🌟🌟🌟🌟 (4/5)
tags: syirik, khadam, puaka
Tiga buah kisah seram melibatkan kafe hipster digarapkan di dalam sebuah buku. Kisah-kisah seram puaka yang menghantui kafe-kafe tersebut dan bagaimana keserakahan manusia akhirnya membawa padah kepada waris-waris keturunan. Apabila manusia lebih yakinkan syaitan berbanding Allah yang satu, maka wujudlah perjanjian di antara manusia dan syaitan yang tidak mungkin diputuskan.
1. Pusara Pusaka✨
Mengisahkan tentang Puteri Sara, seorang blogger dan perjalanannya ke Ipoh untuk meneroka kafe-kafe hipster yang menarik untuk disajikan kepada pembacanya. Tanpa disedari, kehadirannya ke Pusara Pusaka Kafe membangkitkan kembali puaka yang telah lama mendiamkan diri sejak bertahun-tahun lamanya.
2. Warkah Untuk Rafeah✨
Sebuah mesin taip lama dipercayai terdapat puaka yang dikunci di dalamnya. Hakim yakin puaka tersebut milik keluarganya, tetapi dia buntu harus berbuat bagaimana sehinggalah kehadiran Aziz ke kafenya bagaikan memberi sinar buat Hakim untuk meleraikan ikatan di antara mesin taip tersebut dan puaka milik keluarganya.
3. Pelaris Uwan Besah✨
Maccandarra Cafè merupakan impian Syafa sejak sekian lama dan dia gembira apabila impiannya akhirnya tercapai. Zara, si yatim piatu berbesar hati membantu rakannya menguruskan kafe tersebut. Lama-kelamaan, prestasi kafenha semakin merosot dan Zara sekali lagi menawarkan diri untuk membantu rakannya keluar dari masalah yang membelenggu kafe tersebut hingga tanpa disedari harapkan pagar, pagar makan padi.
Jalan cerita yang fast-paced dan boleh dihabiskan in one sitting. Antara ketiga-tiga cerita, aku lebih sukakan kisah yang ketiga, iaitu Pelaris Uwan Besah sebab konsepnya berbeza sedikit berbanding dua kisah lagi walaupun ketiga-tiganya adalah cerita klisè yang berputar di dalam masyarakat kita.
Kenapa 4 bintang🌟?
Disebabkan ini adalah sebuah novelet, rasa tak puas baca semua cerita terpaksa diceritakan seringkas mungkin. Tak sempat nak rasa suspens, thrill, dan perasaan-perasaan yang sepatutnya wujud bila baca cerita seram 😅