg cliche, dari dulu sampai sekarang penampilan watak utama, tentu2nya, yg ganteng dan cantik2 belaka.

Kisah manusia usia yg hampir setengah abad dan late 30s jatuh cinta buat kali kedua. Bila baca statement ini, adakah anda akan beri peluang pada novel ini? Honestly, all of us shd. Hanya beza pada umur. Jalan ceritanya tetap macam orang muda. Bezanya, watak2 ini tiada masa bermain tarik tali. Yg penting, masing2 tahu apa yg mereka inginkan untuk terus mengharungi sisa kehidupan yg masih berbaki.

Saya kagum dengan kekuatan rohani kedua2 watak utama. Kecundang dlm rumahtangga tidak membantutkan mereka dari mengecapi bahagia. Safiya lebih suka hidup sendiri bersama anak2 kerana serik untuk berhadapan dengan masalah alam rumahtangga sekali lagi. Khir pula masih mencari peluang kedua bersama orang yg berbeza. Kedua2nya mempunyai anak2 yg amat memahami keadaan ibu dan bapa masing2. Sentiasa mendoakan ibu mereka dan bapa mereka yg tidak pernah rasa atau jarang rasa bahagia, terus mencari kebahagian. Kedua2 watak ada stability in life. Without their spouses, they are able to stand on their own two feet. Mereka juga tegas bila mengambil tindakan.

Watak orang tua gatal menginginkan isteri keempat.
Watak CEO muda yg patah hati setelah di reject berkali2.
Watak hero idaman hati seorang isteri.
Watak seorang bekas suami yg ingin kembali kepada bekas isteri.

Kesemua lelaki di atas ini, meributkan kehidupan Safiya. Kerana status yg di sandang oleh mereka except CEO muda, Safiya tidak ingin memperjudikan masa depannya. Pernah dilukai tak semestinya harus melukai hati isteri2 orang. Dari itu dia cuba mengelak tapi gangguan tetap dtg dan dia di gossipkan kerana hasad dengki manusia.

Ada a few pengajaran yg di paparkan dlm novel ini..bukan sahaja tentang issue kekeluargaan, persahabatan, kecurangan, tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan juga sebagai isteri, tapi pandangan masyarakat dan juga gossip yg berleluasa hingga menjatuh fitnah atas orang yg tak bersalah. Tak lupa juga, kifarah yg harus ditanggung oleh watak2 antagonist.

Jika tanya pada saya, kehidupan Khir amat menyedihkan berbanding Safiya. Khir yg tidak romantik, tidak pandai mengurat, gunakan urusan kerja untuk merai cinta Safiya. Tidak lupa, sentiasa meminta pendapat dari sahabatnya untuk masalah yg dihadapi. Hampir juga dia berputus asa. Hmm..overall sweetlah dia ni. Tak membeza2kan kasih sayang anak sendiri dan anak tiri.

_________*****_________

I just add these here buat peringatan diri sendiri. Its kind of a frequent reflection from this book though.

Cerai - Janda/Duda
It gave us an insight why some chose to be in a relationship even after multiple infidelity done by their own spouse, some chose to hold that unwanted title and some after trying hard to make marriage works, only to give up later on because of unexpected event.

1. Banyak org menggunakan anak sebagai alasan untuk bertahan. Sebab hidup dlm keluarga yg berpecah belah, bagi mereka tidak sihat bagi minda anak2 mereka. Tapi mereka lupa, bila sering diabaikan juga bukan baik bagi membina mentaliti anak2 itu. Apatahlagi sering bertelaga sepasang suami isteri itu bila bertemu.

2. Title tu menyesakkan. Banyak yg akan mengambil kesempatan atas diri mereka dan sebaliknya. Fitnah juga satu hal. Yg penting, kisah janda2 yg buat hal memburukkan pandangan masyarakat.

3. Unable to berdikari sebab umur dah lanjut, tiada mata pencarian to start from ground zero.

4. Tak boleh hidup tanpa lelaki katanya. Ini alasan paling pathetic.

5. Dosa meminta cerai. Walau cerai itu halal tapi ia paling di benci oleh Allah swt. Walaupun poligami itu harus, tapi banyak yg masih tak mampu memikul tanggungjawab ini. Kesudahan, penceraian jadi jln penyelesaian.

