‘Berkolaborasi’ dengan Zain Arash sampai lelaki itu sanggup memberi cincin? Ingat bercinta ni sama dengan berbusiness? Peliknya, Miya Adeena tidak sedar bagaimana boleh terpikat dengan lelaki itu.
“Tak baik marah-marah. Jom kita pergi masjid kat depan tu. Hari ni kita dirikan solat, siapa tahu hari lain kita dirikan masjid pulak.” ~ Zain Arash
Begitu pun, Miya memulangkan cincin itu kerana mahu Arash menghantar rombongan rasmi. Malangnya sebelum lelaki itu tahu hal sebenar, dia terlibat dalam kemalangan. Adiknya, Haris meninggal di tempat kejadian sementara isterinya parah. Empat bulan berlalu, tiba-tiba Miya menerima berita Arash berkahwin dengan bekas adik iparnya. Meskipun terluka, Miya reda dan memulakan kehidupan baharu. Namun, kehadiran jejaka ofis sebelah membuat dirinya libang-libu.
“Kenapa tak beri peluang kat saya dan hati awak, Miya? Kumbang bukannya seekor. Terlepas kumbang ladybird, kumbang tanduk ada kat depan awak ni.”
~ Khalif Zikri
Saat kasih mekar di jiwa, lelaki lain yang hendak merisik, lelaki lain pula yang datang meminang. Benar, cinta itu umpama air yang boleh menghilangkan dahaga. Namun, pada masa yang sama bisa melemaskan!
Zain Arash dan Miya Adeena.Benarlah kata orang tua-tua,jangan mudah membenci nanti jatuh hati itulah yang terjai pada Miya Adeena dan yang parahnya ketika dia mula merasai cinta .Arash berpaling dan memilih cinta lain.
Zain Arash lelaki yang tak mengenal erti putus asa,tak romantik tapi caranya untuk mendapatkan sesuatu sangat annoying bagi Miya.Namun ketentuan Jodoh siapa Miya untuk menidakkannya.Khalif Zikri lelaki yang cuba mengetuk pintu hati Miya yang hanya untuk Arash.
Berdepan dengan Khalif mengingatkan dia dengan Arash.Bezanya lelaki ini terlalu pandai bermain kata.Ayat yang keluar dari mulutnya semuanya manis-manis belaka.Sekali lagi Miya diajak ‘Berkolaborasi’ tapi kali ini dengan Khalif.
‘Berkolaborasi’ dalam percintaan seperti berbisnes..adui otak dua lelaki ini memang tak diduga.Ketika Miya sudah membuat keputusan untuk memilih Khalif tiba-tiba Arash juga menghantar rombongan ...
Siapa yang patut Miya pilih untuk ‘Berkolaborasi’.. Arash Atau Khalif???rupanya mereka cucu pakcik payung,,,dan Akhirnya dia memilih si "Tikus Mondok"....nak tau sapa "Tikus Mondok" kena baca novel ni,,,,
Akad Dua Hati - genre cinta tetapi juga memiliki beberapa kisah perihal kekeluargaan. Kebanyakan watak mempunyai kaitan di antara satu dengan yang lain. Pembacaan lancar dengan bahasa yang tersusun. Malah, bunga bahasa juga pada babak-babak tertentu diolah dengan sangat cantik dan menarik.
Konflik yang diketengahkan boleh dibahagikan kepada dua (secara kasar) iaitu konflik hati watak utama lelaki, Arash dan watak utama perempuan, Miya. Konflik kedua adalah konflik keluarga yang membawa kepada beberapa konflik kecil yang lain.
Peleraian konflik juga dibuat dengan sangat halus dan membawa kepada kebahagiaan ramai orang.
Berkisar mengenai Miya yang tidak menghargai usaha Arash dalam mendapatkan cintanya. Dek kerana sikapnya itu, dia kehilangan apa yang sepatutnya dia miliki. Saat dia mulakan hidup baru, muncul Khalif, lelaki yang punya perwatakan seiras Arash. Dia jadi lelah sendiri. Sudahnya, bagaimana kisah cinta yang terlakar buat dirinya?
Perjalanan cerita ringkas sahaja. Mudah difahami. Tiada watak antagonis. Cukuplah hanya sekadar konflik yang muncul antara hero dan heroin. Perwatakan Arash dan Khalif yang berusaha mendapatkan cinta Miya dilakar dengan baik oleh penulis. Secara keseluruhannya, novel Akad Dua Hati ini sebuah novel yang mudah dihadam. Tahniah buat Zan Zarida!
