Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kesumat

Rate this book
Berdosa - bertaubat - perbaiki diri - buat dosa yang lain pula.

Itulah manusia. Tidak pernah maksum.

Miskin tidak terkecuali. Menyalahkan orang lain atas takdir yang menimpanya. Mulut orang lain mencerca, Ruji dibelasahnya. Hingga sampai satu saat, Miskin dikurniakan sesuatu yang sudah lama diimpikan. Dia berubah 360 darjah. Menjadi sebaik-baik suami. Namun, sesuatu berlaku. Miskin kembali berdosa. Bila perbuatannya terbongkar, tiada lagi maaf baginya.

Bang!
"Checkmate!"

443 pages, Paperback

Published February 1, 2019

1 person is currently reading
5 people want to read

About the author

Tajul Zulkarnain

8 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (5%)
4 stars
14 (73%)
3 stars
3 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
February 19, 2019
kali ini penulis lari dari kebiasaannya dalam 3 novel terdahulu. kalau dulu penuh dengan twist, watak yang kecelaruan identiti kali ini lebih pada perasaan dendam yang menghuni hati. dari mula percikan perasaan dendam hingga munculnya marak bahaya bahana dendam.

tajuk pun dah kesumat, kan? ruji seorang isteri yang berpelajaran menghambakan diri pada miskin, si suami yang awalnya berdendam dengan nama sendiri. baginya impak nama miskin tu boleh buat dia sama seperti namanya. tukar pada panggilan ken. kaya, berharta tapi sangat miskin jiwa. miskin juga kau rupanya ya? memang geram baca bila ruji lumat dibuli. eh miskin, kenapa isteri dilayan begitu? cemburu gila babi betul pun ya miskin ni.

teruk ruji didera mental. macam-macam tuduhan. tapi ruji sangat kental walaupun pada mula dia terasa juga bila dilempar macam-macam kata nista dari miskin. hisham tempatnya mengadu. walau macam mana teruk miskin mendera mentalnya tapi dia tidak pernah nak ceraikan atau pukul ruji. hinggalah bila syukri membuat onar dan ruji tidak mahu memaafkannya.

kesumat ni makan tahun. ruji, walaupun mengandung selepas itu dan dijaga sangat baik oleh miskin tapi hatinya berat mahu memaafkan. penulis tahu nak sakitkan hati pembaca. diberinya pembaca tertanya-tanya, kenapa ruji begitu. walaupun dia baik dengan miskin, walaupun dia boleh bercakap seperti biasa dah dengan miskin, tapi seperti ada yang tak habis... miskin ni ada lagi satu sifat lain yang sangat buruk. tamak. sebab sifat itu haa.. makin berpanjang kisah dalam pergolakan isu perniagaan. tak cukup itu, berkait pula dengan keluarga. sanggup miskin... err... aduhai...

satu lagi yang penulis ketengahkan, tentang ikatan adik beradik. terutama kembar ni, mereka punya satu telepati halus. cubit paha kanan, paha kiri pun terasa. haa.. gitulah gayanya. tidak terlalu menekankan yang ekstrem tapi gaya penulisan dan olahan pun mampu buat pembaca sakit hati, marah dan eeiii... baling dengan batu pada mujahid dan nisha tu boleh tak? dah. tutup buku. sakit hati dah ni. sian nizar...
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
March 27, 2020
2nd book utk cuti pkp ni.

First of all, ni first time baca karya Tajul Zulkarnain ni, tu pun kawan yang bagi hadiah, and for me, buku ni best, xboleh letak bila dah start baca.. Dah lama xbuat kerja xtido malam sebab nak baca buku... and buku ni berjaya buat aku tak tido malam balik, and i manage to finish reading it in 2 days.

Ok, back to the book.

Isu utama yang penulis bawak ialah kabel, kuasa kabel. Zaman sekarang, nak hidup senang, nak dapat kerja, nak itu nak ini semua orang guna kabel. Halal haram letak tepi, sadis betul. Dari permulaan sampai akhir, memang tak lari dari isu kabel.

1) Majlis makan2 dekat rumah miskin di permulaan kisah - sebab dia nak dapatkan kabel.
2) Dia hampir nak gadaikan maruah si isteri - nak hapatkan kabel jugak
3) Paling sadis, dia jual anak sendiri, sebab kabel.
4) Nak kurangkan tempoh hukuman Nizar sebab membunuh - pun guna kabel.

Watak utama - Miskin.

The ugly side of Miskin :
1) Dari awal lagi, dia benci ayah dia sebab bagi nama Miskin dekat dia. Sebab dia rasa nama tu akan influence hidup dia.
2) Aku rasa Miskin ni, dia sayang je isteri dengan anak dia, tapi kadang2 sebab tamak haloba lebih dekat kekayaan, dia buat tindakan yang tak semengah dan tak masuk akal, which is tindakan2 tu sebenarnya yang buat dia menyesal sepanjang hidup dia.
3) Dari sudut pandang isteri dia, even Miskin dah berubah jadi suami mithali lepas 7 tahun diorang kawin, deep down dalam hati, dia tetap tak dapat maafkan Miskin walau masa tu hubungan diorang dah baik, so maknanya ada lagi dosa2 miskin yang buat dia rasa macam tu, tapi dia tak tahu dosa apa.