Ada benar juga kata Safiya, sedangkan suaminya sahaja dia yg menanggung termasuk beban hutang suami, apatah lagi bila berpoligami. Mkn minum anak bini muda dia juga harus ditanggung nanti. Ooh..tidak, dia bukanlah sangat bermurah hati bila hati sendiri pun tak dapat dijaga.

6. Author juga ada memberi pencerahan tentang perosak rumahtangga orang. Ianya mmg jatuh pada dosa. Saya pernah baca somewhere, suka sesuatu benda dan ingin memilikinya adalah PILIHAN. Jatuh cinta BUKAN PILIHAN kerana perasaan tersebut dtg dari hati yg ikhlas. Tapi yg menjadi DOSA jika kita meletakkan cinta itu dan act on it pada tempat yg salah. Eg : suami atau isteri orang.

Well saya rasa, perkara mcm ini mmg sekarang dititikberatkan kerana kadar penceraian semakin meningkat dan masih ramai yang langgar peraturan dlm pergaulan. Mereka cuma ambil surah2 tertentu untuk menegakkan perbuatan mereka instead of mengaku khilaf mereka dan terus2an melayan nafsu. Easy to say hard to follow.
Profile Image for Eyd1410.
836 reviews22 followers
March 19, 2019
Entah kenapa kalau diberi pilihan, saya lebih gemarkan Memilihmu Kerana Dia. Mungkin konflik MKD agak klise. Tapi klise itulah juga yang saya suka😊.
Cinta Kedua menengahkan tentang cerita cinta pasangan kekasih yang pernah mengalami masalah rumahtangga. Berikutan dgn itulah, Izham dan Safiya cuba utk membina kebahagian mereka sendiri di usia yang kian bertambah.
Dalam Cinta Kedua, kita akan dpt melihat bagaimana Izham berusaha mendapatkan cinta keduanya dari Safiya. Salute dgn Izham yg tidak pernah mengalah dan sentiasa cuba menutup dan menjaga aib isterinya Marina. Sekeliling nampak yg Izham dan Safiya bersalah kerana seolah2 penyebabkan keruntuhan rumah tangga Izham.
Namun disebaliknya, Izham ditipu dan dicurangi isteri sendiri di dalam rumah mereka bertahun lamanya. Dan yang paling tragis bila anak lelakinya excident dan meninggal dunia. Akibat peristiwa itulah banyak kebenaran terbongkar dan akhirnya menjadikan Safiya tewas dgn rasa hati yg dipendamnya selama ini terhadap Izham.
Pengakhiran yang gembira. Namun saya lebih suka part tarik tali diantara Safiya dan Izham disingkatkan sedikit. Overall saya puas dgn pengakhiran yg berlaku terhadap Maya, Farhan dan Marina. Mereka mmg layak menerima nasib sebegitu 👍
Profile Image for Qayiem Razali.
895 reviews85 followers
March 21, 2020
[27-2020]

#CintaKedua #MyraAmeer

Wow, bukan calang-calang penulis mengetengahkan heroin membawa gelaran janda. Pujian wajar diberikan kepada penulis kerana berjaya mengembangkan watak Safiya dengan baik. Bagaimana dia bangkit dari kisah silam dan menjadi perempuan yang kuat. Penulis juga berjaya mewujudkan elemen plot twist berdasarkan kisah Mar, (bagi sayalah). Juga sikap 'gentleman' Izham dalam mendapatkan sekeping hati milik Safiya.

