Selepas beberapa remaja yang dilaporkan hilang ditemui mati dalam keadaan hati mereka dikeluarkan dari tubuh, Inspektor Mika semakin bingung. Dia tidak tahu sama ada mereka berdepan dengan sindiket pencuri organ atau pembunuh kejam berdarah dingin. Yang anehnya, kesemua mangsa yang hilang pernah menjalani pemindahan hati dan dirawat oleh Dr. Zamarul, teman baik abangnya sendiri. Kebetulan atau ada sesuatu yang sedang mereka cari?
Selepas adik Mika, Kay mengalami pembedahan hati akibat sebuah kemalangan, dia mula mendengar suara-suara dalam kepalanya, meminta pertolongan. Kay didorong untuk membantu mereka oleh Farish, lelaki misteri yang mula-mula dikenalinya hanya dalam mimpi.
Kehilangan beberapa remaja semakin menjadi-jadi. Penemuan mayat mereka dengan hati yang telah dicuri menjadikan perkara ini semakin mengemparkan. Mika, anggota polis yang terlibat dalam kes ini semakin bingung, tambahan pula semua mangsa mempunyai kaitan dengan Dr Zamarul, kawan baik abangnya Razz.
Permulaan cerita dihidangkan dengan watak Mika, Razz dan Kay (i thought its gurl name) - adik beradik yang baru kematian ibu bapa yang meninggal dalam kemalangan. Kay juga baru tersedar dari koma dan sejak itu perkara pelik mula berlaku. Mika, anggota polis yang menyiasat kes kehilangan remaja dan Razz merupakan seorang doktor.
Sebelum pergi lebih jauh, sedikit sebanyak terganggu dengan beberapa perkara yang seperti tidak sesuai apabila dikaitkan dengan golongan profesional. Dialog yang agak kebudakkan, seperti sesi soal siasat Mika dengan pengetua dan dengan Dr Kamarul yang sekadar ber-'abang'. Begitu juga, sebagai seorang profesional, sepatutnya Dr Kamarul lebih tahu sesi itu sekadar untuk mengumpulkan maklumat bukan terus kepada tuduhan bunuh. Sekadar perbandingan, mungkin boleh merujuk sesi soal jawab polis dalan Katarsis atau pun karya Fazrin Jamal. Dan, kerjaya seorang doktor selalunya tidak menentu masanya, so bagi saya adalah tidak logik untuk Razz menjaga Kay sepenuhnya, menghantar ke sekolah setiap pagi dan sebagainya.
Begitu juga dengan beberapa latar masa yang agak mengelirukan, waktu kehilangan remaja, penemuan mayat dan beberapa perkara lagi.
Motif penculikan dan pembunuhan juga bagi saya amatlah tidak logik, jika difikirkan niat sekadar untuk mencari hati yang tertentu-patut lebih banyak info yang boleh dicuri, memandangkan dalangnya bukan lah orang biasa. Malah, mangsanya semua remaja-adakah pemindahan hati tersebut hanya di kalangan remaja? Banyak yang perlu dikaji, jenis darah pesakit, cara dan menyimpan hati - menjadikan sepatutnya tidak berlaku pemilihan mangsa secara rawak.
Ke akhir cerita, seakan-akan membuka kepada lembaran kisah baru dan sindiket yang lebih serius. Nasihat untuk penulis, pada saya, jika ingin membuat sequel atau trilogi atau apapun, pasti kan cerita nya dan kaitannya jelas dan tidak seperti membawa pembaca ke suatu plot baru. Bukan tidak suka, namun pada pendapat saya, bahagian pertama tidak dihurai sebaiknya, masih banyak lompong dan penulis terus masuk ke fasa 2 yang membawa kepada kisah baru, watak baru dan sebagainya.
Lebih elok andai ditumpukan kisah yang pertama, diolah sebaiknya dan dileraikan sebaiknya. Dan, selepas itu jika ingin membuat sambungan, boleh mengunkan watak yang ada dengan jalan cerita yang baru. Ambil contoh trilogi Awan, Ngeri atau pun Nota - setiap buku ditamatkan sebaiknya.
Apa pun, jalan cerita sudah ada, idea yang bagus dari penulis, cuma perlu perbaiki dialog dan olahan - too girlish bagi saya, terutama perbualan Mika-Razz-Kay, dengan jarak umur yang berbeza memadangkan jawatan dan kerjaya masing-masing. Lebih banyak kajian mengenai kerjaya profesional. Kurangkan adengan yang tidak perlu, seperti membancuh milo, makan, dan sebagainya di awal cerita, agar ruang peleraian di hujung cerita tidak kelihatan tergesa-gesa.