Wow it takes long time ye nak finishkan novel ni. Ok cerita dia I would say about Miya. Hati kau keras Miya. I pun tak faham dgn Miya ni. Mulut kata tak nak tapi hati nak.
Plot cerita ni agak slow. Awal2 macam best tapi sbb dia slow jadi mcm a bit draggy. Lepastu tema dia best ala2 cinta tiga segi yg berkait-kait, cuma penyampaian cerita ni for me agak tak tersusun. Lepastu ada part yg perlu more explanation tapi disingkatkan and part yg tak perlu dihujahkan tapi dipanjangkan. Yes akhir2 ada huraian cerita tu tapi excited-ness nak baca tu dah kurang.
Kedua, watak. I agak annoying dgn watak Miya. Macam tak faham la apa dia nak sebenarnya. Mula2 Arash approach dia tapi dia jual mahal. Lepastu bila Arash kahwin dgn org lain, Miya ni tak move on pulak. Hubungan Arash dgn Miya pun tak nampak perkembangannya tapi boleh buat Miya jadi cinta mati dgn Arash. Slow burn romance lebih kurang. Lepastu muncul Khalif. Khalif ni nmpk la efforts dia nak kat Miya pastu Miya ni boleh pulak reject Khalif atas alasan masih menunggu ‘orang tu’ walhal org tu dah jadi suami org lain dah. Geram jeeee
Tapi yg best, dialog. Suka dialog yg keluar dari mulut Arash. Straightforward je. Lepastu dialog Khalif. Amboi kemain ayat2 cinta ayat2 manis dia. Dialog haziq sahabt kpd Arash, byk kata2 nasihat abg haziq nihhh. Suka dialog diorg ni sbb on point!
Suka juga dgn hubungan kekeluargaan yg ditonjolkan. Walaupun Arash tu benci dgn umi dia tapi umi dia tetap usaha yg terbaik utk ambil hati Arash. Then bila Arash tahu cerita sebenarnya, Arash sggp tunaikan permintaan umi dia and korbankan hati dan perasaan dia. Pakcik payung pun perwatakan dia I boleh bayangkan. Baik, rajin g surau and atok yg sporting dan sayangkan cucu-cucu dia. Kasih syg antara Arash dgn adik dia Haris, selalu kalau adik beradik lelaki mesti tak sebulu tapi diorg ni walaupun scene diorg tak byk tapi dpt la nikmati hbgn abang adik tu.
Overall for me, it was a good reading. I punya rasa geram kat watak tu means penulis berjaya mencipta watak tu.
Songs for this story : If You’re Not The One by Daniel Bedingfield
Akad Dua Hati mengisahkan dua hati yang terputus di tengah jalan akibat salah faham dan satu peristiwa besar yang berlaku serentak. Ketika si gadis cuba bangkit dan akhirnya bertemu pengganti, dugaan baru pula datang tepat pada hari merisik. Di sinilah bermulanya dilema — memilih antara dua jiwa yang hadir dengan harapan yang berbeza.
Apa yang membuatkan aku benar-benar fall in love dengan buku ini ialah ayat-ayat manis daripada si Tikus Mondok dan Kumbang T. Serius, boleh buat aku senyum sorang-sorang.
Tambah pula dengan nama-nama samaran adiwira seperti Tikus Mondok, Kumbang T, Pakcik Payung dan Pakwe — semuanya beri warna dan kelainan pada cerita.
Konflik dalam novel ini lebih tertumpu pada isu keluarga dan salah faham.
Plotnya ringan, mudah hadam, dan memang syok untuk dibaca bila nak cari sesuatu yang tak terlalu berat. Heroin pula antara yang paling aku suka: kental, tahu jaga diri, dan sayang diri sendiri — refreshing!
Cuma… ada bahagian yang terasa sedikit meleret selepas jawapan sebenar terungkai. Mungkin penulis nak beri penjelasan lebih mendalam untuk situasi yang masih kabur. Tapi keseluruhannya, aku tetap puas hati.
Buku ini memang berbaloi dibaca. Kalau ada reprint dengan cover yang lebih cantik — confirm aku beli lagi.