Kesimpulannya, novel ini punya pergerakan cerita yang bagus, dan padat dengan ilmu rumah tangga. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
March 20, 2019
Adakah saya sudah tua bila tersuka dengan hero n heroin kategori berumur 😂.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
December 3, 2019
sebenar ada rasa seram nak baca novel puan penulis Myra Ameer ni. salah satu sebab, cara penyampaian dan penceritaan puan penulis mampu buat pembaca terus melekat dengan segala apa yang dikisahkan. beb, kalau korang rasa nak baca buku cinta best, yang walaupun banyak konflik tapi tidak memeningkan dan juga punya banyak pengajaran, karya puan penulis ini highly recommended!

watak utama safiya, janda anak dua yang sangat kuat semangat. sewaktu masih menjadi isteri pun, segala masalah diselesaikan dengan penuh wibawa termasuk minta cerai dari farhan. buat apa jadi poket doraemon pada suami yang langsung tak bertanggung jawab, ye tak?

janda hot safiya ni. walaupun umur menghampiri empat siri tapi dia tetap vogue dari segi perwatakan dan penampilan. dia tak peduli apa kata orang, apa saja fitnah dan buah mulut orang tentang dirinya. bagi safiya, mencari rezeki untuk anak-anak adalah agenda utama dalam kehidupannya.

izham pula, seorang suami yang setia. punya alkisah yang dia simpan rapi. walaupun safiya menolak lamarannya kerana dia suami orang, tapi dia tetap berusaha meyakinkan safiya yang dia sangat ikhlas.

kedua-dua mereka punya kisah pahit dalam berumahtangga. serius weihh.. terasa sangat geram dengan farhan dan marina. dua watak ini adalah contoh manusia yang tidak tahu bersyukur dan menjadikan harta benda dan nafsu sebagai tunjang utama kehidupan.

takde pun lovey dovey merata. sweet sikit je hujung kisah. ikhlas dan menghargai pasangan lambang cinta antara mereka. tanggungjawab dalam rumah tangga pun sama-sama rasa. bukan semua yang kedua itu tidak baik. peluang kedua pun bukan semua dapat gunakan dengan bijak.

neither 18 nor 19, pokok pangkal hati selari dengan akal fikiran yang waras mampu buat manusia bijak bertindak. if not, hmmm... sendiri mau ingatlah.huru-hara kehidupan, beb!
Profile Image for Mslvoe.
2,133 reviews211 followers
August 23, 2024
Happy ending untuk manusia² yang teraniaya.

Safiya - diceraikan oleh husband sebab curang

Izham - suami yang teraniaya

Bagi F... kisah Izham ni amat menyedihkan. So dia deserved happy ending bersama Safiya.

Banyak cabaran Izham untuk tackle Safiya. Bukan mudah untuk miliki hati Safiya lantaran Izham masih lagi suami orang.

Izham selalu minta nasihat dengan Jamil kawan baiknya. Dan Safiya pun ada Zira yang selalu beri kata² positif.

F kurang berkenan cara Hairi memaksa Safiya untuk berjumpa dengan akaknya. To me Hairi ni syiok sendiri. Dia pun masih muda.

Overall F puashati baca karya ini.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
March 25, 2019
Mempertaruhkan kisah cinta seorang janda yang diminati oleh seorang lelaki yang masih bergelar suami orang, Myra Ameer mengadun Cinta Kedua penuh rasa yang cukup serba-serbi. Kecekalan Fiya telah diperhatikan oleh bosnya di pejabat. Sehingga menimbulkan rasa cinta. Dan kerana kegagalan perkahwinan kali pertama membuatkan Fiya lebih berhati-hati. Bagi Fiya, kehidupannya yang bergelar janda tak ada masalah. Dia masih boleh menjalani kehidupannya dengan baik.