Tahniah untuk penulis. Maaf buat penulis jika tidak bersetuju dengan pendapat saya. Terima kasih.
First word lepas baca buku ni “HAH ????“. Macam tu lah perasaan saya ya. Tergamak penulis buat buku yang ending saya pun tak faham hahaha. Awal awal dah salah ingatkan Kay tu perempuan rupanya Khalish. Dialog antara Kay & the brothers agak tak kena sebab saya rasa kalau lelaki sembang mesti lain sikit. Dialog yang tulis lebih kepada gaya perempuan sembang.
Syabas untuk debut Kieraeinz. Naskah ini pasti akan memikat pembaca muda yang gemar akan fiksyen seram thriller. Semoga dalam karya mendatang Kiera akan lebih tersusun dengan watak (terlalu banyak watak) yang tidak besimpang siur. Elemen elemen yang menarik. Begitu juga sisipan dialog yang pasti akan lebih mantap. Naskah ini pastinya ada cerita. Semoga penulis lebih gigih menulis kerana beliau mampu bercerita.
SAKTI, novel yang sarat dengan elemen misteri. Mula-mula saya agak keliru dengan kaitan antara watak-watak dalam cerita kerana ramai sangat watak. Kaitan antara Farish, Wang, Dr Zamarul dengan kes yang membabitkan kematian remaja-remaja yang hilang, cukup membuat saya tertanya-tanya.
Lebih menarik apabila penulis memberi sisi 'manusia' kepada si watak pemburu. Walaupun apa yang watak antagonis kepada remaja-remaja yang diculik amatlah kejam, tapi sifat setia kepada rakan lama membuat antagonis menilai kembali apa yang mereka telah lakukan. Ia buat saya teringat pada watak Vermouth dalam Detektif Conan. Sekejam mana pun Vermouth, dia masih punya insan yang ingin dia lindungi.
Jujur saya katakan, saya suka membaca novel misteri yang membolehkan saya bersimpati dengan watak di dalam novel. Dan SAKTI antara novel tersebut. Biasa jika baca cerita misteri/triler, saya hanya memberi tumpuan pada plot kerana biasanya itulah yang dikembangkan oleh penulis dalam cerita. Tapi SAKTI berlainan. Walaupun di hujung cerita masih ada satu dua persoalan yang belum lagi dileraikan (mungkinkah akan ada sambungan?), tapi saya cukup puas hati dapat membaca SAKTI.
Semoga ada sambungan untuk SAKTI kerana masih ada banyak ruang untuk Kay mengembangkan anugerah yang dimilikinya.
Berlatar misteri dan jenayah ada sedikit elemen magis pada plot dan kembara alam mimpi yang sureal. Suka dengan idea penulis tentang kelebihan deria/sifat yang mereka panggil 'sakti'. Cara penulisan juga kemas, penggunaan bahasa pun bagus. Ada bahagian dengan plot yang rushing tapi penulis bagus kawal naratif supaya tak panik dan meleret. Watak Razz, Mika dan Kay nampak terlalu serupa antara ketiganya terutama dari segi perwatakan walau umur masing-masing berbeza. Terganggu sikit dengan personaliti Mika, Razz dan Zam sebab tak nampak kematangan dari segi perbualan dan cara jalankan tugas kalau nak dibandingkan dengan kerjaya dan usia masing-masing-- mungkin penulis sengaja memandangkan ia juga bertema persahabatan dan keluarga jadi plotnya santai sahaja. Terlalu banyak persoalan terutamanya berkenaan Haikal dan Farish tapi malang sekali sehingga akhir bab pun penulis tak bagi penjelasan kukuh atau motif yang tepat tentang konflik dan setiap insiden. Tujuan juga hubungkait Wang, Alice dan Cikgu Hisham dalam projek eksperimen Prof. Harun juga amat kabur. Epilognya buat aku berfikir panjang. Nakalnya penulis!
Aku sebenarnya agak kecewa dengan buku ni. Sebabnya, permulaan cerita tu, dah cukup promising gitu. Aku dah curious, apa jadi dengan Kay? Kenapa dia mendapat aura Farish? .
