Sejak bila rawat hati dah jadi skop kerja dia? Syah rasa nak tampar mulut sendiri bila dia dah berani jual ayat acah-acah lelaki nak mengayat. Ini semua Hantu Kina punya pasal. Dulu, satu calon pun dia tak berkenan. Bila hati dah mula sangkut, Hantu Kina tak kasi peluang langsung.
" Saya ni bukan macam perempuan lain yang boleh awak gulakan sesuka hati." - Mujahadah
" Bila masanya saya gulakan awak? Saya ni bukan spesies lelaki yang suka berjanji tapi tak tepati." - Syah
Kekurangan yang ada pada diri sendiri membuatkan keyakinan Mujahadah carik untuk menerima sekeping hati. Namun, sejak mengenali Syah... dia tidak tahu jampi cinta apakah yang telah menyampuk dirinya. Mahu ditolak jauh Syah, jiwanya pulak dah tersimpul kuat dengan lelaki itu. Atas tiket kesediaan, mereka menjadi kekasih halal yang sebenarnya. Tanpa disedari ada rahsia yang terbongkar dan mengubah cinta mereka mejadi dendam.
" Cerita apa ni, Adah? Abang tak faham." - SYAH
" Jujur! Itu yang Adah nak! Just tell me the truth! Apa yang susah sangat nak buka mulut sedangkan benda tu dah ada dalam fikiran abang? Ada dalam hati abang!" - MUJAHADAH
Separuh hati mengaku kalah dan ingin melangkah pergi. Tetapi, mengapa separuh lagi memilih untuk bertahan? Mampukah sebuah kepercayaan dikembalikan setelah ia dirobek begitu kejam? Sampai bila sumpahan dendam itu akan berakhir? Satu hari, akan ada seseorang yang ditakdirkan untuk menghapus kisah silam. Mengakhiri kenangan pahit.. menjadi akhir cerita yang indah. Sampai akhirnya kebencian itu berubah menjadi percikan cinta yang abadi.
𝐒𝐞𝐩𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐀𝐤𝐮 ni mengisahkan kisah cinta Adah dan Syah. He fell first and harder. Dua dua watak ini diciptakan untuk menjadi manusia yang kuat 💪 walaupun banyak ujian yang ditempuhi. Tapi manusia tak lari dari kelemahan masing-masing.Dua dua boleh tahan melangitkan ego. Tapi tak selamanya jadi api 🔥 Bila sorang jadi api 🔥 sorang jadi air 💧 Begitu juga sebaliknya.
Dalam ni juga banyak menekan tentang ketuhanan 🤍 Hubungan manusia dengan Pencipta. Dan juga hubungan manusia dengan manusia.
🔑Adah pernah kemalangan sehingga kaki dia tak boleh berjalan. Harus ikuti rawatan terapi untuk kaki. Yang tolong rawatnya adalah Dr. Emir Syah. Dari situ mulalah love trope doktor dan pesakit.
🔑Sampailah ke tahap Emir lamar Adah untuk jadi isteri. Mulalah satu per satu rahsia Syah terbongkar hingga menyebabkan Adah mula yang lemah lembut bertukar jadi kasar. Bahasanya yang bagaikan sembilu. Menyalahkan takdir. Menyalahkan seorang budak yang menyebabkan dia menderita tak boleh berjalan.
🔑Adah tak nampak hikmah di situ. Walhal, Allah dah bagi dia berjalan semula. Manusia kan? Sedikit sekali rasa bersyukur. Dalam Al-Quran pun dah tertulis. Manusia yang sedikit bersyukur dan kuat membantah.
🔑Pada masa yang sama, Syah menyembunyikan dirinya dihidapi satu penyakit yang jarang orang kena. Tuhan nak uji dekat situ Adah setia tak sepertimana setianya Syah.
Latte suka penceritaan ceritanya. Emosi tak rollercoaster sangat. Cuma rasa sebak 🤏 bila melayan ego Adah dengan Syah. Tapi sayang, typo dalam buku ni terlalu banyak dikesan seakan-akan tidak disunting oleh para editor. Tanda baca pun ke laut. Tapi alhamdulillah, Latte berjaya habiskan ceritanya.
Recommended kepada peminat novel genre islamik cinta dan kekeluargaan. ✅✅✅