Ini adalah karya ketiga daripada penulis yang saya baca selepas Memilihmu Kerana Dia dan Sesal Separuh Nyawa. Syabas buat penulis. Semoga Cinta Kedua mendapat sambutan.
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
September 14, 2022
Izham and Safiya. Both of them have been through so much. Together, they learn to heal and learn to love. At first memang I musykil sangat dengan jalan cerita buku ni eventhough plot cerita dah boleh diagak. I must say buku ni memberi impak yang besar dalam hati I sebab sangat ii terasa 'real'nya pedih yang dialami oleh 2 watak utama cerita ni. Overall, memang berbaloi lah kalau baca this book sebab memang best, sedih and happy 💌
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
May 1, 2019
Best.. Cuma krn si izham yg sudah beristeri Cuba memikat safeya yg fobia menjadi org ketiga agak meleret. Nasib la awk cerai kalo idok gud bye la izham...
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
June 30, 2019
Benda yang paling best adalah semua orang dapat what they deserved. Suka dengan kematangan hero & heroin, sebab sikap matang dorang lah konflik2 yang ada tak rasa berat sangat. Mungkin sebab masing2 dah berumur & dah lalui macam2 hal.
Profile Image for NKM.
9 reviews
April 17, 2019
Cinta Kedua. Seksa sebenarnya untuk menghabiskan naskhah ini. Rasa seperti didera. Kisah Fiya dan Izham meruntun hati. Betul-betul memberi kesan kepada saya. Dulu, kawan pernah kata 'Eh, kau. Tengok artis tu, cantik macam tu pun kena cerai! Apalah nasib kita ni yang rupa asal ada saja.' Serius sentap.

Tapi, cantik saja tak menjamin kebahagiaan. Fiya, apa aje yang dia tak ada. Cukup pakej tapi Si Farhan merenyam tu masih gatal telur nak berzina dengan orang lain. Dasar lelaki tak reti menghargai. Isteri Si Izham pun samalah, ovari bergetar sedia kalau dengan lelaki lain. Ish, benci betullah.

Jadi, pengakhiran cerita ni sangat memuaskan hati. Padan muka manusia-manusia yang tak reti bersyukur!!!

Terima kasih penulis untuk cerita yang menyedarkan ini.
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
September 20, 2021
NUR ADIRA SAFIYA, KHIR IZHAM, FARHAN, MARINA, ZIRA, JAMIL, MAYA, SYAZRINA, SYAMEL, MARDINA, HAIRI, DAYANA, NADIA, RINI, ZANA, ZAIN, MAK CIK ANI, SAFWAN, NURI, DATUK HILMI

Sudah lebih 15 tahun Safiya berumahtangga dengan Farhan. Selama itu, Safiya yang bekerja sebagai Pengurus Pemasaran dan Pengiklanan terkilan dengan sikap Farhan yang tidak mementingkan perihal keluarga mereka. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Fiya. Jawatan Farhan di dalam sektor kerajaan bergaji lumayan tapi semua habis gara² Maya, kekasih hatinya. Maya adalah janda beranak dua, lebih berusia berbanding Farhan. Farhan kini telah berumur 43 tahun.

Setelah 2 tahun 6 bulan, turun naik mahkamah. Akhirnya, Fiya terlepas dari Farhan secara rasminya. Fiya yang kini berumur 38 tahun. Mereka punyai sepasang anak kembar, Syamel & Syazrina. Gelaran janda yang dipegang oleh Fiya mengakibatkan dia sering menjadi bahan gosip di syarikat. Datuk Hilmi yang telah punyai 3 isteri cuba untuk menjadikannya yang keempat. Hairi anak CEO, Datuk Seri Marzuki 29 tahun juga meminati Fiya. Lelaki paling gentlemen, COO Muhammad Khir Izham adalah antara lelaki yang sangat berusaha untuk memiliki Safiya.

Izham, 48 tahun, telah beristeri, Marina anak kepada orang kenamaan. Namun sejak 15 tahun lepas, hubungan mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Demi menjaga nama baik mertua dan kepentingan anak-anaknya, Izham masih tinggal sebumbung dengan Marina tapi tidak sebilik. Marina curang dengan Izham. Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, Marina mempunyai hubungan sulit dengan lelaki yang lebih muda tanpa pengetahuan Izham. Suatu hari Izham pura² outstation demi memerangkap Marina. Marina bermaksiat dengan kekasihnya, Zain di rumah Izham. Bersaksikan Jamil, mama mertuanya dan ibu saudara Marina, Izham melafazkan talak tiga.