Apa kaitan dengan pembunuhan remaja yang hilang hatinya? Dan semuanya berkait rapat dengan Dr Zamarul? Siapakah Wang yang membunuh semua remaja tersebut? Apa kaitan dengan Tan Sri dan Princess Kerabat Diraja tu? .
Siapa pulak Haikal? .
Semua ni, mendatangkan tanda tanya kepada aku. So, aku perlukan jawapan tu. .
Tetiba, masuk je part epilog, penulis cakap " kadang-kadang lebih baik kita tidak tahu apa-apa dari tahu". whatttttttt. stress weh.
Sakti. Buku pertama di permulaan 2026. Tahniah buat diri sendiri sebab dah habiskan dalam tempoh kurang 24jam dan harap boleh jadikan semangat untuk habiskan TBR yang menggunung.
Sakti. Mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Kay yang terjaga dari koma selepas dari kemalangan jalan raya yang melibatkan dirinya dan ibu dan ayah.
Lepas sedar, Kay jadi lain. Bukan dirinya dulu. Banyak diamkan diri. Kay pula tinggal dengan kedua abangnya: Mika, seorang inspektor yang sedang menyiasat kes kehilangan remaja yang hilang dan Razz seorang doktor berkaliber. Selain tu Kay juga rapat dengan Dr. Zam, yang merupakan kawan baik Razz dan doktor bedah Kay untuk pembedahan hati bagi menyelamatkannya dari kemalangan tu.
Kehidupan Kay berubah bila selalu bertemu dengan seorang lelaki bernama Firash di alam bawah sedar dan juga setelah mendengar suara hati orang sekeliling yang terdesak mahukan bantuan.
Penceritaan makin menarik bila kau boleh connect all the dot. Tentang motif penculikan, siapa Firash, kenapa Kay boleh jumpa dengan Firash, back story Dr Zam dan juga Wang.
Kes penculikan berakhir bila Kay sendiri terlibat dan Mika berjaya selamatkannya. Tapi yang ralat bila kau tak tau apa motif sebenarnya. Kenapa Princess nak sangat hati sakti tu. Untuk apa? Tu masih lagi tanda tanya, tapi aku boleh simpulkan mungkin ada kaitan dengan cinta? Mungkin Princess terlalu obses dengan Firash.
Dan plot cerita terus bergerak bila, kau disogok dengan masalah baru pula. Tentang Haikal yang cuba Firasah selamatkan suatu ketika dulu. Tentang Kay dan the brothers anak kepada prof Harun yang merupakan kenalan Dr Zam, wang, dan firash. Tentang Haikal yang merupakan bahan ulang kaji untuk satu researchers.
Dan sekali lagi ralat berlaku bila kau tak tahu apa kaitan semua ini. Eksprimen apa yang mereka lakukan dulu? Kenapa anak prof. Harun kena dilindungi? Sebenarnya Dr Zam dan yang lain tu siapa?
- Tapi yang boleh aku simpulkan mungkin mereka telah mencari tahu tentang kesaktian seseorang. Sebab Firash boleh dengar suara orang, Haikal dan Wang boleh tengok aura, Sara pula boleh nampak hantu i guess
- Tetap Terlalu banyak persoalan yang tak terjawab. Mungkin aku perlu baca sekali lagi dan hadam satu-satu untuk sambungkan lagi hint yang mungkin aku terlepas pandang. Jujur tak puas hati sampaikan rasa sebenarnya kes penculikan tu tak perlu pun panjang dan terus je ke plot belakang tu.
Tapi apa pun I enjoyed reading this book. Good opening tho untuk 2026 dan selepas bertahun-tahun hilang minat membaca.
Terima kasih penulis. Saya suka tapi lebih suka kalau ada buku kedua. Dan epilog tu buat saya terkesima.... Firash masih hidup?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Oho, aku punya azam kononnya tak mahu komen banyak. Tapi naskah ni jahat betul. Triggered aku nak komen 😆
Ini naskah yang aku sangat2 nak baca. Sejak diiklan oleh Fixi, aku tertarik hanya oleh cover image dan judul. Blurb? I don’t care. Aku bukan sejenis insan yang beli buku selepas tgk blurb.
