Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kronikel One Piece: Sejarah di Sebalik Manga

Rate this book
"Tekad yang diwarisi, impian seseorang manusia dan peredaran waktu; Selagi manusia terus mencari erti kebebasan sejati, tiga perkara itu tidak akan sekali-kali dapat dihalang." – Gol D. Roger Si Raja Lanun

Seiring peredaran zaman, tamadun manusia mengalami perkembangan dalam pelbagai lapangan ilmu termasuklah ilmu perkapalan. Hal ini membolehkan ombak laut ganas yang menggulung setinggi gunung dapat dijinakkan. Lautan luas kemudian bebas diteroka. Jalan laut yang rancak dibuka sekaligus kian membudaya perdagangan maritim sehingga terbentuknya kuasa-kuasa talasokrasi yang saling berebutkan kemasyhuran, harta-benda dan tampuk pemerintahan dunia.

Percaturan geopolitik ini menuntut setiap kuasa besar untuk menubuhkan armada perang tersendiri. Persenjataan laut juga tidak ketinggalan mengalami kemajuan dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi pada era peralihan dari Dunia Lama ke Dunia Baru. Arena pergelutan di lautan ini tidak hanya melibatkan kelas tentera sahaja, tetapi turut direncahkan dengan kehadiran para lanun yang membawa aneka misi dan personaliti.

Dari lanun budiman hinggalah lanun psikopat. Dari semangat mengejar harta-karun hinggalah mempunyai impian untuk menubuhkan republik lanun. Calit-calit sejarah yang dititipkan oleh mereka; para lanun sejak sebelum era Julius Caesar hingga abad ke-21 ini mencetuskan sejuta inspirasi kepada ribuan karya, termasuklah One Piece.

Meneladani budaya pemahir-pemahir teori siri 'Budak Getah' sambil seupaya mungkin menuruti piawai penulisan akademik, naskhah ini cuba menguis langsir hiburan dan menyuluhkan lensa ke arah dua pemain teater ilmiah dalam magnum opus Eiichiro Oda ini; iaitu sejarah dan biografi dunia lanun.

Paperback

First published March 1, 2019

9 people are currently reading
32 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (35%)
4 stars
15 (29%)
3 stars
17 (33%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,114 reviews
September 27, 2020
Tak pernah baca manga One Piece pun aku rasa boleh layan buku ni sebab lebih kepada kisah sejarah lanun. (Aku pernah follow sampai arc "Kurohador" je)

Anda tak baca One Piece tapi minat filem Lanun Karibean pun sangat sesuai baca buku ni.

Tapi, berhati-hati jika anda berminat untuk baca One Piece suatu hari nanti kerana terdapat agak banyak spoiler dalam buku ni.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
May 8, 2019
Seperti juga buku Naruto, bahagian terakhir paling menarik bagiku. Buku ini menceritakan sejarah lanun-lanun yang menjadi inspirasi bagi watak dalam One Piece. Paling aku kagum dengan lanun-lanun perempuan. Mungkin sebab aku tak pernah dengar perempuan pun ada jadi lanun kot.

Tahniah penulis dan penerbit. Membawa ilmu dari konteks manga. Kita boleh nampak la macam mana serius nya orang Jepun lukis komik pun banyak rujukan.
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
December 28, 2019
Buku ini bukan sekadar kisah lanun yang menjadi sumber inspirasi watak-watak dalam One Piece tetapi juga riwayat lanun realiti. Ada diantara lanun realiti ni asalnya dari keluarga bangsawan. Selain itu, buku ni turut menyelitkan mengenai nama dan jenis-jenis senjata yang digunakan oleh lanun pada ketika itu.

Sebagai peminat One Piece, tak rugi membacanya.
P/s: patut Alvida tu cantik sebab realiti pun dia memang cantik
Profile Image for Widura.
20 reviews1 follower
February 28, 2024
Naskah ini saya temui di medan Shopee. Adalah satu tarikan apabila kandungan Manga menjadi ilham kepada seorang penulis untuk melahirkan sebuah karya bukan fiksyen. Saya memesannya kerana harganya yang murah kerana buku dianggap lama (maka tergolong sebagai clearance).
Animasi One Piece hanya saya ketahui daripada anak-anak yang menonton. Sirinya berjumlah lebih 1000 episod. Tidak mungkin saya mampu menonton kesemuanya. Kebetulan Netflix pada ketika itu baru menayangkan musim pertama siri tv One Piece sebanyak 8 episod, yang dinilai setinggi 8.4/10 oh IMDb sekaligus menjadi jalan pintas untuk saya mengetahui tentang siri terkenal ini.

Akhir-akhir ini, terbangun pula minat saya terhadap dunia pelaut dan lanun. Sebelum2 ini saya memang meminati siri Pirates of Caribbean dan filem Titanic, mungkin sahaja kerana filem tersebut memang menarik. Setelah membaca beberapa karya Tere Liye yang berlatarkan laut, kapal, pelayaran, kelasi, dan para lanun, minat tersebut semakin mendalam. Malah terdapat beberapa karya Andrea Hirata yang mengandungi sedikit kisah pelaut, kapal, dan lanun. Pembacaan lanjut tentang sejarah Melayu menegaskan bahawa nenek moyang bangsa Melayu adalah pelaut tangguh, sekaligus menjelaskan mengapa kisah-kisah seumpama ini menarik perhatian saya.