2 tahun yang lepas, Izham ada mengirimkan surat kepada Fiya tanpa pengetahuan Fiya. Kini, dengan kata² semangat daripada Jamil, Izham tekadkan diri untuk mendekati Fiya. Dengan menggunakan pangkatnya sebagai COO, Izham memulakan langkahnya. Pertama kali bersua muka, Izham berterus terang tujuan dia memanggil Fiya. Izham melamar Fiya. Setiap kali Izham mengajak Fiya keluar, Fiya pada asalnya enggang namun entah sekelip mata pendirian berubah dan menurut sahaja. Gosip akan perihal mereka makin hangat di pejabat. Dayana adalah orang yang menyebarkan gosip tersebut. Dayana adalah orang suruhan Marina.

Penceraian Izham dan Marina menjadi topik hangat sehingga Fiya rasa down kerana mereka menuduh dia penyebabnya. Izham mengarahkan Lily, setiausahanya untuk mencari staff yang bertanggungjawab menyebarkan gosip. Secara tiba², Marina datang ke bilik Fiya dan menyerangnya. Kata² provokasi dari mulut Marina menyebakan Izham hilang pertimbangan dan menampar Marina di depan orang ramai. Selepas beberapa hari, Izham meletakkan jawatan. Zira menyampaikan kepada Fiya tentang sebab Izham bercerai. Fiya rasa terkesan kerana dia tidak mengendahkan mesej dan panggilan Izham. Rasa bersalahnya membawa dia ke kondo Jamil, tempat penginapan Izham buat sementara.

Kali kedua Izham melamar Fiya untuk menjadi isterinya. Fiya akhirnya bersetuju. Fiya sebenarnya telah jatuh suka pada Izham tapi sebab status Izham, Fiya menidakkan kehendak hatinya. Mereka bertunang dan bernikah selang beberapa minggu.

Novel ini aku beli tika PBAKL 2019. Arghhh, bertapa aku merindui pesta buku ini.

Biasa kita baca kisah dara dan teruna. Novel ini berkisar janda dan suami orang 🤭 jangan kecam dulu. Ada sebab kenapa suami orang ini jatuh cinta pada si janda. 'Cinta Kedua' adalah peluang kedua yang diperoleh oleh Izham dan Safiya untuk mengemudi rumah tangga dan untuk mengecapi nikmat bahagia walau usia mereka makin meningkat. Comel jer kelahiran Muhammad Khir Idhan. Jarak umur dengan si kembar, hampir 18 tahun dan Mardina lebih 20 tahun.
Profile Image for Diniy Qistina.
191 reviews6 followers
August 13, 2024
Trope: Janda x Suami Orang— eh

Jangan salah faham. Safiya bukan penyondol. Perkahwinan pertamanya pun gagal gara-gara penyondol. Jadi, takkanlah dia pun nak jadi penyondol jugak.

Izham, merupakan COO di syarikat yang Safiya telah bekerja selama berbelas tahun. Sikap Izham yang terlalu berterus-terang ingin mengahwininya saat dia masih bergelar suami orang telah membuatkan dia 'pissed off' dengan Izham. Baginya, “Dasar lelaki. Dah ada satu pun tak cukup. Isteri elok kat rumah boleh pulak dia nak menggatal dengan perempuan lain.” 🙄

Oh ya, Safiya ni boleh dikatakan janda hot kat tempat kerja dia. Tak kira laki muda single, laki orang baya-baya dia atau laki level atok pun ramai pakat dok berkenan kat dia. Makin sengit saingan Izham dengan wujudnya si bachelor Hairi, jejaka yang jauh lebih muda darinya.

Suka sangat apa yang jadi pada bekas suami Safiya dengan isteri baru dia. Beriya sangatkan pergi menggatal dengan janda lain. Kemain duk puji skandal dia tu jauh lebih bagus dari Safiya bla bla bla. Dah kahwin, baru dia tahu mana satu permata dan kaca. Nak menyesal pun dah tak ada guna. Memang puas hati 'tengok' life diorang. Pengakhiran diorang pun puas hati. 😎👍🏼

Masing-masing gagal dengan perkahwinan pertama masing-masing. Belajar dari kesilapan lalu, makanya untuk peluang 'Cinta Kedua' masing-masing menjadi lebih baik. Suka jugak life baru diorang yang jauh lebih baik dari yang pertama. 🥹🫶🌹
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
August 21, 2021
Some people...
Fall in and out of love a few times in life,
But the love that heals the heart is the love you carry for eternity.