SAKTI, satu naskah yang sooo Yuri 😂 Aneh, vibe yuri agak kuat di mata aku walaupun watak-wataknya lelaki. Kenapa? Sebab watak lelaki tp sooo girly... dari gaya percakapan mereka. Somehow as the story proceed, watak dan perwatakan menjadi lebih baik dan vibenya berubah. I even come to a conclusion, yakni mungkin Cik Penulis ni sebenarnya seorang Fujoshi... huhuhu 🤭
Sebelum aku pergi lebih jauh, aku nak nyatakan yang naskah ini cukup baik ideanya, menarik malah takde satu part pun yang boring. Cuma ada beberapa kekusutan di 1/5 awal. Ada inconsistency dan hilang arah. Namun semuanya bergerak jelas dan lebih lancar selepas itu.
Naskah ni ada unsur2 yg aku mmg sgt suka pada sebuah novel. Ada polis, ada doktor, crime etc. And on top of that, wataknya mostly lelaki. Oh, feels so much like I’m in heaven 😍 Dotting brothers, lovely!
Malangnya, aku setuju dengan pendapat yang menyentuh tentang logik. Ya, pasukan polis boleh direka-reka misalnya (seperti dalam Padam) tp benar budaya kerja polis dan doktor tu jangan diabai. Melenggang sungguh si doktor macam hospital tu bapak dia punya. Indahnya karya bila yang tak logik boleh diwarnai sehingga nampak mcm logik (seperti dalam Psikik). Aku tak mahu sentuh secara detail sebab aku tak rasa kelemahan tu semua merosakkan keseluruhan cerita.
Apapun aku suka gaya bahasa penulis. Aku suka cara dia bercerita. Bagi aku, kelemahan dia sikit saja. Mungkin buku seterusnya, dah boleh hasilkan naskah yang near perfection. I’m confident.
Aku tengah super busy tp aku prioritize baca naskah ni. Sebab seronok dibaca dan memuaskan. Aku harap akan ada peluang lagi utk penulis ni serlahkan bakat dia.
From the writer’s prakata, I sense a fragile emotion. I hope the writer’s journey in writings won’t end here. Well done for this piece. Despite all my comments, I truly like SAKTI ☺️
Last but not least, aku dah biasa dengan cerita tergantung. Tp cerita ni gantung lain machamm... Marah pulak aku 😤 Aku hanya baca buku jadi kalau ada sambungannya di tempat lain, I won’t read.
"Jangan nak lari dari diri kau sendiri. Kau yang nak sangat dibantu tapi kau taknak terima bantuan. Kau kurung diri kau sendiri..." - kay
Yang baru sahaja kematian ibu bapa. Sebagai anak sulung Razz/ Dr Razz, memang bertanggungjawab menjaga si bongsu, Kay walaupun ada sedikit kecuaian. Mika/ Inspektor Mika yang banyak menyelesaikan masalah. Dan Kay... Remaja yang mempunyai 'sakti' selepas mengalami pembedahan hati.
Sejujurnya, tak puas. Nak lagi!!!! Hahahaha tapi semuanya memang purrrrrfekkk. Jalan cerita, plot, klimaks,pengakhiran yang 'umphhh' (rasanya mesti ada buku yg ke2)
Rasa ada banyak soalan yang nak ditanya. Tapi... Syhhhh. Rahsia. "Kadang-kadang lebih baik kita tidak tahu apa-apa dari tahu."
Cerita penuh misteri dan berkenaan deria enam memang menjadi kesukaan aku. Penulis berjaya bawa aku ke dunia Sakti. Cuma ada sikit masalah pada plot² cerita. Plot agak kurang jelas, atau mungkin untuk buku seterusnya? Kudos untuk buku pertama penulis.
Correct me if I am wrong tapi setahu saya anggota polis akan di kecualikan dari siasatan kalau ahli keluarganya sendiri terlibat, tetapi dalam cerita ini.. Mika sendiri yang menyoal siasat Dr zam..
begitu juga dengan doktor, doktor tidak di benarkan operate ahli keluarga atau kenalan terdekat.. tetapi dr zam sendiri operate farish yang merupakan kawan baiknya..
Dan jg, agak cringy bagi saya watak2 lelaki melontarkan dialog/tingkah laku seperti perempuan..
Cth: babak 3 beradik duduk rapat2 atau peluk.. err
Buat research lagi buat penulis
This entire review has been hidden because of spoilers.
First, tahniah buat penulis atas karya debut ini. Premis dan idea yg digarap oleh penulis sangat menarik hingga berjaya membuatkan aku menghabiskan karya ni dalam sekali duduk bacaan sahaja. Namun, bagi aku watak yg ramai serta beberapa scene tambahan yang kurang penting dalam buku ini membuatkan aku sedikit lost ditengah-tengah pembacaan. Seperti mana karya buku fixi yg lain, karya ini juga tak terlepas meninggalkan beberapa persoalan yang tergantung sepi hingga akhir cerita. Mungkin akan ada sambungan daripada penulis.
