“Aku tidak pernah khuatirkan apakah doaku akan dikabulkan ataupun tidak, tetapi apa yang lebih aku khuatirkan adalah aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa.” (Saidina Umar Al-Khattab)
"Ikatan Islam itu akan terbatal satu demi satu apabila ada generasi yang dibesarkan dalam Islam tetapi dia tidak tahu masa Jahiliah itu. - Saidina Umar Al-Khattab r. a." - Ustaz Wadi Annuar, Andai Umat Ini Hidup Seperti Umar Al-Khattab . 🔻Buku ini membawa pembaca untuk mengenali siapakah Saidina Umar dan mengapa kita harus mencontohi beliau. Buku ini juga mengupas keperibadian Saidina Umar daripada sebelum beliau memeluk agama Islam, semasa menjadi pendamping Rasulullah dalam perjuangan jihad dan dakwah sehinggalah semasa beliau menjadi khalifah yang dilantik selepas kewafatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. . 🔻Semasa membaca sirah nabi, nama Saidina Umar sering muncul untuk memberi pendapat yang bercanggah dengan pendapat para sahabat-sahabat yang lain. Keperibadiannya jauh sekali berbeza dengan Saidina Abu Bakar yang begitu lemah lembut. Namun, Rasulullah dan para sahabat pada ketika itu sangat menghormati pendapat Umar dan akhirnya meyakini pada setiap apa yang disampaikan oleh Umar. Di dalam buku ini ada dijelaskan mengapa dan ianya kerana Saidina Umar adalah hamba terpilih (selain nabi dan rasul) yakni Allah telah memberi keistimewaan terhadapnya melalui ilham yang dibisikkan ke dalam jiwanya lalu menyampaikan firasat dan gerak hatinya. Beliau juga merupakan salah seorang penulis wahyu. . 🔻 Saidina Umar adalah manusia lelaki kedua yang dikasihi Rasulullah selepas Saidina Abu Bakar. Ini kerana, beliau mempunyai nilai-nilai akhlak yang perlu dicontohi terutamanya kepada pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar pada zaman kini. Umar sangat terkenal dengan sikap adil, bertakwa dan bertawaduk. Walaupun menjadi insan terpuji, beliau memilih untuk sentiasa merendahkan diri dan kekal tunduk kepada Allah SWT. Di dalam buku ini ada diceritakan bagaimana beliau memerintah dengan nilai-nilai akhlak nya yang juga menjadi contoh kepada orang-orang disekelilingnya. . 🔻Generasi masa kini sememangnya harus menjadikan Saidina Umar sebagai inspirasi kita untuk menjadi umat yang cemerlang di dunia dan di akhirat. . #azurachanreads #bukujunkie #andaiumatinihidupsepertiumaralkhattab #ustazwadiannuar #bookjunkie #bookaddict #booklover #bookish #ramadanreading #bukutarbiah