Kisah cinta Khir Izham dan Nur Adira Safiya.
Seperti tajuknya, adalah cinta kali kedua.
Cinta yang tidak terjangka akan terjadi
Tetapi sesungguhnya takdir itu melampaui segala urusan tadbir yang disusun untuk hidup.

Bagi Izham, sekian lama dia hidup tanpa senyuman.
Marina bukan lagi penyeri hidupnya.
Dan jangka masa yang sama juga untuk Fiya, dia cuma mahu meneruskan hidup dengan tenang.
Farhan hanya satu kenangan yang ingin dilupakan.
Siapa sangka, ketenangan yang dicari, dihadirkan kasih sayang.
Perkenalan yang dimulakan, diundang rasa bahagia.
Seterusnya, kebahagiaan yang dirasa, dimunculkan cinta.

Saya suka cara olahan AA dalam membentuk Fiya sebagai seorang yang tegas dalam lembutnya peribadi.
Suka lagi cara AA dengan Izham yang sangat sangat tenang, the perfect epitome of what a man should be.
Paling suka, tentulah cara Izham yang tidak berputus asa.
Hmm..baca novel ni sambil senyum, sambil jeling enche suami..kahhh3x !!!

Tak banyak onak duri, saya lebih suka cerita begini.
Tak meleret, semua watak antagonis diselesaikan dengan baik.
Dan yang penting, kali ini novel AA tak tebal hehe.
Seronok dibaca, seronok juga ditamatkan.


Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
January 17, 2021
Ini kisah menduakan cinta! Hati beralih kasih..separuh masih ada sayang, separuh lagi diserah cinta!

Huh...lelaki seperti farhan byk dah sekrng...slh tk pernah ada bila cinta jd sbbnya!

Safiya tdk perlu menunggu jika suami tdk lg setia! Dr sakit hati pedih jiwa, baik berundur!

Berstatus J tentu tk mudah! Tp tk de slh klu menjd J lebih rasa tenang dan senang!

Datuk Helmi dan Khir Izham, memasing mencuba nasib utk dptkan Safiya.

Utk apa jd ke2 ke3 dan ke4 jika menjd yg 1 pun Safiya terluka teruk!

Seorg Izham ni pula tk reti bahasa! Lupa dgn status diri gamaknya!

DIA adalah perancang terbaik! Safiya dan Izham ditemukan sbb takdir jodoh..peluang kedua utk mereka membina bahagia! Jika Safiya ada kisah luka, Izham juga punya kisah duka! Hidup baru utk mereka dgn pengalaman berharga yg sgt bermakna!
Profile Image for Shafiqah Rashid.
6 reviews
April 22, 2019
Another good book to read. Saya suka watak2 di dalam naskah ini. Safiya yang kuat & bukan jenis yang cengeng walau berdepan dugaan yang begitu menyakitkan. Izham yang cool & gentle walau perjalanan hidupnya juga amat melelahkan. Watak Farhan, Maya dan Marina juga berjaya dilakarkan dengan jayanya sehingga saya jadi jijik, benci, mual dan geram dengan mereka tetapi pengakhiran untuk mereka sangat2 memuaskan hati. Selain itu saya juga tercuit dengan watak mak & ayah Safiya.

Bagi saya, walaupun hero & heroin di dalam naskah ini sudah berusia tetapi kisahnya tetap indah. Perjalanan cerita dari awal sehingga akhir juga tersusun cantik dan kemas.

Tahniah penulis untuk kisah yang penuh dengan rasa ini. Memang cukup rempah ratusnya.

Highly recommended!
Profile Image for Adrieana.
37 reviews1 follower
March 1, 2021
SUKA!!!

Ini adalah kali pertama saya membaca dari sebuah karya Myra Ameer. Tak dinafikan dalam buku Cinta Kedua adalah novel yang memberi kelainan kepada saya. Kisah yang membuatkan saya berpikiran matang. Dan ia memberi banyak manfaat yang dikongsikan.