Ape-ape pon karya ini masih sedap dibaca khususnya daripada segi struktur ayat dan jalan cerita yang smooth bagi aku. Tahniah buat penulis dan teruskan berkarya. 😊
Sebuah cerita tentang kuasa sakti dan eksperimen.. Cerita tentang lelaki bernama Farish yang sangat misteri, dah tak ada namun masih ada..Cerita ini juga tentang 4 sekawan iaitu Dr. Zamarul, Cikgu Hisham, Alice, Wang dan juga anak-anak Profesor Harun.. Masih banyak persoalan yang tergantung.. Harapnya penulis buatlah sambungan dia cepat..
Mengambil masa dua hari membaca cerita ini. Baca blurb. Tafsir cover. Kaitkan dengan judul. Tapi, masih tak dapat nak mencerna perjalanan atau subgenre cerita ini. Tetapi, apabila tiba di pertengahan, baru dapat lihat yang ia gabungan thriller fantasi. Watak di dalam cerita ini memiliki kuasa yang luar biasa. Bukan hanya satu watak, tetapi dua tiga watak. Bukan watak utama, tetapi kebanyakannya watak yang diwujudkan untuk menimbulkan tanda tanya dan sebagai pencetus konflik.
Ada banyak persoalan yang membentuk cerita ini sebagai cerita thriller yang mendebarkan. Setiap satu misteri atau persoalan, diberi hints pada babak-babak lain. Tetapi, hints itu hanya menggerakkan atau lebih tepat, memberi bayangan kepada pembaca arah jawapan. Ada persoalan lain pula yang muncul bagi mengaitkan satu demi satu perkara dan perkaitan watak-watak di dalamnya.
Pada penghujung cerita, bacaan jadi lebih rancak. Tak boleh nak letak. Perasaan ingin tahu itu membuak. Beberapa nama baharu yang disebut, atau dimunculkan ole penulis di akir-akhir menyebabkan ia seperti cerita ini baru bermula. Latar belakang dan kemunculan watak-watak ini baru nak dirungkai. Seingga jam menginjak dua pagi, baru buku ini selesai dibaca sepenuhnya.
Who is farish ... Who is that damn guy please Who is he that bring a whole damn misery to everyone even me
I hate the last page where the author tell me to let it as a mystery like bruh please tell who is that damn guy what so important with his heart ... what did his heart got that everyone fight to have it
Overall i fall for mika and raz both of them such a gentle to his little brother , how they protect they brother even razz dont know how to fight but he still try his best to save his brother give me a tears TT , and my first expression on dr kamarul is " Is he gay ? Touch razz hand like hah? Dont touch my boy la dude.. "
I fall for mika maybe cause he is an inspector but i really hope there a twist about mika like turn to be a psycho just like ' SUSPEK ' storyline yeah... each author have different style writing la dude klau smua sama hang ckp bosan ..
I still like the storyline but not how they keep a mystery about that damn farish URGHHH .....
Aku agak tak faham dengan jalan cerita dalam buku ni. Macam nak cerita pasal sakti kuasa dari tuhan, pastu tetiba2 pasal experiment pulak. Dah tu semua watak dalam cerita ni tak kira dia watak sampingan ke watak lalu lalang ke, cara bercakap lenggok bercakap semua samaaaaa. Macam dialog bercakap dengan diri sendiri, dia macam plain gitu. Pastu macam tu ke cara adik beradik lelaki bercakap? Penulis tak buat research dulu ke macam mana budak lelaki kalau bercakap. Pastu umur 16 tahun, dah form 4 tapi apasal macam tingkah laku macam budak 12 tahun. Setiap kali aku baca, watak si Kay tu mesti dalam lenggok budak 12 tahun. Semua dialog2 dalam buku ni macam cara orang perempuan bercakap takde langsung macam orang lelaki. Pastu, siapa si Wang tu? Apa kena mengena dengan Dr.Zam tu?
Apa2 pun, buku ni sesuai la untuk budak2 sekolah baca. Takde aksi pelik.
The narrative is a bit confusing and there are so many missing details that would have improved the storyline. The structure of the story is also confusing as it lacks backstory.