Naskah ini menawarkan sejarah, terminologi, jawatan, peranan, dan senjata lanun pada bahagian pertama yang memperkenalkan dunia lanun. Bahagian kedua menghuraikan riwayat lanun realiti yang menjadi inspirasi beberapa watak dalam animasi One Piece seperti Olivier Levasseur (inspirasi watak Gol D. Roger),William Kid (inspirasi watak Eustass Kid), danXu Yabao (inspirasi Scracthmen Apoo)

Sejarah lanun menawarkan kisah pengembaraan, pemberontakan, dan kelangsungan hidup, sekaligus memberikan pandangan tentang pengalaman manusia semasa zaman huru-hara. Meneroka naratif ini boleh menjadi pendidikan yang menghiburkan sekaligus memahami arah aliran sejarah, dinamik masyarakat, dan fenomena budaya yang lebih luas.
Profile Image for Hafeez.
687 reviews6 followers
October 12, 2021
Sebenarnya, jangkaan aku untuk buku ini agak tinggi sebab Alegori Naruto dah berikan satu pengalaman membaca yang lain daripada yang lain. Tapi, bila aku baca buku ni, jangkaan aku meleset. Terlalu banyak fakta sejarah berkenaan dunia lanun sebenar berbanding kisah lanun dalam dunia One Piece.

Dalam siri One Piece sendiri banyak isu-isu dalam dunia sebenar yang diketengahkan contohnya isu korupsi (Arlong Park), revolusi (Alabasta), xenophobia (Shandora-Skypiea), rasisme (Fishman Island), perhambaan (Celestial Dragon), pandemik (Flavence), genosid (Ohara), perkahwinan politik (Big Mom Pirates-Germa Kingdom) dan isolasi negara (Wano). Kalau penulis dapat kupas isu-isu ni aku boleh bagi 'thumbs up' untuk naskhah ni.

Aku boleh bagi pujian untuk Bahagian Ke-2 buku ini yang membincangkan berkenaan riwayat hidup lanun dunia sebenar dan perbandingannya dengan watak-watak lanun dalam One Piece. Secara keseluruhannya, buku ni sederhana sahaja pada pendapat aku.
Profile Image for Wan ‘Mokka’ Faris.
23 reviews
July 21, 2024
Dari POV fans One Piece, buku ni x sesuai ya untuk orang yang masih lagi nak catch-up dengan manga atau anime One Piece. Kecuali la kalau korang x kisah pasal Spoilers yang bakal ruin any plot twist from the show. (Chapter 917, Episode 853).

Buku ni jadi lebih interesting bila aku baca dari perspective ingin tahu akan sejarah perlanunan dengan jadikan One Piece sebagai rujukan. Lanun sebenar akan guna kapal2 jenis sloop, brig, brigantine, bark, jong, etc. Kapal2 ni pula kita boleh power scale dengan berapa buah meriam yang ada atas kapal tersebut. Didalam buku ada disebut kapal Queen Anne’s Revenge, kapal Edward ‘Blackbeard’ Teach(lanun famous yg x diperinci dalam buku) mempunyai kekuatan 40 laras meriam sementara kapal lanun kecil kebiasaannya mempunyai hanya 10 laras meriam. Kalau dalam dunia One Piece kita ada Shichibukai, dalam dunia sebenar kita ada privateer atau buccaneer, dimana lanun akan diberi kebenaran oleh government untuk melanun kapal musuh.

Untuk sesiapa yang dari background fans One Piece dan nak baca buku ni, aku recommend untuk mulakan bab 2, 1 dan akhiri dengan bab 3. Sebab dari bab 2 kita boleh cross reference knowledge One Piece kita dengan apa yang buku ni nak sampaikan.
53 reviews
September 22, 2020
Menarik gak. Dapat tahu pasal sejarah lanun yg sebenar
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
February 7, 2021
Tajuk menarik...dan peringkat awal sgt menarik ...tapi separuh daripada buku menceritakan watak di dunia sebenar agak membosankan dengan fakta yang semua sekali nk masukkan menjadikan buku ni terlalu berat untuk bacaan santai.
Profile Image for Nurul Shahzira.
59 reviews
July 27, 2021
maklumat yang baik dan sejarah yang menarik tetapi gaya penulisan tidak menarik. tak tahu kenapa cuma rasa gaya penulisan dan struktur ayat penulis bagi perasaan janggal dan tidak menarik minat. tapi baca jelah sampai habis haha disamping itu ada satu bahagian ni tergantung atau terputus kat tengah tengah. tiba tiba mula subtopik kat perenggan baru. tapi tak ingat pulak muka surat berapa.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.