Wujud ke lelaki macam Encik Izham di dunia yang nyata ini? Seorang yang gentleman habis! Penulis memang hebat buat saya kagum dengan Encik Izham.

Safiya pula seorang yang tabah. Kalau bergabung dengan Si Izham memang tak henti henti tersenyum.

Paling saya suka dalam cerita ni adalah watak Jamil. Kenapa? Sebab dia seorang sahabat yang baik! Beruntung kalau ada sahabat macam Jamil.

Untuk Maya dan Mariya? Padan muka ehek.

Itu saja dari saya.
Sekian.

Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
April 4, 2019
Cerita mengenai seorang janda dan seorang suami orang. Ya, macam tak percaya ja masa mula2 baca prolog, terus macam takda mood nak teruskan sebab heroin tu janda (dalam fikiran I, macam cerita ni tak menarik). But people said don't judge a book by its cover, right! So I teruskan membaca, lagi pun ni karya Myra Ameer kot! Then, semakin baca, semakin menarik, ada macam2 perasaan dalam tu. Bila baca, semakin nak tau apa jadi seterusnya. Memang tak sia2 beli buku ni. Nak tau apa jadi? Kena lar korang baca! Memang best!
Profile Image for Nabilah Izzati.
40 reviews
January 6, 2026
Kisah percintaan dan rumah tangga yang diceritakan dengan matang. terkejut juga awal2 bila tahu umur ML & FL dalam buku ni. Tapi penulisan membuatkan saya tak boleh stop baca. Suka dengan ketegasan Safiya bila berhadapan dengan lelaki & sikap Izham yang tak kenal erti putus asa untuk dapatkan Safiya (thanks to Jamil yg jadi penasihat setia)..Dari awal pembacaan, berteka teki dalam otak memikirkan kisah di sebalik Izham ni..

Both of them deserve each other so much......
20 reviews
April 15, 2019
Tiga kali baca dan perasaannya tetap sama. Macam-macam rasa ada. Safiya yang kuat dan tabah. Khir Izham yang cool, calm dan gentle. Walaupun cerita ini mengenai seorang janda tetapi ceritanya tersangatlah bessttttt!!!
194 reviews9 followers
May 31, 2019
Jalan cerita menarik. Okla pendirian tak nak rampas laki org sbb dah rasa peritnya bila suami disondol kroh kroh.
Profile Image for SHdnome.
10 reviews1 follower
March 18, 2021
Best..dah bbrp kali baca..cerita yg menarik..
22 reviews
December 30, 2022
Di permulaab cerita agak bosan bagi saya, ambik masa agak lama untuk dihabiskan
Profile Image for Yumi Teavee.
101 reviews1 follower
January 31, 2024
Khir Izham and Nur Adira Safiya the tersakiti after being someone's husband and wife because of cheating. Ni first time saya baca buku storyline about this. Fall in love dengan Khir Izham sebab gentleman,cool,smart and hensemm. Blushing I.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
212 reviews2 followers
June 20, 2025
3.5 ⭐

Kisah yang agak klise, tentang kecurangan, cemburu, gila talak, makcik² bawang, persis drama akasia jam 7 malam. Cuma kelainan pada ML dan FL yang agak matang dan berusia.

Aku suka cara pengolahan penulis, kemas dan tersusun. Cuma adakalanya aku rasa plot agak draggy, dan aku kurang gemar dengan pengulangan tentang usia ML di penghujung cerita. Betul semakin kita tua, kematian semakin menghampiri. Tapi jangan lupa syarat mati tak semestinya tua. Overall, pleasant one!
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
September 21, 2021
* nak letgo novel ini RM10 termasuk postage . Berminat boleh PM

Agak jarang penulis mengangkat wanita berstatus ibu tunggal sebagai watak utama namun naskhah ini memang menarik . Pengorbanan seorang ibu tiada tolak bandingnya . Naskah yang menarik untuk dibaca..tahniah penulis 👍👍💪
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.