Watak lain.

1) Ruji - aku suka watak isteri Miskin ni. Bagi aku watak dia rare.

Dia bukan tipikal isteri yang tunduk dekat suami kalau suami tu buat macam2 dekat dia. Menjawab banyak jugak si Ruji ni.

Biasa kalau cerita yang suami dia watak ego melangit macam Miskin, wife dia dah tunduk dan patuh je.

Dari awal cerita, Miskin yang suka checkmate kan dia, tengok last, dia yang checkmate kan Miskin, so diorang win-win

2) Mujahid - yang ni aku silap dari awal, ingatkan dia seorang usahawan Melayu yang beriman, rupanyaaaa... Huhu

3) Hisham - kawan yang baik, tapi terpalik sama dengan masalah akibat kawan dia jahat.

4) Amanda - watak aku paling suka, doktor yang banyak bunyi. Tak pernah kalah, dia punye weapon adalah kepakaran dia, yang buat orang akan kalah dengan dia. Si Miskin yang ego melangit pun kalah bila Amanda dah start ceramah kesihatan dia. Haha

And last but not least, aku suka telepati antara Tuah dan Nizar.

Tq author for such a wonderful story. I like your style of writing. Nanti nak cari lagi novel2 yang lain.

Untuk orang yang bagi hadiah, tq sebab dah kenalkan saya dengan novel Tajul Zulkarnain.

Arigatoo...!
Profile Image for Nor Azzah.
Author 9 books108 followers
May 9, 2021
Isu zuriat. Didambakan ketika belum punya. Diabaikan setelah ada.

Dunia perniagaan. Sanggup buat apa saja demi menyelamatkan perniagaan.

Kawan yang baik akan sentiasa ada ketika diperlukan. Menjaga dan membantu di saat keluarga terdekat sendiri menghancurkan.

Penulis bermain dengan banyak 'plot twist'. Apa yang kita jangka tidak sama dengan apa yang dilakar penulis.
2 reviews
April 1, 2019
Pengakhiran yg memuaskan hati!!! Best buku ni sakit hati memanjang je baca!
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review1 follower
January 24, 2020
bagi pendapat saya,kesumat adalah satu cerita yang menarik. melibatkan rumah tangga antara suami yang kejam pada isteri pada mulanya. hanya disebabkan 7 tahun perkhawinan mereka belum dikurniankan cahaya mata. si suami juga seorang yang mementingkan duit dan sanggup membuat apa seja asalkan perniagaan berjaya. setelah mendapat apa yang selama ini diimpikan, si suami mulai berubah tetapi jika seorang yang berhati memikirkan wang semata-mata. apa sahaja dilakukan walaupun menyebabkan nyawa tidak berdosa. buku penuh emosi dan terdapat plot twist dipengakhiran cerita, sarat dengan emosi ketika membacanya. tahniah penulis dapat hasilkan karya sebegini, memang kesumat langsung.
Profile Image for Lynna Hanaa.
33 reviews
March 28, 2023
Pertama kali baca karya TZ. Berbeza & byk perkataan2 baru yg jarang digunakan. Miskin sebenarnya dia mmg miskin. Miskin dari kasih sayang, miskin utk ihsan & miskin tak berperasaan. Miskin kaya dgn keegoan, kaya dgn dendam & kaya dgn muslihat. Keseluruhanya best cuma tak suka cover novel dan yg paling tak puas hati kenapalah Miskin hidup, lebih baik dia mati aje. Geram tau. Sepatutnya Hisham lah yg layak bersama dgn Ruji...
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
492 reviews45 followers
September 26, 2022
Buku pertama yang SH baca dari Tajul Zulkarnain. Buku yang mengisahkan kisah hidup sepasang suami isteri Miskin dan Ruji.

Ruji seorang isteri yang sering menjadi mangsa penderaan suaminya. Namun dia wanita kuat yang tegar menghadapi cubaan.

Miskin sang suami yang teruk. Memang red flag sangat-sangat. Tak sesuai dibuat suami. Sakit pulak hati bila baca perangai Miskin ni. Mental abuser. Ruji diseksa bukan dari segi fizikal tapi mental yang cukup terdera oleh mulut dan kelakuan sang suami. Bermulut lancang dan merendah-rendahkan Ruji lagi lagi di khalayak ramai. Semakin orang memandang serong pada sang isteri semakin dia berbahagia.

Awal sampai tengah cerita agak perlahan kerana lebih kepada character building. Memang buat darah menyirap je kat si Miskin ni. Nasib takde depan mata.

Pertengahan cerita plot semakin menarik. Makin banyak pulak watak yang buat SH rasa sakit hati. Kiranya baca buku ni penuh dengan sakit hati je. Sweet muit memang takdelah. Hati tu berdarah je rasa. Geram sangat.

Pengakhiran dia agak sadis sikit tapi oklah bagi SH. Yang penting buku ni memang kalau nak rasa sakit hati, jantung, limpa semualah memang sesuai sangat baca. Memang patut tajuk dia kesumat sebab dah habis baca rasa macam berkesumat je hati ni dengan watak-watak dalam novel ni.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.